Wednesday, November 14, 2007

Hadiah Besday

Lunch tadi aku bersama geng crocodile tlh menshoppingkan diri msg2 ke pusat membeli belah sogo. Mula2 igt tak nak beli apa2 dah..tp ketika sibuk menolong k.een memilih handbag..aku telah terbekenan pada sebuah handbag berjenama "sembonia" je.. cutting dia mmg menarik pada pandangan mataku yg bundar ini..cheeewahh bundar ke?? Maka apabila telah mendapat persetujuan dr ahli geng crocodile..dan tanpa rs sebarang syak wasangka lagi..maka dengan segeralah aku menyambar beg tersebut.

Selepas pembayaran dibuat oleh salesgirl kaunter sembonia tu...dgn tak disangka2..2 org ahli geng crocodile telah bersetuju menjadikan beg tersebut sebagai hadiah besdayku in advance.. {betul2 advance ni} .. Tapi pembayaran beg td telah didahului oleh voucher sogoku plus tunaiku dahulu. Bayaran oleh ahli geng crocodile dan 2 lg ahli veteran akan dikemukakan pada hr gaji kelak..Insya Allah...Watever la kan..janji aku betul2 suka dgn beg tu..dan kalo tak salah aku..tu lah satu2nya beg plg mahal penah aku ada selain beg hantaran pada hr nikahku 4 tahun dulu..lama oooo...

Oppss..lupa nak citer..sorang lagi ahli geng crocodile telah menyambar sebuah handbeg polo (pasu bunga- pada panggilan aku) yg amatlah maaahallll harganya dan juga sepasang sepatu berjenama apa ekk..lupa lak..sempena pernikahan adiknya nnt..memetik kata2nya.. dia mestilah kelihatan lebih menarek pada hari pernikahan adiknya nnt kerana sudah semestinya dia akan menjadi tumpuan ramai..wahhh..boleh gitew?? hehehehe..kita layannn je la k. {ampunnn ret}

Hari ni juga..k.een sebagai ahli tua geng crocodile..telah melengkapkan seragam geng kami dgn hasil tangkapan crocodilenya yang lain dr kami berdua..dasar ahli tua..mmg nak lebih je..hehehe..jgn marah yer..gurau ajerr?? maka..sbb itulah pada tarikh keramat ini..aku telah menggelarkan kami sebagai "GENG CROCODILE" hehehe. Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...