Showing posts with label Family Day. Show all posts
Showing posts with label Family Day. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Jom Balik Kampung Last episode

Ok...ni last cerita saya tuk family day...kalau nak ikutkan nafsu, memang tak abih lagi ni. Tapi sempena bulan posa yang bakal tiba, mai kita belajar kawal nafsu kita dari sekarang. hahahahaha

Lepas upacara penyampaian hadiah untuk kanak-kanak. Kitorang rehat sat, membasahkan tekak dan makan goreng cempedak panas-panas, uishhh feveret ai tu...tapi jangan harap la nak makan puas. Tak sempat pun!!!

Kemudian acara untuk orang dewasa pulak dijalankan, masa tu, kanak-kanak semua ditempatkan di pondok berdekatan sambil melakukan aktivi derang. Maka, bermulalah pertempuran sebenar antara Rambutan, Manggis dan Durian.

Game 1:
Senggol-senggolan - Misi asal adalah untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri, yer la kan, boleh bersenggol-senggolan dalam satu kain sarung gitu..tapi takde maknanya, dah nama pun acara sukan...rasa-rasa boleh feel ke??? hahahaha...tak sempat nak sarung sampai satu padan pun...ada group main letak kat leher je..nak menang punya pasal

Derang ni tak pe la...baru kawin...kemanisan masih terasa...hehehe


Game 2 :
Passing getah gunakan straw. Acara biasa je..macam kanak-kanak jugak. Tapi orang dewasa mesti tahu pakai strategi lebih kan. Bak kata kawan aku, yang bujang-bujang masa ni, boleh amik peluang kenyitkan mata...hahahah.. ko buat ke RET??

Game 3:
Uda dan Dara - Sepatutnya kena diwakili sorang gadis dan sorang teruna. Yang gadis kena pakai kain pelikat, dan ikat mcm orang lelaki pakai la..gulung tu kan. Yang teruna pulak kena pakai kain batik se-ayu gadis kampung. Tapi sebab tak ramai bujang. Maka para bapak orang yang rasa dia bujang pun boleh turut serta.

Dah abih pakai..sila buat catwalk. Hati-hati, jangan sampai terlondeh!!


Game 4:
Musang berjanggut -  Ala, macam cerita musang berjanggut juga la, si putera raja nak cari calon isteri, bawa satu guni penuh rempah ratus yang bercampur. Ha...pandai-pandai la korang asingkan. Tapi kali ni tak de putra raja yang nak kawin ngan pemenang game ni yer. Harap maklom!!

Pastu, tugas orang bujang namakan rempah ratus tersebut sambil tunjuk mana satukah gerangan rempahnya. Saja je, nak test budak2 ni, kenal ke tidak ngan bahan-bahan ni semua. 


Habis game...sape yang teringin nak memancing ikan, silakan...bergerak ke kolam berdekatan dan pancinglah ikan. Jangan lupa, umpan cacing kena cari sendiri.

Suka la tu..dapat ikan talapia kecik. hehehe

Pas puas main..dapat la hadiah..
Pastu makan...
Kemudian ramai-ramai tapau buah-buahan.
Sudahnya, saya tak sempat pun rasa buah durian!!!
Tu la..sibuk sangat handle itu ini...huwaaaaaa....nak durian!!!!!




TAMAT
bestnya..... ^^

Tuesday, July 19, 2011

Jom Balik Kampung part 2

Bila perut telah kenyang...bermulalah upacara yang dinanti-nantikan. Masa untuk bersukan!!! Yeay!! Tapi sukan orang dewasa terpaksa ditangguhkan sementara waktu dek kerana, orang yang ditugaskan untuk mengaturcara permainan masih belum tiba di tempat kejadian. Tak pe la..maafkan mereka, kerana mereka masih bujangan. hehehe...

Ada 3 kumpulan terdiri dari:-
Rambutan - Merah..semangat ni..awal2 lagi dah hampir semua ahli dah sampai


Manggis - pepel...ramai yang datang lagi ni

Raja segala buah..DURIAN - hijau...lagi kesian..budak-budak kecik je ramai...yang dewasa tak kelihatan pun lagi...


Bermulalah game pertama untuk anak-anak...bawa bola ping pong dalam sudu

hebat tak angah?? boleh jalan tangan di belakang lagi :)


Game kedua- passing getah dengan straw..jangan tak tau..Aina pun nak main




Pastu game ketiga - Susun Puzzle


Nampak tak Aina atas riba saya tengah menangis.
Bukan meratapi kegagalan, tp sebab dah abih susun.
Tak paham konsep punya anak..hehehe


Pastu bagi hadiah...

kemudian free xtvt untuk anak-anak, di bawah pengawasan teacher Mushi..
Colouring


Sand art time!!


dah siap


Tapi cerita saya masih belum tamat...nanti ya!!

Jom Balik Kampung part 1

Korang jangan tak tau...pening kepala nak pilih gambar nak letak sini. Banyak sangat kamera pada hari kejadian. Macam biasa, bila jadi komitee kena la sampai awal-awal.  Saya kena bangun macam nak pergi keja, kejutkan anak-anak dan mandikan derang. Derang memang dah tak sabar nak terjah dusun, tambah-tambah angah la, hari-hari dia akan tanya bila nak pergi dusun. Maka pada hari kejadian kami tiba di sana lebih kurang pukul 8 pagi. Orang tak ramai lagi la. Ada la muka mak pengantin dan dua orang dayang semalam. Ni, dayang ketiga dah datang bawak rombongan siap berbusana merah sempena kumpulan RAMBUTAN dengan taglinenya "CAP...CAP...CAP.....CAP RAMBUTAN!!!" hahahaha..semua ni idea salah seorang ahli kumpulan.


Banner kami

Inilah tempat kejadian...sangat kampung kan?? siap ada pacat lagiii....

Ada manggis

Durian...

Kakak-kakak ni breakfast doghian...tak sabaq2 betul..

Kami normal..
Makan nasi lemak dan kuih muih...
Err...cuma Amirul makan coklat....hahaha


dengan bersaksikan keindahan alam...


Sambil menunggu ketibaan mereka yang lain

CEPATTT!!!!

Group rambutan dah tak sabar nak berentap!!!


ok...sambung lagiii....

Persediaan sebelum majlis

Sehari sebelum Majlis, kami dayang-dayang dan ibu pengantin telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi mendekorasikan sedikit sebanyak tempat bakal berlangsungnya acara gilang gemilang keesokannya. Meh sini saya kenalkan....

Ibu pengantin

Yang pakai baju kurung tu ketua dayang...hehehe


dan gambar-gambar kat bawah..semuanya dayang-dayang yang tekun dan gembira membuat kerja...hehehe



sempat posing lagi... :)




nanti sambung cerita hari kejadian pulak k :)

Thursday, July 14, 2011

Jom Balik Kampung


Dug... dag..dug..dag...
Dah tak lama dah nak balik kampung
Bukan...bukan kampung aku yang jauh nun di utara tanah air tu.
Ni kampung kat ulu langat je..
Area sungai Lui sana...
"Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya"


Ha...tu lagu Aizat tu...sedap lagu tu kan??

Sebenarnya "JOM BALIK KAMPUNG" ni adalah acara family day untuk department aku tahun ni. Dah berapa minggu aku dan kawan-kawan bertungkus lumus fizikal dan mental buat preparation untuk family day ni.


Goodies bag...

Harap-harap semuanya berjalan lancar. Tak sabar nak tunggu Sabtu ni nak ke dusun makan buah-buahan. :)

Wednesday, April 28, 2010

JASM Famili Day 2010 ep. Last

Lepas habis aktiviti sukaneka tu..ada acara makan2 dan penyampaian hadiah. Lepas habis tu..semua dibenarkan buat free aktiviti..Aku apa lagi..terus masuk bilik..bagi Amirul ubat dan tidolah kami anak beranak sampai petang.

Aktiviti petang tu pula, main layang2. Layang2 mmg dah disediakan oleh pihak comittee. Kami cuma kena pandai2 pasang sendiri dan terbangkan je la. Mmg enjoy sgt..anak2 suka..mak ngan bapak budak pun suka..maklumla dah lama tak main layang2 ni. Bila dapat main balik dan ramai2..mmg rasa meriah la sangat kan.


Selain layang2. Anak2 juga dibekalkan ngan bubble..mmg enjoy la derang. Pastu dapat main pasir kat tepi pantai. Kebetulan hari tu, cuaca tak panas sgt..berangin je..ishhh..mmg syok la.


Pas penat main..masing2 pulang ke sarang dan bersiap sedia utk dinner bersama2 pula. Makanan mlm tu..boleh tahan hebatnya. Dessert lak..ada durian fresh lagi..

Masa tgh makan..anak2 disajikan dgn cerita Tom & Jerry bagi tak mengganggu konsentrasi ibu bapak yang nak makan.

Pengakhiran malam tu, diadakan acara cabutan bertuah. Sebanyak 20 hadiah telah disediakan. Dan dengan tak semena2..aku dapat 1st Grand Prize. Alhamdulillah rezeki..tapi..aku rasa org lain tak jeles pun dgn hadiah aku dapat tu. Korang nak tahu apa?? hehehe..termos La Gourmet je.. Ok la kan..rezeki. Mmg hadiah cabutan bertuah mlm tu takde la hebat sgt..lagipun untuk suka2 je kan..dan nak bg ramai rasa..so hadiah pun ala2 je la. Namun yang penting semua gembira. Harap2 acara Family Day ni dapat diteruskan lagi utk tahun2 akan datang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...