Kalau pandai..sila baca...apa yg ditulis kat buku hijau tu???
Baguss!!
Korang memang pandai.
Kalau hari tu, kena pergi sekolah sebab nak sign report card tuk sekolah pagi. Semalam, sekali lagi kena pergi untuk tengok kemajuan anakanda (eh..anakaku la) untuk sekolah petang a.k.a KAFA pulak.
Hari tu, sekolah pagi, aku tak nak tunjuk la kat korang keputusan dia sebijik2. Kang ada pulak yang pikir aku nak menunjuk2 KONONNN...anak aku terer. Tapi kali ni tuk kelas KAFA, meh kita tengok sama2 keputusan budak darjah satu, yang masih tak berapa pandai baca dalam tulisan jawi meh..
Amacam?? Ok tak??
Tak ok ek??
Tapi bagi aku dah cukup ok dah. Dah agak bangga kot. Alhamdulillah. Sebabnya, mama dia ni dulu, kat Kedah sana mana ada kelas KAFA sedari darjah 1 ni. Paling awal start darjah 4, tu pun tak pi.... isk isk isk..bukan sebab apa, aku dulu masa kecik2 kerap sangat sakit. Nak pi sekolah pulak kena kayuh '*geqhek' di tengah *panas lip lip (cuba bayangkan)....Maka abah aku memutuskan, tak payah la pi kelas KAFA tu. Jadi, tak de la aku nak belajar apa yang anakaku belajar sekarang. Jadi, sebagai mak..aku rasa agak puas hati dengan pencapaian dia ni.
Ok..meh kita tengok pulak apa kata ustazah anakaku....
Alhamdulillah. Kata ustazah, kalau darjah satu keputusan dia dah macam ni. Insya Allah, dia memang tak akan ada masalah. Sama-samalah kita berdoa ye anak2.
*geqhek = basikal.
*panas lip-lip = panas terik la..
Sekian
4 comments:
bukan cukup ok dah.
mmng ok sangat.
pandai tu anak hang dik (:
bagusnya dia!!kat umah selalu kena wat homework kot...
bagosnya dapat laporan cam neiH
Alieyah tak dapat2..huhuhu
Kak Ros,
Bagus ek?? kalo bagus stright A kak. Tapi ALhamdulillah...
Deq ma,
Dia tak rajin betoi nak ulangkaji kat rumah. Tggu mak dia buat drama mingguan baru dia tergerak sikit. Tapi kalo main game..dia juara.
Ila,
ALieyah tecit lagi la..dia pandai punya..percaya la. :)
Post a Comment