Wednesday, June 29, 2011

lagi lagi sukan

Kalo sabtu kat sekolah abg long. Hari ahad kami 5 beranak kena bangun awal pagi jugak. Kali ni nak pergi Dewan Badminton Jabatan Pengairan Ampang pulak sebab nak menghadirkan diri untuk sukan tadika dan taska sekolah Aliff dan Aina pulak. Kalau ikutkan hati memang malas sebenarnya. Tapi dek kerana angah tu mmg excited betul dok berlatih sukan..jadi mari kita turutkan kehendak mereka.

Perkara pertama pagi tu, jumpa cikgu Aliff pastu cikgu Aina, tengok report card dan progress derang kat sekolah. Dengar cikgu cakap...pastu cikgu dengar aku cakap. Aliff sengih je la...Aina pulak blurr je...hehehe




Pastu, breakfast kat situ. Konsepnya..kau amik...dan kau pergi cari tempat, kemudian kau  makan. Bila ramai-ramai dah sampai, baru acara sukan dimulakan. Mula2 sukan budak2 taska...comel2 je tengok..Aina masuk 3 acara..dan ketiga-tiga acara tu dia menang nombor 2 dan 3. Walau dalam keadaan blurr..tp dia masih boleh bersukan. Cuma setiap kali acara sukan tu melibatkan Aina, mama dia terpaksa sorokkan diri sebentar. Kalau dia nampak, kompom tak jadi sukan. Nak kepit mama je 24/7. Angah pulak masuk satu acara, dan dengan bangganya dia dapat tempat pertama. Suka betul tgk dia berlawan...sangat bersemangat.




Pastu ada jugak acara untuk bekas pelajar dan ibu bapa. Paling best acara anak make-up ibu atau bapa masing2. Tapi aku serahkan abah Aina untuk dimekapkan Aina. Dan Aina peserta paling muda tuk mekapkan org dewasa. Orang lain semua anak2 yang dah 5-6 tahun mekapkan. Nah..tengok hasilnya...cun tak wajah abah Aina??

bandingkan wajah abah yg dimekap..dan wajah mama yang kosong...


Pas selesai semua upacara penyampaian hadiah. Derang pasang lagu ayah dan ibu nyanyian Sudirman tu. Uishh rasa sayu sungguh...pastu anak2 kecik ni..datang la kat abah dan mama masing...bagi gula2 bentuk hati..pastu salam, cium dan peluk kita...syahduuu je rasa :) 



Overall...
best!! walau penat...sebab lama sangat...tapi tetap enjoy!!

2 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

heheh :D gelihati tgk part yg make up tu..
apa2 pun best la ada acara sukan camni kan...barulah budak2 pun seronok nak join acara...

Farihah said...

hehe..mostly semua bapak2 je jadi pak sanggup tuk dimekapkan..mmg gamat la time tu.heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...