Friday, February 18, 2011

Cuti2 2011 - Part 6

Phew...sampai part 6 rupanya. Kalo blajar kat UiTM, part 6 ni kira last sem of last year tuk diploma kan?? Kalo tak abih2 gak...sila la jadi super sayya kat situ...hehehe. Citer aku ni pun, kebetulan lak, episod terakhir aku tuk cuti2 2011 ni.

Lepas check out dari Euro rich tu, ktorg teruskan perjalanan berikutnya, tp sempat singgah Kluang lagi sekali tuk breakfast kat Kluang Rail Coffee. Tapi malangnya, kopitiam tu ditutup sbb cuti CNY. Terpaksa la ktorg pegi kat cawangan dia yg dah dimodenkan. Harga kat situ lebih mahal dr kedai kat stesen ketapi tu. Dan org pun punya la ramaiiii..semua ni gegara kedai utama dia ditutup. Sampaikan, ktorg nak tapau roti bakar pun tak leh. Sbb derang tak sempat nak buat...tsk tsk...sian kawan2 aku yg dah ngidam nak makan tu. Sabar yer Lan dan Ain!!! hehehe

Selesai makan, perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir. Genting Highland. Ktorg stay kat Awana Resort. Kat situ, kompeni tempat aku keja ni, beli la beberapa unit tuk staf dia stay dgn harga murah. Dan rezeki aku jugak, selepas lebih 8 tahun keje sini. Inilah pertama kali dapat stay kat resort tu. Mmg murah sungguh!!! tak tipu tau...murah sungguh2...korang percaya tak kalo aku cakap, aku cuma perlu bayar bawah RM20 untuk semalaman??? hehehe









Sampai2 je, anak2 aku dah eksaited ajak terjun swimming pool. Mmg tak reti sejuk sungguh depa ni. Teman la derang jap...tp aku berselimut kat atas sambil tgk derang ngan abah derang mandi manda. Rupanya airnya suam..patutla best je derang sampai tak nak naik.



Malamnya, ktorg naik keta kabel tuk ke atas. Org agak ramai..tp tak de la ramai sgt, sempat la aku bagi anak2 aku main 2-3 game...pas sudah main..moh turun balik..mata dah ngantuk dah.



anak2 tido...bapak2..posing2 lak :)


Sok pagi2 lak, selesai packing semua barang, sekali lagi ktorg naik atas. Tapi kali ni naik keta. Saja pusing2 nak amik gambar je. Pastu turun terus dan balik ke KL.



Penat.....tapi PUAS!!!...best jalan2 ngan org2 yg satu kepala..mmg happening!!! tapi tak pening...hehehe


-TAMAT-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...