Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Ho Chi Minh - Day 2, Part 2

Hok aloh...silap tempat deh...
Yang benerr bukan Saigon central, tapi An Dong Plaza. Tu la, pegi dah berzaman tapi baru nak update, so maafkan kekhilafan hamba yek!

Amik teksi dari depan hard rock tadi dan terus ke sini. Tak tahu apa yang ada, tapi jom terjah.

Amboi kawan aku sorang tu..siap bg flying kiss lagi..cepat tangkap

Kak Aidah tengah minta resit. Wajib ni, boleh claim flexi.

Tulis resit

Apa yang ada?? baju-baju banyak la. Tapi tak berapa nak sesuai pun dengan kami-kami sekalian ni. Semua ala-ala muda mudi dan K-Pop saja. jom pusing lagi



See...banyak baju2 kan??


Aku ada termasuk satu kedai ni. Ternampak pijama cantik dan berbaloi harganya. Terus amik 2 pasang nak bagi kat adik ipar aku sama. Kat adik sendiri tak leh bagi la. Sebab kat sini baju-baju semua vietnam size. Kecik2 je. Maaf yer adik-adikku :)



Nak bayar pun haruss bargain sehingga dapat palingg murah.

Sian kakak-kakak kat luar penat menunggu




Pastu ktorang gerak dan terjumpa kedai juat ole-ole untuk dibawa pulang. Lepas compare harga dengan pasar Benh Tanh. memang kat sini lebih murah. So terus ramai-ramai buat kata sepakat berhenti dan pilih fridge magnet tuk kengkawan opis di sini.

cantik kan?? percaya tak gambar ni dihasilkan dari kulit telur??

Tekun kami pilih







Selain baju, barang kemas pun banyak dijual disini.
Harga?? maaf la, tak terselidik pulak.

Dah dapat barang ala kadar. Terus amik teksi untuk balik hotel dulu. Plan nak naik dan solat. Pastu turun dan pergi Pasar Benh Tanh balik.

Macam biasa. Resit

Kat depan hotel yang ktorang duduk ni. Ada satu kedai makan merangkap kedai jual pakaian. Pemiliknya org islam dan melayu Champa. Itu la satu-satunya kedai makan yang halal, dekat dan agak murah di sana. Disebabkan rasa macam dah lama benar tak telan nasi, asyik ngadap megi ngan roti je. Ktorg terus duduk dan makan nasi campur kat sini. Perghh..rindunya nasi masa tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi aku rasa agak mahal la. Sebab aku cuma amik nasi + kari dan bendi + ikan goreng +teh o ais = RM7.
Mahal la kan??tapi sebab dah rinduuu sangatt..takpe la.


pagi2 ada jual nasik lemak


Ingat aku bgtau pasal kain yang aku beli tuk tempat kat sana??

Ha..dekat2 area hotel tu jugak, banyak tailor. Korang boleh minta apa fesyen pun ok. Sebab aku dah lama minat baju vietnam. So, aku nak tempah satu, tapi dengan syarat, nak longgar dan belahan tepi dia tak tinggi sangat. Kalau nak lagi murah boleh je beli siap kat sana. Tapi tula...aku takut jadi hiasan di almari je kot sebab tak sanggup nak pakai.

Kat sana, rata-rata korang tempah, siap dalam masa 24 jam saja. Masa aku tempah tu, kain untuk seluar aku tak beli pulak. Tapi nasib baik kat kedai tu pun di sediakan kain untuk tempahan. So, kiranya upah untuk baju vietnam plus kain utk seluar dan tempahannya sekali dalam RM45. So, dah berkobar2 nak tengok hasil ni esok. Tapi...ada kejadian sebaliknya..huhuhu..nanti la story.


"kak buat elok2 tau kak. kalau tak jadi awas!!"

Dah siap tempah dan naik solat. Turun lagi dan terus ke pasar Benh Tanh. Kat sana aku tak beli apa sangat la. Kecuali baju untuk anak2 bujang aku dan untuk encik suami. Tapi malam sebelum tu, masa pergi pasar malam derang. Aku terjumpa satu baju kurung ni... cantik!! So, aku tanya ada tak untuk ibu dan anak? Dia cakap ada dan bagi business kad yang membawa ktorg pergi ke kedainya hari ni.

Ini la kedainya. Tengok, siap duduk bersila lagi.Ada yang siap lelapkan mata lagi.


Ini la baju yang aku cakapkan tu. Tu saiz kanak2. Tapi cacat la derang letak kat patung dewasa. Dah jadi macam tahapa ntah. Kain dia jenis cotton silk. Berbatu-batu. Harga?? lepas nego, dewasa RM79, kanak2 RM59. Murah. Kat Malaysia ni ada satu website jual RM140. 
Aku beli ke?? 
tak pun..sebab aku rasa tak mampu nak pakai lip lap sangat. Tu bukan aku tu. Pastu nak beli kat aina lagi la sayang batu2 dia. Dah la Aina tu jenis "sopan santun" mengalahkan abang-abang dia. Tapi ramai kawan-kawan aku beli. Dah balik sini, tengok derang pakai masa kenduri last week. Rasa nyesal lak tak beli. Ciss!!

Baju kurung jenis lycra pun banyak. Harga RM 69 kalau tak salah.


Kain cotton 3.5 meter. lereng 90 RM30.

Baju kurung cotton siap berserta labuci RM 55

Telekung solat pun banyak

Dah penat seharian.Pulanglah kami kesarang. Niat dalam hati. Malam ni nak round lagi pasar malam. Balik segarkan diri dulu la.

Tengok keadaan bilik, dah ibarat tongkang pecah

Setiap benda yang dibeli. Kena masuk buku. Baru tahu, kemana hilangnya duitku.



Next pls :)

Tuesday, June 12, 2012

Ho Chi Minh - Day 2

Maaf lagi sekali, lambat update.
Dan maaf jugak sebab sukati aku je nak campur aduk tajuk tu kan.

OK, jom proceed.

Seawal pagi hari kedua kami bangun. Almaklum subuh kat sana kul 4.15 (waktu tempatan) dan derang kat sana awal sejam dari malaysia, so, time tu kat malaysia dah kul 5.15 la. Bangun pagi2 mandi dan solat subuh, terus ktorang prepare sandwich dan milo sorang secawan sebagai bekalan perut. Dok kat negara orang macam tu la. Kalau nak makan betul2, kena la dok kat rumah sendiri kan. Tapi kalau korang kaya takde hal punya. Kami ni sedar diri, bawa bajet pun ciput kan. So, makan ala kadar sudah

Lepas makan dan berkumpul, terus keluar. Jangan bimbang bab teksi, sebab memang setiap masa ada je teksi sebijik standby kat luar lobi hotel. So, bergeraklah kami ke china town.

dah sampai

Kakak-kakak yg join group ni nak cari blouse ready made. Tapi cam punah je harapan sebab tak de pun baju siap kat sini. Semua yang jual adalah berupa kain-kain ela begitu. Masa kami pergi, time ni kain lycra agak famous kot. Maka, rata-rata cuma kain tu je yang kelihatan. Tapi ada jugak kain cotton sikit2, kain nak buat cadar adn langsir pun banyak. Kalau kaum adam nak buat seluar, haa....korang pegi la beli kat sini. Banyak sangat pilihan dan tempah kat sana, rasanya kalau tempah dan kain beli kat situ cuma kena caj RM60  saja. Murah la kan kalau banding kat sini.


ok, sape paham sila translate :)



kain lace pun banayk. Sape nak kawin silakan 


aku ada la beli kain jenis ni satu, konon nak buat baju vietnam

Lepas kakak-kakak tu borong kain. Ktorg terus gerak. Sebab ada sorang kawan ni nak beli tshirt HARD ROCK CAFE. Moh le kita kesana beramai.



agaknya, berapa "HARD" kah "ROCK" ini?? 


Ok, ni adalah first time aku masuk hard rock cafe atau nama lain Pub la kan??? bajet baik la konon?? ntah la, tapi aku memang tak penah minat nak masuk kat tempat2 seumpama ini. Aku tak suka tempat crowd, aku suka tempat yang bg ketenangan je. hehehe. Dan aku jugak tak penah ada t shirt hard rock cafe. Sebab..harga dia aku tgk..mak aii..memang di luar kemampuan. sekian.

Tapi aku ada beli satu T-shirt HARD ROCK ni kat pasar malam Benh Tanh. Kualiti kain dia ok. Dan harga aku dapat cuma RM10 sajork. hahaha





Masa kawan-kawan aku sibuk dok pilih baju, aku duduk kat meja ni. Masa tu kat depan ada kumpulan anak muda vietnam ala K-Pop tengah buat video klip. Hahaha..macam tu rupanya buat video klip kan. Besar betul pengaruh K-Pop ni. Rata-rata pergi semua ada.


Lepas selesai derang mensopingkan diri kat sini. Kami terus nak gerak ke Saigon central pulak. Tak tau la apa ada kat sana. Tapi menurut kata salah seorang salesgirl kat sini. Orang Malaysia selalu pi situ. So, jom kawan-kawan.


Err...aci dak nak sambung lagi??

Wednesday, June 6, 2012

Ho Chi Minh hari pertama

Ok..meh sambung...sian kawan-kawan aku.

Naik je Vinasun Cab, Kawan  sebelah aku terus buka MAP. Fullamak...macam la ko nak melancong satu Vietnam kekdahnya. hahahah.

tengok kak..jgn tak tengok

Sebenarnya sedari turun kapal terbang dan amik cab tu, kitorang dah bagitau tujuan asal ktorg nak kemana, dan terus kita bayar kat kaunter teksi tu dan diberi resit. Senang. Tapi sian kat 2 org budak yang ktorg jumpa, derang cakap derang kena bayar cab dari airport ke hotel 500, 000 dong. Padahal ktorang cuma kena bayar 160,000 dong (RM24) saja. Nasib baik la, sehari sebelum pergi tu, ktorg survey dan baca betul-betul pasal negara orang. 
inilah resitnya

Jalan raya kat vietnam ni agak kelakar. Motor memang paling banyak. Kereta tak banyak sangat la. Tapi konsep jalanraya kat sini best. Semua fikir "aku bayar road tax" kot. So, aku punya suka la nak jalan pegi mana pun..hahaha. Korang tengok la gambar kat bawah, macam nak eksiden je, tapi sebenarnya tak. Derang kat sana bawa memang ikut suka hati. Tapi slow and steady. Maksudnya, kalau jadi apa2 kat depan tu, derang still sempat break. Takde la mat2 rempit atau road bully kat sana. Pemandu kat sana memang sungguh sabar la. Respek sesangat. Hon-hon kerap dibunyikan, tapi orang tak heran pun. Aku rasa, maybe hon tu sekadar salam pengetahuan kepada orang kat depan. Maybe dalam bahasa dia berbunyi " assalamualaikum, saya kat belakang ni, awat tak nak ngelak pun tak pe, cuma saya nak awak sedar je saya kat belakang..daa" tu kata2 pemandu bas kepada penunggang motor di depan.

Macam tu jugak kalau korang pejalan kaki nak melintas kat jalan derang. Korang kena ada rasa konfiden dihati. Jangan amalkan konsep melintas di Malaysia kat sana. Tu mengundang eksiden namanya. Kalau kat malaysia, lazimnya kalau jalan sesak sangat, kita akan lintas separuh dan berhenti kat tengah jalan, pastu lintas balik kalau selamat kan?? Tapi kat sana TOLONG jangan buat camtu. Once ko dah lintas, jalan je terus dengan rasa penuh keyakinan didada bahawasanya korang adalah halimunan. Sesesak mana jalan pun, percaya la..derang akan mengelak sikit je bila berhadapan ngan korang. kan aku bgtau td, derang memang bawa slow and steady. Jadi, memang boleh elak punyala. Tapi bila korang berhenti tgh jalan, derang mula gelabah. dan korang boleh dilanggar. hahaha..kelakar.



Bila dah nampak Benh Tanh Market ni, tahulah kami yang tempat penginapan kami dah hampir sangat.


Sini la tempat kami bakal menginap selama 3 malam.


Lobi dia cantik dan kemas.


Buka je pintu bilik. Fullamak!!!! Besar bangat sih!!! Serius, kami  bertiga agak terkejut sebab bilik dia besar giler. Masa ktorg booking dulu, dia cuma bgtau yang bilik ni untuk 3 orang, so ktorg expect ada 3 bijik single bed ataupun sebijik queen dan sebijik single la. Tapi melihatkan keadaan bilik besar camni, 5-6 orang pun boleh sumbat ni...



pose je lebih. Cawan kosong je pong!!


Ya, inilah bilik kami bertiga

Ada bath tub jugak. Tapi tak sanggup la aku nak berendam.

Toilet pun cleaned and disinfected gitu

Naik atas, rehat dan solat jap pastu terus gagahkan diri turun dan terus ke Benh Tanh Market. Masa tu dah pukul 7 (waktu tempatan) dan derang macam dah kemas-kemas barang sebab derang nak niaga kat pasar malam pulak. Tapi disebabkan aku tak bawa selipar. Gagah jugak aku cari selipar kat sana. Kat sini orang cakap harga mahal. Memang betul, mahal gilos derang letak. Tapi aku ni, dah memang dianugerahkan bakat pandai menawar, ceeewahh!!! dapat la aku tawar dan dapat beli dengan harga yang hampir tak munasabah. kiranya less than 60% dari harga asal dia letak. Karut betul la derang ni. Ingat semua yang datang beli kat sini orang kaya ke?? Letak harga melampau!!


Dah dapat selipar. Jom tengok2 telekong solat pulak. Macam biasa.mesti tawar menawar lagi. So dapat la beli telekung bunga timbul dengan harga RM 27 saja. memang murah dan berbaloi beli kat sana. Kualiti cantik. Harga murah, kalau kat sini aku rasa dlm RM100 gak KOT!! kot je yer..aku belum survey telekung tu kat sini. Tapi aku konfem memang murah kat sana. Janji ko kena tawar.



Keluar je dari Benh Tanh, tengok kat tapak pasar malam dah ada yang start jual. So, sesambil menunggu 3 orang lagi kawan kami sampai, kami pun jalan2 dulu. Dengan azam tak nak beli apa pun, kecuali tengok2 dan survey harga saja. KONON!!! 

Tapi disebabkan kat sana, kalau korang pegang je barang tu, automatik dia akan tanya ko nak ke?? dan bagitau harga. Tu pun dia tanya ko jugak, ko nak dalam currency apa?? Dong?? Dolar??? Ringgit pun boleh ok!!! bila ko dah start tanya harga, agak susah la korang nak lari. huhuhu. Melainkan harga yang ko bargain tu memang derang tak boleh terima. Macam kes aku malam tu aku terpegang kat satu blouse ni, dia letak  USD12, aku angguk je, pastu aku cakap takpe, tanya dulu, terus dia tanya berapa kita nak?? aku saja je cakap nak  USD 3 je, dia geleng, so selamat la aku. Elok nak keluar, nampak cardigan lak. Kat Malaysia dlm harga RM40 la kan. Aku pegang, suami dia pulak cakap, USD 10. Aku angguk dan nak blah, dia terus tya nak berapa?? aku cakap USD 5, dia upkan sikit, aku geleng,dia cakap USD8 aku geleng, pastu aku saja cakap blouse ngan cardiga USD10, hahaha..jahat giler aku. dia geleng. Aku angguk, dan jalan je la, sebab memang tak nak beli pun. Pastu dia amik dan bungkus sambil cakap ok ok--two for USD12!! HOH!! giler kalau tak amik, 2 baru 36 ringgit. dahhh..abih duit aku 36 hengget malam tu. Tapi puas hati.hehehe




macam-macam derang jual. Pulut pun ada. Tapi ko lalu ke nak telan???


Yeay, geng lagi 3 orang dah sampai. Join derang soping sat. Pastu terus balik bilik. Perut dah lapar minta isi. Last makan sebelum naik fligt lagi oooo...


Derang lepak dan makan dalam bilik ktorg.


stok makanan

Pas makan. Terus beradu, sebab plan esok pagi2 sebelum kedai bukak, ktorg nak terjah China town pulak. Kononnya, harga barang kat sana lebih murah. Mari kita tengok, sape yang kena???


*oppss..sambung lagik*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...