Bahan2nya:
* 2-3 ulas bawang putih dan bawang merah dimayang nipis
* sedikit daun kari ( tak de pun tak pe)
* sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,jintan manis (beli yg dalam peket derang dah campur semua) -sikit je yer...bukan letak semua mcm dlm gambar tu :)
* Rempah kari (so far, paling best baba's la)
* Santan
* Air
* Kerisik
* Garam secukup rasa
* minyak...
Cara2nya:
1) Tumis bawang2, daun kari dan bahan penumis dalam minyak masak. Agak2 dah naik bau, dan bawang pun dah kekuningan, masukkan rempah kari. Kalo nak bancuh dulu pun tak pe. Tapi saya terus buka peket, tuang serbuk kari dan terus masuk air sikit dan santan sikit..agak2 la..jgn banyak sangat..mcm kat gambar bawah ni.
2) Perlahankan api. Tunggu sampai pecah minyak yer..sbb kalo tak, nnt rempah tu rasa tak masak. (masa tgh tggu ni, kupas la kulit telur tu dulu yer :) )
3) dah nampak pecah minyak, apa lagi, masukkan santan dan air lagi...kuatkan api sikit..tp jgn kuat sangat yer.
4) Masukkan sedikit kerisik. Saya letak 1/2 sudu je..sbb tak berapa suka sgt kalo letak byk2...
5) Masukkan telur rebus yang telah dikupas kulitnya.
6) Masukkan garam.
7) tggu mendidih...
8) siap tuk dihidangkan :)Mas, kalo kari ayam, masukkan sekali ayam dan kentang masa lepas no 1 tu. Sbb ayam lambat nak masak, dan kentang lambat empuk...:)
Selamat menjamu selera !!
2 comments:
sedap plak tengok resepi kari telor ni. slurppp. tetiba ada aura nak masak kari gak. kami tak pandai masak kari.. huhu. bagus bagus farihah letak resepi kari ni. amat berguna.
hehehe...kami dulu pun tak reti gak kak long. Tp lama2 reti gak la..:)
Post a Comment