Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Selamat hari ibu

Semalam hari ibu. Walau ramai cakap tak patut sambut, tak patut raikan sebab dia hari memperingati mother theresa kan?? Tapi aku belum cari bukti kesahihan dia.

Btw, aku tak sambut pun. Memang tak pernah sambut. Cuma nak cerita pasal surprise yang Aliff katakan tu.

Hehehe... Memang tepat la tekaan aku.

Hari Jumaat lepas masa aku ambil dia kat sekolah pun dia dah excited tunjuk hasil seni dia kat aku. Terima kasih angah :)
Bukan setakat Aliff je. Aina pun ada buat kad comel jugak untuk mama.
Kat bahagian luar kad
Kat bahagian dalam pulak dilekatkan perkataan i love u mom. Walaupun terbalik, masih boleh baca. Bila aku tanya kenapa Aina lekat upside down ni?? Dia terus pusingkan dan jawab "sekarang dah betul" hahahahaha... Bijak-bijak. Terima kasih Aina:)
Abang long pulak, walau dia tak buat apa-apa, dia still wish mama "selamat hari ibu" terima kasih anak-anak mama. Mama sayangggg semuanya :)

Ulangtahun ke 9

14 May 2003 - kami diijabkabulkan.

14 May 2012 - Alhamdulillah, genap 9 tahun usia pernikahan kami. Dan kini kami memiliki 3 harta yang paling bernilai. Merekalah putra putri kami yang tercinta. Harta yang tidak dapat ditukar ganti.



Malam tadi macam biasa aku dapat mesej dari teman sebilik aku merangkap encik suamiku. Hehehe... Dia memang romantik, tak matematik macam aku. Dia tak pernah lupa tarikh-tarikh penting macam ni. Mesej malam tadi siap dengan 2 keping gambar yang dia telah di edit. Salah satunya gambar kat atas tu la.

Terima kasih yer bang. Semoga usia pernikahan kita berkekalan sehingga akhir hayat.

Saturday, May 5, 2012

Aktiviti beriadah

Seawal pagi tadi, selepas Subuh memang aku tak tak tido dah. Berazam sepenuh daya, usaha dan tenaga memang nak selesaikan urusan membasuh, menyidai dan melipat baju. Dan yesss!!! Aku berjaya!!!

Encik suami?? Pagi-pagi lagi dah keluar menjoggingkan dirinya. Rajin betul dia meguruskan badan. Yang si isteri pulak badan naik mencanak-canak. Hai, nasib badan :(

Putra putri negara pulak lambat bangun dari kebiasaan. Pukul 9.00 pagi baru semua berjaya bangun dan dengan pantas aku ajak anak-anak beriadah.




Seronok betul derang. Tempat tak jauh. Tapi sekarang dah agak jarang nak bawak derang beriadah kat sini. Tengah sedap2 berenang hujan pulak turun.

Stop makan jap, then derang sambung balik. Sudahnya kul 12 tgh hari baru masing2 nak naik. Puas yer anak2!!!

Tuesday, December 20, 2011

Entry 10haribulan yang lalu

10 Dec lepas kan...aku dah genap 30 taun..uhuk..uhuk..dah tua dah rupanya aku...baper tahun lagi je nak hirup oksigen kat bumi ni kan?? Aku dan anak ketiga aku, Aina, kongsi zodiak yang sama, kami berdua merupakan anak ketiga, dan kami berdua adalah perempuan, 28 nov lepas dia genap 3 tahun, aku pulak genap 30 tahun 10/12 yang lalu. Secara tak langsung perangai dan karaktor kami serupa. Best..sungguh best...seperti melihat zaman kanak2 aku hidup kembali...macam mana penat lelah aku melayan dia, macam tu jugak penat lelah mak abah aku layan aku..

Eh, sebenarnya apa yang aku nak cerita ni?? Entah..aku tak tahu. Tapi macam sedih je masuk blog sendiri tak berupdate. Sungguh aku malas. Jadi aku cuba mencoretkan sesuatu kat sini.

Masa zaman sekolah aku dulu, masa form 4, aku pernah bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium dalam kursus Kejuruteraan Awam selama seminggu. Gila sekejap..seminggu je tu..pastu aku blah. Sebab apa aku blah?? Sebab..err...sebab..aku tak suka dok asrama, terkongkong...memang la dok rmh pun tak la bebas mana..tapi tak dak la sampai nak study pun kena ikut jadual..rimass aihhh...balik sekolah, tak dan rehat..tukar baju pi prep..pastu terkejar lagi pi makan..semua terkejar2..rimasss..rimasss... lagi satu sebab adalah kerana aku tak minat lukisan. Kursus tu kan kena banyak melukis plan..adehh..bukan jiwa aku tu...tapi padan muka aku..sapa suruh minta kursus tu masa isi borang. Ni la natijahnya kalau terlalu mengikut kawan. Kawan mintak...kita pun nak minta...padahal dah tau bukan jiwa..gedik juga nak minta kan. So, genap je seminggu, aku blah..sempat la kenai 5-6 orang kawan dlm kelas dan beberapa kawan kat asrama. Nasib baik sekolah lama masih sudi menerima kepulangan aku. Kalau tak..padan muka aku lagi sekali.

Tapi dalam pada aku sekolah seminggu saja kat situ, rupanya..aku ni masih diingati oleh kebanyakan budak kelas aku. Mesti la depa ingat aku kan?? Maklum la mungkin aku adalah pencetus rekod pelajar paling singkat belajar disekolah tu. Aku ni, bukan tak ingat langsung kat depa, yang rajin dok sembang ngan aku..aku ingat la..yang tak pernah tegur aku..aku ingat jugak sorang dua...tapi bila masing2 dah dewasa ni, muka masing2 pun dah berubah kan..jadi nak recall balik tu memang payah la.

Tiba-tiba, budak2 kelas aku tu nak buat reunion. Depa ajak la aku join. Tapi gila malu aih...aku ni tak layak pun nak join sebenarnya kalau difikirkan konsep reunion tu. Sebab macam aku kata tadi, aku ni dah la sekolah kat situ seminggu ja..aku pun tolak dengan cara lembut dan memberi alasan, tak nak la..segan la..bukan hampa kenai aku pun, kalau kenai pun cuma hampa 2 orang ja kot (merujuk kepada kawan yang rajin sembang ngan aku) Tapi, lepas tu ada jugak yang beberapa orang yang ngaku depa ingat aku dan ajak aku join sekali. Maka dengan muka yang sedikit tebal, aku pun join.

Tanggal 10 Dec 2011, tarikh keramat di mana pada tarikh itu juga gerhana bulan telah berlaku menandakan usia aku juga sudah pun gerhana. Bertemulah kami seramai 8 keluarga,..di sebuah daerah di Sepang. Tiba2, jadi seperti sebuah percutian mewah pulak. Plan asal nak dok morib je. Tapi last-last minit, ramai je kensel, dari 20 keluarga tinggal la 8 keluarga ja yang setuju tuk stay in. Maka, tempat telah ditukar dari Impiana Hotel Morib ke Golden Palm Tree Sepang. Harga tak banyak tambah pun sebab ada seseorang dalam group kami ni, bermurah hati sponsor RMXXXX untuk kami semua, so..top up sorang sikit je lagi, dapat la merasa duduk kat tempat orang kaya tu. Kalau nak harapkan aku ni..memang tak merasa la sampai bila-bila kot...

Cantik tak??

nantikan episod seterusnya.... :)
err...tu pun kalau ada.... 

Thursday, December 8, 2011

Jejak Upin dan Ipin

Cuti sekolah.
Tak tahu nak bawa anak korang pergi mana?
Apa kata bawak mereka ke Muzium Negara.
Ewahh..cam promoter pulak rupanya kan.

Sebenarnya dari sekarang sampai 31 Dec ni, kat muzium negara ada pameran pasal Upin dan Ipin. Korang try le pergi. Anak-anak aku memang peminat setia cerita ni. So, disebabkan tak tau nak bawa ke mana, maka sabtu lepas kitorang terus menjejakkan kaki ke Muzium Negara.


Tiket masuk bagi dewasa adalah RM12 seorang, manakala bagi kanak2 6 tahun ke atas adalah RM6. Kanak-kanak 5 tahun ke bawah adalah percuma. Masa beli tu, dapat la bacth dan kad 3D upin ipin dan juga voucher KFC.

Best ke masuk??
Ok la kot..best jugak. Sebab derang dirikan rumah opah kat dalam tu. Korang boleh masuk dan explore satu rumah tu. Ada hall, ada bilik opah, kak ros dan upin & ipin. Pastu ada dapur lagi..rasa macam upin ipin ni betul-betul ujud pulak.





Pastu ada upin ipin astronoult. Kat situ ada games. Anak-anak aku paling lama kat dalam tu la. Sibuk main game cari perbezaan ngan abah derang.



Pas keluar, aku nampak sorang budak ni, dan aku rasa macam kenal. Terus aku tanya "Eh dik...adik ni EHSAN kan??" dia angguk2. Comeynya dia...aku suruh dia buat suara EHSAN. Terus tanpa segan silu siap dengan gaya dia cakap "BANGUNNNN!!!! Selamat pagi Cikgu!!" hahaha..terus semua orang kat situ dah perasan dia. Maka berpusu-pusu manusia datang nak amik gambar ngan dia. Pastu jumpa juga MAIL 2singgit-2singgittt..pemalu budak ni. Dan juga SUSANTI..Asikkkk!!!

Ehsan

Mail


Masa nak balik tu, sempat juga beratur nak ambil gambar dengan maskot Upin dan Ipin sebab orang tak ramai sangat.

Sign jangan tak sign

Ni adalah the real Upin Ipin..

cer tengok Amirul..apa dia tengah cakap kat Upin tu?? aku syak dia suh buat gaya tangan laaa.

Now...Upin dah ubah gaya tangan. hehehee


Amaran: sila sediakan duit lebih jika kesana, sebab ada jualan buku-buku dan barangan upin dan ipin. Tapi lebih murah dari kat luar. Berbaloi la kot :)

Wednesday, September 14, 2011

Konsep katanya...

huwaaa!!!...mood update memang merudum dengan teruknya..sian korang kan?? Tapi apakan daya..ni la akibat makan banyak sangat selepas raya. Segala2 malas belaka...hahaha..sila salahkan pada open2 house di sekitar aku.

Ok...meh nak cerita konsep atau tema baju raya aku sekeluarga tahun ni. Sejak anak dah besar-besar ni, agak susah nak 'mensedondonkan' baju raya. Mula-mula ingat tahun ni nak buat konsep "pepel in love". So,awal2 dah tempah baju kurung pepel untuk aku dan Aina. Geng2 laki kendian takpe..cari baju siap je senang. Dah alang-alang menempah tu, terrrr tempah sekali baju kurung putih dan pink jugak untuk aku dan Aina. Well, biasa la kaum hawa ni kan, sepasang mana cukup.

Tiba dekat nak raya, anak-anak teruna request nak baju raya ikut favourite kaler masing-masing. Amirul nak kaler merah, Aliff lak nak kaler biru. Sudah...abih la lari konsep yang mama derang dah tetapkan awal-awal kalau camni. Gelak saja incik suami, dia kata..takpe la..tahun ni kita buat konsep warna warni...Hmm..blasah.

Tiba giliran baju untuk abah derang, dengan senang hati incik suami cakap, "tak payah la, baju tahun lepas elok lagi kan..lagi pun konsep kita kan warna warni,pakai je la yang tu" pulakkk...baju tahun lepas kaler kuning. Blasahhh lagi..

Sehari sebelum raya, tengah packing barang nak balik kampung kat kuala selangor (giliran incik suami) tetiba nampak ada baju merah,biru dan kuning..terus terpikir...eh!! tahun ni raya dekat ngan merdeka la, so terus terdetik capai baju kurung putih untuk aku dan Aina.

Hasilnya di pagi raya.
Taraaaa.................


Konsep jalur gemilang sempena merdeka-raya katanya.
Kretif kan mama derang??? hahaha..kredit tuk diri sendiri. Bang Jib dan kak Ros nampak ni, sure menitis air mata gembira ni...sebab patriotik sungguh keluarga ini. Ahaks!!!

Selamat Hari Raya koranggg :)

Sunday, August 7, 2011

Kerana Amirul

Cerita hari ni sebenarnya bukan berlaku hari ni, tapi berlaku semalam. Tapi cerita ni adalah kesinambungan daripada entry aku sebelum ni. Alaa...tak paham jugak?? kan ke aku bgtau yang aku risau la dengan pemakanan anak sulung aku dalam bulan posa ni. Makanan peberet ataupun makanan ruji dia sebelum ni iatitu Roti Canai, nampak gaya dah kurang membangkitkan seleranya. Aku tak kisah, kalau dia dah tak lalu roti canai, tapi tiba-tiba dia lalu makan nasik..wahh...aku la org pertama paling gembira dan syukur kot. Masalahnya, dah la roti canai tak mau makan. Nasik lagiii la..kim salam. Aduhh...jenuh la mak dia kena berfikiran kreatif dan luar biasa, mcm mana nak pujuk dia makan ni.

Tiba-tiba..mentol menyala, mak dia bgtau abah dia "jom buka posa kat luar nak?? kot2 Amirul mau makan??" abah dia setuju saja. Maka kami semua terus ke tempat yang ada semua dan dekattt ngan rumah kami. Mana lagi?? Mid valley la. Mula2 mak dia ajak makan kat food court mid valley saja, sebab kat situ ada roti canai jugak, tapi abah dia cakap, food court kat The Garden lagi best. Selesa dan orang tak ramai. Mak dia setuju.

Sampai sana awal lagi...maka jalan-jalan dulu la cuci mata. Anak-anak mak dia ni, semua kaki gajet macam mak dia jugak, so, lepak dan usha-usha Ipad2 kat kedai Machine. Usha ja..nak beli??? tak kot... tapi kalau ada sapa2 nak sponsor, mak dia tadah tangan je la..hehehe

Kemain lagi..sorang satu Ipad


Bila jam dah pukul 6.40, baru kitorang gerak ke food court. Lepak sat, pastu masing2 pi order nak makan apa. Tapi kami cakap kat gerai2 tu, yang kul 7.15 baru kami amik makanan yang diorder. Jom tengok apa yang kami makan.

Aku amik Set B kat gerai masakan Thai. Murah juga la bagi aku. Set ni ada nasi putih dan selambak kacang botol, ada 2 ketul ayam pandan, ada kerabu mangga, tom yam dan sepotong tembikai, harganya Rm9.90. Murah kan?? Aku share dengan Aina.


eleh...tak nak enterprem pulak mamat tu. Ni set yang abah budak-budak ni amik. Kat kedai masakan Arab lah. Nasi putih atau beriani, 2 keping daging kebab kambing, 2 biji kurma, kuah dia aku tak tau nama apa dan sehiris tembikai, harga dia RM16. Mahal tak?? Aku rasa, ok kot..sebab kambing kan memang mahal.


Pastu kami top up dengan roti canai cheese + sosej + mushroom = RM4.80. sedap...aku suka :)


Nampak budak tu?? kemain suka dia..
Nampak mangkuk kosong kat sebelah kiri tu?? Tu hasil sisa dari budak tak posa yang sungguh lalu makan, makan cepat sungguh pulak tu, tak dan mak dia nak rasa. Korang nak tau apa??


Ni la dia. Ice cream coklat ala2 ice cream kat kedai Ice Room tu. Nampak menarik dan pasti sedap kan?? Harga mahal jugak kot...... RM9. Mahal tak??


Inilah meja kami. 5 beranak je, tapi amik sampai 2 meja. Selesa duduk sikit. Tapi tak kisah kot, sebab food court tu memang tak ramai orang.


Berselera dia makan roti canai kat sini. Siap order milo ais lagi. Selalunya, dia cuma akan minum air masak je. Tapi cuma kat food court ni dia lalu minum milo ais. Aku pun tak tau sebab apa.


Licin dia makan. Milo ais pun habis. Bila aku tanya "Suka ke makan kat sini Bang Long?" Dia jawab dengan penuh kesungguhan, "Suka..abang long suka sangat roti canai kat sini...memang sedap..air milo ais dia pun sedappp sangat mama...err..kalau kita buka posa hari-hari kat sini pun ok mama."  Amboi, sampai macam tu sekali dia punya suka. Tapi maaf la anakku, weekend ok la kot. Weekdays kalo hari2 berbuka kat luaq, bosan la..dan pengsan la... -_-

Pagi semalam, dia sahur cuma minum susu saja. Tapi Alhamdulillah, masih berpuasa penuh. 2-3 kali jugak la aku offer dia suruh berbuka sebab takut dia lapaq, tapi dia cakap tak nak. Dia tak lapaq pun. Tadi sebelum dia tido, aku tanya juga "abg long nak makan apa sahur ni??" lama dia fikir....last-last dia boleh jawab "Abang Long nak makan biskut chipsmore je la mama". huhuhuhu...kenapa dengan anakku ni??

Monday, August 1, 2011

Antara Angah dan CT

Sebelum korang pening..
Tulisan Biru : Encik suami menulis
Tulisan Merah : pembetulan si Isteri
Tulisan Hitam : Penulis blog asal menulis
**************************************************
...sepetang pulangnya keluarga PAF dari kesibukan kota KL... singgah sebentar ke POS laju untuk mamanya mengePOS lajunya buah tangan buat bondanya tercinta nun jauh di bukit raya sempena ramadhan ini... (pembetulan..mama pi bank ok masa kejadian berlaku ini kerana urusan pengeposan telah berjaya dilakukan)


...turun la mamanya keluar dari kereta... abah bersama putra2 dan putrinya setia menunggu di dalam kereta... dalam tunggu punya tunggu punya tunggu... abahnya cuba menghiburkan diri sambil mencari halwa telinga... kalih2 frekuansi radio... terdengar la lagu c.t di situ... lantas frekuansi itu menjadi pilihannya... hahaha... tapi lagu tu pun nak habis... hmmm...


...akan tetapi, tiba2 angah memulakan bicara;


Angah : lagu ct nurhaliza kan abah?... haa abah suka ct kan...
Abahnya : hmm... (dgn kekerutan di dahi) eh angah ni, leh tahan statement... kecik2 dah pandai... (bisik hati abahnya)
Angah : haa abah nak kawin dgn ct kan?
Abahnya : eh!!! amboi2 Angah... mana leh kawin dgn ct... kan abah dah kawin dgn mama...
Angah : alaaa... abah kawin la dgn ct... kan abah suka ct...
Abahnya : hahahahahahhahahah..... angah2...... kamu ni laaa....
Abg Long : (mencelah dlm kegelakan besar abahnya)... kalau abah kawin dgn ct, pening la mama...
Abahnya : HAHAHHAHAHAHAHAHHAHA....(lagi besarnya ketawa abahnya)....


sekian la tika dan saat peristiwa yg berlaku dalam menunggu mamanya dalam kete... setiba kembali mamanya itu...


(mama sambung la citer...heheh)


sekian...
(nurkilan dari abahnya... yg meniti hari pertama puasa 2011... jam baru 11:07 pagi)


mama masuk je kereta, si Abah eksaited kemain bercerita pasal kejadian yang baru berlaku beberapa detik tu sambil gelak2 besar lagi tau (amboi2 abah..gatai jugak awak yer :p) . Dalam pada abah penuh keterujaan bercerita tu, abg long mencelah,
"bukan pening la abah, abg long cakap, nanti pengsan la mama"

Apa reaksi mama??
Nak mengamuk??
Nak menjerit histeria??
Nak menampar2 dan menumbuk2 dada abah???

hahahahaha..apa sangatla CT tu  nak dibandingkan mama ni...gelak riak. Sambil membalas berunsur sindiran dan nasihat kepada anak-anaknya "Angah...kalau abah suka siti pun...masalahnya Siti tu suka ke abah??" hahahaha...mamanya pula ketawa besar.

Siti ni la nak 'cellen' mama...
credit to google


err..buatnya CT suka kat abah camne???

Friday, June 3, 2011

Resepi Puding Roti

Okay kawan. Resepi masak2 kita hari ni adalah di datangkan khusus dari chef de Jawa kita. Uishh igt senang Chef tu mai nak buat kelas masakan kat rumah aku?? Walau pelajar tak ramai, tapi keadaan pelajar2 yang sedia ada pada hari itu cukup2 menghuru harakan. kalo nak tgk nama2 pelajar dan tugas2 rasmi mereka, sila klik di SINI

Sebelum memasak, kena ada apa kawan???
Ya betul...mesti la bahan masakan. Tepok..tepok..tepok..... Bahan2 dia tak susah, boleh didapati di kedai2 runcit berhampiran atau mungkin juga ada di almari dapur rumah korang.


 Bahan2nya ialah:
  • Air putih yang jernih dari pili sinki dapur korang
  • 1/2 cawan gula
  • 8 gram serbuk agar-agar (1 paket ada 10 gram, agak2 la korang ye)
  • 1 tin susu Ideal, bukan Aidil punya..beli sendiri ok!
  • 1/2 cawan susu pekat manis. Tak kisah cap apa, aku pakai F&N
  • 4 keping roti Gardinier...suka hati korang gak la
  • 2 biji telur ayam asli (AWAS telur tiruan!!)
  • 2 sudu Planta
  • 2 sudu serbuk koko
  • Sedikit esen Vanilla


Cara-caranya:
1. Masukkan 3 cawan air putih dalam periuk
2. Masukkan 1/2 cawan gula pasir dan 8gram serbuk agar-agar (awat tak sempat snap gambar agar2 ek?) kemudian panaskan mereka.
3.Masukkan setengah cawan air putih lagi ke dlm blender.
4. Pastu masukkan 1 tin susu cair ideal


5. Setengah cawan susu pekat manis (chef tu dah terer, dia main agak je)
6. selingan, chef dan Fahrin Ahmad menunjukkan simbol peace bersama2 empat keping roti gardinier.
7. Carik-carikkan roti tersebut ke dalam blender
8. Pecahkan 2 bijik telur


9. Blender sampai hancur
10. Masukkan dalam periuk yang korang masak agar2 tadi
11. Masukkan 2 sudu margerin/ planta
12. Kacau sampai mendidih


17. Masukkan sedikit esen vanilla


18. Ada gangguan, jadi..minta tolong Fahrin Ahmad kacau sampai mendidih


13. Sambil2 tu bancuh serbuk koko dulu ngan sedikit air.
14. Bila agar2 dah mendidih, angkat dan asingkan separuh dalam bekas lain
15. Masukkan bancuhan koko tadi
16. dan kacau sebati



19. Kemudian masukkan selang seli dalam pelengat / talam. Mula2 kuning, pastu coklat, pastu kuning bali, pastu coklat sampai la abih.


20. Biar sejuk dulu, pastu masukkan dlm peti sejuk


21. Dah sejuk, boleh potong dan makan bersama2.



Senang kan??
Tapi sebab kat rumah aku malam tadi mcm2 dugaan mendatang. Rasa mencabar sungguh nak buat puding ni. tapi berkat kerjasama ramai, ibu dan adik beradik..terhasil gak. hehehe

Chik, kawan aku kata ok ja..sedap..tak keras la. Saja la si Fahrin Ahmad tu...tak gheti rasa sungguh..dia tak dak gigi kot. hehehe.


Sebab puding ni, aku tak focus sangat tgk Nora Elena...huhuhu



Nota tambahan:
Susunan nombor gambar tak betul...malas nak edit...tp susunan cara nak buat tu betul...jgn bimbang. Insya Allah menjadik. Selamat mencuba!!!

Puding roti ala Chef de' Jawa

Gigih malam tadi kami anak beranak dan cucu2 Hajah Noraini buat puding ni. Takde la payah. Senang giler, tapi sbb chef bertugas kena stop2 kejap dek kerana melayan anak dia Annur Insyirah yang ke'cranky'an malam tadi, maka ramai la pelakon pembantu kena take over.




Nak resepi???
Jap lagi aku bagi.

Tapi nak bgtau korang sumer, masa buat puding ni best giler..semua bekerjasama. Antara yang memainkan peranan penting malam td:

Pelakon utama
Adik perempuan aku = Chef de Jawa
Aku = Jurugambar dan penolong chef
Adik lelaki = Pembantu sambil menghabiskan apa2 makanan di dapor rumahku
Mak = Pemerhati dan penolong pembantu di saat2 kritikal

Pelakon pembantu
Annur Insyirah =  Paling memainkan watak utama walau hanya sebagai pelakon pembantu
Aina = Pemegang kaki mamanya dan menghalang lalu lintas didapor
Aliff  = Pemerhati paling setia sambil mengharapkan bila nak siap ni?? bila leh makan ni??
Amirul = Pemerhati saja tanpa tindak balas luar biasa




Dan untuk kawan2 di opis, aku dah tapaukan kat korang kalo nak rasa. Sila buka peti ais di pantry. Do help youself please...hehehe

Tuesday, April 26, 2011

Birthday Celebration

*Amaran*
Entry ini mengandungi super banyak gambar2...sekian



Tak abih lagi nak cerita pasal birthday 2 jejaka ini. Macam aku bgtau, takde la sambutan secara besar-besaran. Tapi, sambutan 5 beranak je. Kat mana?? buat pertama kalinya, ktorg gi nyanyi2 kat red box.  Karaoke u olls. Mula2 anak2 aku tak mo. Tapi bila derang dah start nyanyi...abih...mikrofon tu kat depa je la. Aku boleh la men"sumbang"kan sebuah dua lagu. Yang lain2..mmg hak depa bertiga.

Jadi, sila la layan gambar2 berikut ya. Aku malas mau stori panjang2.

muka ceria 5 beranak

bukan cikgu shafie, tp cikgu mama ajar teknik lontaran suara yg betul...wakakaka


para pelajar tekun mendendangkan sedetik lebih


1st bday kek angah


tgk Aina, dah get ready ngan pinggan...kah kah kah


Aina yang sibuk nak potong


Kebahagian dalam perpisahan...abah bersemangat ...Aina relax je..takde feel

Abah masih bersemangat


Bday BOYS... (day 2)

Copyright reserve abahnya


Oppsss...pengantin yang tak berapa nak baru :)



Sekian. 
Lupa nak stori. Ktorg pegi 2 hari berturut2. Atas permintaan bday boy?? yg tak puas nyanyi...layannnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...