Thursday, December 30, 2010

Aina dan Insya Allah

Ini anak bongsu aku dan satu2..anak dara aku. Si tembam Aina...


Yang ni pulak..takkan korang tak kenal kan?? Satu dunia dah kenal mamat ni..kalo korang tak kenal jugak..silalah korang keluar dari planet bumi ni. Memperkenalkan ini la boyfriend Aina...sayang betul Aina ngan Maher Zain ni. Tp Aina ada nama spesel kat dia, kalo Aina nampak muka Maher Zain ni kat mana2..dia akan jadi kelam kabut bgtau kat semua org yg dia nampak "Insya Allah". hehehe...yer..Aina panggil nama BF dia dgn nama Insya Allah... :)

manisnya senyuman dia...sejuk hati kalo dapat menantu camni :)


Lately ni, Aina betul2 susah nak bangun tido. Melainkan kalo dia tido kul 8.30 malam. Kalo tido lebih pada kul 9 malam..mmg alamatnya sangat azab nak kejutkan dia. Pernah satu hari, aku biar je dia pegi sekolah tanpa mandikan dia. Cuma tukar baju dia je. Tapi takkan nak buat camtu selalu kan?? Tak best la. Anak dara apa tak mandi pagi...isk isk...

Tetiba satu pagi tu, ntah macam mana... masa susah2 nak kejutkan Aina bangun tu, tetiba sebijik mentol menyala dgn terangnya kat kepala aku!! Aku amik henpon aku, terus pasang lagu Insya Allah...dengan harapan Aina akan bangun dgn mudahnya. Sungguh tak kusangka...baru je muzik intro lagu tu... toinggggg!!!! terus terduduk Aina...sambil sebut "Insya Allah mama...Insya Allah" hahahaha..lawak sungguh aku rasa pagi tu..hebat betul penangan BF Aina ni. 

Terus ngan henpon tu aku bawa masuk bilik air, dan mandikan Aina pagi tu sambil disajikan lagu2 nyanyian BF tercinta dia ni...hehehe

Aina...Aina.... :)

Thursday, December 23, 2010

Kisah pagi Sabtu (kisah 2)

On the way pulang ke rumah dr breakfast tu, tiba2 nampak kelibat sorang budak kecik sedang jalan kaki laju2, bersendirian. Huish..nak pegi mana budak ni sorang2..kat jalan besar plk tu. Sebabkan naluri keibubapaan, suami aku terus buat u-turn dan cari balik budak tu...nampak je dia kat celah2 pokok2 renek pembahagi jalan, suami aku terus berhentikan kereta dan pergi kat dia. Tak tahu apa yg dibualkan, tp aku nmpk, suami aku ajak dia naik kereta kami.


Sampai dalam kereta aku tanya dia nak pegi mana?? umur berapa?? katanya dia nak pergi tempat kerja mak dia. Umur dia 5 tahun. Dia keluar sorang dari rmh nenek tanpa pengetahuan, sbb nenek marah. Aku tak tahu la tu nenek betul dia, atau pengasuh yg dia panggil nenek. Dia tunjuk kami arah ke tempat kerja ibu dia. Mmg kebetulan bangunan tu, dekat sangat ngan rumah kami.



Terkejut la wajah ibu dia bila nmpak dia datang sorang diri dengan org asing. Ibu budak tu seorang cleaner kat bangunan tu. Reaksi ibunya apa lagi..terus marah la...ish..aku tak tahu apa reaksi aku kalo aku kat tempat ibu dia. Tapi, marah bukan satu jalan penyelesaian yg bijak kot. Dah la budak tu masih takut2, apa lagi yang dia boleh buat selain menangis??

Pengajaran untuk anak2 aku dalam kereta hari tu (terutama untuk angah sbb masa tu amirul tak de).

1) Sian budak tu, org susah, tak de kereta, nak pegi tempat mak dia jalan kaki sorang2, Angah jangan buat mcm tu ok. Kat luar ramai org jahat. Angah angguk2.

2) Tgk badan dia kecik je, padahal dia lagi tua dari angah, angah nak makan apa semua senang, minta je dapat..tak dapat nangis..sbb tu kalo makan kena igt org susah sama..jangan asyik berharap minta je semua dapat..faham??? Angah angguk lagi...

3) Mak dia keje teruk, ssh nak dapat duit. Mama pun susah jugak nak dapat duit, sbb tu kalo minta mainan jangan harap dapat on the spot. Mainan kalo dapat, main betul2, jangan asyik rosakkan je, mama kecik2 langsung tak de mainan...kalo wan beli pun satu je, tu pun tuk pak ndak atau pak su, kalo nak main kena gilir2..angah semua dapat sorang satu...(hehehe...part ni mmg tak de kena ngena ngan budak tu) tapi sbb time tu je boleh ajar dia..kita kasi pengajaran cukup2.

Sebelum budak tu keluar dari kereta, aku pesan kat budak tu..len kali jangan buat camni lagi yer. Bahaya jalan sorang2. Kat luar banyak org jahat. Dia cuma mampu mengangguk.

Saturday, December 18, 2010

Kisah pagi Sabtu (kisah 1)

Pagi Sabtu.
Amirul tak de...tido rmh wannya...
Bangun pagi..plan nak bekfas kat luar la.
Sebab Amirul takde..jom kita cari kedai Melayu, kalo dia ada..asyik mamakkkk saja. hehehe

Pas selesai makan.
Didatangi seorang atuk tua. Peramah orgnya. Dia datang sbb nak minum kat situ. Dia berbicara
"atuk ni dah tua cu...
 umur dah 98 tahun,
 atuk hidup sorang diri, 
 nenek dah ninggal kat Mekah dulu, 
 Sekarang mata atuk dah tak nampak..doc cakap mata atuk kena operate..atuk cuma nmpk bayang2 je.
 Cucu tinggal kat mana??
 Atuk tinggal kat Flat Sri dot dot dot, tgkat dot dot, pintu dot dot, senang2 datang la melawat atuk cu.
 Hari tu atuk sakit, 2 hari tak bangun, tak de sape datang tgk atuk, atuk takut atuk ninggal org tak tahu, adik beradik atuk yang lain sumer dah ninggal."

Aku dengar sambil angguk2. Dalam hati kesiannya hidup atuk ni. Ya Allah, sebagai manusia, apa perlu aku lakukan?? Dalam hati terdetik, Inilah dikatakan rezeki yang kita dapat, bukan untuk kita sahaja, seeloknya dikongsi bersama yg memerlukan.

Setelah berbicara serba sedikit, mengambil alamatnya. Aku salam dan sedekahkan sedikit pemberian ikhlasku untuknya. Dgn harapan, sedikit bantuan aku yg tak seberapa tu, dapat menolong dia dikala memerlukan.

Sedih...terus terkenangkan, macam manalah nasib aku di kala tua nnt??

Hari-hari KAYU...

Sejak Amirul ada kelas malam sekarang ni. Setiap kali aku balik dr opis. Aku mesti tanya dia, abg long nak makan apa hari ni??(walaupun aku dah tahu jawapannya) dia pun sambil senyum2 jawab "nak makan roti canai" aku tanya lagi, kat mana?? Walaupun yg ni pun aku dah tahu jawapannya. Dia pantas dia jawab "kat Original Kayu la". Hmm... Korang bayangkan la, hari2 aku kena mengadap mamak2 kat situ. Tp mengenangkan seharian dia tak makan apa2. So, hajat dia tu kena la turutkan juga. Siankan anak aku ni, makan roti canai je. Tak tahu la sampai bila dia macam ni.

Dulu2 ktorg tak penah pun pegi restoran Original Kayu Nasi Kandar ni. Walaupun jarak dgn rmh aku amatlah dekat. Tapi mmg tak pernah berhajat nak minum2 dan makan2 kat situ. Tp semuanya berubah masa hari pertama aku daftarkan Amirul untuk kelas minda optima tu. Hajatnya nak duduk2 je sambil tggu Amirul abih kelas. Rupanya selesa jugak lepak kat situ. Tempat sejuk dan selesa plus org tak ramai sgt time siang. Tapi kalo malam tu, mmg full house la. Pastu kat sini kebanyakan yg melepak adalah famili2. Tak de budak2 bujang sgt. Almaklumlah kat kedai ni tak de wifi.



licinnn



So, setiap hari Amirul akan order 2 biji roti canai bersama kari dan minuman wajibnya air suam. Pastu dia akan tersenyum puas hati. Katanya "Sedap sangat la roti canai kat sini mama". Hmmm..iyolah anakku!!

Friday, December 17, 2010

Bagaikan Bidadari

1st time dgr lagu baru tomok ni. Aku dah jatuh cinta dgn lagu dan liriknya. Padahal aku ni bukanlah peminat tomok pun. Tp sbb lagu dia best. Kita kasi layannnn... :)

Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku tertanya
Jika kau tak bersama

Korus
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku tak berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu

Tak pernah hilang
Tak akan pergi

Kitakan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selam-lama
Jangkau kasih kita hingga ke akhirnya
Kita bagai di syurga

(Ulang Korus)

Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku

Tuesday, December 14, 2010

Full House cafe

Entry ni dah lama terdampar kesepian kat draft box. Malas tul la nak update blog lately ni..Kalo nak ikut mcm2 cerita ada nak kongsi ngan korang..tp nak buat camne...keMALASan bermaharajalela. So, ikut mood la yer.

Kejadian ni dah lama berlaku sebenarnya, rasanya dah hampir sebulan kot. Korang penah try makan kat FULL HOUSE?? Saya pestime la makan kat situ. Adat la opismate saya ni, asal hari Jumaat je, mesti nak jalan2 cari makan kat tempat2 yg jauh sikit dari opis. Dan tempat tu mesti kena spesel sikit dan paling penting harga tak mahal.

Maka, sampaila kami ke sini. Oh ya, Full house ni ada 3 cawangan kat area lembah klang ni. Tp ktorg sepakat nak pegi kat Jalan Yap Kwan Seng je. Dekat sikit. Senang je nak cari...korang cari signboard Jalan Yap Kwan Seng, pastu masuk je jalan tu, korang slow sikit keta..nmpak mcm rumah batu kaler putih...haaaa...itulah dia..

bahagian bawah

Nama kedai ni kalo tak salah diambil dari citer popular korea. Mmg tajuk citer tu Full House, tapi saya sendiri tak pernah layan citer tu...tak tau la best atau tak.

Kat kedai ni ada 2 tgkt...tgkat bawah mmg tuk makan2. Tapi kat tingkat atas ada jual baju2 ala Korea. Kalo korang minat nak pakai cam awek Korea, pegi la usha2 kat sana. Mana tau terbekenan...leh terus beli. Rasa harga dia pun tak mahal sgt. Biasa2 je.

atas


Dah malas nak cerita, Korang tgk je la gambar2 kat bawah ni, lets picca do the talking yer... :)

menu book...sangat2 unik

antara makanan yg ktrog santap pada hari kejadian


dessert yg walla...


free dessert from set menu yg kita pilih



Set ini beharga RM16.90...mahal ke murah???


Overall, makanan kat sini mmg sedap2...layanan pun memuaskan. Pasni mmg boleh pergi lagi...Korang yg rajin jalan2 cari makan tu, cuba la yer...



Friday, December 10, 2010

101210

Happy Birthday To ME!!!!

Hari ni 101210 genap umur saya 29 tahun...Alhamdulillah, masih bernafas di Bumi Allah ini.

Hari ni, untuk pertama kalinya setelah saya bekerja selama lebih 8 tahun di sini. Kawan2 saya buat surprise breakfast party untuk saya. Bestnya...terima kasih banyak2 kat Ret, Mushi, Kak Een, Kak Farina, Kak Maznah dan semua yg terlibat buat surprise kat saya hari ni...terharu sangat..sangat..sangat!!! THANKS KORANG!!!



* Pagi2..Dapat Bday Card dari Pengarah, walau dia tak ada kat sini..thanks BOSS
* pastu kena tiup lilin, walaupun lilin aromaterapi tu..hehehe
* Tiba2 lak..izad bg hadiah sesikat pisang..kelakar la ko
* Pastu dapat FAX pasal keje, tapi ada note bday wish kat bawah..so sweet :)
* Paling best..dapat suapan kek dari sahabatku RET...hehehe

THANKS LAGI SEKALI KORANGG!!!

Korang telah menceriakan hidup aku hari ni :)





pengalaman manis yg pasti tak akan dilupakan... :)

Friday, December 3, 2010

Kurang sihat

Lately ni aku asyik kurang sihat. Mungkin faktor usia kot...hehehe. Baru2 ni aku batuk teruk gak la. tapi aku ni mmg jenis tak suka makan ubat batuk. Sbb kalo makan alamatnya aku akn pengsan je la. Buatnya anak aku nak nyusu tgh malam sape nak bagi kan?? sbb tu la aku tahan diri aku dari makan ubat2 yg membuatkan aku ngantuk.

Tapi tiba2 satu hari tu, aku rasa mcm ssh sikit nak nafas. Saja la update status kat FB tya pendapat org kenapa kan?? Ada member jawab mybe sbb kolesterol kot. Hmm..logik jugak. Walau aku ni kurus, tapi sllnya mmg org kurus banyak kolesterol. So aku pun pegi la klinik nak check. Bila doc cek tu, dia cakap paru2 aku ada kahak, so, dia kategorikan aku sebagai pengidap mild bronchitis. *Papppp* aku tepuk dahi...dalam hati dok pikir..ish..takkan pas ni nak kena amik neb kot?? Tp doc tu cakap, tak pe..dia bagi ubat makan dulu. Tapi ubat tu ada side effect sikit, pas makan katanya, aku akan mengalami kegigilan selama satu jam...wahh!!! ngeri gak dengar. Dia cakap lagi, makan ubat ni dulu, pastu khamis datang balik, "saya nak cek condition awak pastu."

Bila aku makan ubat tu. Aku bukan mengalami tahap kegigilan selama sejam. Tapi aku rasa aku biol selama hampir 10 jam. Ishhh..giler kuat ubat tu...buat aku rasa "high" betul. Pas makan kul 11 malam aku tido..pastu tak leh buka mata dah. Rasa peningggg!!! sok pagi solat subuh pun sambil pejam mata. Terus sambung tido balik. Bangun balik kul 8 pg igtkan ok..tapi jari jemari aku masih menggigil2.

Malam khamis baru2 ni, aku pegi balik klinik tu, bgtau la aku tak boleh nak abihkan ubat tu. Sbb ubat tu buat aku jadi kurang waras. So pas doc tu cek semua...dia cakap lung aku dah improve...hehehe..tp dia kata tak pe tak payah sambung ubat tu. Dia bg ubat baru yang berupa gas penyedut...phewww..selama hampir 29 tahun aku hidup kat bumi ni, ni kali pertama nak kena sedut2 ni. Sedut benda ni sampai aku dah stop batuk.




Sedut pun sedut la doc, asalkan baik..dan tak buat aku high lagi...then aku request kat doc tu suh buat kolesterol check up kat aku. Makanya malam ni aku kena posa start kul 10 mlm. Sok kul 8 amik darah. Doakan aku sihat yer kawan2 :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...