Naik je Vinasun Cab, Kawan sebelah aku terus buka MAP. Fullamak...macam la ko nak melancong satu Vietnam kekdahnya. hahahah.
tengok kak..jgn tak tengok
Sebenarnya sedari turun kapal terbang dan amik cab tu, kitorang dah bagitau tujuan asal ktorg nak kemana, dan terus kita bayar kat kaunter teksi tu dan diberi resit. Senang. Tapi sian kat 2 org budak yang ktorg jumpa, derang cakap derang kena bayar cab dari airport ke hotel 500, 000 dong. Padahal ktorang cuma kena bayar 160,000 dong (RM24) saja. Nasib baik la, sehari sebelum pergi tu, ktorg survey dan baca betul-betul pasal negara orang.
inilah resitnya
Jalan raya kat vietnam ni agak kelakar. Motor memang paling banyak. Kereta tak banyak sangat la. Tapi konsep jalanraya kat sini best. Semua fikir "aku bayar road tax" kot. So, aku punya suka la nak jalan pegi mana pun..hahaha. Korang tengok la gambar kat bawah, macam nak eksiden je, tapi sebenarnya tak. Derang kat sana bawa memang ikut suka hati. Tapi slow and steady. Maksudnya, kalau jadi apa2 kat depan tu, derang still sempat break. Takde la mat2 rempit atau road bully kat sana. Pemandu kat sana memang sungguh sabar la. Respek sesangat. Hon-hon kerap dibunyikan, tapi orang tak heran pun. Aku rasa, maybe hon tu sekadar salam pengetahuan kepada orang kat depan. Maybe dalam bahasa dia berbunyi " assalamualaikum, saya kat belakang ni, awat tak nak ngelak pun tak pe, cuma saya nak awak sedar je saya kat belakang..daa" tu kata2 pemandu bas kepada penunggang motor di depan.
Macam tu jugak kalau korang pejalan kaki nak melintas kat jalan derang. Korang kena ada rasa konfiden dihati. Jangan amalkan konsep melintas di Malaysia kat sana. Tu mengundang eksiden namanya. Kalau kat malaysia, lazimnya kalau jalan sesak sangat, kita akan lintas separuh dan berhenti kat tengah jalan, pastu lintas balik kalau selamat kan?? Tapi kat sana TOLONG jangan buat camtu. Once ko dah lintas, jalan je terus dengan rasa penuh keyakinan didada bahawasanya korang adalah halimunan. Sesesak mana jalan pun, percaya la..derang akan mengelak sikit je bila berhadapan ngan korang. kan aku bgtau td, derang memang bawa slow and steady. Jadi, memang boleh elak punyala. Tapi bila korang berhenti tgh jalan, derang mula gelabah. dan korang boleh dilanggar. hahaha..kelakar.
Bila dah nampak Benh Tanh Market ni, tahulah kami yang tempat penginapan kami dah hampir sangat.
Sini la tempat kami bakal menginap selama 3 malam.
Lobi dia cantik dan kemas.
Buka je pintu bilik. Fullamak!!!! Besar bangat sih!!! Serius, kami bertiga agak terkejut sebab bilik dia besar giler. Masa ktorg booking dulu, dia cuma bgtau yang bilik ni untuk 3 orang, so ktorg expect ada 3 bijik single bed ataupun sebijik queen dan sebijik single la. Tapi melihatkan keadaan bilik besar camni, 5-6 orang pun boleh sumbat ni...
pose je lebih. Cawan kosong je pong!!
Ya, inilah bilik kami bertiga
Ada bath tub jugak. Tapi tak sanggup la aku nak berendam.
Toilet pun cleaned and disinfected gitu
Naik atas, rehat dan solat jap pastu terus gagahkan diri turun dan terus ke Benh Tanh Market. Masa tu dah pukul 7 (waktu tempatan) dan derang macam dah kemas-kemas barang sebab derang nak niaga kat pasar malam pulak. Tapi disebabkan aku tak bawa selipar. Gagah jugak aku cari selipar kat sana. Kat sini orang cakap harga mahal. Memang betul, mahal gilos derang letak. Tapi aku ni, dah memang dianugerahkan bakat pandai menawar, ceeewahh!!! dapat la aku tawar dan dapat beli dengan harga yang hampir tak munasabah. kiranya less than 60% dari harga asal dia letak. Karut betul la derang ni. Ingat semua yang datang beli kat sini orang kaya ke?? Letak harga melampau!!
Dah dapat selipar. Jom tengok2 telekong solat pulak. Macam biasa.mesti tawar menawar lagi. So dapat la beli telekung bunga timbul dengan harga RM 27 saja. memang murah dan berbaloi beli kat sana. Kualiti cantik. Harga murah, kalau kat sini aku rasa dlm RM100 gak KOT!! kot je yer..aku belum survey telekung tu kat sini. Tapi aku konfem memang murah kat sana. Janji ko kena tawar.
Keluar je dari Benh Tanh, tengok kat tapak pasar malam dah ada yang start jual. So, sesambil menunggu 3 orang lagi kawan kami sampai, kami pun jalan2 dulu. Dengan azam tak nak beli apa pun, kecuali tengok2 dan survey harga saja. KONON!!!
Tapi disebabkan kat sana, kalau korang pegang je barang tu, automatik dia akan tanya ko nak ke?? dan bagitau harga. Tu pun dia tanya ko jugak, ko nak dalam currency apa?? Dong?? Dolar??? Ringgit pun boleh ok!!! bila ko dah start tanya harga, agak susah la korang nak lari. huhuhu. Melainkan harga yang ko bargain tu memang derang tak boleh terima. Macam kes aku malam tu aku terpegang kat satu blouse ni, dia letak USD12, aku angguk je, pastu aku cakap takpe, tanya dulu, terus dia tanya berapa kita nak?? aku saja je cakap nak USD 3 je, dia geleng, so selamat la aku. Elok nak keluar, nampak cardigan lak. Kat Malaysia dlm harga RM40 la kan. Aku pegang, suami dia pulak cakap, USD 10. Aku angguk dan nak blah, dia terus tya nak berapa?? aku cakap USD 5, dia upkan sikit, aku geleng,dia cakap USD8 aku geleng, pastu aku saja cakap blouse ngan cardiga USD10, hahaha..jahat giler aku. dia geleng. Aku angguk, dan jalan je la, sebab memang tak nak beli pun. Pastu dia amik dan bungkus sambil cakap ok ok--two for USD12!! HOH!! giler kalau tak amik, 2 baru 36 ringgit. dahhh..abih duit aku 36 hengget malam tu. Tapi puas hati.hehehe
macam-macam derang jual. Pulut pun ada. Tapi ko lalu ke nak telan???
Yeay, geng lagi 3 orang dah sampai. Join derang soping sat. Pastu terus balik bilik. Perut dah lapar minta isi. Last makan sebelum naik fligt lagi oooo...
Derang lepak dan makan dalam bilik ktorg.
stok makanan
*oppss..sambung lagik*
2 comments:
salam. u all booked saigon pink 2 melalui agoda ke phone je?
Salam,
sorry lambat reply.
We all booked from agoda. :)
Post a Comment