Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya

Antara juadah yg kitorang makan

Sedar tak sedar lagi 2 hari kita semua dah nak berhari raya...riang sungguh rasa hati sbb tahun ni aku akan beraya bersama keluarga di Kedah..dah lama sgt tak jumpa mak abah dan keluarga serta ayam, kucing, lembu dan kambing jiran serta sawah bendang..wah..syahdunya..huhuhu
Tak sabar betul rs nak balik sana...last aku blk hujung bulan 4 lepas..1st time paling lama tak balik kg..dan paling tak sabar nak makan masakan mak..ermm sedapnya..

Cakap pasal makanan, untuk pertama kalinya selepas hampir 5 tahun aku berumahtangga, smlm,bertempat di secret recipe, aku berbuka puasa cuma berdua dengan suami tercinta. Betul la kata org kadang2 berdua lebih baik..hehehe...tp ms tgh berbuka tu tingat gak la kat anak2. Ktorg ni bukannya tak suka berdeting berdua sll...tp tu la, perangai aku ngan suami sama..tak leh la kalo buat aktiviti santai tanpa anak2..rasa mcm bersalah je..ye la..dah la pegi keje awal, blk lambat...tup2 tiba2 nak bersenang lenang berdua lak..isk..bersalah betul rsnya..tp semalam kiranya ktorg pecah tradisi sendiri la, bersantai tanpa anak2...enjoy sesangat..mkn berdua (walau dikelilingi org lain la). Sebelum berbuka tu ktorg jalan2 cari barang2 anak2 dan tuk parents suamiku tercinta..dah dekat nak buka baru sama2 gerak pegi makan. Kenyangnya tak payah nak ckp la..sampai dah tak larat nak berjalan..aku pun terkejut tgk suamiku order..byknya..air sampai 5 jenis (termasuk sirap free) sampai naik takut aku nak order. Tp tak sangka abis gak makan..Terima kasih yer bang sbb belanja smlm. Enjoy sgt2.

Dan buat semua kengkawan yg jengah kesini, aku sekeluarga amik kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin...berhati2 di jalan raya. Doakan kami sekeluarga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Aminn...

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

seronoknya makan secret recipe ye..hehehehhe..same le kite

Farihah said...

a'a..sbb tgk s2m3r mkn la yg menyebabkan kita bertambah teringin nak mkn tu..heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...