Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Iftar di Pejabat

Cerita ni berlaku pada malam Nuzul Quran yang lalu. Saja la, plan org-org kuat kat department aku ni nak buat buka puasa di opis. Kebetulan pulak malam tu ada kawan-kawan yang kena bertugas disebabkan ada tele-conference dengan org obersea sana kan. Sebab sian kat kawan-kawan yang kena keja, kami pun dengan rela hati sudi menjadi peneman mereka berbuka puasa di opis.

Plan asal nak order nasi tumpang dari Kelantan delight. Tapi disebabkan chef tak dapat nak siapkan, makan menu terus ditukar menjadi lauk pauk hidang. Nasi, macam biasa masak kat opis je. Lagi sedap sebenarnya makan macam ni.

Jom layan gambar


kami ni la orang-orang kuatnya ponnn...hehehe


pos sblm bekerja

makanan yang terhidang

Pos beberapa minit sebelum berbuka

time waktu berbuka..
tudiaaaa..ramainya orang yang ntah dari pelusuk mana.
 Aku usha2 takde tempat, bawa la diri ke tempat lain..

lagi exclusive dari orang lain kannn..hehehehe

tapi encik suami tu sekejapan je la atas meja, nampak je ada space kat bawah terus pi duduk ngadap makanan. Baru puas katanya.


Peace!!!

Opis korang ada buat buka2 puasa tak?? :)


Tuesday, July 23, 2013

Salam Ramadhan

Apa habaq orang kampung? 
Lama sudah tak berjumpa, 
Kirim-kirimlah berita,
janganlah senyap sahajaaaa....

hehehehe

Salam Ramadhan semua. Belum terlambat kan?? Alaa..baru 2 minggu kita berpuasa, ada lagi 2 minggu lagi. Chaiyok!!

Apa cerita puasa korang tahun ni??

Aku macam biasa, cuma tahun ni kesibukan berganda, almaklum anak kedua aku yang darjah satu tu dah start berpuasa, setakat hari ni cuma 2 hari pertama je dia tinggal. Hari-hari berikutkan masih gagah bertahan.

Kenapa aku sibuk??
hmm..tahun-tahun sebelum ni kalau dia tak berpuasa, time sahur, aku bangun pukul 5 ke 5.15 mcm tu. Tak makan, minum je. Aku kadang2 minum kopi cicah biskut. Anak sulung aku pun macam tu. Encik suami pulak, aku hantar milo kat dalam bilik je. Punya la istimewa layanan dia dapat kan??

Tapi tahun ni, disebabkan anak kedua aku yang suka makan tu dah berpuasa, time sahur aku dah berubah seawal pukul 4.30 ke 4.45 pagi. Kalau lauk berbuka masih ada, lambat la sikit aku bangun sebab nak panaskan je. Tapi kalau lauk berbuka dah abih, terkluntang klentang la aku kat dapur 4.30 pagi tu masak apa yang patut. Pukul 5 aku dan siap hidang dan siap-siap kejutkan 3 Putra bangun bersahur. Aku kan dayang je, so melayan je apa yang patut. : D

So far, macam tahun-tahun sebelum ni. Aku tak pegi ke bazar. Gigih masak hari-hari. Orang paling happy opkos encik suami. Dia siap cakap "kalau mcm ni, puasa setahun pun takpe". Nampak?? punya la pemalas wife dia nak masak kalau bulan-bulan biasa, tapi kalau bulan puasa, aura datang dari mana ntah, kerajinan berganda.

Setakat semalam, dah macam-macam menu dah aku masak. Cuma tak rajin nak ambil gambar je. Aku rasa macam kepoyo-an terserlah kot kalau hari-hari amik gambar. Macam la ko sorang je masak kan?? tu aku kata kat aku la. Kalau korang rajin bagus la. Share-share la menu ngan aku ni yer.

Apa aku masak setakat 2 minggu ni??
Ermm, biasa-biasa je. Lauk pauk kampung. Almaklumlah aku kan orang kampung. Antara yang aku ingat aku just masak nasi putih dengan siakap 3 rasa, udang goreng campur brocoli, kari ikan tenggiri campur bendi, Nasi lemak ayam berempah, ayam masak merah, bubur sup ayam dan nasi goreng. itu je yang aku igt. hahaha..giler simple kan? korang for sure masak hebat-hebat.

Tapi tahun ni, aku rajin buat kuih jugak. Saja nak cuba jadi macam mak aku, serba serbi boleh. Tapi aku ni sikit2 je la. Setakat ni aku baru buat donut, buah melaka, puding roti milo marble dengan pau goreng sambal bilis. Itu je sempoi dan senang, memandangkan aku ni bekerja kan?

Menu selalunya aku refer kat anak kedua aku la. Dia suka makan, jadi aku bagi 2 menu kat dia suruh dia pilih nak mana satu? Macam semalam aku tanya dia nak nasi ke bihun goreng hari ni? Dia jawab "bihun goreng la mama". Ok, senang. So, sambil rendam bihun. Aku uli tepung pulak nak buat pau goreng sambal bilis.

Hasilnya....


Simple menu untuk berbuka..tanpa sayuran...hehehehe


Dan ini juga menyebabkan anak kedua aku tambah 3 kali sambil berkata 
"mama, esok pagi nak sahur bihun yer"
Baiklah anakku : D

makan bihun pun pakai tangan. hihihihi

Daaa
Sampai jumpa lagii

Thursday, August 9, 2012

Puasa ke 19

Yuhuuuu..
Orang dah cerita pasal nak raya. Saya baru sibuk nak cerita pasal puasa kan??? kah kah kah..
Sorry la korang. Saya bz sesangat2. ditambah mood nak berblog pun ntah ke mana.

So, macam mana puasa korang tahun ni?? Berjalan lancar??? Saya rasa, tahun ni adalah tahun paling berjimat. Almost setiap hari saya masak sendiri. Lauk kat cafe opis tak boleh blah. Tak penah pun rasa nak beli. Nak pergi bazar??? uishhh lagi payah..Nak parking pun seksa. Inikan nak berjalan-jalan cari makan kat situ.

Jadi, hari-hari masak. Hari-hari rasa puas. Hari-hari rasa berjimat. Boleh la simpan duit sikit beli baju raya anak-anak. Almaklumlah, saya bukan orang gomen. Dapat bonus raya. Kami apa pun tak dapat. 5%??? hohoho...

Semalam masa kat opis. 2 orang kawan saya dok berdiskas pasal nak buka puasa kat mana. Macam-macam la cadangan derang bagi sesama derang. Saya cuma dengar dan senyum je. Tiba-tiba budak kecik sorang tu cakap

 "Jom kak ret...kita buka puasa kat rumah kak Farihah nak??"
"Eh..eh...apa ni?? dah puas bincang rumah akak lak korang nak datang??"
"Ala..kak Farihah..boleh la...kak farihah tak payah masak apa-apa. Masak nasik je..yg lain2 ktorg beli"
"Rumah akak sepah la, segan la korang datang"
"arghh..tak kira, nak pegi jugak"

Degil tau budak kecik tu.

Balik tu gegas la saya kedapur, buka peti ais. Ada ikan temenung 4 ekor. Orang sini panggil ikan pelaling. Ada telur ayam 5 bijik. Pastu ada ikan bilis segenggam. Ermmm..nak masak apa???

Ini je la saya mampu masak. 
Sambal bilis, temenung gorang dan telur dadar.
Harap-harap cukup la.

Pukul 7 derang pun sampai. Penuh dua tangan dengan makanan yang derang beli kat bazar. Pastu marah saya kenapa saya masak. Iskk...saya tak reti la, orang nak datang tapi masak nasik kosong je. Sudahnya dah penuh satu tikar. Masing-masing beli kat derang nasik kerabu dan nasi beriani. Apa kes??? Kalau nak beli nasik sendiri. Tak payah la datang makan kat rumah saya kan?? Tak kira, saya paksa gak derang makan nasi yang saya masak. Kang membazir je masak banyak-banyak tak abih.


derang beli sambal talapia, ayam percik dan kuih-muih

Aminnn...

Sudahnya, yang paling laku sambal bilis tu. Lauk yang derang beli cuma diusik sikit. Tulah korang, len kali makan apa yang ada je tau. tak payah susah-susah nak tambah. Kan dalam Islam galakkan kita jamu tetamu dengan makanan yang tuan rumah makan. Kan kan kan???

Terima kasih tau korang sudi mendatangkan diri ke teratak aku yang tak seberapa ni. Terkurang kat mana-mana aci tutup mata tau!! *wink*

Thursday, August 25, 2011

Hadiah hari raya

Semalam cuti.
Hari ni jadi malassss sangat nak masuk opis. Ikut hati nak terus cuti je dok rumah buat kuih raya. Hahaha.

Tapi sampai je kat opis nampak kad raya ni. 1st virtual kad raya tu...terharu betul..


Buat si pengirim, Puan Ila, Terima kasih banyak-banyak yer. 
Selamat Hari Raya untuk awak dan keluarga juga. Maaf Zahir batin.



Pastu ada tupperware siap ngan riben lagi...
Terima kasih banyak-banyak kak Farina, setiap tahun ada je pemberian dari akak. Moga murah rezeki untuk akak dan keluarga.


Siap ada muffin dalam tu...nyummy...mesti orang yang paling suka adalah Aliff. :)

Wednesday, August 24, 2011

Kejadian membara di Ramadhan 23

Petang semalam balik dari opis, Aliff ngadu dia sakit dalam mulut. Memang nampak dia agak teruk. Nak telan air liur pun tak boleh. Dok kemam je dlm mulut tu. Jadi terus ke klinik dulu la. Klinik panel yang serasi ngan bebudak ni pulak...nun jauh amat. Takde la jauh sangat, tapi sebab petang di KL dalam bulan posa. Paham2 sajalah. Silap hari bulan memang berbuka telan air liur je la dalam kereta. So, sesampai di klinik aku dah cakap ngan encik suami, kang kita singgah je la mana2 kedai tuk berbuka. Dia setuju saja.

Habih amik ubat dah kul 6.30..katanya sempat ni balik cari kedai kat area rumah saja. Tapi singgah masjid nak solat asar jap. Dah penat berpikir mana nak berbuka, last-last pi kedai mamak kat area rumah saja. Tu pun sebab mengenangkan anak sulong aku makan roti canai ja kan??? SO, kul 7 dah siap order.

Order simple. Roti canai 2 bijik. Megi goreng, Nasi goreng pattaya dan nasi goreng kampung. Air kopi o ais satu teh ais satu dan air suam 3. Aku bajet...kalau tak sempat pun..ada air suam kan..leh je hirup air tu dulu.

Pastu...datang sepasang pasangan duduk kat belakang aku. Yang lelaki India, yang pompuan macam melayu...tapi tak tau la...duduk dan order...pastu datang lagi 2 mamat india duduk kat meja sebelah. Tak sampai 10 minit..air yang depa baru pesan, sampai...air grand2 juga la bagi aku. Air tembikai dan air teh. Tembikai tu payah jugak la nak buat kan kalau nak compare teh ais tu. Sebab teh tu depa dah buat banyak, so depa cuma letak ais ketul dalam gelas dan terus tuang teh tu. Siap!!!! berbanding air tembikai nak kena kupas, potong dan blender pastu letak air gula dan letak ais ketul kan...kan???? Apa yang aku nak tekankan di sini. Awat air depa yang payah tu sampai dulu??? Mana air suam yang aku mintak tadi?? Aku tengok jam. 7.15, so berprasangka baik. Maybe depa bagi kat orang tak posa dulu, sebab takut kalau bagi awai2 sangat kat orang berposa ni..kot terbatal lak posa sebab terliuq tengok air suam depan mata kan???

Tunggu punya tunggu...punya tunggu...azan pun berkumandang di udara tanda masuklah watu berbuka..waktu tu, barulah depa terhegeh-hegeh hantaq air suam. Tu pun setelah mendapat renungan tajam dari aku. Seb baik pada waktu yang sama, tokei dia bagi kurma 4 biji. So, berbuka la yang tu dulu. Kemudian dari jauh aku nampak makanan yang aku order iaitu nasi goreng pattaya, nasi goreng kampung dan roti canai dibawa. Dalam hati dah suka ni. Tiba-tiba..dia pi hantaq kat meja belakang....dan meja tu pulak..adalah 2 meja berasingan..dengan erti kata lain..antara 2 meja tu datang pada waktu yang berlainan dan saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain dan paling PENTING. Depa tu lambat dari aku.

Amirul dah la posa..dia dok tanya..awat lambat sangat ni. Logik la..Order kul 7..kul 7.35 tak sampai lagi..lama sungguh aih tebaq roti canai. Dalam hati ni...dah membara..tunggu orang tiup atau simbah minyak ja kompom berapi ni. Aku tunggu sat...sat...tak sampai2...aku dah geram. Aku tengok incik suami...dia pun tengah kemam mulut tahan geram...arghhh aku bangun..masuk dalam kedai. Oh, lupa nak cakap, masa tu kami dok kat bahagian luar. Terus tokei dia mai jumpa aku. Aku pun.......
 "apa ni......orr....."
"sorry..sorry....salah hantar..mari duduk dalam " tengok..aku belum abih cakap..dia potong ..nampak sangat dia sedar kesalahan dari pihak dia. Tapi apa kes ajak aku dok dalam lak...tak munasabah.
"arghh..sudahla..." terus keluar sambil diekori tokei tu (dah macam citer hindustan lak..hero nak pujuk heroin) <lol>
Aku dah bajet nak letak 2 hinggit tuk air suam tu dan terus blah.
Tapi tokey tu dok maaff..maafff..sian lak aku tengok..tapi aku cakap.. "at least...bagi la kat anak i dulu..dia puasa, ni dok pegi antar kat orang tak puasa kenapa??" dia pun maaf maaf tak abih.

Pastu datang la order-order aku. Masa tu, incik suami sound pulak orang yang antar order tu. Tapi aku kurang jelas percakapan derang sebab telinga aku ni masih panas!!! Makan pun tak tenang dah..geram punya pasai kan..seb baik la aku posa..kalau tak memang tak tau la apa nak jadi kat kedai tu. *cheyyy...cakap bajet DIVA.*

gambar hiasan semata-mata..tiada kena mengena dengan kejadian semalam
sumber :gugel

Pas makan, terus aku bawa anak-anak aku pi 7 Eleven kat situ. Biar incik suami menguruskan hal2 bil. Aku dah tak sanggup tengok muka tokey tu.

Masa dalam keta, incik suami cakap, tokey tu tak abih2 mintak maaf, dia kata "saya sudah rasa tak seronok la, saya minta maaf incik..memang salah orang yang hantar order tu". Hehehe..aku gelak je la..tau pun dia takut kehilangan regular customer ni, dan aku pun tak sangka aku akan berkelakuan camtu. Selalunya incik suami je akan buat camtu..hahaha. Pastu incik suami aku cakap..sebab aku marah tadi..abih semua group lelaki kat depan meja aku yang tengah bising masa tu jadi terdiam. Terkejut kot tengok muka macam ayu..tapi mengamuk..kecuttt..hahaha...mengong.

Tuesday, August 23, 2011

Juadah berbuka di Ramadhan 22

Petang semalam. Dari opis lagi aku dah pikir2 nak masak apa tuk berbuka nanti. Tapi tekak ni teringin betul nak makan sambal Petai. Petai pun aku dah beli dari hari Ahad lagi. So sampai rumah terus keluarkan ayam dan udang dari freezer. 

First benda yang dibuat...rebus telur

Sambil tunggu telur masak. Aku kupas bawang dan halia, basuh beras, buang kulit udang dan siang ayam.

Pastu goreng udang sekejap dan angkat kemudian dengan minyak yang sama terus tumis cili untuk buat sambal. Sambil tunggu cili tu naik minyak...aku basuh beras, letak santan tambah air dan masuk bawang serta halia, simpul daun  pandan campak dalam periuk....

Diteruskan dengan sambalku. Cili dah masak elok, letak asam, gula dan garam tak lama pastu masuk balik udang tadi dan disertakan sekali bawang besar serta petai idamanku...siappp!!!

Kerja diteruskan dengan menggoreng ikan apa ntah ni. Tapi aku suka sebab dia krup krap ranguppp..untuk digantikan dengan ikan bilis. Aku lebih prefer ikan ni dari ikan bilis. Siap..terus masuk dalam tipuware, dah agak sejuk, terus tutup untuk mengelakkan kerangupannya berkurang.

Kemudian, terus masuk bilik mandi dan solat asar...masa tu dah 6.30petang. Solat lambat semalam..ishh..tak bagus.

Sesudah solat, keluar bilik untuk meneruskan misi memasak. Tengok atas meja...mana ikan yang aku goreng tadi?? hilang???!!!! Buka peti ais...OHEMJIIIII...tipuware itu telah dimasukkan dalam peti ais. Itulah dia kalau mendapat suami yang rajin yer kawan2. Terus terflash back kejadian sebelum aku masuk tuk mandi. encik suami di dapur masa itu.

Isteri: bang, tolong simpan cili dan bawang tu dalam peti ais yer.
Suami: Ok...

Oh..agaknya, sebab itulah segala banda dalam tipuware yang ada di atas meja dapur dimasukkan ke dalam peti ais. Sejuk jadinya ikan ku. Pasrah!!!

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...makan la jugak nanti, mana tau kerangupan berganda kan???

Terus dengan menggoreng ayam berempah resepi turun temurun dari mak aku. Wahhh!!! temurun la sangat, padahal perap ayam tu dengan garam kunyit pastu letak rempah kari je pun. Tapi sedap ai tell u. Cuma masa goreng tu, api jangan kuat2 yer..kang kat luar nampak hangus padahal isi kat dalam tak masak lagi.



Inilah dia...Nasi Lemak sebagak juadah berbuka di Ramadhan ke 22.


Jom hidang...

Meja makan ada. Tapi bila beranak kecik ni. Lebih elok la kiranya makan di bawah. Senang..nak mop lantai, nak sapu sampah. Depa nak bangun dan makan sambil berlari-lari pun tak dak hal.

Korang perasan???
Saja je aku amik gambar nak tunjuk korang betapa "rajinnya" aku hidang. Konsep aku, biar senang hidang, senang angkat dan senang simpan. Sebab tu ada periuk nasik kat situ. Masak sambal pun dalam periuk kaca tu pastu nnt dah abih makan, angkat dan letak atas dapur balik. Manakala ikan dan telur siap2 letak dalam tipuware dan tupperware. Kata Mak kan??? kena la kretip. Kang tak sempat nak mop lantai dan solat pulak. Sekian.


P/S: maaf lagi sekali jika entry ini mengganggu anda yang sedang berpuasa

Monday, August 22, 2011

Rumah baru

Cantik tak???
Bestnya kalau rumah aku besar macam ni. Tapi jangan salah yer..ni bukan rumah aku. Ini adalah sekolah baru Aliff dan Aina. Insya Allah, lepas raya ni budak berdua tu akan bersekolah di sini. Harga pun double dari sekolah sekarang, Takpe la...mama sanggup ikat perut. Boleh slim balik kan??

Sebenarnya, Childcare centre ni, opis tempat aku keja ni yang buat khusus untuk anak-anak staff sahaja. Mula-mula memang aku rasa tak nak pindahkan budak berdua tu. Tapi setelah di brainwash oleh sorang member ni. Siap tunjuk bukti-bukti yang kukuh. Aku mula berubah pandangan. Maka, sesi memujuk encik suami pun terus dilaksanakan. Harap-harap, keputusan yang aku buat ni betul la.

Tempat tu sangat-sangat besar bagi pandangan aku. Every floor derang dah separate kan kanak-kanak ikut umur masing-masing. Burmula dari 2 bulan sampai 6 tahun. Amirul frust bila dia tahu budak 7 tahun tak boleh sekolah kat sini. hehehe..sian dia..terlepas peluang.

Jumaat lepas ada majlis bacaan yassin dan doa selamat sempena pembukaan Child Care tersebut. Aku sempat la menjoinkan diri. Mula majlis 6.30 petang dengan bacaan Yassin. Lepas tu berbuka yang ringan-ringan dulu.


Ini la juadah ringan tersebut

Lepas tu, semua pergi solat maghrib berjemaah 
gambar jemaah lelaki sahaja yer..jemaah perempuan tak tunjuk


Lepas solat baru para tetamu boleh mengisi perut dengan makanan yang agak berat.
Tengok pinggan aku. Penuh dengan aneka lauk pauk.

Berderet pilihan lauk...sambil dimodeli oleh remajapurba... :p


Pastu makan pulak manisan-manisan yang tersedia.

Lepas makan, Solat isyak dan tarawikh sebenarnya. Tapi, aku mintak diri dulu. Almaklum anak-anak kat rumah dijaga oleh abah mereka. Sian derang berbuka ngan abah je. Seb baik kari daging yang aku masak sehari sebelum tu masih ada. Abah derang cuma perlu masak nasik dan panaskan kari tu. Tapi bila sampai rumah..Aliff terus menerpa sambil cakap "mama...mama...tadi abah goreng telur....abah pandai la mama" Pappppp!!!! mesti terkejut derang kan...rupanya abah pandai goreng telur tuuuu...hahahaha

Monday, August 15, 2011

Semalam punya cerita

Masih sama. Kehabisan bahan mentah. 
Naper tak pi beli???
Biarlah rahsia... :p

Tengok jam, dah pukul 6 petang.
Buka peti ais...ermm telur ayam 4 bijik.
Ada frozen kebab. hmmmm

Tanak nasik..
Goreng telur 4 bijik. 3 bijik buat sambal telur. 1 bijik biar je...nanti angah nak makan. 
Asalnya telur ni ada 6 bijik. Tapi tengah hari tu dah goreng dua bijik sebab aliff dan aina makan nasik. Budak tak posa..tak pe..

Bakar kebab...bau menusuk..sedappp...


menarik kan??? memang sedap...
Aku buat sendiri???
 tak la....


Hari tu beli Oblong Ramly, dapat free yang ni..hehehe


Masak simple gilerr semalam...tapi pakcik tu kemain selera makan.
:p


SAhur dan berbuka pada Ramadhan ke 13

Korang...
Selalu sahur makan apa??? 
Macam aku, 2-3 tahun kebelakangan ni, kalau awal2 puasa memang makan nasi, pas seminggu tu dah malas nak makan...tambah-tambah encik suami, dia tu kalau boleh nak suruh je aku hantar air dalam bilik tuk dia minum. Tapi tahun ni aku tak buat camtu, aku kejut jugak suruh duduk depan dan minum..sian Amirul makan sorang-sorang nanti. Btw, Amirul pun dah tak nak makan sahur, dia cuma makan biskut tiger cicah milo. Tu pun sikit je. Sebab tu la Sabtu baru-baru ni aku pun tumpang dia..tapi tak de la makan biskut tiger tu. Manis sangat bagi aku..tapi makan Ayamas Short Bread ni..sedappp...nyum2. Cicah pulak dengan air susu Hi-Goat plus Kopi Sphyru. Memang kenyang...



Disebabkan kenyang, makanya..berbuka petang tu cuma makan benda2 ni.

Milo ais sorang se-Mug
Kuih seri muka yang beli kat opis hari Jumaat
Donut sebijik beli kat Jco Donut pun petang Jumaat jugak
Ditambah dengan kerepek agromas sebungkus.

Tak percaya???
Sila lah percaya. Kami berdua cuma makan yang tu. Hehehee. Hari tu mood kemalasan aku telah mari dengan hebatnya. Ditambah bahan mentah kat rumah pun habis sudah. Maka alasan yang kukuh la kan. Pas makan tu. Solat maghrib dan terus ke McD atas permintaan Angah, tapi drive through kat mamak hajris dulu. Beli roti canai tuk Amirul. Sekian

Thursday, August 11, 2011

11 Ramadhan - Ops Jala

Hahaha...macam biasa. Tajuk entry yang mudah.
Hari ni aku half day petang sebab ada satu TUJUAN... tetapi hajat dan matlamat tersebut tidak kesampaian, *hampa*  makanya melencong ke tujuan kedua. Selesai agak lambat. Maka aku kena tinggal...eh bukan...aku yang minta ditinggalkan, pandai la aku balik sendiri naik LRT kan. Tapi harus dijemput di stesennya. Tak larat nak menapak dalam bulan posa ni kan. Sampai rumah dah kul 6.10. Alamak...sempat ke nak masak ni??

Letak beg terus mandi dan ke dapur... zup zap zasss...perghh...macam supermak tu...Ingatkan dh lewat.. rupanya kul 7 aku dah selesai menjala, dan selesai jugak masak nasik dan siap bancuh air lagi...isk isk..tak sangka dengan ketangkasan sendiri dan keseorangan di dapur.

kegemaran seisi keluarga...

Nasib baik kari ayam ni dah aku masak semalam...hari ni cuma panaskan saja..hehehe

Nak tak???

Macam ni nak makan dia...


Budak ni suka makan roti jala saja..tak suka cicah kari sebab pedas katanya. Tapi mama paksa jugak..tu yang dia buat muka camtu...

Bukan..bukan syrup chocolate...tu kicap tu....Si Aina la ni..semua benda nak letak kicap..layan....


Haaa...baru dia nak makan...

Ish...tetiba lapar pulak...jom makan second round!!!

Oh...nak resepi ke?? Aku penah bagi dulu...kalau nak try...klik SINI

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan

Best kan bulan posa??
Selain senang dapat pahala berganda, senang jugak nak buat tajuk untuk entry kat blog kan?? Tak payah susah-susah nak fikir letak tajuk apa..tulis je tarikh berapa haribulan Ramadhan kan?? hehehe

Aku sebenarnya sekarang dah jarang pergi sekolah Amirul. Dalam hati memang risau jugak, dia lapaq ke..haus ke..maklumla, darjah satu..sekolah full day..panas-panas pulak tu. Dalam beg memang aku tak sediakan air masak pun, tapi selalu bagi syiling kat dia sambil pesan, kalau haus ke tak larat ke..nak apa ke..call mama k. No tipon mama memang dia hafal, tapi no tipon abah dia tak penah hafal.

Tadi tergerak nak pergi jenguk dia. Maklum sahur pagi tadi dia cuma makan megi..tu pun tak abih. Risau jugak kot2 dia tak larat kan??

Masuk je pagar sekolah. tercari-cari jugak dia...nampak kawan-kawan dia aktif berlari-lari kat dewan. tapi tak nampak pun muka dia, jenguk jugak kat kantin, kot2 dia lepak situ. Pun tak dak. So, aku teruskan langkah kaki ke kelas dia..Dari pintu aku dah nampak dia. Baiknya...duduk kat tempat sorang2.

Tekun sungguh aku tengok dia. Sampai dia tak sedar aku datang. Terus aku duduk kat depan dia. Tanya dia buat apa. Dengan bangga dia cakap "buat ni nak bagi mama, abg long beli kat kedai buku tadi, tapi tak siap lagi". Aku angguk2, sambil tengok dia sambung buat keje dengan tekun sekali.

Pastu datang kawan dia ni, dia pun excited tunjuk apa yang dia beli kat kawan dia. 

Siap ajar lagi camne nak buat.

Tara...dah siap mama :)

Masa aku nak balik, kawan dia berdua ni minta aku amikkan gambar derang. hehehe...layankan saja..leh dia buat kenang-kenangan. 

Monday, August 8, 2011

7 Ramadhan

Chop...chop...korang dah buat ke nasik daging tu??
Tipu la kalau cakap dah buat kan. Aku nak bagitau la asal usul nasik ni adalah dari utara. Kat sini tak pemes pun. Tapi kalau orang sini pi utara dan makan nasik ni, mmg addicted la. Tu la yang terjadi kat encik suami aku. Sudahnya, setiap kali kami balik kampung, mesti mak aku akan masak nasik ni kat ktorg. Dan cuma di kampung sajalah, Encik suami mampu makan, sebab...err...sebab...isteri dia tak pandai nak masak nasik daging ni, sebab sangkanya susah bebenor la nak masak ni kan..

Tetiba kelmarin masa tgk rancangan masak memasak bersama chef liza, chef tu ada masak nasi arab berempah dengan daging oblong RAMLY. Terus spontan encik suami request nasik daging macam mak aku. Sudah....mcm mana nak buat?? Aku terus gugel dan jumpa satu dua resepi nasik ni kat website masakan. Tapi aku rasa macam tak berapa sama macam mak aku buat. Jadi aku pun me'recall' kembali memori buat nasik ni di kampung, dan aku amik juga serba sedikit resepi kat internet serta..aku menokok tambah beberapa bahan yang dirasakan sesuai, maka terhasillah nasik daging ala mak aku tu.

Ni la oblong RAMLY
pic credit to google


ayam masak merah 

air asam yang aku dah buat beberapa hari lepas, sebab tu air dia je banyak dari isi..hehehe


Nasik ni sebenarnya kalau kat utara makan macam tu saja. Paling koman, buat la air asam untuk cicah daging tu kan. Tapi, nak makan ni kena kreatif jugak. Aku pun masak la ayam masak merah untuk dimakan bersama. Hasilnya...ermmm...menyelerakan. Cubalah!!

Budak paling berselera...
siap masak..dah makan dan tambah
Bila ktorg buka posa..dia nak makan lagi dan tambah dan tambah.. :)


Encik suami kata...pas ni tak payah balik kampung dah la.(yeay...maksud dia nasik daging aku menjadi la kan?? tapiii... Ishh..ada patut..balik kampung tujuan asal sebab nak makan nasik daging je kan??? tak patut...tak patut.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...