Monday, December 31, 2007

Cerita hujung tahun 2007

Sabtu lepas..aku dan suami ke Kg. Assam Jawa, Bukit Rotan..korang tahu ke kat mana?? bagi yg tak tahu..kg tu terletak berdekatan ngan kuala selangor..dekat gak la ngan kg kuantan yg ada kelip2 tu.. Tujuan kami pi sana bukan suka2 hati..tapi sebagai menunaikan tanggungjawab sebagai kakak mithali..Aku pi sana dgn niat untuk mencari rumah sewa..kerana adik aku..bakal memulakan tugas sebagai guru di SJK(C) Pui Chi, seperti dlm gambar di bwh..ya kawan2..itula gambar sekolah yg bakal adik aku tunaikan tanggungjawabnya sebagai pendidik...sungguh mulia tugas itu kan.

Puas la aku keliling kawasan kg assam tu tuk cari sekolah tersebut..kerana pada fikiran aku..mesti jumpa punya..tp setelah puas keliling..tak juga jumpa..kenala tanya org kat situ..bila dah jumpa korang nak tahu 1st impression aku? Of course la aku terkejut..Sekolah ni sepatutnya dah tak boleh la ujud kat kawasan selangor tu..patutnya kerajaan kena la perbaharui sikit bangunan sekolah tu..dah usang sgt pada pandangan mata kasar aku..bilik gurunya..kecik sesangat..aku rasa lebih kurang bilik tidur rmh aku je :). Bangunan kayu lak tu. Tp aku patut puji gak pengurusan sekolah ni..sbb walaupun bgunan dah usang..tp kawasan sekeliling terjaga rapi..bersih sangat.

Masa aku pi sana aku telah berkenalan ngan penolong kanan sekolah tu..mrs. Tan, orgnya peramah..dr dia aku dapat tahu..bahawa kat situ..semua gurunya chinese..jd adik aku sorang je ke melayu?? aku tanya dia..jwbnya tak..sbb ada lagi sorang ustaz kat sini..katanya ramah.. ustaz?? ramai ke malay student kat sini?? tanyaku lagi..tak ramai..balasnya..tp walaupun cuma ada sorang je murid melayu, wajib ada guru agama disini. hmm..bagusla kalau mcm tu..aku sebenarnya tak kisah..bangsa apa pun..kita kan Malaysia..:)

Doa aku..moga adik aku sabar mengahadapi tugas barunya tu..tabah menghadapi karenah anak2 muridnya.. i know u can do it chik!! do the best k...keluarga kita kan mmg keluarga cikgu!! Tp dlm hati terkilan gak..sbb aku yg mmg dari kecik bercita2 nak jd cikgu..tp tak dapat.. Dia lak yg tak penah ada cita2 tu..jd cikgu lak..so " hang mesti jalankan tanggungjawab dgn baik demi aku k" chewahh.

Dan pada semua..aku ucapkan selamat menyambut tahun baru 2008. Apa ada pada tahun kan!! Yg penting kita kena berubah ke arah yg lebih baik dari hari ke sehari. Adioss...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...