Friday, January 4, 2008

Cerita Tahun Baru 2008

Hari ni pes day aku keje dlm tahun baru ni...awal2 tahun aku dah amik cuti 2 hari..bukan suka2 tau, tapi demi tugas kepada agama, bangsa dan negara tercinta..cheewahh. Meh aku stori mori the morning glory.

Isnin, 31 Dec 2007. Hari terakhir thn 2007, keluarga aku dari kampung telah pun selamat tiba seawal jam 2 petang di Key El...awal betul bapak aku sampai. Tapi aku keje hari tu..dan disebabkan cuti tahunan telahpun abis..maka tugas menjemput telahpun diserahkan kepada suamiku..pas setle beberapa perkara penting kat Shah Alam, maka suamiku pun menghantar mereka ke rumah mertuaku kerana mereka juga ada urusan bersama. Balik dr opis..jemput family aku..terus balik ke rumahku.

Selasa, 1 Jan 2008. Selamat Tahun Baru!! Tapi bg aku tiada sedikit keanehan pun..sama je hari2 yg berlalu walaupun dah masuk tahun baru. Pukul 12 tgh malam org sibuk dok celebrate..aku ngan family lak..sibuk berdengkur..lagi sedap tido dr ngadap tv dan kemana2 tempat yg menyesakkan hidup. Tetiap tahun..mcm tu la rutin aku. Seawal 6.30 pg, kami semua dah bgn..mandi, solat dan siap2..mula gerak ke Kg. Assam Jawa demi menghantar adik aku. Setiba disana, lepas adik aku daftar keje dan tgk rmh sewa..semua setuju...maka..semua pun gerak cari barang keperluan asas tuk adik aku memulakan kehidupan baru disana. Dah penat2 cari..hantar ke rumah tuan rumah dulu..sok kami akan dtg lagi..tak sampai ht lak nak tgglkan adik aku sorang awal2 kat sana.

Rabu, 2 Jan 2008. Mcm semalam..awal2 gak dah gerak ke Kg. Assam Jawa lagi. Mcm semalam gak..cari barang lagi..tak abih2 cari..pas cari..sesi memasang barang dan mengemas rumah lak..penat anak2 aku tolong kemaskan sekali rumah sewa tu..murah betul sewa kat sana cuma RM250 untuk sebuah rumah..kalo kat key El..bilik pun lum tentu dpt dgn harga tu. Dlm kul 4 ptg..kami semua pun gerak pulang..dan tinggallah adik aku keseorangan dgn kehidupan barunya sebagai guru. Gud luck aku ucapkan. Ada kejadian sebelum pulang..tp tak payahlah aku storikan..yg pasti kejadian ini adalah yg pertama dlm hidupku..dan tak mungkin aku lupakan sampai bila2.

Khamis, 3 Jan 2008. Abah, mak dan adik pun dah nak balik pg ni..pas breakfast, sembang2 sat..pastu dlm kul 11 pg..bertolaklah mereka menuju ke desa tercinta..dan meninggalkan anaknya ini di perantauan. huhuhu..sedih..:( Pas balik aku, suami dah anak2 berdezup lak ke Mydin Subang...cari barang2 kelengkapan rumah lagikk...Best betul datang time org tgh keje..parking senang giler..kalau tak..punya la ssh. Pas dpt barang..terus balik rmh dan zzzzzz..cover blk sbb dah lama tak dapat tido yg berkualiti..heheheh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...