Showing posts with label Opis. Show all posts
Showing posts with label Opis. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Iftar di Pejabat

Cerita ni berlaku pada malam Nuzul Quran yang lalu. Saja la, plan org-org kuat kat department aku ni nak buat buka puasa di opis. Kebetulan pulak malam tu ada kawan-kawan yang kena bertugas disebabkan ada tele-conference dengan org obersea sana kan. Sebab sian kat kawan-kawan yang kena keja, kami pun dengan rela hati sudi menjadi peneman mereka berbuka puasa di opis.

Plan asal nak order nasi tumpang dari Kelantan delight. Tapi disebabkan chef tak dapat nak siapkan, makan menu terus ditukar menjadi lauk pauk hidang. Nasi, macam biasa masak kat opis je. Lagi sedap sebenarnya makan macam ni.

Jom layan gambar


kami ni la orang-orang kuatnya ponnn...hehehe


pos sblm bekerja

makanan yang terhidang

Pos beberapa minit sebelum berbuka

time waktu berbuka..
tudiaaaa..ramainya orang yang ntah dari pelusuk mana.
 Aku usha2 takde tempat, bawa la diri ke tempat lain..

lagi exclusive dari orang lain kannn..hehehehe

tapi encik suami tu sekejapan je la atas meja, nampak je ada space kat bawah terus pi duduk ngadap makanan. Baru puas katanya.


Peace!!!

Opis korang ada buat buka2 puasa tak?? :)


Friday, November 2, 2012

Jumaat dan hujan

Jumaat + petang + hujan..
satu kombinasi yang amat menghuru-harakan di Key Ell.
Ditambah, tetiba dapat kejutan kerja yang banyak dari kebiasaan.
Maka tak boleh balik on time.
Lebih menghuru-harakan

Pandang ke luar jendela opis.
Jalan jammed maha hebat di sana sini.
Juga satu kebiasaan bagi situasi ini di Key Ell.

Sudahnya, lepak saja di opis.
Di saat entry ini ditaip.
Semua sudah pulang ke sarang. Yang tinggal cuma Ret + aku + anak2.



Anak dara sudah keletihan.
maka ketiduran di opis.
Mujur ada pengalas tuk ketiduran.


Sekian puisi hasil nukilan aku.
Saat kebingungan di Jumaat + Petang + Hujan.



P/S: Aku je cakap puisi...sebenarnya bukan pown

Sambutan Hari Lahir

Sebenarnya, opis saya ni memang sangat suka buat acara makan-makan. Sepanjang saya menyepikan diri dari dunia blog ni, memang dah macam-macam acara makan yang dah diadakan. Terbaru, pagi tadi. Acara ni dibuat sebab secara kebetulan hari ni, 3 orang ahli opis saya menyambut hari lahir yang sama. Cuma beza tahun saja. 1 lelaki dan 2 perumpuan. Position derang pun beza-beza. Yang lelaki tak de hari ni, sebab ada meeting orang besar-besar sedang diadakan.


Tapi makan-makan kali ni dibuat secara kecil-kecilan saja. Ada bihun goreng, kuih-muih, sandwich, kek dan air nescafe.


Cantik kan kek ni. Kek cheese manga. Yang berbentuk bunga tu adalah isi mangga semata-mata. Yang lapisan bawah tu pulak cheese. Sedappp..tambah-tambah bagi penggemar cheese seperti saya.



Yang ni pulak kek red velvet. Dibuat khas oleh staff department saya ni. Lelaki ok. Tapi memang sangat hebat buat kek.


Ini adalah 2 orang selebriti hari ni. Selamat Hari lahir double S. Semoga korang dirahmati Allah selalu. Maaf, saya terpaksa blurkan wajah derang. Sebab, saya tak minta izin  untuk masukkan wajah derang dalam blog ni.

Monday, August 22, 2011

Rumah baru

Cantik tak???
Bestnya kalau rumah aku besar macam ni. Tapi jangan salah yer..ni bukan rumah aku. Ini adalah sekolah baru Aliff dan Aina. Insya Allah, lepas raya ni budak berdua tu akan bersekolah di sini. Harga pun double dari sekolah sekarang, Takpe la...mama sanggup ikat perut. Boleh slim balik kan??

Sebenarnya, Childcare centre ni, opis tempat aku keja ni yang buat khusus untuk anak-anak staff sahaja. Mula-mula memang aku rasa tak nak pindahkan budak berdua tu. Tapi setelah di brainwash oleh sorang member ni. Siap tunjuk bukti-bukti yang kukuh. Aku mula berubah pandangan. Maka, sesi memujuk encik suami pun terus dilaksanakan. Harap-harap, keputusan yang aku buat ni betul la.

Tempat tu sangat-sangat besar bagi pandangan aku. Every floor derang dah separate kan kanak-kanak ikut umur masing-masing. Burmula dari 2 bulan sampai 6 tahun. Amirul frust bila dia tahu budak 7 tahun tak boleh sekolah kat sini. hehehe..sian dia..terlepas peluang.

Jumaat lepas ada majlis bacaan yassin dan doa selamat sempena pembukaan Child Care tersebut. Aku sempat la menjoinkan diri. Mula majlis 6.30 petang dengan bacaan Yassin. Lepas tu berbuka yang ringan-ringan dulu.


Ini la juadah ringan tersebut

Lepas tu, semua pergi solat maghrib berjemaah 
gambar jemaah lelaki sahaja yer..jemaah perempuan tak tunjuk


Lepas solat baru para tetamu boleh mengisi perut dengan makanan yang agak berat.
Tengok pinggan aku. Penuh dengan aneka lauk pauk.

Berderet pilihan lauk...sambil dimodeli oleh remajapurba... :p


Pastu makan pulak manisan-manisan yang tersedia.

Lepas makan, Solat isyak dan tarawikh sebenarnya. Tapi, aku mintak diri dulu. Almaklum anak-anak kat rumah dijaga oleh abah mereka. Sian derang berbuka ngan abah je. Seb baik kari daging yang aku masak sehari sebelum tu masih ada. Abah derang cuma perlu masak nasik dan panaskan kari tu. Tapi bila sampai rumah..Aliff terus menerpa sambil cakap "mama...mama...tadi abah goreng telur....abah pandai la mama" Pappppp!!!! mesti terkejut derang kan...rupanya abah pandai goreng telur tuuuu...hahahaha

Tuesday, August 2, 2011

Batu seremban

Apa Aktiviti korang masa bulan puasa zaman sekolah-sekolah dulu?? Saya rasa most of us main batu seremban time rehat kan?? Masa tu punya la best..mesti cari port2 depan kelas tepi longkang kecik duduk la berkumpulan main batu tu. Almaklumlah, time rehat semua tak dibenarkan berada dalam kelas kan?? Batu seremban ni kalau kat kampung saya, kami panggil batu selambut, dan biasanya main dengan tujuh biji batu, macam dragon ball la..ada 7 biji semuanya..hahaha. Batu tu pulak memang cari sendiri, batu sungai yang kecil2 dan comel serta licin. Memang best kalau main dengan batu kan compare main dengan karung kecik2 yang dijahit.

Seriously, sebelum ni saya memang tak penah guna karung kecik2 ni, sampailah baru-baru ni kat opis. Time lunch hour ada sorang budak kecik ni beriya ajak kitorang main benda ni. Cara main sama, cuma dia ada 5 biji je..agaknya memang org selatan pakai 5 biji jer ek?? Tapi aktiviti ni dilakukan sebelum puasa...buang tebiat kot dah tua2 main benda ni dalam bulan posa kan hehehe... meh kita tgk gaya mereka yg terpaksa..

ni gaya orang orang lama yang sangat pro :)


eh..kak...tabur ye...bukan susun batu tu :p

Ni la budak kecik yang beiya ajak tu..mentang2 terer


Tu dia...bergegar tangan nak menyambut batu punya pasal..


Best juga permainan ni kalau main sekali sekala. Permainan tradisi kan? Saya dah banyak lupa cara-cara nak main dia..korang ingat lagi??

Wednesday, July 20, 2011

Jom Balik Kampung Last episode

Ok...ni last cerita saya tuk family day...kalau nak ikutkan nafsu, memang tak abih lagi ni. Tapi sempena bulan posa yang bakal tiba, mai kita belajar kawal nafsu kita dari sekarang. hahahahaha

Lepas upacara penyampaian hadiah untuk kanak-kanak. Kitorang rehat sat, membasahkan tekak dan makan goreng cempedak panas-panas, uishhh feveret ai tu...tapi jangan harap la nak makan puas. Tak sempat pun!!!

Kemudian acara untuk orang dewasa pulak dijalankan, masa tu, kanak-kanak semua ditempatkan di pondok berdekatan sambil melakukan aktivi derang. Maka, bermulalah pertempuran sebenar antara Rambutan, Manggis dan Durian.

Game 1:
Senggol-senggolan - Misi asal adalah untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri, yer la kan, boleh bersenggol-senggolan dalam satu kain sarung gitu..tapi takde maknanya, dah nama pun acara sukan...rasa-rasa boleh feel ke??? hahahaha...tak sempat nak sarung sampai satu padan pun...ada group main letak kat leher je..nak menang punya pasal

Derang ni tak pe la...baru kawin...kemanisan masih terasa...hehehe


Game 2 :
Passing getah gunakan straw. Acara biasa je..macam kanak-kanak jugak. Tapi orang dewasa mesti tahu pakai strategi lebih kan. Bak kata kawan aku, yang bujang-bujang masa ni, boleh amik peluang kenyitkan mata...hahahah.. ko buat ke RET??

Game 3:
Uda dan Dara - Sepatutnya kena diwakili sorang gadis dan sorang teruna. Yang gadis kena pakai kain pelikat, dan ikat mcm orang lelaki pakai la..gulung tu kan. Yang teruna pulak kena pakai kain batik se-ayu gadis kampung. Tapi sebab tak ramai bujang. Maka para bapak orang yang rasa dia bujang pun boleh turut serta.

Dah abih pakai..sila buat catwalk. Hati-hati, jangan sampai terlondeh!!


Game 4:
Musang berjanggut -  Ala, macam cerita musang berjanggut juga la, si putera raja nak cari calon isteri, bawa satu guni penuh rempah ratus yang bercampur. Ha...pandai-pandai la korang asingkan. Tapi kali ni tak de putra raja yang nak kawin ngan pemenang game ni yer. Harap maklom!!

Pastu, tugas orang bujang namakan rempah ratus tersebut sambil tunjuk mana satukah gerangan rempahnya. Saja je, nak test budak2 ni, kenal ke tidak ngan bahan-bahan ni semua. 


Habis game...sape yang teringin nak memancing ikan, silakan...bergerak ke kolam berdekatan dan pancinglah ikan. Jangan lupa, umpan cacing kena cari sendiri.

Suka la tu..dapat ikan talapia kecik. hehehe

Pas puas main..dapat la hadiah..
Pastu makan...
Kemudian ramai-ramai tapau buah-buahan.
Sudahnya, saya tak sempat pun rasa buah durian!!!
Tu la..sibuk sangat handle itu ini...huwaaaaaa....nak durian!!!!!




TAMAT
bestnya..... ^^

Tuesday, July 19, 2011

Jom Balik Kampung part 2

Bila perut telah kenyang...bermulalah upacara yang dinanti-nantikan. Masa untuk bersukan!!! Yeay!! Tapi sukan orang dewasa terpaksa ditangguhkan sementara waktu dek kerana, orang yang ditugaskan untuk mengaturcara permainan masih belum tiba di tempat kejadian. Tak pe la..maafkan mereka, kerana mereka masih bujangan. hehehe...

Ada 3 kumpulan terdiri dari:-
Rambutan - Merah..semangat ni..awal2 lagi dah hampir semua ahli dah sampai


Manggis - pepel...ramai yang datang lagi ni

Raja segala buah..DURIAN - hijau...lagi kesian..budak-budak kecik je ramai...yang dewasa tak kelihatan pun lagi...


Bermulalah game pertama untuk anak-anak...bawa bola ping pong dalam sudu

hebat tak angah?? boleh jalan tangan di belakang lagi :)


Game kedua- passing getah dengan straw..jangan tak tau..Aina pun nak main




Pastu game ketiga - Susun Puzzle


Nampak tak Aina atas riba saya tengah menangis.
Bukan meratapi kegagalan, tp sebab dah abih susun.
Tak paham konsep punya anak..hehehe


Pastu bagi hadiah...

kemudian free xtvt untuk anak-anak, di bawah pengawasan teacher Mushi..
Colouring


Sand art time!!


dah siap


Tapi cerita saya masih belum tamat...nanti ya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...