Thursday, March 17, 2011

Kekasihku di menara

Tipula...derang kat kampung je :)

Alkisahnya, pulanglah aku ke kampung minggu lepas disebabkan cuti sekolah yang bakal berlangsung minggu ni. Memang dari awal lagi dah aku pujuk2 anak aku duduk kat kampung. Belajar la jadi org kampung sama. Apa sangat yang ada kat bandar ni. Balik2, ngadap shoping complex, jammed, pastu terkurung kat rmh tak berhalaman mcm rmh aku tu. Sian anak2 sekarang. Tak de kebebasan minda. Tu yang selalu terpesong tu. Eh2...aku plk yang terpesong sekarang ni!!!

Makanya, hari Ahad lepas, dengan berat hati..terpaksalah aku melangkah meninggalkan desa dan juga meninggalkan buah hati pengarang jantung aku berdua di sana. Sedih!!! Aku takut derang menangis. Tambah2 Aliff, sbb dia mmg sangat manja dgn aku, tido malam pun, tiba2 dia akan masuk bilik aku, check tgk mama dia selamat ke tak...hehehe...mana mungkin dia mau ditinggalkan di kampung kan??

Sepupu derang darjah 3 baru ok!!

Budak yang amat dirindui mamanya

gambar sebelum ktorg pulang KL..



Tp dakwaan aku terpesong, baik Aliff dan Amirul, dua2 tak heran ditinggalkan dikampung. Maklumlah, sepupu derang anak kak aku ada di sana. Lagi la seronok kan. Aku pulak yang sedih. Sungguh!! Aku ni mana penah berjauhan dengan derang lama2. Paling lama pun semalaman je tu pun sbb team building opis. Ni seminggu derang kat kg. Mau aku tak sedih??? Dengan sape aku nak peningkan kepala masa ketiadaan derang?? ish..sedih ooo

Hari2 aku call. Kot la derang nak cakap sedih ke, rindu aku ngan aina ke...tp hampa...suara derang riang gembira je..suka la tu, tak payah kena marah2 ngan mama. Tak payah dgr mama cakap suruh belajar..best la tu kan?? 

Takpe, Sabtu ni dah nak balik kan?? Terus mama amik korang kat rmh mak njang tau!! Pastu bermula kembali episod kita sekeluarga. hehehe

4 comments:

AdanyaKauUntukku said...

sayu je tgk Farihah
iLa blom rasa lagik kot cam neiH
even ari tu bersalinkan si Fahim..Alieyah tak de pun sayu..boleh?

Farihah said...

tu la..kita mmg sayu lelebih..tp derang relaxxx je kan??? tak patutt..tak patutt!!

sindiketsulit said...

pernah masa darurat dulu tinggalkan diorang di kampung 3 minggu = 21 hari. tapi kakros cuti 3x jumaat, habis keja hari khamis balik kg, balik kl balik hari ahad bas mlm. siksa. mmng siksa. konfem akak bukan insan terpilih berjiwa kental nak tinggal anak kat kg. taknak cuba dah. insyaallah.

biar masa dan ajal yang memisahkan kami. hamboihhh...

Farihah said...

hehehe...mmg sengsara..tapi sekali sekala kena bg depa tau ssh senang hidup di kampung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...