Showing posts with label Geng. Show all posts
Showing posts with label Geng. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Iftar di Pejabat

Cerita ni berlaku pada malam Nuzul Quran yang lalu. Saja la, plan org-org kuat kat department aku ni nak buat buka puasa di opis. Kebetulan pulak malam tu ada kawan-kawan yang kena bertugas disebabkan ada tele-conference dengan org obersea sana kan. Sebab sian kat kawan-kawan yang kena keja, kami pun dengan rela hati sudi menjadi peneman mereka berbuka puasa di opis.

Plan asal nak order nasi tumpang dari Kelantan delight. Tapi disebabkan chef tak dapat nak siapkan, makan menu terus ditukar menjadi lauk pauk hidang. Nasi, macam biasa masak kat opis je. Lagi sedap sebenarnya makan macam ni.

Jom layan gambar


kami ni la orang-orang kuatnya ponnn...hehehe


pos sblm bekerja

makanan yang terhidang

Pos beberapa minit sebelum berbuka

time waktu berbuka..
tudiaaaa..ramainya orang yang ntah dari pelusuk mana.
 Aku usha2 takde tempat, bawa la diri ke tempat lain..

lagi exclusive dari orang lain kannn..hehehehe

tapi encik suami tu sekejapan je la atas meja, nampak je ada space kat bawah terus pi duduk ngadap makanan. Baru puas katanya.


Peace!!!

Opis korang ada buat buka2 puasa tak?? :)


Friday, November 2, 2012

Jumaat dan hujan

Jumaat + petang + hujan..
satu kombinasi yang amat menghuru-harakan di Key Ell.
Ditambah, tetiba dapat kejutan kerja yang banyak dari kebiasaan.
Maka tak boleh balik on time.
Lebih menghuru-harakan

Pandang ke luar jendela opis.
Jalan jammed maha hebat di sana sini.
Juga satu kebiasaan bagi situasi ini di Key Ell.

Sudahnya, lepak saja di opis.
Di saat entry ini ditaip.
Semua sudah pulang ke sarang. Yang tinggal cuma Ret + aku + anak2.



Anak dara sudah keletihan.
maka ketiduran di opis.
Mujur ada pengalas tuk ketiduran.


Sekian puisi hasil nukilan aku.
Saat kebingungan di Jumaat + Petang + Hujan.



P/S: Aku je cakap puisi...sebenarnya bukan pown

Wednesday, June 27, 2012

Ho Chi Minh - Day 3

Pagi tu seawal pagi ktorang bangun. Almaklumlah, katanya bas nak amik ktorg kul 7.30 pagi kan. Bangun siap kan diri dan breakfast. Sorang kawan ni cakap, apa kata kita tapau sandwich ni, sebab kita tak tau derang nak bagi makan apa  jap gi. Buatnya tak leh makan, kebulur je. Memang bernaslah cadangan beliau.



Kul 7 pagi ktorg terus turun ke lobi. Kat Malaysia time tu dah kul 8 kan.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, sudahnya dekat pukul 9 jugak baru basa datang.
Hmm..tak leh cakap janji melayu dah pasni, Vietnam pun sama dengan saja kan???

Naik bas, igtkan derang terus bawa ke mekong.
Rupanya tidak, Banyak pulak tempat persinggahan.

Tempat persinggahan pertama adalah di art gallery derang. Aku tak igt sangat specific name nya. Dah agak hilang ingatan. Tapi kat tempat tu derang tunjukkan macam mana kerja seni derang hasilkan hanya bermula dari kulit telur dan cangkerang siput sehingga menghasilkan lukisan yang sangat cantik. Serius, kalau tengok final product, memang tak tau pun lukisan tu di hasilkan dari kulit telur dan siput cuma.




Kat situ boleh beli hasil-hasilnya. Tapi mahal la. Dan aku tak berminat ke arah itu.

Perjalanan diteruskan menaiki bas sehingga tiba ke tempat naik bot di Mekong.

amik gambar dulu

naik bot, sedikit penerangan diberikan

pastu kami beralih arah duduk kat belakang bot

dalam setengah jam ke...sejam perjalanan ntah. kami tiba di persinggahan pertama. Tempat ni lebih kepada madu lebah, royal jelly dan kudap-kudapan ringan.

Jangan heran, kat sini ada wifi tau. kelass kau maria *tetiba*


kami dijamu dengan halwa2 dan juga teh o campur madu. 
Aku minummm..tapi aku tak jamah sikit pun kudapan tu. Begitu jugak kawan sebelah aku. Ktorg ni banyak sangat imaginasi kot. Sebab tak nampak macam mana la derang buat kan. So memang tak lalu lah nak makan.

Ni la royal jelly. 

Kat sana derang jual madu dan royal jelly jugak. Tapi macam biasa. Aku tak beli


Dari tempat madu tu, ktorg berjalan menyusuri sungai mekong dan di bawa ke tempat pemprosesan rice paper , Coconut candy dan juga pop rice.


Kat sana, dia bagi penerangan cara nak buat rice paper tu. Tekun mak cik tu buat tau. Dari tepung beras..
ratakan..

angkat dan jemur.
Tapi untuk pelawat mcm ktorg dia gulung yang basah2 tu, dan potong. Dia kasi cicah sama kicap. Jadi la ala-ala benda yang kita makan ngan yong tau fu tu. Apa nama dia ek?? chi cho fun?? ape ntah..

Aku tak makan pun kat sana, padahal benda tu salah satu peberet aku tu.

ini yang dah kering.

Kemudiah, kami dibawa tengok cara2 buat gula2 kelapa pula,

Kita orang melayu ni tak rasa pelik sangat kot tengok buah kelapa dan mesin dia tu. Tapi mat2 dan minah2 saleh memang tekun la tengok.

kertas beras tadi tu, adik manis ni guna tuk balut gula2 kelapa tu. 
Ingat tak...dulu2 masa kecik2 ada jual gula2 udang kan?? gula-gula tu pun balut dengan kertas tu.Aku ingat lagi betapa bestnya dapat makan kertas tu. Letak kat lidah dan terus mencair...hahaha..suka-suka...

close up sikit.

Yang bestnya, kulit dan tempurung kelapa tu, derang tak buang. Semua ada hasil seni tersendiri. Memang berguna betul pokok kelapa ni kan??
Boleh buat beg dan senduk

dan juga warmer.

Lepas tu perjalanan diteruskan ke tempat membuat pop rice ataupun bertih beras. 

1. Sekam padi panas2.
2. beras yang belum keluar dari sarungnya dimasukkan.
3. Kacau2, dan pop pop...pop..meletup2 beras tu.
4. Bila semua dah keluar dari sarungnya terjadilah bertih beras.

Dan kemudianya dicampur air gula, diletakkan dalam bekas untuk dimampatkan, kemudian dipotong2. Aku suka makan ni.

Lepas dah tengok semua tu, ktorg dibawa naik bot tuk ke tempat makan.
Tapi sedih, sebab ktorg tak ikut muslim tour, maka, ktorg cuma dijamu ngan buah-buahan saja. Derang yang lain makan nasik dengan ikan, oink-oink, sayur-sayuran dan buah-buahan. Mujur ada roti, boleh la mampatkan perut kejap.


jemput makan semua. huhuhu...

Lepas dah selesai derang makan. moh ke bot, kita ke persinggahan terakhir kata tourist guide tu...kita ke dusun.

makanlah aku bertih beras tu dalam bot. Lapar beb.. :(


Sampai dusun, dibawalah kami melawat kawasan. Tengok buah-buahan...
macam la ko heran kan?? kat kampung ko berlambak!! huh!!


pastu kami dijamu dengan buah-buahan lagi!!! huhuhu


disertai hiburan istana yang mengasyikkan..... :p

sedap betul durian ni.

Pastu naik bot balik...
Pastu lagi naik bas dan gerak pulang. 
penatttt!!!


Sudahnya....ktorg tak pegi pun mekong market tu. Hampeh. Silap amik pakej rupanya!!
Lenkali nak pegi lagi dan survey betul2 serta amik pakej yang betul!!!
Tak pe..belajar dari pengalaman kan??

Wednesday, June 13, 2012

Ho Chi Minh - Day 2, Part 2

Hok aloh...silap tempat deh...
Yang benerr bukan Saigon central, tapi An Dong Plaza. Tu la, pegi dah berzaman tapi baru nak update, so maafkan kekhilafan hamba yek!

Amik teksi dari depan hard rock tadi dan terus ke sini. Tak tahu apa yang ada, tapi jom terjah.

Amboi kawan aku sorang tu..siap bg flying kiss lagi..cepat tangkap

Kak Aidah tengah minta resit. Wajib ni, boleh claim flexi.

Tulis resit

Apa yang ada?? baju-baju banyak la. Tapi tak berapa nak sesuai pun dengan kami-kami sekalian ni. Semua ala-ala muda mudi dan K-Pop saja. jom pusing lagi



See...banyak baju2 kan??


Aku ada termasuk satu kedai ni. Ternampak pijama cantik dan berbaloi harganya. Terus amik 2 pasang nak bagi kat adik ipar aku sama. Kat adik sendiri tak leh bagi la. Sebab kat sini baju-baju semua vietnam size. Kecik2 je. Maaf yer adik-adikku :)



Nak bayar pun haruss bargain sehingga dapat palingg murah.

Sian kakak-kakak kat luar penat menunggu




Pastu ktorang gerak dan terjumpa kedai juat ole-ole untuk dibawa pulang. Lepas compare harga dengan pasar Benh Tanh. memang kat sini lebih murah. So terus ramai-ramai buat kata sepakat berhenti dan pilih fridge magnet tuk kengkawan opis di sini.

cantik kan?? percaya tak gambar ni dihasilkan dari kulit telur??

Tekun kami pilih







Selain baju, barang kemas pun banyak dijual disini.
Harga?? maaf la, tak terselidik pulak.

Dah dapat barang ala kadar. Terus amik teksi untuk balik hotel dulu. Plan nak naik dan solat. Pastu turun dan pergi Pasar Benh Tanh balik.

Macam biasa. Resit

Kat depan hotel yang ktorang duduk ni. Ada satu kedai makan merangkap kedai jual pakaian. Pemiliknya org islam dan melayu Champa. Itu la satu-satunya kedai makan yang halal, dekat dan agak murah di sana. Disebabkan rasa macam dah lama benar tak telan nasi, asyik ngadap megi ngan roti je. Ktorg terus duduk dan makan nasi campur kat sini. Perghh..rindunya nasi masa tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi aku rasa agak mahal la. Sebab aku cuma amik nasi + kari dan bendi + ikan goreng +teh o ais = RM7.
Mahal la kan??tapi sebab dah rinduuu sangatt..takpe la.


pagi2 ada jual nasik lemak


Ingat aku bgtau pasal kain yang aku beli tuk tempat kat sana??

Ha..dekat2 area hotel tu jugak, banyak tailor. Korang boleh minta apa fesyen pun ok. Sebab aku dah lama minat baju vietnam. So, aku nak tempah satu, tapi dengan syarat, nak longgar dan belahan tepi dia tak tinggi sangat. Kalau nak lagi murah boleh je beli siap kat sana. Tapi tula...aku takut jadi hiasan di almari je kot sebab tak sanggup nak pakai.

Kat sana, rata-rata korang tempah, siap dalam masa 24 jam saja. Masa aku tempah tu, kain untuk seluar aku tak beli pulak. Tapi nasib baik kat kedai tu pun di sediakan kain untuk tempahan. So, kiranya upah untuk baju vietnam plus kain utk seluar dan tempahannya sekali dalam RM45. So, dah berkobar2 nak tengok hasil ni esok. Tapi...ada kejadian sebaliknya..huhuhu..nanti la story.


"kak buat elok2 tau kak. kalau tak jadi awas!!"

Dah siap tempah dan naik solat. Turun lagi dan terus ke pasar Benh Tanh. Kat sana aku tak beli apa sangat la. Kecuali baju untuk anak2 bujang aku dan untuk encik suami. Tapi malam sebelum tu, masa pergi pasar malam derang. Aku terjumpa satu baju kurung ni... cantik!! So, aku tanya ada tak untuk ibu dan anak? Dia cakap ada dan bagi business kad yang membawa ktorg pergi ke kedainya hari ni.

Ini la kedainya. Tengok, siap duduk bersila lagi.Ada yang siap lelapkan mata lagi.


Ini la baju yang aku cakapkan tu. Tu saiz kanak2. Tapi cacat la derang letak kat patung dewasa. Dah jadi macam tahapa ntah. Kain dia jenis cotton silk. Berbatu-batu. Harga?? lepas nego, dewasa RM79, kanak2 RM59. Murah. Kat Malaysia ni ada satu website jual RM140. 
Aku beli ke?? 
tak pun..sebab aku rasa tak mampu nak pakai lip lap sangat. Tu bukan aku tu. Pastu nak beli kat aina lagi la sayang batu2 dia. Dah la Aina tu jenis "sopan santun" mengalahkan abang-abang dia. Tapi ramai kawan-kawan aku beli. Dah balik sini, tengok derang pakai masa kenduri last week. Rasa nyesal lak tak beli. Ciss!!

Baju kurung jenis lycra pun banyak. Harga RM 69 kalau tak salah.


Kain cotton 3.5 meter. lereng 90 RM30.

Baju kurung cotton siap berserta labuci RM 55

Telekung solat pun banyak

Dah penat seharian.Pulanglah kami kesarang. Niat dalam hati. Malam ni nak round lagi pasar malam. Balik segarkan diri dulu la.

Tengok keadaan bilik, dah ibarat tongkang pecah

Setiap benda yang dibeli. Kena masuk buku. Baru tahu, kemana hilangnya duitku.



Next pls :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...