Wednesday, October 24, 2007

Cerita Raya ver.2

Tahun ni adalah tahun yg paling sakan sekali aku beraya..boleh dikatakan hampir setiap hari ada je rumah akan aku jejaki walaupun tak dijemput. Perlukah dijemput, br nak bertandang?? tak perlukan sbb hari raya kan..heheheh.

Start Jumaat 19/10/2007, selepas je solat asar kami sekeluarga bertolak ke Subang USJ, singgah sebentar di Mydin Mall menemani ibu mertuaku membeli brg2 keperluan dapur. Setelah hampir 2 jam berada di pasaraya tersebut, kami meneruskan langkah seterusnya ke rumah mak cik suamiku di USJ 11. Setibanya disana, kami menunaikan sebentar solat fardhu maghrib yg semakin hampir kepenghujungnya..iskk tak baik betulkan solat hujung waktu ni. Moga tak selalu la yer. Jalan2 jugak..tapi solat jgn tinggal yer kawan2. Setelah menjamu selera beberapa jenis kuih muih, kami pun meminta diri utk pulang kerumah kerana jam hampir menunjukkan pukul 10 mlm.

Sabtu, 20/10/2007, Selesai solat zohor..kami menggerakkan diri kami ke KFC wangsa Maju kerana mendapat jemputan majlis hari jadi anak sahabat kami yg pertama. Hujan yg turun secara renyai2 telah mengakibatkan jalan jammed yg agak hebat. Kami tiba di lokasi majlis pada pukul 2.30pm. Majlis sepatutnya bermula pkl 3, tp disebabkan para hadirin yg lain tiba lewat..maka kami mulakan acara mkn2 pd pukul 3.30pm. Tuan rumah menyuruh aku utk bermain game pada hr tersebut..tp kerana kami telah berjanji utk ketempat lain..maka lebih kurang pukul 4pm kami terpaksa meminta diri. Kami meneruskan perjalanan ke rmh sahabat kami di keramat AU. Setelah melepakkan diri barang satu jam..kami meneruskan pula ke rumah berikutnya di Pandan Indah. Kami tiba disitu lebih kurang pkl 6 ptg. Akibat hujan yg masih turun dan keadaan anak2ku yg amat menggemari rumah tersebut telah membuatkan kami melepakkan diri dengan kadar yg amat lama dari biasa. Sedar tak sedar jam telah menghampiri pkl 11 mlm. Kami pun memohon diri utk pulang, walaupun telah dihalang tuan rumah tersebut...hehehe..len kali la yer, kami pi..kali tu kami akan bw kain baju sekali hehehe. Setibanya dirumah..kami terus menidurkan diri.

Ahad, 21/10/2007. Akibat kepenatan beraya pada hari sabtu, kami bgn agak lewat..terus mengemas rumah dengan dasyatnya kerana mendapat panggilan dari sahabat2 suamiku untuk bertandang ke rumah. Pemberitahuan yg last minit telah menyebabkan aku cuma sempat menggoreng bihun semata2..ha tu la..len kali plan awal2. Dan hari itu juga satu sejarah baru telah tercetus..buat pertama kalinya dalam hidupku, aku melihat suamiku memotong sayur dan juga cili dgn bertungkus lumus...hahaha..lucu2. Kawan2 tiba dlm pkl 3.30pm, setelah makan dan melepak ala kadar..kami telah menjoinkan diri utk kerumah yg berikutnya..Lebih kurang 6.30 ptg, kami semua bersurai. Setiba dirumah, dan selepas menunaikan solat maghrib..kami meneruskan langkah berikutnya ke semarak. Melepakkan diri sambil makan2 dan menonton my team yg tak best. Jam 10 mlm, kami terus plg kerana keesokkan harinya kami perlu bangun untuk menunaikan tugas demi negara tercinta.

Balik sahaja dari opis 23/10/2007, bapa mertuaku mengajak kami beraya di rumah kakak iparku di kg dato harun. Kami bertolak selapas maghrib dan tiba disana dlm pkl 8.30 mlm. Menu mkn mlm tersebut ialah nasi dan kuah lodeh serta sedikit kuih muih. Selesai mkn dan bersembang ala kadar kami pun meminta diri utk pulang. Penatnya beraya pada minggu tersebut telah menyebabkan anak2ku tido dengan nyenyaknya.

p/s: teringat kata2 abg long "i love raya" hehehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...