Friday, October 28, 2011

Aktiviti mereka lagi

Ini ada lah sambungan dari entry INI. Bapak lama nak sambung...errr..apsal "BAPAK" ek?? nape bukan MAK ke....atuk ke?? nenek ke??
Ok..out of topic. Biasa la aku..time ada mood baru nak update. Tu yang amik masa zaman berzaman tu.

Lepas buat aktiviti lekat2 kat cermin tu. Ktorang semua keluar rumah, pi cari salon sbb anak dara aku nak potong rambut. Ala..rambut depan je pun. Dulu-dulu dia nak mama dia potongkan. Tapi sejak dah terrr...bawak pi potong kat kedai..hasil kerja tangan mak dia tak laku lagi... =_=

Aktiviti petang tu ada lah sand art. Benda ni pun dah lama aku beli. Tapi biasa la. Aku kena sembunyikan dulu. Time yang sesuai baru boleh keluarkan. Dan kebetulan Aliff bawa balik sand art besar punya sebab kawan dia celebrate birthday kat sekolah. Dan dia bagi pulak satu je..anak aku ada 3..tak gaduh dibuatnya?? Nasib baik mama derang awal2 dah reserved kan Sand art ni kat rumah. Dan petang itu adalah masa yg paling sesuai.

Maka sekali lagi aktiviti santai mereka bermula.....

Glow in the dark punya



Dah siap!!! Asal nama perempuan..mesti ada kaler fink2 kan!!!

Angah pun dah siap..

Macam biasa, orang terakhir siap adalah bang long...hehehe

Masa tu Angah tengah buat sand art kedua, yang dapat masa besday kawan dia..tekun ni...


Paling best..sebab..tanpa disuruh. Selesai je dia siapkan aktiviti dia. Terus dia ke dapur dan amik penyapu kecik ni...Owh...tersentuh lagi hati mak nak!! sob sob...


Err..ada sape2 nak booking jadi menantu ke?? Aliff memang rajin. Kalau tengok aku buat keja..ringan tulang je dia tanya..Mama nak Angah tolong apa?? Kalau aku cakap. Tak payah tolong apa-apa..mesti dia merajuk dan tarik muka. So, aku terpaksa suruh dia lap meja la..susun kerusi ke..susun buku-buku ke..atau lap habuk..hahaha...macam2 pe'el.

1 comment:

mizztraveller said...

woow lucky mummy , sekali dapat 3 kembar cute ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...