Thursday, June 14, 2012

Ho Chi Minh - Day 2 part 3

Memang ktorg fully utilise betul hari kedua tu. Dari pagi sampai membawa ke tengah malam penuh dengan aktiviti. Badan memang penat teramat kalau nak ikutkan. Tapi kena lawan sebab masa kat sana bukan lama. Sekejap je. jadi harus bijak menggunakannya.

Plan asal petang hari kedua tu ktorg nak pegi tengok water puppet. Tapi bila tgk kat you tube. Macam bohsan ajer.. so cancel sebab kakak2 lebih interested ke arah pen'shoping'an. Tapi 2 orang adik yg ktorg jumpa 1st day dulu pergi tengok. Dan menurut kata mereka memang best. Isk rugi pulak rasanya. Next time kalau pergi harusss tengok la kan. Korang yang plan nak pergi tu, jangan lupa.

Tapi ktorg siap2 booking tuk ke Mekong River keesokkan paginya. Satu hari suntuk lak tu. Dari pukul 8.00 pagi sampai 6 petang katanya. Masa tu masing-masing blurr jugak kemana derang nak bawa sampai sehari suntuk. Ada 2 pakej sebenarnya, satu setengah hari je. Tapi satu lagi seharian. Sebab ada kawan pergi sebelum ni ngadu yg dia tersalah amik pakej. So ktorg igt ktorang amik pakej yang betulla. Tapi...nantikan episod seterusnya la ek. BTW, pakej yang ktorg amik ni berharga 15usd. Tapi pas minta kurang dapat sorang 13 usd. Booking kat receptionist hotel. Dan termasuk lunch katanya. Siap ditanya ktorg nak halal food ke?? of course la kan. Tapi apakah halal food yg ktorg dapat?? nantikan juga episod seterusnya :)


Malam tu, ktorg teruskan perjalanan ke pasar malam pulak. memang kat sana kalau ko bawa duit banyak. Boleh borong abis-abisan la. Aku yg bawa ala kadar ni pun. Macam2 boleh beli. memang puas la soping sana.

mcm biasa, kak aidah minat barang2 hiasan


uncang-uncang ni pun banyak

table runner

malam tu aku mcm tak bp minat nak beli sgt
 



malam tu memang ramai org

hiasan2

tshirt2


Henbag pun ada ok!

Dari malam pertama aku ada aim satu henbeg ni. Tapi harga dia mak aiiii..Dia letak RM350. gilerr. Memang la kalau ori 1000 lebih. Tapi bagi aku henbeg imitation kalau harga ratus2, masih tak boleh diterima akal aku yang waras. Tapi macam biasa, dah pegang, tanya harga, mahal...blah!! Tapi macam biasa jugak dia panggil balik, pas dua tiga kali panggil dapat last price RM70. Tapi aku tetap tak nak malam tu, sebab aku cuma akan beli kalau RM50 saja.

Dan malam kedua aku pergi, org lain pulak jual, kali ni abih kurang dia bagi RM150. 
Arghhh!!! mahal arr, aku ckp la, semalam mamat laki tu bg aku last price 70 je. 
Minah ni tak puas hati kat mamat tu, dan bercakap la dalam bahasa derang. Dan sambil geleng-geleng dia cakap tak boleh. Paling kurang dia nak bagi RM80. Aku pun cakap ok..dan pergi. 
Dah agak jauh aku jalan. Pastu minah tu datang, Sambil tarik tangan aku ke kedai dia dengan muka yang marah dia cakap ok la RM70. hahaha..aku dah gelak dalam hati dah masa ni. Apa la harga sebenar beg ni yer?? Dari RM350 last2 boleh dapat RM70?? 
Tak kisah. Janji aku dapat dah.

nampak beg yg aku pegang tu?? tak kan :)

nope..bukan beg yg kawan aku pegang tu

try test galas sambil bargain harga, masa ni dia still tak bagi.

Mana begnya???
Ala...tak nak la tunjuk..segan la...

Buah-buahan pun banyak

Apa ini???


Tara...
penutup idung
Kata sana kan banyak motor, so mostly penunggang dia pakai mask ni.
Best. Macam-macam kaler dan corak ada.

Seluar dan jersey

pilih..jangan tak pilih

Dah selesai membeli..apalagi..jom blah balik hotel.
Kaki dah penat amat nieh. Sok pagi-pagi nak keluar gi mekong pulak

Tapi sempat lepak kat lobi hotel dulu, sambil tunggu lagi sorang sahabat yang khusyuk membeli.


Ok...sambung lagi untuk hari ketiga :)

3 comments:

Misz-ella said...

Tuan Travel tu pakej dia tak halal. Utk Muslim, boleh beli pakej Sg Mekong dari Kak Linda .. dia ada kedai baju kurung kat pasar malam tu tau.

Ako Retna said...

erk kak linda tu sape?
takde ctc no ke?
org vietnam ke?

Farihah said...

Itula. Salah ktorg tak selidik awal2. Next time kalau pergi lagi boleh la ctc kak linda ni. Dia org vietnam ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...