Showing posts with label Aliff. Show all posts
Showing posts with label Aliff. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Salam Ramadhan

Apa habaq orang kampung? 
Lama sudah tak berjumpa, 
Kirim-kirimlah berita,
janganlah senyap sahajaaaa....

hehehehe

Salam Ramadhan semua. Belum terlambat kan?? Alaa..baru 2 minggu kita berpuasa, ada lagi 2 minggu lagi. Chaiyok!!

Apa cerita puasa korang tahun ni??

Aku macam biasa, cuma tahun ni kesibukan berganda, almaklum anak kedua aku yang darjah satu tu dah start berpuasa, setakat hari ni cuma 2 hari pertama je dia tinggal. Hari-hari berikutkan masih gagah bertahan.

Kenapa aku sibuk??
hmm..tahun-tahun sebelum ni kalau dia tak berpuasa, time sahur, aku bangun pukul 5 ke 5.15 mcm tu. Tak makan, minum je. Aku kadang2 minum kopi cicah biskut. Anak sulung aku pun macam tu. Encik suami pulak, aku hantar milo kat dalam bilik je. Punya la istimewa layanan dia dapat kan??

Tapi tahun ni, disebabkan anak kedua aku yang suka makan tu dah berpuasa, time sahur aku dah berubah seawal pukul 4.30 ke 4.45 pagi. Kalau lauk berbuka masih ada, lambat la sikit aku bangun sebab nak panaskan je. Tapi kalau lauk berbuka dah abih, terkluntang klentang la aku kat dapur 4.30 pagi tu masak apa yang patut. Pukul 5 aku dan siap hidang dan siap-siap kejutkan 3 Putra bangun bersahur. Aku kan dayang je, so melayan je apa yang patut. : D

So far, macam tahun-tahun sebelum ni. Aku tak pegi ke bazar. Gigih masak hari-hari. Orang paling happy opkos encik suami. Dia siap cakap "kalau mcm ni, puasa setahun pun takpe". Nampak?? punya la pemalas wife dia nak masak kalau bulan-bulan biasa, tapi kalau bulan puasa, aura datang dari mana ntah, kerajinan berganda.

Setakat semalam, dah macam-macam menu dah aku masak. Cuma tak rajin nak ambil gambar je. Aku rasa macam kepoyo-an terserlah kot kalau hari-hari amik gambar. Macam la ko sorang je masak kan?? tu aku kata kat aku la. Kalau korang rajin bagus la. Share-share la menu ngan aku ni yer.

Apa aku masak setakat 2 minggu ni??
Ermm, biasa-biasa je. Lauk pauk kampung. Almaklumlah aku kan orang kampung. Antara yang aku ingat aku just masak nasi putih dengan siakap 3 rasa, udang goreng campur brocoli, kari ikan tenggiri campur bendi, Nasi lemak ayam berempah, ayam masak merah, bubur sup ayam dan nasi goreng. itu je yang aku igt. hahaha..giler simple kan? korang for sure masak hebat-hebat.

Tapi tahun ni, aku rajin buat kuih jugak. Saja nak cuba jadi macam mak aku, serba serbi boleh. Tapi aku ni sikit2 je la. Setakat ni aku baru buat donut, buah melaka, puding roti milo marble dengan pau goreng sambal bilis. Itu je sempoi dan senang, memandangkan aku ni bekerja kan?

Menu selalunya aku refer kat anak kedua aku la. Dia suka makan, jadi aku bagi 2 menu kat dia suruh dia pilih nak mana satu? Macam semalam aku tanya dia nak nasi ke bihun goreng hari ni? Dia jawab "bihun goreng la mama". Ok, senang. So, sambil rendam bihun. Aku uli tepung pulak nak buat pau goreng sambal bilis.

Hasilnya....


Simple menu untuk berbuka..tanpa sayuran...hehehehe


Dan ini juga menyebabkan anak kedua aku tambah 3 kali sambil berkata 
"mama, esok pagi nak sahur bihun yer"
Baiklah anakku : D

makan bihun pun pakai tangan. hihihihi

Daaa
Sampai jumpa lagii

Wednesday, April 24, 2013

Aliff's big day

Pejam celik pejam celik
Hari ni genap 7 tahun usia anak kedua aku.

Simple celebration untuk dia petang tadi.
Tak de kek. Sebab dia tak nak. Bersungguh-sungguh dia tak nak. Dia cakap dia cuma nak makan kat KFC.
Layannn..rupanya hajat di hati nak ke KFC sbb nak beli chicky meal set untuk dapatkan figura Bola Kampung. Tapi sudahnya, dah out of stok. Menangis dia di KFC tadi.

Abah pujuk sikit-sikit. Abah kata makan dulu, nanti pergi beli mainan di kedai. Dengan sedu sedan dia angguk setuju.



Sudahnya, dia cuma makan sepinggan nasi ayam, dan semangkuk whipped potato kegemarannya.

Usai makan, langsung ke kedai. Rupanya dia cuma inginkan kad permainan berharga RM1.90 sahaja. Baiknya Aliff. Sayu hati mama. Mama tanya lagi tak nak beli yang lain ke? Dengan senyuman di bibir, dia cuma gelengkan kepala.

Oh ya, Terima kasih buat cikgu Aliff Teacher Noor sebab buat surprise kat dia di sekolah tadi. Belikan dia hadiah dan susah payah datang cari dia disekolah. Tak henti-henti dia bercerita, katanya dia terkejut betul nampak teacher Noor, sampai lupa nak ucapkan terima kasih. Balik rumah terus di'testing'nya hadiah tersebut. Terima kasih sekali lagi teacher Noor sebab gembirakan Aliff. \^_^/

Aliff dah tido sekarang. Mama pulak rasa tak best sebab takde langsung hatta sepotong kek. Esok mama ingat kena belikan jugak la. Baru puas hati kot.

Happy Birthday anak mama. Moga Aliff menjadi anak yang soleh. Kebanggaan keluarga, adik dan abang contoh yang terbaik untuk abang long dan angah. Mama dan abah sentiasa sayangkan angah selamanya. :)

Mmmuuuaaahhhh

Thursday, November 22, 2012

Hari Orientasi Angah

2 tahun lepas, Situasi ini dah berlaku untuk anak sulung saya. Sabtu 10 November baru-baru ni, situasi sama berlaku lagi. Tapi kali ini untuk anak kedua saya pulak. Pantasnya masa berlalu, rasa macam baru je semalam daftar anak sulung masuk darjah 1. Tup-tup hari ni daftar adiknya pulak masuk sekolah yang sama. Dan 2 tahun lagi daftar pulak anak ketiga kat sini. Insya Allah.

Tapi macam biasa la, untuk anak pertama segala benda serba excited. Sebab tak berpengalaman kan!!. Tapi untuk angah ni, ktorg more relax. Bangun pun kul 6.30. Solat pastu kejutkan anak-anak dan mandikan derang. Angah memang super excited sebulan sebelum kejadian lagi. Tapi saya ni pulak beberapa hari lagi nak mendaftar baru sibuk cari baju dan kasut sekolah. Beli sepasang dulu khusus untuk hari pendaftaran ni. Esok-esok beli lagi kan.

Majlis sepatutnya bermula pukul 8.30. Ktorg pukul 8.15 baru sampai kat pagar sekolah. Plan asal memang nak sarapan kat kantin sekolah, tapi sebab dah lambat, menonong je la ke dewan cari tempat duduk untuk dengar taklimat.


angah dengan memek mukanya 


Aina muka ngantuk lagi



Berbeza dengan abang long dulu, time-time macam ni memang dia masih tak reti nak membaca sangat. Tapi Alhamdulillah, angah dah pandai baca. Terima kasih kat teacher2 dia kat sekolah sekarang. So, masa dia bosan dengar taklimat tu, dia sibuk membaca setiap perkataan yang dilekatkan kat dinding-dinding dewan. Tak cukup dengan tu, dia sibuk pulak baca satu buku aturcara majlis hari tu.

Saya pulak, kali ni kosentret terlebih dengar taklimat semua cikgu-cikgu kat depan tu. Memang nak tau apa perancangan derang sebenar. Sebab sejak KSSR ni dilaksanakan, saya memang tak berapa faham sangat. Yang saya nampak cuma, pelajaran derang makin susah dan takde UPSR.

dengan senior sekolah :p



Dah abih satu buku dibaca, dia cakap sakit perut. Terus saya minta abang long dia as a senior kat sekolah tu, bawakan adiknya ke toilet. Saya masih kosentret dengar taklimat nieh. Dah perut kosong, dia lapar pulak, terus abahnya bawa dia dan adik-adik pergi kantin dan makan dulu. Macam biasa, angah memang tak memilih makanan dan makan dengan seleranya. hehehe


Dah abih makan dia datang balik kat saya. Sambil main game sambil dikelilingi kawan-kawan. Masa tu takde taklimat apa sangat dah. Cuma taklimat dari BSN dan maskotnya kat atas stage tengah entertaint budak-budak. Baru saya tau rupanya BSN ada maskot eh? 

Aliff dan Alieyah

Dah abih taklimat, cikgu panggil nama murid-murid ikut kelas yang derang dah tentukan secara rawak. Nanti dah masuk sekolah, baru derang ni akan pindah kelas lain ikut prestasi masing-masing. Mujur Aliff sekelas dengan kawan setadika dia. Alieyah anak Ila ni. At least ada jugak kawan yang dia kenal satu kelas ngan dia kan.

Dah beratur, cikgu pun bawa la derang round-round satu sekolah untuk tunjukkan tempat-tempat seperti kantin, surau, padang, toilet, pusat sumber dan lain-lain lagi kepada murid-murid baru ni. Ibu bapa pulak masa tu terus ke kelas anak masing-masing untuk urusan pembayaran yuran dan mengisi pelbagai jenis borang. Banyak pulak tu. Takpe la. 2 tahun sekali. Layankan aje. Oh ya, total yuran yang saya kena bayar hari tu RM26. Kat sekolah anak korang berapa pula? Sama kot eh?


Dah selesai segala urusan. Moh la kita beransur.

Monday, May 14, 2012

Selamat hari ibu

Semalam hari ibu. Walau ramai cakap tak patut sambut, tak patut raikan sebab dia hari memperingati mother theresa kan?? Tapi aku belum cari bukti kesahihan dia.

Btw, aku tak sambut pun. Memang tak pernah sambut. Cuma nak cerita pasal surprise yang Aliff katakan tu.

Hehehe... Memang tepat la tekaan aku.

Hari Jumaat lepas masa aku ambil dia kat sekolah pun dia dah excited tunjuk hasil seni dia kat aku. Terima kasih angah :)
Bukan setakat Aliff je. Aina pun ada buat kad comel jugak untuk mama.
Kat bahagian luar kad
Kat bahagian dalam pulak dilekatkan perkataan i love u mom. Walaupun terbalik, masih boleh baca. Bila aku tanya kenapa Aina lekat upside down ni?? Dia terus pusingkan dan jawab "sekarang dah betul" hahahahaha... Bijak-bijak. Terima kasih Aina:)
Abang long pulak, walau dia tak buat apa-apa, dia still wish mama "selamat hari ibu" terima kasih anak-anak mama. Mama sayangggg semuanya :)

Thursday, May 10, 2012

Sangat khusyuk

Semenjak dah dapat kebenaran drive balik sendiri ni. Rasa macam dunia ini ana yang empunya. Tak kisah kalau encik suami nak p gym hari2 pun. Tak pe, bagi dia chance tuk kuruskan badan, as long aku dpt drive balik sendiri dah cukup best dah. Hahaha *gelak riak*

Dan bila drive sendiri ni. Panjang la sikit langkah aku kan. Selalunya pas amik anak-anak, aku terus singgah tempat makan dulu. Tapi yang makan budak berdua tu je. Abang derang still kena cari tempat roti canai jugak. Nasib baik kat rumah ada jual. So, selalunya sampai rumah nanti singgah dulu beli tuk dia

Dan si abang bila tak makan, layan you tube la dia. Sangattt khusyuk tgk plants vs zombie. Apa yang best ntah la!!!

i love u one, two, three :)

Wednesday, May 9, 2012

Angah yang comel

Petang ni balik rumah, angah dah excited bagitau

"mama...mama... Angah ada rahsia"
"rahsia apa???"
"mana boleh bagitau, teacher angah tak kasi"

Hahahaha.... Comeikan???
Dia tak tau mak dia ni lagi bijak, aku rasa dah dapat agak rahsia apa uang dia maksudkan. Tapi takpe, kita tungguuuu....firasat aku mengatakan mesti something yang melibatkan hari ibu. Betul tak??? Kita tunggu je la.



Aku saja nak uji dia. Setiap 5 minit aku tanya "rahsia apa angah??" tapi dengan senyum dia jawab "mana boleh bagitau" hehehehe, comeiii sangat kan???

Saturday, May 5, 2012

Tiba- tiba Aliff rajin

Malam ni, ntah apa mood Aliff, secara tiba-tiba rajin pulak buat homework. Memang setiap hujung minggu, Aliff akan dibekalkan dengan homework yang boleh tahan juga banyaknya. Dari subjek BM, BI, matematik, spelling dan bacaan.

Tapi selalunya, petang sabtu ataupun Ahad, baru dia akan buat kerja-kerja tu. Tapi malam ni lain pulak angin dia. Bagus la kalau berkekalan macam ni yer angah. :)

Friday, March 9, 2012

Angah yang baik

Al-kisah, malam tadi... Abang long datang kat aku dengan buku latihan sains kat tangan.

"mama... Cikgu suruh lukis gambar haiwan"
"lukisla"
"abang long mana reti"
Dengan nada perli aku jawab "suruh angah"

Angah yang terdengar perbualan aku dan abangnya terus tanya
"lukis apa mama"
"gambar haiwan, ikut cerita kat buku ni" jawab abang long
"angah tau lukis arnab" balas angah dengan mata bulat dan bersinar. "tapi... Nanti tak cantik".
"takpe angah... Tak cantik pun tak pe", jawab abang long lagi

Ewah-ewah, suka hati dia je kan. Kalau tak tak cantik pun takpe yer,abih tu... nape tak lukis sendiri??? Ni adik pulak tolong. Tapi aku tak cakap la macam tu depan dia. :)

Maka, angah pun ambil sebatang pensel dan melukis. Tak sampai 5 minit pun, 3 gambar haiwan dah siap.

Taraaaaa


comel kan arnab ni?? carrot tu aku minta suruh dia lukis sekali..


cuba teka haiwan apa ni??
hehehe..ada rupa Singa tak?? Singa ni cute, tak garang :)


dan juga seekor kucing.


Wahhh... Sungguh aku tak tau, rupanya Aliff ada bakat melukis selain bakat makan. Hehehe.. Bangga betul mama dengan angah. Baik hati dan suka menolong bila kena dengan masanya. :)

terima kasih angah comel :)

Wednesday, February 22, 2012

Bahagia rasa..

Tengok gambar anak-anak aku. Rasa macam bahagia jer... Sejuk perut mengandung dan membesarkan depa. Kejadian ni jarang-jarang berlaku, jadi jika sesekali berlaku memang wajib di abadikan dalam gambar. Kan???

Abang long macam biasa banyak sangat homework. Ntah macam mana, malam ni angah willing nak tolong abang dia. Sambil kaler sambil nyanyi lagu simetri. Sebab kata depa macam ni baru simetri kan mama???

Buat la anak-anak, mama suka tengok. :)

Monday, February 13, 2012

Y pad

Apa itu Y  pad??
Ala..dia lebih kurang macam Ipad la sebenarnya, tapi sesuai tuk budak-budak 3-4 tahun kebawah camtu.

cool kan gambar dia??

Tapi kan, korang jangan tertipu tau, masa aku tengok gambar Ypad ni, aku ingatkan skrin dia boleh gerak-gerak macam Ipad betul tu. Rupanya tidak..dia hanya bersifat statik cuma. Dia punya fungsi lebih kurang macam lap top budak-budak jugak, untuk belajar huruf ABC, spelling, music dan fungsi biasa-biasa la jugak.

Aku ni terjebak beli sebab murah, kawan aku jual cuma RM25 sebijik. Memandangkan aku mempunyai anak kecik. Aku beli la 2 bijik. Ingat nak bagi kat anak buah aku sebijik. Tapi, bila bawa balik rumah, anak aku, si Aina, memang excited la..rupanya si abangnya pun tarik muka, sebab mama tak belikan untuk dia sekali, walaupun awal-awal sudah aku bagitau yang tak sesuai untuk dia, dia tetap tarik muka merajuk, nak jugak. Sudahnya, yang aku niatkan nak bagi anak buah aku, kena la bagi kat dia pulak. Nasib baik abang long pandai kontrol macho, konon tak minat. Tapi lepas adik dia dah puas main, nampak pulak dia cuba main secara sorok-sorok...
anakk...anak... macam2 pe'el kamu.

Friday, October 28, 2011

Aktiviti mereka lagi

Ini ada lah sambungan dari entry INI. Bapak lama nak sambung...errr..apsal "BAPAK" ek?? nape bukan MAK ke....atuk ke?? nenek ke??
Ok..out of topic. Biasa la aku..time ada mood baru nak update. Tu yang amik masa zaman berzaman tu.

Lepas buat aktiviti lekat2 kat cermin tu. Ktorang semua keluar rumah, pi cari salon sbb anak dara aku nak potong rambut. Ala..rambut depan je pun. Dulu-dulu dia nak mama dia potongkan. Tapi sejak dah terrr...bawak pi potong kat kedai..hasil kerja tangan mak dia tak laku lagi... =_=

Aktiviti petang tu ada lah sand art. Benda ni pun dah lama aku beli. Tapi biasa la. Aku kena sembunyikan dulu. Time yang sesuai baru boleh keluarkan. Dan kebetulan Aliff bawa balik sand art besar punya sebab kawan dia celebrate birthday kat sekolah. Dan dia bagi pulak satu je..anak aku ada 3..tak gaduh dibuatnya?? Nasib baik mama derang awal2 dah reserved kan Sand art ni kat rumah. Dan petang itu adalah masa yg paling sesuai.

Maka sekali lagi aktiviti santai mereka bermula.....

Glow in the dark punya



Dah siap!!! Asal nama perempuan..mesti ada kaler fink2 kan!!!

Angah pun dah siap..

Macam biasa, orang terakhir siap adalah bang long...hehehe

Masa tu Angah tengah buat sand art kedua, yang dapat masa besday kawan dia..tekun ni...


Paling best..sebab..tanpa disuruh. Selesai je dia siapkan aktiviti dia. Terus dia ke dapur dan amik penyapu kecik ni...Owh...tersentuh lagi hati mak nak!! sob sob...


Err..ada sape2 nak booking jadi menantu ke?? Aliff memang rajin. Kalau tengok aku buat keja..ringan tulang je dia tanya..Mama nak Angah tolong apa?? Kalau aku cakap. Tak payah tolong apa-apa..mesti dia merajuk dan tarik muka. So, aku terpaksa suruh dia lap meja la..susun kerusi ke..susun buku-buku ke..atau lap habuk..hahaha...macam2 pe'el.

Tuesday, October 4, 2011

Sejuk hati mak

Balik semalam singgah kedai mamak nak makan
Aliff tak pernah ada masalah nak makan, dia boleh order apa saja yang dia rasa nak makan
Abg long, hari-hari mesti roti canai
Aina pulak, selalunya mmg cuma makan roti beli kat 7E saja. Diet katanya. Tapi sebenarnya dia tak tau nak makan apa.

Semalam, angah oder megi goreng, Aina nampak berminat..terus dia cakap "Angah..nak sikit" Angah pun amik dan suap ke mulut Aina..so sweettt..hehehee..harap kekal kasih sayang sesama adik beradik macam ni.



Sekali dua larat la nak layan..masuk kali ketiga..sambil suap adik..sambil mata pandang TV..dah malas nak layan la tu...hehehe...budak2

Tapi kalau nak compare antara abg long dan Angah, Angah ni nampak lebih bertanggungjawab kat adik dia dari abg long. Satu insiden yang paling menyentuh hati aku bila satu petang tu aku janji nak bawak derang mandi swimming pool. Tapi kena tido dulu dulu. Kul 5 aku kejut derang bangun dan aku solat asar jap. Tapi baju renang aku dah letak kat katil. Macam biasa, abg long terus uruskan diri dia. Masuk bilik air, buang air kecik dan terus pakai swim suit. Angah pun sama. Sampai giliran Aina, dia terkial2 nak buka baju dia. Aku mmg harap derang tggu aku abih solat dulu baru tukar baju, tapi sebab tak sabar sangat..tu yang tak sempat2 nak tukar gak tu.

Dalam terkial2 si Aina ni, dia pun terduduk dan nangis. Aku yang tgh solat pun dah tak khusyuk dibuatnya. Apa reaksi abg long?? Hmm..dia cuma tgk je adik dia nangis sambil cakap, jap ye Aina, mama solat. Angah pulak masa tu tgh sarungkan swim suit dia. Abih sarung, dia pegi kat adik dia..dengan gaya seorang abang yang penuh wibawa, dia cakap "meh Angah tolong Aina" sambil terus buka baju adik dia, buka lampu toilet dan tggu adik dia buang air. Sambil tu abg long menegah sambil berkata "tggu la mama buatkan angah". Tapi angah pantas membidas "kan mama tengah solat tu". Perasaan aku masa tu..hanya Allah yang tau. Terharu betul. Beza umur Angah dan Abg long 2 tahun, tapi kematangan Angah lebih terserlah.

Sesudah solat, terus aku cakap terima kasih kat angah dan terus bagitau abg long apa yang sepatutnya dia buat. Dan macam biasa..dia cuma angguk... :)

Tuesday, September 20, 2011

Makan pagi

Sejak Aina sekolah baru, setiap pagi dia mesti menangis. Aliff pulak sangat ok. Enjoy sesangat. Bersemangat waja nak pegi sekolah setiap hari. Memang takde masalah la. Bila tanya Aina kenapa dia nangis? dia jawab sebab dia sampai awal sangat, kawan-kawan dia belum datang lagi masa tu. Kesian pulak kat dia.

So, bermula minggu lepas ktorg memang akan breakfast dulu kat tempat makan di opis aku ni. Syukur tempat makan kat sini seawal 7 pagi memang dah buka dan paling penting ada roti canai.

macam ni la muka budak2 ni bila suh pose

Yang paling berselera dah tentu Aliff. Malam tadi dia dah bagitau aku yang dia nak bawak nugget sebagai bekal ke sekolah, so awal2 pagi aku dah goreng dan letak dalam beg dia. Dan dia sempat jugak makan sikit masa kat rumah. Pastu sesampai kat opis aku, dia makan bihun goreng, abih tu..dia top up pulak dengan betik. Memang berselera betul anak kedua aku ni. Amirul, macam biasa cuma makan roti canai. Aina pulak, cuma makan roti cekelat separuh, tu pun kalau diikutkan dari dalam kereta lagi dia cakap tak nak makan. Alasan dia, "nanti Aina gemuk macam mana?? Aina tak suka gemuk" perghhh...kecik2 dah nak jaga badan anak aku ni. *geleng pala* tapi lepas dipujuk oleh mama dan abah, baru la dia nak makan sikit roti tu. tsk tsk tsk....

Tuesday, August 23, 2011

Keletah 3 budak yang bukan kembar

Korang tahu kan. Aku ada anak 3. Tapi bukan kembar 3. Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya Allah maha mengetahui keupayaan seorang hambanya. Bayangkan lah kalau aku ada anak kembar 3 macam mama kembar 3 ni. Mau tak terlayan kot. Yang tak kembar ni pun dah  macam-macam pe'el.

Malam tadi, pas berbuka, time tuk solat jemaah. Dan time tu jugak la, Abg long tetiba nak buang air besar...padahal semua dah get ready ni. So, kena la tunggu. Sambil-sambil  menunggu aku pun amik la gambar budak berdua ni. Siap pesan suh senyum elok2..tapi...hmmm...tengok la sendiri


Aina dah ok..Aliff pulak buat muka 

Dah...2-2 buat cheeky face

Hmmmm...main mulut lak

Ni sesi mendongak ke langit... *sigh*

lama sangat tggu abg long, Aina terus buka telekung. Panas sangat katanya, sambil terus baring kat lantai..sebab lantai kan sejuk..bijak...bijak...

Dan acara baring membaring itu dijoinkan oleh abang-abangnya sekali.


Dah..bangun-bangun...jom solat.

Thursday, August 18, 2011

Rajinnya dia.........

Dua tiga hari ni, boleh kata setiap hari Amirul ada homework. Dan bila dia ada homework, tetiba adik-adik dia pun kelam kabut la amik buku konon ada homework jugak. Termasuk si kecik Aina ni. Oh...mama dia sangat2 impress..tak sangka betul la. Umur Aina hujung bulan November ni baru nak cecah 3 tahun. Memang tak sangka dalam usia dia sekarang dia boleh kaler-mengkaler lukisan secantik ini. *cantik bagi pandangan mama dia*. 

Tekun tu..sambil diperhati pengawas bertugas a.k.a Angah.


Tengok2...tekun betul!!!!


"Angah tolong simpan kaler, Aina dah penat la" Seb baik angah rajin melayan semalam.

Selalunya anak no 3 tak berseni kan?? Sebab, aku anak no 3, dan aku tak minat lukis dan mengaler *mengaler jadinya yer*

Wednesday, August 10, 2011

Angry Birds vs Boboiboy

Ni angry birds...game yg femes dan mengetagihkan budak-budak dan mak-mak serta pak-pak budak-budak sekarang


Ni pulak cerita katun boboiboy...best betul cerita ni, nak2 episod 6 hari tu...kelakar betul..err ye ke episod 6 ek?? tapi mmg best la cerita ni..cuba korang tgk setiap hari Ahad, 7 petang kat tv3. tapi yang tak bestnya sebab selalu ulang episod yg sama. Elok2 dah tgk sampai episod 6..tup2 minggu depan ulang balik episod 1...agaknya episod kemudianya tak siap lagi kot.

Dan disebabkan benda2 ni..anak2 aku pun sibuk jugak nak beli baju angry birds la, boboiboy la...ni la hasilnya.




Angah dengan angry birds hitam. Katanya burung ni best mama..dia bom..sbb tu angah suka yg hitam ni..Pastu siap bgtau aku warna2 burung dan fungsi2 burung tu..paling tak tahan..siap boleh buat bunyi ikut kaler burung2 tu..isk isk...

Yang perempuan ni pun sibuk ngan boboiboy..padahal dia gegurlgirl kan?? isk budak bertuah sorang ni...

Ni mcm terpaksa amik gambar apesal ntah...


gambar ni dah berbulan lamanya terperam dlm draft..hari ni aku up je sbb tak de cerita..huuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...