Thursday, September 2, 2010

Nasi Ayam ala P.A.F

Yer tuan2 dan puan2..bertemu lagi kita dlm rancangan tak de nombor di Malaysia.. "Ketuk2..dapur sendiri." Menu berbuka semalam untuk pertama kali dalam sejarahnya adalah Nasi Ayam ala P.A.F. hehehe, ada gaya mcm pengara rancangan masakan tak?? Perahsan saja ni.

Ok la, smlm dari opis dok pikir nak masak apa la berbuka nnt. Balik rmh je, buka freezer dan rendamkan ayam nak bagi lembut dulu pastu guling2 jap atas katil. Tgk2 dah kul 6 ptg. Alamak!!! terus cargass bangun mandi dan solat asar dan terus ke dapur tuk memulakan tugas harian. Mula2 igt nak masak sambal ayam je. Pastu sebagai ibu yang prihatin terhadap  makanan anak2nya terus terpikir, masak nasi ayam la, budak2 tu mmg suka makan nasi ayam terutama si Aina. Kemain selera lagi dia.

nasi ayam terlebih kuning :)

Sup dan sambal ayam


Tapi nasi ayam ni giler ringkas saya buat. Takdenya nak buat stok2 ayam dah. Tp tumis semua bahan2 menumis directly dlm periuk nasi dan masuk beras dan juga kiub ayam megi..heheheh. Nak cepat kan??? kang tak sempat lak nak berbuka. Sementara tggu nasik masak, buat la sup chicken ball tuk anak2, derang mmg prefer makan ciken ball drpd ayam sebenar. dan masa tu jugak tumis bahan2 tuk buat sambal khas buat suami tercinta. Dia mmg suka nasi ayam yg makan dgn sambal ayam berbanding ayam perap kicap mcm yg mcm org selalu buat tu. Baguss...mudah kerja saya.

Wajah kesayangan hamba. Sorang je makan roti canai. hmmm


Pas siap masak nasi semua, goreng pulak roti canai tuk anak bujang sulung saya tu. Hmmm, sampai bila la dia nak makan roti canai je. Nasi kim salam la. Puas dah berubat. Still tak de tanda2 nak makan nasi.

4 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

abg long tak suka makan nasik ek...
mcm anak makcik erin...dari kecik dok la makan roti canai, kalau nasi kan..dgn telur goreng kicap (cara goreng telur pun nak kena betul, tak leh ranggup keliling, dia tak suka), pastu hanya makan kari daging je.
Sampailah skrang umur dia dah 19 tahun....

Farihah said...

a'a erin. Mmg dia tak nak makan nasi. Owh anak mak cik erin pun camni?? tp ok la, at least mau gak makan nasi walau dgn kicap. abg long ni makan roti canai je dan mesti cicah ngan KARI. tak kisah kari apa pun. Kalo dhal, dia mmg tak makan. pelik kan?? tp benarr :)

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

dia tak biasa kot farihah...maybe dari kecik dia dah terbiasa...jadi selera dia terarah nak makan roti canai je...
dia takut nak rasa tu...mesti farihah dah puas pujuk dia kan..ckp makanan ni sedap..tu sedap... tp dia ttp jugak tak nak kan....

Farihah said...

tak jugak erin. Masa kecik dulu nak gak dia makan nasi. Tp ngan kuah je la..lauk sikit pun tak nak. Tapi lama2, makin besar makin tak nak lak makan nasik. Tu yang pening pala dok pujuk tu. Sampai satu tahap tu masa paksa dia suh makan nasi (sbb tak larat nak pujuk dah...)putra cakap macam mak tiri dera anak sbb dia sampai muntah2. Tp pas tu mmg tak paksa dah la.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...