Tuesday, November 6, 2012

Ninja Turtles kembali

Lepas puas berskating dan menangis. Ktorg naik tingkat atas. Tup-tup nampak satu kaunter bertulis astro dan nickelodeon ni dok sibuk panggil budak-budak sambil diumpan hadiah kat derang. Jangan kata anak-anak, mak kepada anak-anak pun teruja tengok orang nak bagi hadiah free kan. Terus anak-anak saya ke kaunter tu. Rupa-rupanya, kalau nak hadiah tu, kena masuk ke sebelah dalam dan kena penuhkan stamp kat 5 kotak kosong yang disediakan. Takpe, bab-bab ni saya ok je.



Rupanya majlis tu diadakan sempena pelancaran tancangan Nina Turtles yang akan ke udara 16 november ni di saluran 612. "eh, dah macam promoter astro lak kan?"

Anak-anak dalam topeng Ninja turtles.

Haa..ni la kadnya.

Bukan senang nak penuhkan stamp kat 5-5 kotak tu. Kena main 5 jenis permainan. Nak main tu pun tak susah, cuma part nak berbaris tu yang hazabb sikit mak-bapak nak tanggung kan. Tapi, bukan selalu pun. Layankan saja lah.



1. Game pertama anak-anak saya main adalah "Ninja Star Toss" Senang kacang je Aliff cakap. Cuma kena baling benda yang berbentuk bintang masuk ke dalam salah satu lubang kat dinding tu.

2. Electro Shocker -  Kena lalukan sebatang besi ke atas besi-besi yang berliku. Awas, jangan tersentuh kedua-dua besi tu. Kalau tak nanti kena electric shock. Tapi nama pun untuk kanak-kanak kan. Kalau terkena pun derang chop kan juga. Just for fun kan.

3. Gear up Turtles - Ni pun senang. Derang selerakkan sticker-sticker sebesar pelapik pinggan kat lantai. Pastu anak-anak ni ditugaskan ambil dan lekatkan kembali ke tempat yang sepatutnya. Ikut nama watak masing-masing.



4. Smack - A- Shredder - haaa..yang ni agak mencabar sikit. Anak-anak dikehendaki memukul dadu besar yang digantung sehingga jatuh. Tapi!!! Mata derang kena tutup. Tak cukup dengan tu, derang dipusing-pusing dua kali pulak. Memang terhuyung hayang gak la. Tapi kelakar dan best. hehehe


5. last sekali derang main game tembak-tembak pakai senapang NERF. Game ni sesaja je kot dibuat oleh astro. Boleh je aim kat bulls eye. Tapi kalau tak kena pun dapat jugak chop terakhir tu.

Dah cukup semua. Keluar dan sila ke kaunter tadi semula untuk penebusan hadiah. 

Kena tulis nama dan email address dulu. Saja je saya suruh Angah tulis sendiri nama dia. Tahun depan kan dah nak masuk darjah satu dah. Jadi kena siap siaga dari sekarang.


Muka happy semua lepas dapat sorang sekotak pizza Ninja turtles.


Barang-barang kat dalam kotak tu ada la 4 keping topeng, Penanda buku, buku nota, pelapik gelas dan stiker yang lekat kat cermin kereta tu. Jadilah kan.


File, pensel warna dan puzzle ni pulak saya yang dapat sebab sementara nak tunggu anak-anak saya main game tu, saya diminta isi survey berkenaan astro fun. Tapi saya bagi kat Aina je. Apa kes saya nak pulak kan? buang tebiat punya mak. hehehe


Jadi, korang yang minat kat Leonardo, Raphael, Michelangelo dan Donatello, apa lagi?? Stay tune kat channel 612 pada 16 November ini jam 6.30 petang untuk sama-sama menyaksikan siri baru Teenage Mutant Ninja Turtles ini. See ya!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...