Monday, November 22, 2010

Hari Orientasi Abg Long

Sabtu baru2 ni, berlangsunglah majlis suai kenal anak sulung saya. Mesti ramai pelik kan?? awal giler sekolah ni buat. Tapi mmg every year sekolah ni buat majlis ni sabtu pertama cuti sekolah. Maybe sbb cikgu2 dia tak nak datang awal seminggu sblm buka sekolah kot. Apa2 pun alasan, tak kisah la..asalkan semuanya dah selamat.

Seawal 7.30 pagi, saya dan Amirul dah terpacak kat sekolah tu. Mula2 encik suami dan adik2 Amirul pun ikut sekali. Tapi memandangkan majlis ni sampai kul 12 tgh hari nunnnn..jadi, lebih baik mereka pulang berehat di rumah saja. Itu lebih baik bukan???

Kat kantin dulu...konon nak breakfast..


Majlis ni bermula dgn acara yg agak membosankan. Apa lagi kalau bukan ucapan2 guru2 di situ. Dalam bosan2 tu, kena fokus gak mendengar sbb anak kita nak sekolah situ kan?? so, kena la amik tau mcm mana sistem pembelajaran kat sekolah tu. Iskk...takut la dgn sistem persekolahan sekarang kan. Mmg totally different dgn masa zaman2 kita sekolah dulu.

Kalo dulu2, masuk darjah satu kalo kita tak kenal ABC lagi, tu kira common thing la kan. Tapi zaman sekarang kalo masuk darjah satu, tak reti membaca lagi...alamat ketinggalan bas sekolah la anak kita. Mmg la, baruuuu darjah 1 kan?? Tapi..nak ke kita tengok anak kita tertinggal??? ish2..takutnya saya...

sambil dgr ucapan..sambil amik gambar..tak bosan sgt :)


Sistem persekolahan sekarang, setiap 3 bulan akan diadakan ujian saringan kelas atau lebih dikenali LINUS program. LINUS ni melibatkan ujian bahasa dan juga matematik, so, anak2 kita akan berada di kelas masing2 mengikut kecekapan dan kepandaian masing2 masa ujian tu. Sian kan?? kalo masa zaman saya dulu, setahun sekali baru kelas dirombak..tp sekarang 3 bulan sekali??? isk..isk...siannyaaaaa...



Pas abih dengar segala ceramah dari guru besar dan guru2 lain. Berbarislah Amirul dan kawan2 untuk masuk kelas derang. Kelas kali ni cuma secara randomly, kelas sebenar hanya akan ditentukan selepas ujian saringan pertama pada minggu ketiga persekolahan nnt. Kali ni, Amirul dapat kelas 1 Maju. Nasib baik ada juga kawan setadikanya. Masa derang menuju ke kelas, ibu bapa pun ikut sekali. Masa ni la segala macam borang kena isi. Borang account BSN dan pembayar yuran sekolah. 

Yuran..tak mahal pun...takkan tak mampu kot??


Masa tgh sibuk2 isi borang tu, saya ternampak sorang classmate baru Amirul. Comel je budaknya, lelaki...tapi kecik je dia..saya tya ayah dia..keciknya dia...dah nak masuk darjah 1 dah..pastu ayah dia jawab, "a'a..dia ni spesel kes" saya igt maksud dia, sbb budak tu pandai mcm Adiputra tu la kan?? tapi ayah dia jawab bukan sebab tu. Tapi dia kena daftar darjah 1 tahun ni, sbb dia dilahirkan 1 Januari 2005. Memula saya rasa pelik gak...kalo lahir tahun 2005, apsal kena daftar tahun ni plk kan?? pastu ayah dia explain lagi. Katanya, kalo baca pekeliling kementerian, mmg budak2 yg dilahirkan pada tahun 2004 sehingga 2 Januari 2005 wajib mendaftar tahun ni. Isk..betul ke?? siannya kan??saya tak penah tahu lak..maklumla tak penah baca pun pekeliling semua ni kan??? err..kalo pekeliling pasal bonus tu...baca la...hehehe...... So, korang yg tgh pregnant tu...jangan la lahirkan anak 1 atau 2 januari yer...kesiannn...huhuhu

Dah abih daftar sekolah pagi..daftar pulak sekolah KAFA, tak lama pun rupanya. Tak sampai kul 12 pun dah selesai segala. Nampak macam Amirul bersemangat nak bersekolah. Harap2 berterusan la..dan tak nak la nangis2...saya dulu, darjah 1 abah saya tak penah hantar sampai kelas pun. Hantar sampai pintu pagar sekolah je..pastu, pandai2 la bawak diri cari kelas...tu yg sampai sesat2 tu..huhuhu..siannya saya...kecik2 dah kena berdikari..budak2 sekarang boleh ke??? soalannya..gamak ke saya nak buat camtu??? Tepuk dada sendiri la Farihah oiii....

2 comments:

adie said...

mak aiii..awalnya dah start orientasi sekolah. anak saya 31hb dis ni. skang tgh carik blog yg citer pasal pengalaman anak masuk darjah satu. saya takde pengalaman lagi, tu yg kena prepare apa nak buat tu.
btw,thanks sharing. :D

Farihah said...

tak pe, masing2 cari pengalaman kan. Tapi sekolah kat sini mmg awal dari sekolah2 lain :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...