Showing posts with label Amirul. Show all posts
Showing posts with label Amirul. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Lahir Abang Long

7 Mac 2013, genap sudah usia anak sulung aku yang ke 9 tahun.

Macam biasa, sejak sekolah ni memang tak celebrate sgt. Lagipun abg long bukan la makan kek dan segala benda best dalam dunia ni. Sejak umur dia 4 tahun, makanan ruji dia cumalah roti canai.

Tengah hari semalam masa pergi sekolah, aku try pujuk dia.

"abg long, hari ni mama beli kek 1 slice pastu abg long makan sikit nak tak?"
*dia geleng sambil senyum*
"ala..try la makan..satu suduuu pun takpe, kalau tak abih mama abihkan"
*senyum lagi*
"hmm..abih tu, takkan bday abg long nak letak lilin kat atas roti canai??, tak pun takkan nak letak dalam kari??"
"eh!, mana boleh mama..nanti lembik la lilin tu", *yes!! ada pun respon. :)
"so, abang long try ye makan?"
"ok lah...abg long cuba", dia balas :)

Petang semalam, balik opis terus pegi Secret recipe. Beli satu slice kek choc mud kat dia, dan adik dia satu slice absolute coklat. Angah pulak tak nak kek!! wahh...hebat!!!

Bawa kek pegi mamak, sebab dia mesti nak makan roti canai jugak.

Tiup lilin tu.... :)



Kali pertama mama suap dia, pastu dia suap mama.


Pastu dia cuba suap. tapi nampak kepayahan dia nak menelan. Dia cuba jugak beberapa kali.

Kali ke enam suap, muka dia dah begini
- 
-
-
-
-
-
-


Masa dia nak telan, muka dia dah merah dan nak termuntah.
Kesian aku tengok. aku cakap, takpe la abng long. Pergi la kumur. Terus dia berlari ke sinki dan muntah!!!!

Sian anak aku.
Tapi good try!!! :)

Aku tanya dia banyak ke dia muntah? dia cakap sikit je.
Aku tanya lagi. Bila lagi nak makan kek lepas ni?
Dia jawab, tahun depan :)

Takpe la anak. at least dah cuba.

Happy Birthday abang long.
Moga jadi anak dan abang yg soleh untuk mama, abah dan adik2.

Kami sayang abg long.

Monday, July 2, 2012

Hadiah buat mama

Wahhh tajuk..tak boleh blah...
Pagi tadi encik suami call. Dia tanya 
"hari tu pegi tak amik report card abg long kat sekolah"
"pegi"
"cikgu tak bagitau ke hari ni ada penyampaian hadiah, abg long dpt hadiah ni"
"oh..ye ke?? takde pulak rasanya, cuma cikgu ada bgtau yang abg long dpt banyak band 5 dan 6."

Sumpah. 
Lepas cikgu cakap yang budak KSSR takde exam, aku macam tak amik port sangat la. Malah geram lagi kot. Bagi jadual exam. Tapi takde exam. Cuma budak2 ni sentiasa ada penilaian. 

Tapi cikgu memang bgtau yang Abg long banyak dapat band 5 dan 6. Masa tu tak tergerak nak tanya pun, band 5 dan 6 ni bagus ke tak. Sampai la masa sembang ngan sorang kakak opis yang anaknya darjah 2 jugak baru aku tau. Band 5 dan 6 ni kira terbaik. Sian abg long. Maafkan mama yer.

Dan lunch tadi lari jap jumpa dia kat sekolah nak ucap tahniah. 
Dari jauh dah nampak dia tersengih. Kat baju pulak ada satu batch yang agak besar. 
Dia excited nak cakap.
Aku pulak pura2 tanya soalan lain. Sambil cari kawan dia.
Pastu baru cam pura2 perasan batch kat baju tu.
"Eh..apa ni abg long" sambil tunjuk batch kat baju
"Abg long dapat pagi tadi, pelajar cemerlang ma"
"Wahh..ye ke..abg long tau tak yang abg long dapat hadiah hari ni"
Dia geleng. sambil sengih tak benti.
"mama ambil gambar boleh? nak tunjuk kat abah" ayat pura2 lagi
"eh, abah dah tau la mama, sebab abah dtg nak antar roti canai pagi tadi"


suka sangat dia

mama tak bangga kalau anak mama jd bintang RTM, AF atau kilauan emas pollident :)
Bintang cemerlang sekolah...thumbs up :)

dapat ni jugak
Tempat kesembilan dari semua kelas darjah 2. Syukur Alhamdulillah
Kelas dia saja pun dah ada 40 orang.


Compared to exam last year. Mama memang garang, suh belajar tak benti. Tapi exam baru2 ni. mama bz uruskan hal adik2 dan rumah. So, biar je dia belajar sendiri. Tolong sikit2. Siap pi vietnam lagi. Tapi result gempak.

So, dah tau dah. Pas ni konsep pembelajaran abg long adalah free and easy.
Tahniah anak mama. 
Teruskan usaha.
Moga jadi contoh terbaik untuk adik2 ya.

Wednesday, May 16, 2012

Abang long pun nak bagi jugak

Malam tadi masa tengah membizi melipat kain baju di depan tivi, tiba-tiba Amirul bersuara
"ma, abang long ada hadiah untuk mama sebab hari ibu"
"ye ke?? mana??"
"jap yer" sambil lari ke arah beg sekolah dan ambil sesuatu dalam beg.

"Nah ma, selamat hari ibu..."

aku speechless!!!

Gamam!!!

Tak sangka dia ada perasaan nak bagi aku hadiah lepas tgk adik-adik dia bagi kad dekat aku.

"terima kasih abang long, esok mama letak kat opis k!"

Dia angguk.

Ni la hadiahnya, dia siap masukkan dalam beg aku sebab takut aku lupa bawa ke opis.


ni model yang volunteer nak jadi model.

Walaupun hakikatnya dia beli hadiah tu dari duit sekolah yang aku bagi kat dia. Aku masih terharu. Terima kasih abang long, angah dan adik. Masa sayang kalian sangat-sangat-sangat. Muuuahhhh!!!!


muka nakal!!

Monday, May 14, 2012

Selamat hari ibu

Semalam hari ibu. Walau ramai cakap tak patut sambut, tak patut raikan sebab dia hari memperingati mother theresa kan?? Tapi aku belum cari bukti kesahihan dia.

Btw, aku tak sambut pun. Memang tak pernah sambut. Cuma nak cerita pasal surprise yang Aliff katakan tu.

Hehehe... Memang tepat la tekaan aku.

Hari Jumaat lepas masa aku ambil dia kat sekolah pun dia dah excited tunjuk hasil seni dia kat aku. Terima kasih angah :)
Bukan setakat Aliff je. Aina pun ada buat kad comel jugak untuk mama.
Kat bahagian luar kad
Kat bahagian dalam pulak dilekatkan perkataan i love u mom. Walaupun terbalik, masih boleh baca. Bila aku tanya kenapa Aina lekat upside down ni?? Dia terus pusingkan dan jawab "sekarang dah betul" hahahahaha... Bijak-bijak. Terima kasih Aina:)
Abang long pulak, walau dia tak buat apa-apa, dia still wish mama "selamat hari ibu" terima kasih anak-anak mama. Mama sayangggg semuanya :)

Thursday, May 10, 2012

Sangat khusyuk

Semenjak dah dapat kebenaran drive balik sendiri ni. Rasa macam dunia ini ana yang empunya. Tak kisah kalau encik suami nak p gym hari2 pun. Tak pe, bagi dia chance tuk kuruskan badan, as long aku dpt drive balik sendiri dah cukup best dah. Hahaha *gelak riak*

Dan bila drive sendiri ni. Panjang la sikit langkah aku kan. Selalunya pas amik anak-anak, aku terus singgah tempat makan dulu. Tapi yang makan budak berdua tu je. Abang derang still kena cari tempat roti canai jugak. Nasib baik kat rumah ada jual. So, selalunya sampai rumah nanti singgah dulu beli tuk dia

Dan si abang bila tak makan, layan you tube la dia. Sangattt khusyuk tgk plants vs zombie. Apa yang best ntah la!!!

i love u one, two, three :)

Wednesday, February 22, 2012

Bahagia rasa..

Tengok gambar anak-anak aku. Rasa macam bahagia jer... Sejuk perut mengandung dan membesarkan depa. Kejadian ni jarang-jarang berlaku, jadi jika sesekali berlaku memang wajib di abadikan dalam gambar. Kan???

Abang long macam biasa banyak sangat homework. Ntah macam mana, malam ni angah willing nak tolong abang dia. Sambil kaler sambil nyanyi lagu simetri. Sebab kata depa macam ni baru simetri kan mama???

Buat la anak-anak, mama suka tengok. :)

Monday, February 13, 2012

Y pad

Apa itu Y  pad??
Ala..dia lebih kurang macam Ipad la sebenarnya, tapi sesuai tuk budak-budak 3-4 tahun kebawah camtu.

cool kan gambar dia??

Tapi kan, korang jangan tertipu tau, masa aku tengok gambar Ypad ni, aku ingatkan skrin dia boleh gerak-gerak macam Ipad betul tu. Rupanya tidak..dia hanya bersifat statik cuma. Dia punya fungsi lebih kurang macam lap top budak-budak jugak, untuk belajar huruf ABC, spelling, music dan fungsi biasa-biasa la jugak.

Aku ni terjebak beli sebab murah, kawan aku jual cuma RM25 sebijik. Memandangkan aku mempunyai anak kecik. Aku beli la 2 bijik. Ingat nak bagi kat anak buah aku sebijik. Tapi, bila bawa balik rumah, anak aku, si Aina, memang excited la..rupanya si abangnya pun tarik muka, sebab mama tak belikan untuk dia sekali, walaupun awal-awal sudah aku bagitau yang tak sesuai untuk dia, dia tetap tarik muka merajuk, nak jugak. Sudahnya, yang aku niatkan nak bagi anak buah aku, kena la bagi kat dia pulak. Nasib baik abang long pandai kontrol macho, konon tak minat. Tapi lepas adik dia dah puas main, nampak pulak dia cuba main secara sorok-sorok...
anakk...anak... macam2 pe'el kamu.

Wednesday, November 9, 2011

Woohooo

Yupp!! Aku idup lagi...cuma mood aku nak berblog ni dah nak mati.. ntahla..malas betul nak tengok blog. Jangan kan nak tengok blog orang?? Blog sendiri pun aku tak lalu. Nak kata pembawakan... na mungkinnn... aku nak tggu anak dara aku 7 tahun dulu baru aku akan fikirkan kebarangkalian penambahan pewaris baru.

uishh..agak berzaman aku tak update yer. Sebenarnya banyak benda aku nak ceritakan kat sini. Tapi setelah ditimbang tara, Aku memilih cerita pasal anak sulung aku la. Biasa la, bila dah jadi mak2 ni..cerita pasal anak2 je la yang lebih. Cerita pasal aku?? tak de yang menarik pun. Aku kan manusia biasa yang agak luar biasa.

Malam ni pun ntah angin apa yang mai hembus kat telinga aku suh update ni. Tapi dalam masa yang sama masih terasa bersalah pada diri sendiri. Dari aku dok update blog ni, ada faedahnya aku pi lipat kain baju yang dah 2 hari tak menerima belaian tangan aku ni. Ok..kena update laju2..pastu pi lipat baju. *yer la sangat*

Cerita dia macam ni,
Kan ke budak2 dah abih peksa last 2 week ek?? ke last week yer?? dah ilang ingatan aku. Nampak sangat faktor usia sangat memainkan peranan kan?? So, tadi anak aku bawak balik la report kad. Ciss..apasal ujung tahun cikgu main pass je repot kad kat anak ek?? apsal tak panggil ibu bapa pi sekolah??? dah la berderet soklan aku dah sediakan nak tanya cikgu dia ni. Nampak gaya kena simpan la soklan tu tuk tahun depan.

Setelah seminggu periksa dijalankan, dan sebagai mak yang garang, aku dah melatih tubi anak aku buat soklan2 latihan yang pelbagai. Tak cukup ngan latihan kat buku je...aku tambah buat soklan aku sendiri. Kah kah kah...kejam kan?? geram kot..ajaq tak paham2.. soalan kat buku aku kirakan tak cukup mencabar, jadi aku kena buat soalan sendiri yang pada hemat aku mencabarlah sangat. Tapi tu cuma tuk subjek Matematik je la. Subjek lain aku tak reti la nak reka cipta soalan. Apsal aku sangat tekankan matematik arr?? Ntah la aku pun tak tau. Encik suami aku kata dia sangat gerun tengok aku ngajar matematik kat anak aku. hahaha..garang sangat ke??? len kali tolong rekodkan ek?? Pastu bagi aku tengok ok?? Ok, berbalik pada soalan kenapa aku sangat tekankan matematik?? hmm..aku rasa sebab aku sendiri dah tetapkan benchmark tu kot, aku nak anak2 aku kalau boleh sentiasa dapat A dalam matematik. Sebab, aku minat gilerr ngan subjek tu, Kalau dapat B aku mesti frust menonggeng2. Walaupun masa SPM aku Add math aku tak hebat pun. Tapi aku cover balik masa masuk "U", Every sem, math mesti dapat A, subjek lain, lantak... hahaha.. sungguh tak seimbang. Nampak?? gila kuasa kan aku ni? Sian anak aku, tapi so far aku rasa anak sulung aku ni memang minat gak ngan subjek tu, cuma aku tak nak dia kurang markah sebab lalai. Aku cakap kat dia, paling koman aku nak markah dia 96, salah 2 ja..tu pun sebab tak reti, bukan sebab cuai! boleh??? isk isk..tipu la..biol la kalau aku buat camtu..hehehe

BM..penggal pertama subjek yang lain semua 90 lebih..tapi dia buat onar kat BM, boleh dia dapat 80 lebih ja tuk penulisan dan pemahaman. Sudah nya dia dapat tempat ke 33/40. Gila pandai budak skrg, aku suspek kawan dia yang dapat no 1 mesti semua subjek dapat 100% kan?? Mau tak ketaq?? Uishh..sebab tu tuk penggal kedua aku suruh dia buat latihan BM betul2. Tapi biasa la, setiap kali nak buat latihan, mesti ada drama lebih. Time tu la, gatai tangan, time tu jugak la ngantuk..adoi la...paling tak tahan dia leh cakap "mama suh abg long buat latihan banyak2 ni, nanti bukan nak naik soalan macam ni pun". Ish..ikutkan aku, memang nak kena tangan dah budak bertuah ni, sebab tetiba aku teringatkan pepatah "sayangkan anak tangan2kan" eh?? tapi aku sabarrr je la. Kang terus jadi drama juraian air mata pulak..

Kiranya semua subjek aku suh dia buat latihan, kecuali agama. Sebab bila aku buka buku teks agama dia, aku jadi blurr..nak baca apa ni?? semua ayat2 quran, ada la pasal adab dan akhlak sikit2. So, aku cover sikit2 la..buku latihan agama memang tak ada. isk... *tunduk*

perbezaan antara penggal pertama dan kedua
objek sengaja dikaburkan bagi mengelakkan unsur2 yang tidak diingini. :)

Sudahnya, penggal ni syukur... majoriti subjek meningkat, dengan matematik melebihi piawaian yang aku tetapkan dan BM, sangat memberangsangkan peningkatannya dari 80 lebih..terus ke 90 lebih. Tak sesia mama garang, ucap abah beliau sewaktu melihat report card anaknya. Tapi..tapi tapiiiii...subjek yang aku tak tekankan. Agama, jatuh beb..dari A last sem terus B. Aku pun tak tau la kenapa. Tengok soalan pun boleh tahan la susah kot. Nak kata dia tak reti Jawi, subjek Jawi boleh pulak dapat 100%. Tak tau la. Maka mula aku syak sesuatu. Sesuatu yang sama menimpa aku. Dari sekolah rendah sampai masuk U memang aku pun susah sungguh nak dapat A tuk agama. Masa sekolah rendah aku syak ustazah tu jeles ngan aku..hahaha..mati la kalau ustazah aku baca. Tapi sekolah menengah ustazah aku baik ja..takkan dalam diam dia pun buat konspirasi menjatuhkan aku. Tu tak pe lagi. Kat U pun asyikla dapat B. Aku dah mula syak ustaz aku kat U pun sama. ok2..pasal konspirasi tu aku main2 je weii..jangan pi report lak. Tapi tu la..aku ngan anak aku ni ada "kimia" disitu.

Dari segi kedudukan dalam darjah pun..ada peningkatan, dari kedudukan ke puluh2 telah melonjak ke belas2. Ok la kan. Sebab aku syak budak2 la ni pandai la, pastu aku penah sembang ngan sorang budak kelas anak aku tu. Dia kata sabtu ahad dia pi tusyen..weekdays tak leh tgk TV. Weekend pun tgk tv 2 jam ja.. Aku terkejut gak. Anak aku memang 100% beza, weekdays, sampai rmh buka tv, weekend lagi la... tengok TV sampai lebam dari bangun pagi sampai nak tidoq balik malam tu. So, dia cuma baca buku time nak peksa je la. Aku kagum ngan kawan dia, tapi dalam masa yang sama aku kesian jugak. Baru darjah 1 tu. Sungguh tabah la budak tu.

ulasan cikgu tuk penggal pertama dan kedua

Nampak?? apa cikgu tulis??? Aku baca repot tadi masa aku tgh jalan. Mata aku terus terfokus pada perkataan "peningkatan" tapi aku terbaca "pening katon" aku baca lagi sekali sambil dada berderau ni, "Anda pening katon". Apa jenis bahasa cikgu ni pakai..geram ni..geram..kot ya pun anak aku suka main2..awat kasaq sangat bahasa tu?? Aku pejam mata 5 saat...baca balik..oooo "ada peningkatan" rupanya.. hahaha..awatla cikgu jarakkan perkataan "pening" dan "katan" tu cikgu??? Terus gelak guling2 sorang2 dalam lif..asyik nak marah je kejenya ko ni kan..cuba istighfar sikit.

Oh..dah la..panjang bebenar dah aku update ni. Tapi mungkin 1 bulan dari sekarang baru aku update balik kot...bubbyeee...

Cuti sekolah ni, aku plan nak kena buat latih tubi agama la kat anak aku ni disamping memperkukuhkan lagi bacaan jawi dia.. Tapi semua tu aku buat sendiri la..nak hantaq p kelas ekslusif?? tak payah la kan sebab, aku sedar diri..aku ni bukanlah orang yang kaya dan berharta..lagipun, bukankah ibu bapa adalah guru yang terbaik untuk anak?? So, nak anak hebat..ibu bapa pun kena la korbankan masa jugak kan?? Insya Allah...boleh!!

Friday, October 28, 2011

Aktiviti mereka lagi

Ini ada lah sambungan dari entry INI. Bapak lama nak sambung...errr..apsal "BAPAK" ek?? nape bukan MAK ke....atuk ke?? nenek ke??
Ok..out of topic. Biasa la aku..time ada mood baru nak update. Tu yang amik masa zaman berzaman tu.

Lepas buat aktiviti lekat2 kat cermin tu. Ktorang semua keluar rumah, pi cari salon sbb anak dara aku nak potong rambut. Ala..rambut depan je pun. Dulu-dulu dia nak mama dia potongkan. Tapi sejak dah terrr...bawak pi potong kat kedai..hasil kerja tangan mak dia tak laku lagi... =_=

Aktiviti petang tu ada lah sand art. Benda ni pun dah lama aku beli. Tapi biasa la. Aku kena sembunyikan dulu. Time yang sesuai baru boleh keluarkan. Dan kebetulan Aliff bawa balik sand art besar punya sebab kawan dia celebrate birthday kat sekolah. Dan dia bagi pulak satu je..anak aku ada 3..tak gaduh dibuatnya?? Nasib baik mama derang awal2 dah reserved kan Sand art ni kat rumah. Dan petang itu adalah masa yg paling sesuai.

Maka sekali lagi aktiviti santai mereka bermula.....

Glow in the dark punya



Dah siap!!! Asal nama perempuan..mesti ada kaler fink2 kan!!!

Angah pun dah siap..

Macam biasa, orang terakhir siap adalah bang long...hehehe

Masa tu Angah tengah buat sand art kedua, yang dapat masa besday kawan dia..tekun ni...


Paling best..sebab..tanpa disuruh. Selesai je dia siapkan aktiviti dia. Terus dia ke dapur dan amik penyapu kecik ni...Owh...tersentuh lagi hati mak nak!! sob sob...


Err..ada sape2 nak booking jadi menantu ke?? Aliff memang rajin. Kalau tengok aku buat keja..ringan tulang je dia tanya..Mama nak Angah tolong apa?? Kalau aku cakap. Tak payah tolong apa-apa..mesti dia merajuk dan tarik muka. So, aku terpaksa suruh dia lap meja la..susun kerusi ke..susun buku-buku ke..atau lap habuk..hahaha...macam2 pe'el.

Monday, October 17, 2011

curik tulang japss

bizi2...
cuma nak cerita.

Minggu ni minggu exam budak sekolah rendah. Hari ni exam BM dan Agama.

Maka, sebagai ibu aku paksa anak aku buat latihan...

Paksa beb..tak paksa kalu tak jalan...

Tapi pas beberapa latihan dia buat dia relax.

"Eh, nape relax ni?? buat latihan ni pulak" sambil tepuk2 buku latihan lagi satu.

dia leh jawab

"Ala mama...esok bukan naik soalan mcm ni pun"

Dengggg!!!!!
bertuah punya anak

Sekian.


P/s: abah gelak sakan dengar jawapan anak tersebut

Tuesday, September 20, 2011

Makan pagi

Sejak Aina sekolah baru, setiap pagi dia mesti menangis. Aliff pulak sangat ok. Enjoy sesangat. Bersemangat waja nak pegi sekolah setiap hari. Memang takde masalah la. Bila tanya Aina kenapa dia nangis? dia jawab sebab dia sampai awal sangat, kawan-kawan dia belum datang lagi masa tu. Kesian pulak kat dia.

So, bermula minggu lepas ktorg memang akan breakfast dulu kat tempat makan di opis aku ni. Syukur tempat makan kat sini seawal 7 pagi memang dah buka dan paling penting ada roti canai.

macam ni la muka budak2 ni bila suh pose

Yang paling berselera dah tentu Aliff. Malam tadi dia dah bagitau aku yang dia nak bawak nugget sebagai bekal ke sekolah, so awal2 pagi aku dah goreng dan letak dalam beg dia. Dan dia sempat jugak makan sikit masa kat rumah. Pastu sesampai kat opis aku, dia makan bihun goreng, abih tu..dia top up pulak dengan betik. Memang berselera betul anak kedua aku ni. Amirul, macam biasa cuma makan roti canai. Aina pulak, cuma makan roti cekelat separuh, tu pun kalau diikutkan dari dalam kereta lagi dia cakap tak nak makan. Alasan dia, "nanti Aina gemuk macam mana?? Aina tak suka gemuk" perghhh...kecik2 dah nak jaga badan anak aku ni. *geleng pala* tapi lepas dipujuk oleh mama dan abah, baru la dia nak makan sikit roti tu. tsk tsk tsk....

Tuesday, August 16, 2011

Amirul dan BoboiBoy

Aiphone aku kalau kat rumah dah bukan jadi harta aku. Tapi dah jadi harta peribadi anak-anak aku. Jenis main pass-pass dari sorang ke sorang tu..... Jadi kalau sape2 mesej ke tapi aku tak reply, minta maaf la..itu sebab aku memang tak perasan. Sebab style budak-budak ni main, kan kalau ada mesej dia terus prompt kat screen kan?? pandai je derang terus close. Dan jenis aku pulak, memang tak rajin cek mesej kat aiphone, so kadang2 dah seminggu orang hantar mesej baru aku perasan. hehehe

Terbaru, Amirul a.k.a abang long, dah pandai cari game sendiri kat aiphone store..pastu kalau dia minat game tu..dia akan cakap.. "mama, install game ni...yang ni dah FREE" dah free ok...hehehe..kalau game tu kena beli dan dia minat dia akan cakap "ala...game ni belum FREE la" hahaha..suka2 hati dia je. Sebab dia tau, mak dia ni tak akan senang2 beli game. Kalau free boleh consider. hehehe

Baru-baru ni, aku terperasan, rupanya anak aku tu dah pandai search game pulak kat aiphone store. Wah-wah...hebatnya dia. impress mak dia. Tapi korang tengok sendiri apa dia taip

hahahaha...dia taip "Boboiboy dan Gobal masuk dalam game" semua ni gara2 Boboiboy episod 9. Dalam cerita tu, boboiboy dan GOPAL sebenarnya..bukan GOBAL..kena kidnap dan masuk dalam game untuk lawan Probe dan Adudu...


Tapi sian abang long. Cariannya tak berhasil. hehehe

Wednesday, August 10, 2011

Angry Birds vs Boboiboy

Ni angry birds...game yg femes dan mengetagihkan budak-budak dan mak-mak serta pak-pak budak-budak sekarang


Ni pulak cerita katun boboiboy...best betul cerita ni, nak2 episod 6 hari tu...kelakar betul..err ye ke episod 6 ek?? tapi mmg best la cerita ni..cuba korang tgk setiap hari Ahad, 7 petang kat tv3. tapi yang tak bestnya sebab selalu ulang episod yg sama. Elok2 dah tgk sampai episod 6..tup2 minggu depan ulang balik episod 1...agaknya episod kemudianya tak siap lagi kot.

Dan disebabkan benda2 ni..anak2 aku pun sibuk jugak nak beli baju angry birds la, boboiboy la...ni la hasilnya.




Angah dengan angry birds hitam. Katanya burung ni best mama..dia bom..sbb tu angah suka yg hitam ni..Pastu siap bgtau aku warna2 burung dan fungsi2 burung tu..paling tak tahan..siap boleh buat bunyi ikut kaler burung2 tu..isk isk...

Yang perempuan ni pun sibuk ngan boboiboy..padahal dia gegurlgirl kan?? isk budak bertuah sorang ni...

Ni mcm terpaksa amik gambar apesal ntah...


gambar ni dah berbulan lamanya terperam dlm draft..hari ni aku up je sbb tak de cerita..huuhu

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan

Best kan bulan posa??
Selain senang dapat pahala berganda, senang jugak nak buat tajuk untuk entry kat blog kan?? Tak payah susah-susah nak fikir letak tajuk apa..tulis je tarikh berapa haribulan Ramadhan kan?? hehehe

Aku sebenarnya sekarang dah jarang pergi sekolah Amirul. Dalam hati memang risau jugak, dia lapaq ke..haus ke..maklumla, darjah satu..sekolah full day..panas-panas pulak tu. Dalam beg memang aku tak sediakan air masak pun, tapi selalu bagi syiling kat dia sambil pesan, kalau haus ke tak larat ke..nak apa ke..call mama k. No tipon mama memang dia hafal, tapi no tipon abah dia tak penah hafal.

Tadi tergerak nak pergi jenguk dia. Maklum sahur pagi tadi dia cuma makan megi..tu pun tak abih. Risau jugak kot2 dia tak larat kan??

Masuk je pagar sekolah. tercari-cari jugak dia...nampak kawan-kawan dia aktif berlari-lari kat dewan. tapi tak nampak pun muka dia, jenguk jugak kat kantin, kot2 dia lepak situ. Pun tak dak. So, aku teruskan langkah kaki ke kelas dia..Dari pintu aku dah nampak dia. Baiknya...duduk kat tempat sorang2.

Tekun sungguh aku tengok dia. Sampai dia tak sedar aku datang. Terus aku duduk kat depan dia. Tanya dia buat apa. Dengan bangga dia cakap "buat ni nak bagi mama, abg long beli kat kedai buku tadi, tapi tak siap lagi". Aku angguk2, sambil tengok dia sambung buat keje dengan tekun sekali.

Pastu datang kawan dia ni, dia pun excited tunjuk apa yang dia beli kat kawan dia. 

Siap ajar lagi camne nak buat.

Tara...dah siap mama :)

Masa aku nak balik, kawan dia berdua ni minta aku amikkan gambar derang. hehehe...layankan saja..leh dia buat kenang-kenangan. 

Sunday, August 7, 2011

Kerana Amirul

Cerita hari ni sebenarnya bukan berlaku hari ni, tapi berlaku semalam. Tapi cerita ni adalah kesinambungan daripada entry aku sebelum ni. Alaa...tak paham jugak?? kan ke aku bgtau yang aku risau la dengan pemakanan anak sulung aku dalam bulan posa ni. Makanan peberet ataupun makanan ruji dia sebelum ni iatitu Roti Canai, nampak gaya dah kurang membangkitkan seleranya. Aku tak kisah, kalau dia dah tak lalu roti canai, tapi tiba-tiba dia lalu makan nasik..wahh...aku la org pertama paling gembira dan syukur kot. Masalahnya, dah la roti canai tak mau makan. Nasik lagiii la..kim salam. Aduhh...jenuh la mak dia kena berfikiran kreatif dan luar biasa, mcm mana nak pujuk dia makan ni.

Tiba-tiba..mentol menyala, mak dia bgtau abah dia "jom buka posa kat luar nak?? kot2 Amirul mau makan??" abah dia setuju saja. Maka kami semua terus ke tempat yang ada semua dan dekattt ngan rumah kami. Mana lagi?? Mid valley la. Mula2 mak dia ajak makan kat food court mid valley saja, sebab kat situ ada roti canai jugak, tapi abah dia cakap, food court kat The Garden lagi best. Selesa dan orang tak ramai. Mak dia setuju.

Sampai sana awal lagi...maka jalan-jalan dulu la cuci mata. Anak-anak mak dia ni, semua kaki gajet macam mak dia jugak, so, lepak dan usha-usha Ipad2 kat kedai Machine. Usha ja..nak beli??? tak kot... tapi kalau ada sapa2 nak sponsor, mak dia tadah tangan je la..hehehe

Kemain lagi..sorang satu Ipad


Bila jam dah pukul 6.40, baru kitorang gerak ke food court. Lepak sat, pastu masing2 pi order nak makan apa. Tapi kami cakap kat gerai2 tu, yang kul 7.15 baru kami amik makanan yang diorder. Jom tengok apa yang kami makan.

Aku amik Set B kat gerai masakan Thai. Murah juga la bagi aku. Set ni ada nasi putih dan selambak kacang botol, ada 2 ketul ayam pandan, ada kerabu mangga, tom yam dan sepotong tembikai, harganya Rm9.90. Murah kan?? Aku share dengan Aina.


eleh...tak nak enterprem pulak mamat tu. Ni set yang abah budak-budak ni amik. Kat kedai masakan Arab lah. Nasi putih atau beriani, 2 keping daging kebab kambing, 2 biji kurma, kuah dia aku tak tau nama apa dan sehiris tembikai, harga dia RM16. Mahal tak?? Aku rasa, ok kot..sebab kambing kan memang mahal.


Pastu kami top up dengan roti canai cheese + sosej + mushroom = RM4.80. sedap...aku suka :)


Nampak budak tu?? kemain suka dia..
Nampak mangkuk kosong kat sebelah kiri tu?? Tu hasil sisa dari budak tak posa yang sungguh lalu makan, makan cepat sungguh pulak tu, tak dan mak dia nak rasa. Korang nak tau apa??


Ni la dia. Ice cream coklat ala2 ice cream kat kedai Ice Room tu. Nampak menarik dan pasti sedap kan?? Harga mahal jugak kot...... RM9. Mahal tak??


Inilah meja kami. 5 beranak je, tapi amik sampai 2 meja. Selesa duduk sikit. Tapi tak kisah kot, sebab food court tu memang tak ramai orang.


Berselera dia makan roti canai kat sini. Siap order milo ais lagi. Selalunya, dia cuma akan minum air masak je. Tapi cuma kat food court ni dia lalu minum milo ais. Aku pun tak tau sebab apa.


Licin dia makan. Milo ais pun habis. Bila aku tanya "Suka ke makan kat sini Bang Long?" Dia jawab dengan penuh kesungguhan, "Suka..abang long suka sangat roti canai kat sini...memang sedap..air milo ais dia pun sedappp sangat mama...err..kalau kita buka posa hari-hari kat sini pun ok mama."  Amboi, sampai macam tu sekali dia punya suka. Tapi maaf la anakku, weekend ok la kot. Weekdays kalo hari2 berbuka kat luaq, bosan la..dan pengsan la... -_-

Pagi semalam, dia sahur cuma minum susu saja. Tapi Alhamdulillah, masih berpuasa penuh. 2-3 kali jugak la aku offer dia suruh berbuka sebab takut dia lapaq, tapi dia cakap tak nak. Dia tak lapaq pun. Tadi sebelum dia tido, aku tanya juga "abg long nak makan apa sahur ni??" lama dia fikir....last-last dia boleh jawab "Abang Long nak makan biskut chipsmore je la mama". huhuhuhu...kenapa dengan anakku ni??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...