Semalam hari ibu. Walau ramai cakap tak patut sambut, tak patut raikan sebab dia hari memperingati mother theresa kan?? Tapi aku belum cari bukti kesahihan dia.
Btw, aku tak sambut pun. Memang tak pernah sambut. Cuma nak cerita pasal surprise yang Aliff katakan tu.
Hehehe... Memang tepat la tekaan aku.
Hari Jumaat lepas masa aku ambil dia kat sekolah pun dia dah excited tunjuk hasil seni dia kat aku. Terima kasih angah :)Bukan setakat Aliff je. Aina pun ada buat kad comel jugak untuk mama.
Kat bahagian luar kad
Kat bahagian dalam pulak dilekatkan perkataan i love u mom. Walaupun terbalik, masih boleh baca. Bila aku tanya kenapa Aina lekat upside down ni?? Dia terus pusingkan dan jawab "sekarang dah betul" hahahahaha... Bijak-bijak.
Terima kasih Aina:)
Abang long pulak, walau dia tak buat apa-apa, dia still wish mama "selamat hari ibu" terima kasih anak-anak mama. Mama sayangggg semuanya :)
No comments:
Post a Comment