Tuesday, June 28, 2011

Sukan Sekolah

Selesai sudah acara sukan sekolah anak sulung aku Sabtu lepas.
Oppss...jangan tanya aku rumah apa menang ek.
Sebabnya., aku tak pergi pun menghadiri upacara sukan tersebut. Maklumlah aku ni kan beranak 3..takkan la sanggup nak usung anak2 kecik aku kat tengah padang semata2 nak bagi sorakan membina untuk upacara sukan tu kan. Lagi pula, anak sulung aku Amirul, cuma masuk satu acara jer. Lebih afdhal kalo aku dok rumah sambil melipat kain baju ynag menggunung tingginya....hehehe

Jadi, awal2 pagi, anak aku dah bangun dan menyarungkan baju rumah MERAH. Awal2 pagi juga dia kuar pergi sekolah bertemankan abahnya...dengan berbekalkan biskut TIGER coklat (makanan rujinya) dan sekotak air coklat tak lupa juga setumbler air masak. Aku cuma sempat babai2 dia je..sambil memujuk anak dara aku tido balik sebab mama dia ngantuk sangat..almaklumlah melayan MAHARAJALAWAK final malam tadi *eh..bukan td cakap nak lipat kain ke??kantoi sudah*

Lebih kurang pukul 11 pagi. Anak sulung aku pun pulang sambil membawa pingat emas terkalung dilehernya. Wahhh!! suprise mama tau. Almaklumlah, mama dia ni kan kaki bangku. Mana reti sukan2 semua. Tapi nasib baik kekakibangkuan maknya ini tidak diwarisi beliau.Seingat aku..tak pernah la aku menggondol sebarang pingat hatta piala sekalipun untuk acara sukan masa disekolah. kah kah kah...sangat benci ngan sukan. Sukaneka pun tak penah menang. isk isk isk..teruk sungguh.

wajah bangga

eh..sedih ke?? hehehe

berkongsi kegembiraan bersama adik2 tersayang...



Aku tanya macam mana leh menang ni??? dia pun dengan super excitednya cerita segalanya kat aku. Kena layan yer tuan2 dan puan2..nanti kecik hati anak kita tu. Dan mak dia pun cakap syabashhh mere beta..sambil menampar bahu anaknya sebanyak 3 kali...diiringi dengan kata2 "mesti sebab biskut TIGER ni kan" hahaha

Dia masuk acara apa??
Korang tanya la dia sendiri. Tapi melibatkan kayu hoki dan juga bolanya.
Sekian terima kasih

3 comments:

Kembara Cikgu Feesya said...

hehehe...wah anak ko ni farihah pasni ni ble jadik player hoki ni!Meh auntie Sya train jadik player..kekeke

H.F. Ahmad Said said...

Minx maaf..saya agk keliru dgn statement pd blog puan yg berbunyi:

"Lebih kurang pukul 11 pagi. ANAK SULUNG aku pun pulang sambil membawa pingat emas terkalung dilehernya."

Siapakah "anak sulung" yg puan mksudkan dlm post tersebut.

Krna stahu sy, "anak sulong" puan sdg "beradu" pd ketika itu..hehe..

hrp mklum..

Farihah said...

Feesya,
hahaha...iya la kot..budak2 main2 memang best la :)

Ibnu Ahmad,
Owh!! maaf jika statement saya tu agak mengelirukan pihak tuan. Untuk pengetahuan tuan, anak SULUNG saya yang membawa pulang pingat kemenangan pada hari tersebut adalah merupakan anak KANDUNG saya. Manakala anak SULUNG yang sedang memberadukan dirinya itu yai..adalah anak ANGKAT cuma lorr... (sila baca mengikut nada ACAI a.k.a JOHAN maharajalawak) sekian terima kasih!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...