Monday, November 29, 2010

Picnic cum Party

Petang semalam 27 November 2010, dengan perancangan last minitnya. Aku, Retna, Mushi dan Kak Sarah telah berpiknik ke Kg. Ulu Kalong di daerah Ulu Yam. Mengikut plan asal, mmg ramai lagi yg nak ikut, tapi last2 minit, masing2 ada hal. Aku pun hampir2 gak tarik diri. Tapi lepas beberapa sesi perbincangan antara kami, aku pun setuju jugak la ikut. Tapi, plan asal nak goreng bihun tu mmg tak jadi la. Aku cuma goreng kopok ikan je..hehehe. Mushi dan Ret beli KFC, Kak sarah pulak buat sandwich dan spaghetti. Tup2..banyak pula makanan kan??

Memandangkan tempat piknik tu dekat je ngan rumah Kak Sarah. Maka, aku berjanji nak jumpa mushi dan Ret kat area Giant Batu caves dalam pukul 2 petang. Masa on the way nak jumpa derang tu..tetiba hujan lebatnya kat KL ni. Nampak gaya mmg ktorg piknik dalam hujan la kot. Tapi elok sampai je kat Giant, mmg area situ panas  terik. Jumpa derang kul 2.30pm..aku la lambat sampai..ampun ye kawan2..hehehe. Terus gerak ke rumah Kak Sarah. Rupanya jauh dan berliku2 betul jalan nak ke Ulu Yam ni yer..isk2..mcm mana la kak Sarah boleh drive hari2 tuk pegi dan balik dari opis. Mmg mencabar.

Sampai je rumah kak Sarah dalam pukul 3.15 mcm tu, tanah basah lagi baru pas ujan. So, terus gerak ke tempat perkelahan ktorg. Masa tu, langit agak cerah. Aku, Ret dan Kak Sarah tak mandi pun...sebenarnya aku mmg takut mandi sungai ni..sebab..takut err...kat encik pacat. Tak rela aku nak derma darah aku kat dia...cukup la masa zaman sekolah time camping pengakap dulu2..ish..sampai sekarang aku geli bila teringat pacat2 tu merayap dan hisap darah kat badan aku...




Rupanya, Mushi dan Ret ada buat surprise bday party untuk Aina. Wahh!!! terharunya aku. Terima kasih yer korang, sbb susah payah celebrate bday Aina dalam Hutan. Mmg kena igt sampai bila2 ni. Btw korang, bday mama Aina belum lepas tau..errr...nak buat surprise jugak ke??? hahahaha *lariiiiii* Ssh payah derang tiup belon, sediakan goodie bag dan belikan kek untuk Aina. Isk, mmg tak terbalas la ingatan korang tu...makasih yer :)



Pas jamah kek sikit, masing2 dah sibuk nak turun berendam kat sungai..Aku cuma turun sekejap je..Aina, langsung tak nak mandi. Takut katanya. Entah apa yg dia takutkan pun aku tak tahu. Pas masing2 kelaparan, br la derang tau naik nak makan. Elok br je nak jamah, Hujan dah start renyai2...berlarianlah kami cari port yg berbumbung pulak...best jugak makan dalam pondok tgh2 hujan. Mmg adventure la..dalam hati aku risau gak kat pacat sebenarnya..tapi saja je diamkan diri. Konon tunjuk cool.

pindah dlm pondok kecik


Dalam pukul 5.15 petang. Ktorg pun gerak ke rumah kak sarah. Nak bersihkan badan dan solat asar. Masa tu lah, br suami aku sedar yg rupanya kaki dia dah berdarah teruk dihisap si pacat. Pacat tu pun dah kenyang sampai terjatuh sendiri dalam rmh kak sarah...eiiiiiiuuuuuu...geli giler aku time tu tgk si pacat terkodek2 kekenyangan. Anak2 aku pulak heran tgk pacat tu, almaklumlah org KL..mana derang tau pun pacat tu natang pa kan?? Lainla aku ni...anak jati kampung. Tapi, tetap geli ngan pacat.


Kami bersama Kak Sarah

Usai Maghrib, kami pun minta diri dari tuan rumah untuk pulang ke rumah masing2. Semua pun dah menunjukkan ciri2 kepenatan. Bertarung dan berpiknik dalam hujan mmg pengalaman yang best dan mencabar. Surprise party dari Ret dan Mushi pun berjaya. Cuma aku sebenarnya mmg ada instict yg derang nak buat semua tu..btw, Thanks a lot kat korang sumer...korang mmg kawan2 yg best!! Nnt kita g cari tempat piknik lain pula yer..Adios!!

Sunday, November 28, 2010

Happy Birthday Putri Aina Farhana

Hari ni, 28 November 2010, genaplah 2 tahun usia anak dara aku nan satu..."Putri Aina Farhana". Sekejap je masa berlalu. Masih teringat lagi pengalaman mengandungkan dan melahirkan Aina 2 tahun yang lalu. Macam abang2 dia jugak, Aina pun dilahirkan masa minggu ke 37 dia didalam perut..hmm...semua anak2 aku tak sabar2 nak keluar tgk dunia ni.

si tembam Aina..sekarang

Aina ni lebih nampak ketidaksabarannya nak keluar sbb sewaktu kandungan aku baru mencecah minggu ke 35. Rahim aku dah buka 3cm...perghhh...tapi, tak de la rasa sakit ke apa...cuma asyik kena ulang alik g hospital je la kejenya..sbb doctor nak monitor jugak samada rahim aku maintain 3cm je..atau makin buka dan buka dan buka kan?? Sbb mmg aku ni jenis, kalo buka sikit2 ni, mmg tak rasa sakit apa2. Bahaya kan?? Dah la tak turun tanda jugak... Kalau nak ikutkan, aku nak terus je induce, bg keluar je masa tu. Tapi doc tak advice aku buat mcm tu, katanya risiko untuk baby nnt, paru2nya belum kuat. So, selagi termampu, biarlah dia di dlm perut hingga tiba waktu yg betul2 dia nak kuar.

Aina semasa berusia 1 Tahun

Maka, di subuh hening 28 Nov 2008 yang lalu, waktu aku bangun pukul 5 pagi nak siap2 untuk g keje. Aku dah rasa something. Naluri aku kuat menyatakan, "today is the day"... *eceh*..hehehe. Perut aku time tu, mengeras semacam je... Maka dgn rasa relax aku bgtau kat encik suami aku, yang aku yakin mmg aku akan bersalin hari tu. Kebetulan, suami aku ada perlawanan dart hari tu, terpaksa la dia korbankan dartnya, demi anaknya yang nak keluar ni.hehehe

Pas mandi dan solat subuh, sempat lagi aku baca surah yassin dan surah maryam. Mohon dipermudahkan segala urusan bersalin nnt. Sampai je di hospital, aku breakfast dulu, penting ni..kalo tak mana nak datang tenaga nak "push" nnt kan?? Pastu terus ke labor room, masa tu kalo tak salah dlm pukul 8.30 kot...tggu doc datang dalam pukul 9, terus doc cek bukaan "dah 5cm" kata doc sambil tersenyum...tp dalam hati aku "baru 5cm ke?? ish..kul bp nak bersalin ni??" Doctor tu macam memahami pulak, dia cakap "saya pecahkan air ketuban yer, Insya Allah, tengah hari ni keluarlah baby awak." Aku angguk2 je sambil senyum.

Tapi dalam pukul 10.40 tu, aku dah rasa teramat sakit dah....aku cakap kat nurse, yang aku yakin baby nak keluar dah ni, nurse masa tu dah la sorang, dengan tenang dia cakap "jap yer saya cek", pastu terus dia cakap lagi, ye la..dah 9cm dah..cepatnya...tggu yer, saya panggilkan doctor. Doctor time tu kat klinik dia la, nasib baik klinik dia ngan labor room tak jauh sangat. Aku pulak time tu dah tak tahan sgt dah, aku tak peduli dah, doc sempat ke tak sempat ke nak sambut, aku tak boleh tahan dah...nak kena teran jugak ni... mana boleh tahan2 kan??

Nurse pulak dgn tenangnya masih suruh aku bersabar, dan boleh pulak dia tahan kepala baby dari keluar... isk!! pastu nmpak doctor datang, dan dgn tergesa2 pakai kasut bootnya, dan pakai sarung tangan segala, tp masih dgn ayat yang sama, "sabar yer puan, dah nampak dah kepala ni". Elok dia selesai je, aku pun dengan sepenuh tenaga dan pengalaman yang ada, terus meneran sekuat tenaga. Hasilnya, dengan sekali push, keluarlah Putri kesayanganku ini ke dunia, tepat jam 10.55 pagi dengan berat 3.25 kg.

Aina 2 tahun yang lalu

Dan hari ini, tuan putri tu dah genap 2 tahun. Dah pandai bercakap, dah pandai bergaduh..dah pandai segala2nya. Doa mama, moga anak dara mama sentiasa sihat dan menjadi anak yang baik dan solehah serta berbakti pada Agama, Bangsa dan Negara tercinta.


p/s: Aina, tolong jadi sopan santun sikit yer, jangan suka memanjat sgt yer...hehehe

Monday, November 22, 2010

Hari Orientasi Abg Long

Sabtu baru2 ni, berlangsunglah majlis suai kenal anak sulung saya. Mesti ramai pelik kan?? awal giler sekolah ni buat. Tapi mmg every year sekolah ni buat majlis ni sabtu pertama cuti sekolah. Maybe sbb cikgu2 dia tak nak datang awal seminggu sblm buka sekolah kot. Apa2 pun alasan, tak kisah la..asalkan semuanya dah selamat.

Seawal 7.30 pagi, saya dan Amirul dah terpacak kat sekolah tu. Mula2 encik suami dan adik2 Amirul pun ikut sekali. Tapi memandangkan majlis ni sampai kul 12 tgh hari nunnnn..jadi, lebih baik mereka pulang berehat di rumah saja. Itu lebih baik bukan???

Kat kantin dulu...konon nak breakfast..


Majlis ni bermula dgn acara yg agak membosankan. Apa lagi kalau bukan ucapan2 guru2 di situ. Dalam bosan2 tu, kena fokus gak mendengar sbb anak kita nak sekolah situ kan?? so, kena la amik tau mcm mana sistem pembelajaran kat sekolah tu. Iskk...takut la dgn sistem persekolahan sekarang kan. Mmg totally different dgn masa zaman2 kita sekolah dulu.

Kalo dulu2, masuk darjah satu kalo kita tak kenal ABC lagi, tu kira common thing la kan. Tapi zaman sekarang kalo masuk darjah satu, tak reti membaca lagi...alamat ketinggalan bas sekolah la anak kita. Mmg la, baruuuu darjah 1 kan?? Tapi..nak ke kita tengok anak kita tertinggal??? ish2..takutnya saya...

sambil dgr ucapan..sambil amik gambar..tak bosan sgt :)


Sistem persekolahan sekarang, setiap 3 bulan akan diadakan ujian saringan kelas atau lebih dikenali LINUS program. LINUS ni melibatkan ujian bahasa dan juga matematik, so, anak2 kita akan berada di kelas masing2 mengikut kecekapan dan kepandaian masing2 masa ujian tu. Sian kan?? kalo masa zaman saya dulu, setahun sekali baru kelas dirombak..tp sekarang 3 bulan sekali??? isk..isk...siannyaaaaa...



Pas abih dengar segala ceramah dari guru besar dan guru2 lain. Berbarislah Amirul dan kawan2 untuk masuk kelas derang. Kelas kali ni cuma secara randomly, kelas sebenar hanya akan ditentukan selepas ujian saringan pertama pada minggu ketiga persekolahan nnt. Kali ni, Amirul dapat kelas 1 Maju. Nasib baik ada juga kawan setadikanya. Masa derang menuju ke kelas, ibu bapa pun ikut sekali. Masa ni la segala macam borang kena isi. Borang account BSN dan pembayar yuran sekolah. 

Yuran..tak mahal pun...takkan tak mampu kot??


Masa tgh sibuk2 isi borang tu, saya ternampak sorang classmate baru Amirul. Comel je budaknya, lelaki...tapi kecik je dia..saya tya ayah dia..keciknya dia...dah nak masuk darjah 1 dah..pastu ayah dia jawab, "a'a..dia ni spesel kes" saya igt maksud dia, sbb budak tu pandai mcm Adiputra tu la kan?? tapi ayah dia jawab bukan sebab tu. Tapi dia kena daftar darjah 1 tahun ni, sbb dia dilahirkan 1 Januari 2005. Memula saya rasa pelik gak...kalo lahir tahun 2005, apsal kena daftar tahun ni plk kan?? pastu ayah dia explain lagi. Katanya, kalo baca pekeliling kementerian, mmg budak2 yg dilahirkan pada tahun 2004 sehingga 2 Januari 2005 wajib mendaftar tahun ni. Isk..betul ke?? siannya kan??saya tak penah tahu lak..maklumla tak penah baca pun pekeliling semua ni kan??? err..kalo pekeliling pasal bonus tu...baca la...hehehe...... So, korang yg tgh pregnant tu...jangan la lahirkan anak 1 atau 2 januari yer...kesiannn...huhuhu

Dah abih daftar sekolah pagi..daftar pulak sekolah KAFA, tak lama pun rupanya. Tak sampai kul 12 pun dah selesai segala. Nampak macam Amirul bersemangat nak bersekolah. Harap2 berterusan la..dan tak nak la nangis2...saya dulu, darjah 1 abah saya tak penah hantar sampai kelas pun. Hantar sampai pintu pagar sekolah je..pastu, pandai2 la bawak diri cari kelas...tu yg sampai sesat2 tu..huhuhu..siannya saya...kecik2 dah kena berdikari..budak2 sekarang boleh ke??? soalannya..gamak ke saya nak buat camtu??? Tepuk dada sendiri la Farihah oiii....

Friday, November 19, 2010

Qin's Bday @ Jungle Gym

Sabtu lepas, Bos saya telah mengadakan sambutan hari lahir anaknya yang ke 6 tahun, bertempat di Jungle Gym, bangsar Shopping Centre. Pagi2 lagi, anak2 saya dah excited nak pergi. Maklumla tempat budak2 main kan. Mesti la suka derang. Saya pulak, inilah kali pertama menjejakkan kaki ke BSC ni. hmmm..actually banyak rupanya shopping mall kat KL ni yer. Tapi saya cuma suka pegi Mid Valley je... hehehe.

Ok, berbalik pada citer Bday girl hari tu. Kita orang mesti ada kat sana dari pukul 10.30 pagi sampai 12.30 tgh hari. Mmg ngam2 la ktorg sampai pun. Parking pun masih banyak kosong sbb awal lagi kan. Ni juga, 1st time kot saya  hadiri majlis hari jadi di awal pagi. Satu kelainan di situ...agak2 kalo saya buat breakfast bday party kat rumah saya..korang nak datang tak???  leh jamu, nasi lemak, roti canai, bihun goreng...best kan?? hehehe

Ok...lets pics, do the talking. Saya dah tak tau nak cakap apa dah...

we were here..


Bday Girl

Main..main dan main...

penat main...rehat dulu

Ibu dan anak..yg dikatakan anak lebih besar dari ibu...huh..propa sungguh hang yanti :p

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Rasanya belum terlambat saya ucapkan selamat hari raya aidilahda buat semua. Tahun ni, saya tak balik ke kampung saya di Kedah, cuma menyambut secara sederhana di kampung suami saya di Kuala Selangor.

Hmmm... Raya kali ni jatuh pada hari rabu kan?? Tgh2 minggu, rasa mcm terlekat kat celah kerongkong sikit, kata kawan saya. Heheheh. Tp bila pk2 mmg betul pun. Saya bertolak pulang ke kuala selangor ni malam td, jalan ok, tak jammed sgt, cuma bila sampai di pekan kapar, jalan agak tersekat sikit sbb byk kenderaan berat. Dgr cerita jalan ke utara jammed teruk, ada tanah runtuh selepas terowong. Tak sure betul ke tak. Saya pun tak sempat tgk berita.

Sebenarnya saya tak tahu nak cerita apa. Entry kali ni, adalah sekadar mengisi tahap kebosanan saya disini. Hmmm.... Ok lah. Salam Aidiladha semua.


P/s: esok kena masuk keje dah... Hmmmm

Sunday, November 14, 2010

Hari konvokesyen mereka

Tanggal 10 November 2010 baru-baru ni, berlangsung Hari Mini Graduasi tadika tempat anak-anak saya belajar. Pejam celik pejam celik, rupanya anak sulung saya dah tamat pengajian peringkat pra sekolah, dan bermula tahun depan, bermulalah sesi persekolahan yang baru dan lebih mencabar untuk dia serta memberikan kesibukan yg lebih lagi untuk saya :)


Walaupun Aina baru je masuk sekolah tu bulan 9 baru2 ni, tapi dia tetap layak untuk menerima sijil. Comel betul bila Aina bertudung. Dah macam budak besar rupa dia.



Sepatutnya, Aina kena buat persembahan tarian pada hari tu. Kalau kat rumah, Aina ni mmg pantang je dgr muzik. Badan mesti otomatik goyang2 ikut muzik. Tapi pada hari tu, mybe sebab dia atas stage, dan tgk ramai pulak org kat bawah yang nak tengok tarian dia, terus dia diam kaku dari mula muzik..sampai habis...hehehe. Kira ok la, sbb dia tak menangis. Sebab kawan kat sebelah dia masa tu dah meraung2 dah, seb baik Aina cool, cuma kaku jer... cuba lagi next year ya Aina :)

Masa saya sampai dewan tu, saya dah terlepas persembahan koir Amirul dan Aliff, mmg frust jugak, nak2 kawan saya cakap mmg best dan rasa syahdu sangat. Tp bila tanya cekgu derang, Insya Allah, derang akan kuarkan VCD nnt. Ibu bapa yang berminat, boleh beli. So, rasa ok la sikit.

perarakan untuk berbaris mengambill sijil


Amirul dan Aliff


Anak sulung saya Amirul


wajah ceria graduan

Para graduan bersama mama mereka yang gembira


Tak banyak sangat gambar yang saya boleh amik pada hari tu, tiba2 kamera buat hal. Tggu je la gambar anak2 saya dari pihak sekolah.

Wednesday, November 10, 2010

short update

Hari ni 10 November 2010, adalah hari bersejarah untuk anak sulung saya. Hari majlis mini graduasinya sempena tamatnya zaman persekolahan pranya. Tahun depan, masuk alam sekolah rendah pulak. Cepatnya masa berlalu.

Gambar semasa full rehearsal smlm


Nnt saya update pasal hari kejadian yer, saya nak g dewan sekarang. Adios amigos!!

Monday, November 8, 2010

Si cantik Aina

Malam tadi masa saya tgh sibuk iron baju2 kerja untuk seminggu (ni first time dlm tahun ni iron baju utk seminggu..hehehe) pastu ambil la tudung pulak nak iron. Masa tgk sibuk matchkan tudung ngan baju, Aina pun datang kat saya dan dengan selamba dia tanya
"tudung aina mana??tudung aina??"
Saya jawab, "mana ada"..pastu saya teringat anak tudung yang saya penah bg dia try dulu. mesti dia igt tu tudung dia. Terus saya cari, dan pakaikan kat dia.


Wahh!! cantiknya.... :)  Aina ni mmg dia selalu admit dia lawa..dia cantik, pantang pakai baju baru, mesti dok depan cermin sambil posing2 ala abahnya dan akan cakap "antik... (cantik)  Aina." hehehe. Tiru perangai sapa la ni kan?? hahaha

So bila dah pakaikan tudung kat dia smlm, dia pun sibuk gi cari abahnya. Nak eksyen la tu. Igtkan abih kat situ je...rupanya tak..masa saya suruh dia buka tu, dia leh jawab "jap...abg long, angah..lak" maksud dia nak tunjuk kat abg long ngan angah pulak la tu. hehehe



Sambil2 lari kat abang2 dia yg masa tu tgh tgk tv. Dah terjerit2 dia, "long..angah..antik tak aina??"  hahaha.. kelakar tul keletah dia. Abang2 pun apa lagi, semua puji2 dia..makin kembang la anak dara tu. hehehe.



p/s: Pak su, jangan marah eh sbb Aina pakai tudung tak ikut syarat...lom baligh lagi. hehehe

Friday, November 5, 2010

Keywords

Saya ni jarang la nak check nuffnang ni sebenarnya. Sbb blog saya ni pun berapa kerat je la sangat yang baca kan?? Saya pun jarang sangat nak update lately ni. Tetiba saya rasa mcm tergerak nak check keywords yang menuju ke blog saya ni, mcm2 gak la kelakar ok.

Untuk last week punya keywords, paling tak tahan orang cari senyuman Zulhuzaimy??? hehehe...ramai gak yg minat kat senyuman dia kan?? nmpk dia mcm kurang popular, igt saya sorang je minat dia (giler pasan) rupanya ramai perasan senyuman dia yang manis itu..hehehehe


Meh saya tempek gambar dia sekeping tuk tatapan korang yer...ni pun amik kat kosmo melalui encik google. Saya tak de la pulak gambar dia personally :)

Saya rasa saya cuma suka dia bila dia berlakon watak baik je, kalau dia berlakon jadi jahat, ishh..tak suka tul tengok, benci la...cepat tukar channel lain....hahahah feeling lebih saya ni kan ???  :)



Keywords kedua saya yang best untuk dis week adalah "maksud ciwi" hahahaha..sangat kelakar jugak. Ada gak yang nak tau maksud ciwi ek?? Korang ni..gi la tanya kawan2 korang yang asal dari kedah tu...takkan derang tak tau kot..tak pun derang tak nak bgtau korang???



Korang nak tau ke maksud ciwi ni??? Camne nak explain ek?? Ciwi ni macam korang rasa tak sabar nak cuba benda yang baru korang beli. Contohnya, korang baru beli baju baru kan, pastu korang rasa tergedik2 nak try baju tu time2 tu jugak, dah tak sabar sangat la..ala mcm excited la...itulah maksud "ciwi"  hehehe.

Ok la korang, teruskan dgn pencarian2 keywords yang best yer..terhibur jugak hati saya *wink*

Thursday, November 4, 2010

Kisah mereka

Anak-anak saya sekarang ni, semuanya diletakkan di tempat yang sama. Senang sikit saya sekarang. Kalau dulu, Aina sorang2 je kat nursery di rumah, sedangkan abang2 dia semuanya ada berhampiran dgn opis saya ni. Pagi2 kesian hantar Aina sorang2, jalan kaki je dan paling awal. Abang2 dia pulak leh naik keta, sampai sekolah lambat sikit, sempat manja2 dulu ngan saya dalam kereta. Balik pula, ambil abang2 dulu. Aina amik paling last, kalau jalan ok, cepat la sampai. Kalau jalan Jammed tak hingat...mmg lambat la ambil Aina. Sian sgt kat Aina masa tu.

Tapi sejak awal bulan 9 hari tu, Aina dah diterima untuk sekali bersekolah dgn abang2 dia. Opkos la saya heppi. Masa mula2, seminggu pertama mmg hari2 dia menangis, iyerla tak biasa kat tempat baru kan?? Sbb sejak dia usia dua bulan mmg dia duduk dekat nursery tu. Tapi pas tu dah ok. Sekarang laaaaagiiii ok. Dah pandai bawa diri.

Ultraman di hati..wake up Amirul!!!


Tgk la keadaan derang dalam kereta masa pagi2 nak kesekolah, Aina la paling ceria kan?? Muka abang long mmg terserlah kemengantukannya. Walaupun, abg long la yang paling senang nak kejut pagi2. Mmg tak de masalah langsung. Kadang2, saya suruh gak dia mandi sendiri. Memang dah boleh diharapkan la. Cuma kalau dia mandi sendiri tu, time akan jadi lebih lama..agaknya dia termenung dulu kot dlm bilik air.. :).

Angah pulak, mmg hari2 mesti menangis kalau nak bangun pagi. Hari2 akan merengek cakap ngantuk. Sampai dah tak tau nak cakap mcm mana. Mmg menguji tahap kesabaran saya betul. Tiba2 saya terfikir idea reverse saikologi. Korang tahu tak macam mana nak buat?? Saya cuba je. Tp mmg menjadi la. Setiap malam, masa dia nak tido, saya akan suruh derang semua baca doa pastu saya pesan kat Aliff, yer..Aliff sorang je. Saya cakap,
"angah, bangun esok, nangis ok??"
dia akan jawab "tak nak la mama, malu la"
pastu saya cakap lagi "Ala..nangis la...kalo tak nnt mama bosan"
dia akan terus jawab "tak nak, angah dah besar, malulah nangis."
Saya senyum dan jawab ok je.

Esok pagi...masa kejutkan dia, bagaikan miracle mmg dia tak menangis langsung. keh keh keh. Berjaya!! Tapi pesanan ni kena buat setiap malam. Sbb kalau saya terlupa pesan, mmg esoknya dia mesti nangis. Hmmm macam2 betul.

Aina pulak, kalau tidur cukup, mmg senang kejut. Bangun senang, mandi senang semua senang. Tapi kalo tido lambat, mmg nangis gak la. Paling menguji kesabaran saya, bila Aina dan Angah nangis berjemaah dalam bilik air di pagi hari. Korang bayangkan la, di pagi yg sunyi, tiba2 dua org menangis bersama. Takkah menguji kesabaran namanya??? Sbb tu sekrang ni, kul 9 saya dah kerah derang semua masuk bilik.

Uishh, mmg membesarkan anak2 dgn tangan sendiri memerlukan kekuatan mental dan fizikal yg kental. Tambah2 bagi ibu2 yg bekerjaya. Silap hari bulan, mak yang melarikan diri nieh. hehehehe


p/s: anak sorang sunyi, anak dua orang, tak berapa cukup. Anak 3 orang...terus jadi uishhh ramainya anak aku....huhuhu.   :)

Wednesday, November 3, 2010

My Father and I

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain


(Hadis riwayat Al-Qudhi)



ME & MY Father
.......
When I was 4 Yrs Old : My father is THE BEST
..........
When I was 6 Yrs Old : My father seems to know everyone
.........
When I was 10 Yrs Old : My father is excellent but he is short tempered
.........
When I was 12 Yrs Old : My father was nice when I was little
..........
When I was 14 Yrs Old : My father started being too sensitive
..........
When I was 16 Yrs Old : My father can't keep up with modern time
...........
When I was 18 Yrs Old : My father is getting less tolerant as the days pass by
...........
When I was 20 Yrs Old : It is too hard to forgive my father, how could my Mum stand him all these years
............
When I was 25 Yrs Old : My father seems to be objecting to everything I do
............
When I was 30 Yrs Old: It's very difficult to be in agreement with my father, I wonder if my Grandfather was troubled by my father when he was a youth
............ ....
When I was 40 Yrs Old: My father brought me up with a lot of discipline, I must do the same
............ .....
When I was 45 Yrs Old: I am puzzled, how did my father manage to raise all of us
............ ...
When I was 50 Yrs Old : It's rather difficult to control my kids, how much did my father suffer for the sake of upbringing and protecting us
............ .
When I was 55 Yrs Old: My father was far looking and had wide plans for us, he was gentle and outstanding. .
............ .
When I became 60 Yrs Old: My father is THE BEST
...........

Note: it took 56 Yrs to complete the cycle and return to the starting point 'My father is THE BEST '



"When we recall the past, we usually find that it is the simplest things -- not the great occasions-- that in retrospect give off the greatest glow of happiness." -- Bob Hope


*************************************************

p/s: Umur saya sekarang belum pun mencecah 29 tahun, tapi pandangan saya terhadap abah saya sekarang adalah seperti umur saya 40 tahun dlm quote di atas. Mmg abah saya garang, tp sbb garang dia lah maka Alhamdulillah, anak2 dia semua menjadi...berjaya didisiplinkan.

Terima kasih Abah dan Mak :)
tanpa didikan kalian...siapalah kami pada hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...