Wednesday, April 24, 2013

Aliff's big day

Pejam celik pejam celik
Hari ni genap 7 tahun usia anak kedua aku.

Simple celebration untuk dia petang tadi.
Tak de kek. Sebab dia tak nak. Bersungguh-sungguh dia tak nak. Dia cakap dia cuma nak makan kat KFC.
Layannn..rupanya hajat di hati nak ke KFC sbb nak beli chicky meal set untuk dapatkan figura Bola Kampung. Tapi sudahnya, dah out of stok. Menangis dia di KFC tadi.

Abah pujuk sikit-sikit. Abah kata makan dulu, nanti pergi beli mainan di kedai. Dengan sedu sedan dia angguk setuju.



Sudahnya, dia cuma makan sepinggan nasi ayam, dan semangkuk whipped potato kegemarannya.

Usai makan, langsung ke kedai. Rupanya dia cuma inginkan kad permainan berharga RM1.90 sahaja. Baiknya Aliff. Sayu hati mama. Mama tanya lagi tak nak beli yang lain ke? Dengan senyuman di bibir, dia cuma gelengkan kepala.

Oh ya, Terima kasih buat cikgu Aliff Teacher Noor sebab buat surprise kat dia di sekolah tadi. Belikan dia hadiah dan susah payah datang cari dia disekolah. Tak henti-henti dia bercerita, katanya dia terkejut betul nampak teacher Noor, sampai lupa nak ucapkan terima kasih. Balik rumah terus di'testing'nya hadiah tersebut. Terima kasih sekali lagi teacher Noor sebab gembirakan Aliff. \^_^/

Aliff dah tido sekarang. Mama pulak rasa tak best sebab takde langsung hatta sepotong kek. Esok mama ingat kena belikan jugak la. Baru puas hati kot.

Happy Birthday anak mama. Moga Aliff menjadi anak yang soleh. Kebanggaan keluarga, adik dan abang contoh yang terbaik untuk abang long dan angah. Mama dan abah sentiasa sayangkan angah selamanya. :)

Mmmuuuaaahhhh

2 comments:

Nur H said...

dah besaq anak hang no. Aku tahun ni pun x buat besday celebration untuk anak aku. Just kluaq makan dgn family ja sbb semua sibuk, especially kami yg cari rezeki dlm bidang yg kena mengena dgn cuti sekolah ni...hehehe. Kek besday anak pun sempoi ya amat... hehehe

Farihah said...

tu la G, sat ja budak2 ni besaq, esok2..kawin hehehe.

Hang tak pa, kek pandai buat sendiri, lawa2 plk tu, aku kalau dekat teringin ja nak order kat hang. Tp dah jauh wat camna.

Semoga bisnes hang sukses selalu nooo..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...