Monday, August 22, 2011

Rumah baru

Cantik tak???
Bestnya kalau rumah aku besar macam ni. Tapi jangan salah yer..ni bukan rumah aku. Ini adalah sekolah baru Aliff dan Aina. Insya Allah, lepas raya ni budak berdua tu akan bersekolah di sini. Harga pun double dari sekolah sekarang, Takpe la...mama sanggup ikat perut. Boleh slim balik kan??

Sebenarnya, Childcare centre ni, opis tempat aku keja ni yang buat khusus untuk anak-anak staff sahaja. Mula-mula memang aku rasa tak nak pindahkan budak berdua tu. Tapi setelah di brainwash oleh sorang member ni. Siap tunjuk bukti-bukti yang kukuh. Aku mula berubah pandangan. Maka, sesi memujuk encik suami pun terus dilaksanakan. Harap-harap, keputusan yang aku buat ni betul la.

Tempat tu sangat-sangat besar bagi pandangan aku. Every floor derang dah separate kan kanak-kanak ikut umur masing-masing. Burmula dari 2 bulan sampai 6 tahun. Amirul frust bila dia tahu budak 7 tahun tak boleh sekolah kat sini. hehehe..sian dia..terlepas peluang.

Jumaat lepas ada majlis bacaan yassin dan doa selamat sempena pembukaan Child Care tersebut. Aku sempat la menjoinkan diri. Mula majlis 6.30 petang dengan bacaan Yassin. Lepas tu berbuka yang ringan-ringan dulu.


Ini la juadah ringan tersebut

Lepas tu, semua pergi solat maghrib berjemaah 
gambar jemaah lelaki sahaja yer..jemaah perempuan tak tunjuk


Lepas solat baru para tetamu boleh mengisi perut dengan makanan yang agak berat.
Tengok pinggan aku. Penuh dengan aneka lauk pauk.

Berderet pilihan lauk...sambil dimodeli oleh remajapurba... :p


Pastu makan pulak manisan-manisan yang tersedia.

Lepas makan, Solat isyak dan tarawikh sebenarnya. Tapi, aku mintak diri dulu. Almaklum anak-anak kat rumah dijaga oleh abah mereka. Sian derang berbuka ngan abah je. Seb baik kari daging yang aku masak sehari sebelum tu masih ada. Abah derang cuma perlu masak nasik dan panaskan kari tu. Tapi bila sampai rumah..Aliff terus menerpa sambil cakap "mama...mama...tadi abah goreng telur....abah pandai la mama" Pappppp!!!! mesti terkejut derang kan...rupanya abah pandai goreng telur tuuuu...hahahaha

8 comments:

cheqna said...

memang besh ada umah besar tapi kalau setakat duk 2 orang mesti sunyi kan kan kan
lauk2 itu mengganggu perut ku huhuhu

sindiketsulit said...

uiii aiii..
tak kaver langsung...
pitam akak tengok ok?

Farihah said...

Cheqna,
betoi2..sunyi satu hal..nak kemas tu satu lagi hal...oh..ganggu ke lauk pauk tu?? hehee..mmg niat punn...

Kakwos,
Tu kira kaver tu kak. Kalau tak nak letak backlink akak sekali tu...hehe

Mama Kembar Tiga said...

macam best je skolah tu, cantik! mesti anak anak pun lagi smangat nak pi skolah kan? :-)

Ken Wooi said...

sekolah cantik ah :)

Farihah said...

Mama Kembar 3,
Itula..risau takut pegi sekolah pastu terus tak nak balik je..sebab sekolah lagi cantik dari rumah...hehehe

Ken,
Kan...untung budak2 sekarang :)

mama-syira said...

oo aina ngan aliff dapat ek? bestnyeee sekolah sama. sekolah canggih. syirah tak jadik register la sebab sian kat dia travel time tu membebankan.. huhuhuh

Farihah said...

kalau dapat sorang ja..mmg tak nak la..ssh hantar banyak tempat.
Betul tu Farah. Sian syirah..kena bangun pagi2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...