Friday, July 29, 2011

Raja dalam genggaman akhirnya

Ingat entry pasal family day kat dusun hari tu??
hmmm..banyak buah masa tu, tapi seulas durian pun den tak dapek nak raso. 
Maka mengidamlah sehingga sepurnama lamanya. Bukan tak nak beli sendiri..tapi tak feel la makan sorang-sorang. Suami den ntah apa pesen ntah..doghian tak nak makan, tapi tempoyak suko lak dio. Tak paham sungguh den ngan dio. Anak2 pun macam tu..si Angah yang suka makan apa saja tu pun tak lalu durian....arghhh tak paham sungguh.

Tapi semalam aku betul2 dah tak tahan dah. Dah la Isnin ni puasa (motip??). Selalu balik keja mesti lalu kat tepi jalan yang org tengah jual raja buah tu. Bagi hint la kat incik suami suh benti jap nak beli sebijik. Suruh kakak penjual tu koyak sikit siap2. Maklumla kat rumah ada la pisau besar, tapi tak penah pulak aku gunakan sebagai pengopek durian ni.


Ni la dia..si raja rimba buah 

Budak dua orang ni eksyen je konon tak sabar nak tengok isi kat dalam.
Padahal tak makan pun.
Aina tu..tengah gosok2 tangan sebab dia tak sangka durian ni tajam kot..hahaha

Angah siap pegang lagi pastu cakap.. "ouch...tajam la jarum buah ni mama" uishh..ada ke jarum namanya, tu duri la wahai anakku. Si Aina lagi best..sebab terpengaruh ngan cerita Geng pengembaraan Upin Ipin tu, soalan dia memang terbaik..dia tanya, "mana hantu durian yang mama beli tadi?" hantu durian jadinya ye anak?? dia mmg minat ngan cerita hantu gamaknya. Satu lagi hantu kegemaran dia hantu kak limah tu..asal tutup lampu gelap je, dia mesti cakap "hantu kak limah tak de kan mama" adoi la anakku...

Tu dia isi dia...mantap-mantap...

Mama menggunakan sepenuh tenaga untuk membuka kulit durian sambil disaksikan Aliff dan Aina dengan peuh minat dan hairan. Sian anak-anak aku, ni first time depa tengok cara kopek durian..tu la..sapa suh jadi org Key El??

Jemput makan semua...
Sedappp...isi banyak..aku sorang pulak yang makan, korang ingat mampu ke nak abihkan semalaman??
Sudahnya..ke peti ais la jawabnya. Malam ni sambung makan lagi ye...Nyum Nyum..

Thursday, July 28, 2011

Kalah bermaruah

Korang mesti tengok bola tadi kan???
Apa komen korang???
Rasa macam tengah tengok drama kan??? kena tackle sikit..dia punya bergolek tu..perghhh mengancam!!! sakit gilerr agaknya kannn???

Pastu suka sangat lengah-lengahkan masa. Ntah apa2..umpama takut ngan bayang-bayang sendiri.

Tapi saya tetap sokong dan cinta Harimau MALAYA so much!!
berjuang habis-habisan.
Kena tackle, tergolek-golek jugak..tapi cepat-cepat bangun nak teruskan perjuangan.

Pemain kita semua anak tempatan. sangat berbangga.



Lepas ni kita sokong Harimau Muda Malaya untuk olimpik ok!!

Jom sokong Harimau Malaya

Malam ni Malaysia lawan Singapore kan??
Semua orang dah tahu kan..
Saya sebenarnya bukan peminat BOLA.
Saya memang tak suka tengok perlawanan bolasepak atau apa2 bola pun.
Tapi entah kenapa sejak Malaysia lawan untuk piala suzuki AFF dulu saya jadi minat sikittt ngan bola ni.
Minat tengok je, bukan minat main.

Eh korang, jom kita pakat2 tukar profile kita dengan letakkan badge Harimau Malaya nak?? Cara dia senang je, just klik kat logo bawah ni, then sila ikut arahan yang diberikan. Sangat simple.




Mudah-mudahan Malaysia menang dengan jayanya malam ni :)


P/S: Err..kalau menang, agak2..PM bg cuti tak esok??? hehehe

Wednesday, July 27, 2011

Hasil kerja tangan Angah

Malam tadi...
Kerja sekolah Amirul banyakkkkk sangat-sangat...
Dan bila dah jadi mak ni, kerja sekolah anak pun mak kena ngadap jugak. Kalau tak ngadap, alamatnya entah bila siap...cincai je dia buat..entah betul entah salah pun tak tau.

Sebab lama sangat mengadap Amirul, adik-adik dia pun dah jadi boring. Entah macam mana, tiba2 Aliff amik kertas dan duduk sebelah abang dia sambil mencoret-coret sesuatu. Saya malas amik port sangat sebab selalunya dia cuma menconteng ataupun  membuat kerja keras tangan seperti kapal terbang dan sebagainya. Bila siap dia tunjuk kat saya...

Wahhh..se-praisnya sayaaaa...sebab saya tak penah tau Aliff pandai tulis dan lukis ni semua.
Oppss...saya tau dia pandai melukis, tapi selalu dia lukis penyu yang comel je. Saya igt dia tau lukis tu je la..rupanya anak mama ni bijak. :)

muka bangga bila mama puji

adik dia pun excited :)


hari ni dia suruh saya bawa opis, suruh lekat kat opis katanya..hehehe..cute sangat :)

Kembali bersiaran

Selamat pagi SEMUAAA!!!
Dah agak lama tak bersiaran kan!!
Jumaat Cuti
SABTU AHAD memang cuti kan...biasa la kalau cuti dok rumah..nak update blog nak kena cari masa. Maklumla ramai pembantu...nanti kita nak update..yang lain pun sibuk nak update jugak

ISNIN dan SELASA pergi course yang pertama untuk tahun ni.
Tak jauhhhh..dekatttt je ngan opis...tapi tetap tak nak jejak kaki ke opis...

maka setelah agak lama berehat...
rasa malas pulak nak masuk opis...
tapi apakan daya..suamiku bukanlah seorang DATO'....
hehehe

OK... 
nnt free...saya menulis lagi...

P/S: banyak pulak outstanding work *sigh*

Wednesday, July 20, 2011

Puisi Suami Isteri...

Isteriku
jika engkau bumi
akulah matahari
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu... ...
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


*** Balasan Puisi si isteri*** 



Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu
dan... .
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...


AKAN TETAPIIIIIIII. . 
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

**********************************************************

Kah kah kah kah.....

Kena Qhengau

Paham???

Kisahnya dalam pukul 11 lebih tadi saya dapat call dari nombor yang tak dikenali. memang ragu-ragu nak jawab. Tapi jawab juga. Rupanya dari cikgu sekolah anak saya. Dia bagitau yang Amirul kena "qhengau" dlm bahasa KL adalah cakar. Wow!!! ganasnya dalam fikiran saya la. Saya fikir..ala..anak jantan..tak pe la..saya cakap terima kasih kat cikgu tu sebab bagitau. Maka-nya masa lunch hour tadi saya menapak pergi sekolah. nak tengok jugak kesan cakaran kat muka anak saya itu.

Tudiaaa......


Dari jauh dah nampak. Sugul jer muka anak saya.  Saya tanya sape nama kawan dia. Kenapa kejadian sebegitu rupa boleh berlaku dan lain-lain lagi. Rupanya, kawan dia potong Q dia masa kat dewan, dia sound la suh dok belakang, budak tu tanpa banyak bicara terus mencakar rimau kat muka anak saya OHEMJI!!! ganas kan??? Saya cari-cari jugak kawan dia tu tadi, niat di hati nak tgk kuku dia, kalau panjang nak tolong ketipkan..tapi tak jumpa..takpe la...nasib dia kurang baik disitu.

Wahai para ibu di rumah, tolonglah cek kuku anak anda. Kalau rasa panjang, sila la potong. Kalau kena kat anak jantan tak kisah sangat, saya maafkan. Tapi kalau kena kat anak dara saya bagaimana??? AWAS KAU!!!

Jom Balik Kampung Last episode

Ok...ni last cerita saya tuk family day...kalau nak ikutkan nafsu, memang tak abih lagi ni. Tapi sempena bulan posa yang bakal tiba, mai kita belajar kawal nafsu kita dari sekarang. hahahahaha

Lepas upacara penyampaian hadiah untuk kanak-kanak. Kitorang rehat sat, membasahkan tekak dan makan goreng cempedak panas-panas, uishhh feveret ai tu...tapi jangan harap la nak makan puas. Tak sempat pun!!!

Kemudian acara untuk orang dewasa pulak dijalankan, masa tu, kanak-kanak semua ditempatkan di pondok berdekatan sambil melakukan aktivi derang. Maka, bermulalah pertempuran sebenar antara Rambutan, Manggis dan Durian.

Game 1:
Senggol-senggolan - Misi asal adalah untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri, yer la kan, boleh bersenggol-senggolan dalam satu kain sarung gitu..tapi takde maknanya, dah nama pun acara sukan...rasa-rasa boleh feel ke??? hahahaha...tak sempat nak sarung sampai satu padan pun...ada group main letak kat leher je..nak menang punya pasal

Derang ni tak pe la...baru kawin...kemanisan masih terasa...hehehe


Game 2 :
Passing getah gunakan straw. Acara biasa je..macam kanak-kanak jugak. Tapi orang dewasa mesti tahu pakai strategi lebih kan. Bak kata kawan aku, yang bujang-bujang masa ni, boleh amik peluang kenyitkan mata...hahahah.. ko buat ke RET??

Game 3:
Uda dan Dara - Sepatutnya kena diwakili sorang gadis dan sorang teruna. Yang gadis kena pakai kain pelikat, dan ikat mcm orang lelaki pakai la..gulung tu kan. Yang teruna pulak kena pakai kain batik se-ayu gadis kampung. Tapi sebab tak ramai bujang. Maka para bapak orang yang rasa dia bujang pun boleh turut serta.

Dah abih pakai..sila buat catwalk. Hati-hati, jangan sampai terlondeh!!


Game 4:
Musang berjanggut -  Ala, macam cerita musang berjanggut juga la, si putera raja nak cari calon isteri, bawa satu guni penuh rempah ratus yang bercampur. Ha...pandai-pandai la korang asingkan. Tapi kali ni tak de putra raja yang nak kawin ngan pemenang game ni yer. Harap maklom!!

Pastu, tugas orang bujang namakan rempah ratus tersebut sambil tunjuk mana satukah gerangan rempahnya. Saja je, nak test budak2 ni, kenal ke tidak ngan bahan-bahan ni semua. 


Habis game...sape yang teringin nak memancing ikan, silakan...bergerak ke kolam berdekatan dan pancinglah ikan. Jangan lupa, umpan cacing kena cari sendiri.

Suka la tu..dapat ikan talapia kecik. hehehe

Pas puas main..dapat la hadiah..
Pastu makan...
Kemudian ramai-ramai tapau buah-buahan.
Sudahnya, saya tak sempat pun rasa buah durian!!!
Tu la..sibuk sangat handle itu ini...huwaaaaaa....nak durian!!!!!




TAMAT
bestnya..... ^^

Tuesday, July 19, 2011

Jom Balik Kampung part 2

Bila perut telah kenyang...bermulalah upacara yang dinanti-nantikan. Masa untuk bersukan!!! Yeay!! Tapi sukan orang dewasa terpaksa ditangguhkan sementara waktu dek kerana, orang yang ditugaskan untuk mengaturcara permainan masih belum tiba di tempat kejadian. Tak pe la..maafkan mereka, kerana mereka masih bujangan. hehehe...

Ada 3 kumpulan terdiri dari:-
Rambutan - Merah..semangat ni..awal2 lagi dah hampir semua ahli dah sampai


Manggis - pepel...ramai yang datang lagi ni

Raja segala buah..DURIAN - hijau...lagi kesian..budak-budak kecik je ramai...yang dewasa tak kelihatan pun lagi...


Bermulalah game pertama untuk anak-anak...bawa bola ping pong dalam sudu

hebat tak angah?? boleh jalan tangan di belakang lagi :)


Game kedua- passing getah dengan straw..jangan tak tau..Aina pun nak main




Pastu game ketiga - Susun Puzzle


Nampak tak Aina atas riba saya tengah menangis.
Bukan meratapi kegagalan, tp sebab dah abih susun.
Tak paham konsep punya anak..hehehe


Pastu bagi hadiah...

kemudian free xtvt untuk anak-anak, di bawah pengawasan teacher Mushi..
Colouring


Sand art time!!


dah siap


Tapi cerita saya masih belum tamat...nanti ya!!

Jom Balik Kampung part 1

Korang jangan tak tau...pening kepala nak pilih gambar nak letak sini. Banyak sangat kamera pada hari kejadian. Macam biasa, bila jadi komitee kena la sampai awal-awal.  Saya kena bangun macam nak pergi keja, kejutkan anak-anak dan mandikan derang. Derang memang dah tak sabar nak terjah dusun, tambah-tambah angah la, hari-hari dia akan tanya bila nak pergi dusun. Maka pada hari kejadian kami tiba di sana lebih kurang pukul 8 pagi. Orang tak ramai lagi la. Ada la muka mak pengantin dan dua orang dayang semalam. Ni, dayang ketiga dah datang bawak rombongan siap berbusana merah sempena kumpulan RAMBUTAN dengan taglinenya "CAP...CAP...CAP.....CAP RAMBUTAN!!!" hahahaha..semua ni idea salah seorang ahli kumpulan.


Banner kami

Inilah tempat kejadian...sangat kampung kan?? siap ada pacat lagiii....

Ada manggis

Durian...

Kakak-kakak ni breakfast doghian...tak sabaq2 betul..

Kami normal..
Makan nasi lemak dan kuih muih...
Err...cuma Amirul makan coklat....hahaha


dengan bersaksikan keindahan alam...


Sambil menunggu ketibaan mereka yang lain

CEPATTT!!!!

Group rambutan dah tak sabar nak berentap!!!


ok...sambung lagiii....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...