Friday, August 5, 2011

Mendidik bukan Memaksa

Hari ni Insya Allah, genap 5 hari kita semua berpuasa. Sahur pagi tadi paling mencabar. Agak berat ujian untuk tahap kesabaran aku. Sehingga hari ni, Alhamdulillah, Amirul anak sulung aku, belum lagi tinggal posa. Masih dapat puasa penuh. Tapi, aku tengok selera makan dia yang aku bimbangkan, hari pertama sahur dan berbuka ok..hari ke dua sampai semalam, dah mula agak liat nak makan. Mak mana yang tak bimbang kalau perangai anak macam aku ni, dia dah la tak macam orang lain makan. Makanan dia cuma roti canai dan biskut saja, Nasik untuk tahun ni, sekali pun tak disentuh dia lagi, tahun lepas ada la sekali kot. Hmm..

Ujian yang aku maksudkan pagi tadi disebabkan si Amirul ni la. Tak tau la sebab apa, roti canai sahur pagi tadi, dia pandang sepi saja. Aku jeling abah dia, abah dia faham isyarat aku, terus suruh dia makan. Tapi dengan malas-malasan dia amik dan masuk mulut, pastu kunyah lama gilerr sampai lumat, sepanjang dia kunyah tu, Aliff dah 5 suap nasik ke mulut dah. Bila kunyah sampai lumat sangat dan tak telan2 mula la dia buat perangai nak muntah dia...uwekkkk...uwekkk... aku sabar lagi, aku suruh dia pi buang, minum air dan makan lagi. Aku rasa macam ajar budak baru nak makan kot...abah dia dah start pantau dia suap, kunyah..pastu suruh "TELANNNN", teresak2 gak la...dah hilang hening pagi dengar suara kami mak pak suruh anak makan.

Pelik dengan perangai dia, maka pagi tadi yang dia mampu telan aku kira2, dalam dua potong kecik roti canai yang berukuran 3x2 sentimeter...(sila amik pembaris korang). Pastu minum air kosong dua gelas. Itu ja. Dalam hati, aku dah fikir, hari ni kalau dia lapaq, aku tak kisah dia buka posa awal. Paling aku risau, dia hilang selera makan roti canai pulak. Pengsan la mak dia. Sikit demi sedikit selera dia kat makanan kurang. Risau lah!!!

Dan kebetulan, ni isi penting entry ni sebenarnya, jadi korang sila fokus kat sini k! 
Pagi tadi on the way nak mai Opis, macam biasa bukak RMKL dengar ceramah pagi2 sikit, itu je la pengisian jiwa untuk pagi hari kan? Kebetulan ustaz Fauzi Mustafa, dia buka topik "Mendidik bukan Memaksa" dia cakap macam ni lebih kurang, dan dia khususkan kepada kita ibu bapa ni. Katanya "untuk ibu bapa yang ada anak belum BALIGH, yang sekolah rendah tu, Alhamdulillah kalau kita dapat didik anak kita tu berpuasa, ingat yer..kita MENDIDIK bukan MEMAKSA. Kita ni ibu bapa, bekerja kat opis, dalam aircond, kerja kita pun banyak duduk saja, bayangkan anak2 kita yang masih belum baligh tu, pegi sekolah, ada yang terpaksa naik bas, bawa beg berat2, dalam kelas macam2 aktiviti, kadang2 ada pendidikan jasmani, tengah hari panas2...terpaksa pulan jalan naik turun bas sampai rumah, pukul satu, dia cakap kat kita "mak...saya penat la..lapar..saya nak buka puasa sekarang yer", apa yang kita akan jawab??? Lazimnya, mak2 yang kononnya hebat sangat pegangan agama ni akan kata "TAK BOLEH!!" tahan sampai maghrib. Padahal anak tu kecik lagi, yang wajib buat...SOLAT, yang tu patut ajar dulu, yang tu yang patut kita tegaskan sebab dalam islam cakap kita kena didik anak SOLAT dari usia 7 tahun dan pukul kalau derang tak solat masa derang 10 tahun. Itu SOLAT yer..bukan PUASA. Lain tu. Sudahnya anak yang haus tadi tu, dehidrated, terpaksa masuk ward, silap hari bulan meninggal. Baru la kita akan menyesal. Kata ustaz lagi, sepatutnya, anak2 macam tu kita kena reward, bila dia cakap terus terang, dia lapar..dia haus, kita patut kata, Alhamdulillah, bagus anak mak hari ni dapat puasa sampai pukul 1. Dah haus yer, ok minum la, esok..kita cuba lagi. Kalau berjaya sampai waktu berbuka lagi bagus. Jadi anak-anak tu akan rasa gembira. Dia pun akan cuba dan cuba sampai berjaya, Insya Allah. Berbanding dengan kalau kita larang dia minum depan kita, tapi dia haus sangat, sudahnya dia masuk bilik air, dan minum air paip. Bila kita tanya dia puasa atau tak...dia jawab puasa. Dah...tiba2 satu lagi benda buruk dia buat kat kita, bohong kita pulak."

Panjang kan?? Itu semua Ustaz Fauzi yang cakap. Tersentak juga la aku. Aku tak nafikan, masa hari pertama puasa tu, Amirul aku tengok teruk jugak. Tapi masa tu dah petang dah..dah kul 6.30 petang..tinggal sejam je lagi nak berbuka kan?? Dia cakap dengan muka yang sedih "mama...abg long haus la...." tapi aku cakap dengan lembut yer..takde la meninggi2 sura dan memandang tajam kat dia. Aku cakap "ala bang long...sejam je lagi..sayang la kalau bang long buka...sabar yer..sikittt lagi...abang long tengok tv dulu" dia pun angguk2. Dalam hati sungguh..aku kesian kat dia. Tapi akau nak suruh dia cuba juga. Syukur, hari pertama je dia mcm tu. Hari2 berikutnya dia ok. Dan nampak cergas. Dia pun cakap, dia dah boleh puasa. 

Tak takut ke kalau dia minum air paip kat sekolah?? 
Hehehe...aku kenal anak aku, Amirul ni, dia penggeli, jangan harap la dia nak minum air paip atau air tak masak, even terdesak sekali pun. Kalau Aliff dan Aina, hmm...mybe kot..hehehe. Sebab derang berdua ni, leh telan apa saja.

hari pertama puasa kat sekolah bersama kawan 2 baik :)
pic: credit to kak diela

Aku tersentap juga pada kata-kata ustaz yang kita kena didik anak kita solat dari usia 7 tahun. Hmm..mcm mana nak buat betul2 yer?? Setakat ni memang la derang akan ikut solat berjemaah kat rumah. Tapi aku belum pernah ajar derang personally, maksud aku, buat macam mana mak aku ajar aku dulu. Mak aku duduk kat tepi aku, bentang sejadah, ajar step by step...ajar kena baca apa..pastu buat apa..sampai la bagi salam yang terakhir. Yang tu aku memang belum buat. Ya Allah, berikan hambamu ini kekuatan dan kesabaran untuk mengajar anak-anak hambamu ini ke arah syariat Islam. Amin ya rabbal Alaminnn...

5 comments:

AdanyaKauUntukku said...

ila pun tak ajar apa2 lagik
puasa..
mmm hari2 tanya nak puasa ke tak

jawapan menyakitkan hati dari Alieyah

"teacher kata...budak lima tahun tak boleh puasa..nanti teacher marah"

wahhhhh...sangat bernas jawapan itu

Farihah said...

hahaha..
pandaii Alieyah :)

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Betul tu.. jgn paksa.. sian bebudak..
dlm bab solat tu....mmg pelan2 dok mengajar Qis jugak...since kat taska cikgu dia ada ajar solat hari-hari...
pasal puasa pun... tak penah memaksa...tp diri dia sendiri yg nak mencuba...kitorang mak apak lagi risau tgk anak kurus melidi nak jugak puasa... sampaikan kita yg tanya, tak nak bukak ke..? larat ke tu?? adoiyaii....

sindiketsulit said...

ajar solat dulu.
puasa jgn paksa dik..
anak kakros thn lepas dapat 15 hari jer..
lantak ler org nak kata apa..

siap bekalkan dia air mineral sorok dlm beg. dgn pesanan, kalau tak larat minum air mineral ni, jgn minum air paip.

jgn tipu ibu. jgn takot dgn ibu (walaupun mak dia spesis singa hutan) sbb puasa kerana Allah. kakros dulu umoq mcm dia tak puasa pun!

thn lepas puasa tp solat lubang-lubang. thn ni dok tabahkan hati dia dan hati kakros, takat nih alhamdulillah bertahan.

andai kata thn ni dia nak berbuka awal pun kakros bg jer..tp muka maintain siriyes. kangg takot sampai tua pulak tak puasa! sbb mak sporting sangat..
haishhh mcm2 la..

tp percaya la.. ajar dia solat sendiri. paling lambat seminggu diorang dah buleh hafal doa iftitah, bacaan masa ruku', sujud duduk antara dua sujud yg berbelit2 bacaannya tu, tahyat awal & akhir. kakros pun dok ingat dia nih mau darjah 3 baru pandai baca semua nih.. tapi Subhanallah.. sbb tu la Dia suruh kita ajar anak solat seawal 7 tahun.. terang sangat hati budak-budak nih.. cepat je menghafaz.

Kakros nih lagi jahil bab2 agama dik.. merangkak-rangkak dapat la sikit sebanyak ajar anak.

hang mesti lagi boleh.
cuba la. cukupkan solat dia dulu. bab puasa takat mana yg terdaya.

Farihah said...

Erin,
Tu la kan..bagus Qis, ada keinginan sendiri.. :)


kak wos,
TQ bebanyak. Saya akan cuba buat yang terdaya. Betul kan...mesti ada sebab kenapa kena ajar solat seawal usia 7 tahun. mmg budak2 kecik senang hafaz kan..TQ TQ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...