Lama sudah tak berjumpa,
Kirim-kirimlah berita,
janganlah senyap sahajaaaa....
hehehehe
Salam Ramadhan semua. Belum terlambat kan?? Alaa..baru 2 minggu kita berpuasa, ada lagi 2 minggu lagi. Chaiyok!!
Apa cerita puasa korang tahun ni??
Aku macam biasa, cuma tahun ni kesibukan berganda, almaklum anak kedua aku yang darjah satu tu dah start berpuasa, setakat hari ni cuma 2 hari pertama je dia tinggal. Hari-hari berikutkan masih gagah bertahan.
Kenapa aku sibuk??
hmm..tahun-tahun sebelum ni kalau dia tak berpuasa, time sahur, aku bangun pukul 5 ke 5.15 mcm tu. Tak makan, minum je. Aku kadang2 minum kopi cicah biskut. Anak sulung aku pun macam tu. Encik suami pulak, aku hantar milo kat dalam bilik je. Punya la istimewa layanan dia dapat kan??
Tapi tahun ni, disebabkan anak kedua aku yang suka makan tu dah berpuasa, time sahur aku dah berubah seawal pukul 4.30 ke 4.45 pagi. Kalau lauk berbuka masih ada, lambat la sikit aku bangun sebab nak panaskan je. Tapi kalau lauk berbuka dah abih, terkluntang klentang la aku kat dapur 4.30 pagi tu masak apa yang patut. Pukul 5 aku dan siap hidang dan siap-siap kejutkan 3 Putra bangun bersahur. Aku kan dayang je, so melayan je apa yang patut. : D
So far, macam tahun-tahun sebelum ni. Aku tak pegi ke bazar. Gigih masak hari-hari. Orang paling happy opkos encik suami. Dia siap cakap "kalau mcm ni, puasa setahun pun takpe". Nampak?? punya la pemalas wife dia nak masak kalau bulan-bulan biasa, tapi kalau bulan puasa, aura datang dari mana ntah, kerajinan berganda.
Setakat semalam, dah macam-macam menu dah aku masak. Cuma tak rajin nak ambil gambar je. Aku rasa macam kepoyo-an terserlah kot kalau hari-hari amik gambar. Macam la ko sorang je masak kan?? tu aku kata kat aku la. Kalau korang rajin bagus la. Share-share la menu ngan aku ni yer.
Apa aku masak setakat 2 minggu ni??
Ermm, biasa-biasa je. Lauk pauk kampung. Almaklumlah aku kan orang kampung. Antara yang aku ingat aku just masak nasi putih dengan siakap 3 rasa, udang goreng campur brocoli, kari ikan tenggiri campur bendi, Nasi lemak ayam berempah, ayam masak merah, bubur sup ayam dan nasi goreng. itu je yang aku igt. hahaha..giler simple kan? korang for sure masak hebat-hebat.
Tapi tahun ni, aku rajin buat kuih jugak. Saja nak cuba jadi macam mak aku, serba serbi boleh. Tapi aku ni sikit2 je la. Setakat ni aku baru buat donut, buah melaka, puding roti milo marble dengan pau goreng sambal bilis. Itu je sempoi dan senang, memandangkan aku ni bekerja kan?
Menu selalunya aku refer kat anak kedua aku la. Dia suka makan, jadi aku bagi 2 menu kat dia suruh dia pilih nak mana satu? Macam semalam aku tanya dia nak nasi ke bihun goreng hari ni? Dia jawab "bihun goreng la mama". Ok, senang. So, sambil rendam bihun. Aku uli tepung pulak nak buat pau goreng sambal bilis.
Hasilnya....
Simple menu untuk berbuka..tanpa sayuran...hehehehe
Dan ini juga menyebabkan anak kedua aku tambah 3 kali sambil berkata
"mama, esok pagi nak sahur bihun yer"
Baiklah anakku : D
makan bihun pun pakai tangan. hihihihi
Daaa
Sampai jumpa lagii
No comments:
Post a Comment