Sunday, November 28, 2010

Happy Birthday Putri Aina Farhana

Hari ni, 28 November 2010, genaplah 2 tahun usia anak dara aku nan satu..."Putri Aina Farhana". Sekejap je masa berlalu. Masih teringat lagi pengalaman mengandungkan dan melahirkan Aina 2 tahun yang lalu. Macam abang2 dia jugak, Aina pun dilahirkan masa minggu ke 37 dia didalam perut..hmm...semua anak2 aku tak sabar2 nak keluar tgk dunia ni.

si tembam Aina..sekarang

Aina ni lebih nampak ketidaksabarannya nak keluar sbb sewaktu kandungan aku baru mencecah minggu ke 35. Rahim aku dah buka 3cm...perghhh...tapi, tak de la rasa sakit ke apa...cuma asyik kena ulang alik g hospital je la kejenya..sbb doctor nak monitor jugak samada rahim aku maintain 3cm je..atau makin buka dan buka dan buka kan?? Sbb mmg aku ni jenis, kalo buka sikit2 ni, mmg tak rasa sakit apa2. Bahaya kan?? Dah la tak turun tanda jugak... Kalau nak ikutkan, aku nak terus je induce, bg keluar je masa tu. Tapi doc tak advice aku buat mcm tu, katanya risiko untuk baby nnt, paru2nya belum kuat. So, selagi termampu, biarlah dia di dlm perut hingga tiba waktu yg betul2 dia nak kuar.

Aina semasa berusia 1 Tahun

Maka, di subuh hening 28 Nov 2008 yang lalu, waktu aku bangun pukul 5 pagi nak siap2 untuk g keje. Aku dah rasa something. Naluri aku kuat menyatakan, "today is the day"... *eceh*..hehehe. Perut aku time tu, mengeras semacam je... Maka dgn rasa relax aku bgtau kat encik suami aku, yang aku yakin mmg aku akan bersalin hari tu. Kebetulan, suami aku ada perlawanan dart hari tu, terpaksa la dia korbankan dartnya, demi anaknya yang nak keluar ni.hehehe

Pas mandi dan solat subuh, sempat lagi aku baca surah yassin dan surah maryam. Mohon dipermudahkan segala urusan bersalin nnt. Sampai je di hospital, aku breakfast dulu, penting ni..kalo tak mana nak datang tenaga nak "push" nnt kan?? Pastu terus ke labor room, masa tu kalo tak salah dlm pukul 8.30 kot...tggu doc datang dalam pukul 9, terus doc cek bukaan "dah 5cm" kata doc sambil tersenyum...tp dalam hati aku "baru 5cm ke?? ish..kul bp nak bersalin ni??" Doctor tu macam memahami pulak, dia cakap "saya pecahkan air ketuban yer, Insya Allah, tengah hari ni keluarlah baby awak." Aku angguk2 je sambil senyum.

Tapi dalam pukul 10.40 tu, aku dah rasa teramat sakit dah....aku cakap kat nurse, yang aku yakin baby nak keluar dah ni, nurse masa tu dah la sorang, dengan tenang dia cakap "jap yer saya cek", pastu terus dia cakap lagi, ye la..dah 9cm dah..cepatnya...tggu yer, saya panggilkan doctor. Doctor time tu kat klinik dia la, nasib baik klinik dia ngan labor room tak jauh sangat. Aku pulak time tu dah tak tahan sgt dah, aku tak peduli dah, doc sempat ke tak sempat ke nak sambut, aku tak boleh tahan dah...nak kena teran jugak ni... mana boleh tahan2 kan??

Nurse pulak dgn tenangnya masih suruh aku bersabar, dan boleh pulak dia tahan kepala baby dari keluar... isk!! pastu nmpak doctor datang, dan dgn tergesa2 pakai kasut bootnya, dan pakai sarung tangan segala, tp masih dgn ayat yang sama, "sabar yer puan, dah nampak dah kepala ni". Elok dia selesai je, aku pun dengan sepenuh tenaga dan pengalaman yang ada, terus meneran sekuat tenaga. Hasilnya, dengan sekali push, keluarlah Putri kesayanganku ini ke dunia, tepat jam 10.55 pagi dengan berat 3.25 kg.

Aina 2 tahun yang lalu

Dan hari ini, tuan putri tu dah genap 2 tahun. Dah pandai bercakap, dah pandai bergaduh..dah pandai segala2nya. Doa mama, moga anak dara mama sentiasa sihat dan menjadi anak yang baik dan solehah serta berbakti pada Agama, Bangsa dan Negara tercinta.


p/s: Aina, tolong jadi sopan santun sikit yer, jangan suka memanjat sgt yer...hehehe

2 comments:

Laizan said...

Masya Allah rupanya besday Aina beza 2 hari jer dgn Naufal....hehehehe

Selamat Hari Lahir Aina....Moga Menjadi Anak Yang Solehah & Berjaya Dunia Akhirat....Amin....

Soryla mak ngah wish lambat....x sempat nak tgk fb & blog....busy lately ke hulu ke hilir...hehehehe

Farihah said...

Tak pe mak ngah :) Terima kasih atas doa dan ingatan mak ngah.

Farihah pun baru tau yg bday naufal 26 nov. mmg pas ni boleh celebrate together2 la. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...