Showing posts with label Aina. Show all posts
Showing posts with label Aina. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

"The Doctor is in"

Korang pernah layan cerita Doc Mc Stuffin???


Best sangat cerita ni. Anak-anak aku terutama Aina memang tak akan terlepas cerita ni. Siri ini ditayangkan di channel disney Junior. Mengisahkan Mc Stuffin ni adalah doktor kepada mainan dia. Dan mainan dia boleh hidup dan bercakap dengan dia sahaja. Kalau ada orang lain datang, semua mainan dia akan pura-pura tak hidup. Bila mainan ni rosak, mc Stuffin la yang tolong betulkan.

Sejak cerita ni muncul dalam hidup anak aku lebih kurang setahun lepas. Memang Aina sangat berminat jadi doktor. Pesakit dia bukan orang lain, mama dia adalah pesakit utama dia dalam cerita dia. Tahun lepas jugak aku belikan dia set doktor. Puas jugak cari kat sogo. Nasib baik ada dan harga dia munasabah. Nak beli set yang sebijik mcm mcstuffin tu, tak tau nak cari kat mana. Kalau ada pun for sure mahal.

ni yang mampu dibeli. Tak ingat dah harga dia..


Dan malam ni, untuk kesekian kalinya, aku kena jadi pesakit dia lagi, Macam biasa, skrip memang sama mcm dalam cerita tu. Dalam cerita tu, lepas doc diagnosed pesakit dia, dia akan lukis dalam buku dia yang diberi nama "Big Book of Boo Boos"

Dan Aina pun ada. Selalunya memang dia lukis merapu je. Tapi malam ni, lepas dia diagnosed aku, dia tunjuknya aku lukisan dia. 



Alaaaa tomey-tomey. Aku tanya ni mama ke?? Dia jawab yer. Kenapa muka mama sad?? dia cakap, kan mama sakit. So, "take this ubat, eat everyday ok? 3 times daily, i need to go now, my abah is waiting..baiii" hahahhaha...lawak betul skrip Aina.

apahal pulak tak nyala ni...hehehe

ni tengah prescribe ubat.



Semoga cita-cita Aina nak jadi doktor tercapai yer anakku. Kena belajar rajin-rajin tau. 

Wednesday, April 3, 2013

Bila Aina jadi model

Hai hai hai...
lama tak update kan??
Tq, pada yang sudi jadi follower baru ai, walaupun ai adalah menghapdet 4 tahun sekali.
AZAM kononnya nak update at least sekali sehari..tapi dalam mimpi la kan. Tak tau bila jadi kenyataan. uhuk..uhuk...

Hari ni ai nak tayang kat u olls model muslimah tershomel di mata ai

Taraaaa......



SCHOMELLL kan??

Kalah kak ton. ngeeeeeeeeeeeee

Jangan marah kak ton. Ai gurau2 jerrr..

K la..ai nak tido, dah kul 1 pagi ni, apa yang ai merepek pun ai tak tau.

ADIOS AMIGOS :)

Wednesday, November 28, 2012

Selamat Hari Lahir Aina :)

28 November 2008, selamat Aina di lahirkan.
Pada 28 November 2012 ini, Genap sudah usia Aina 4 tahun.



Selamat Hari Lahir Anak mama.
Moga jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Wednesday, July 4, 2012

Aina nak adik, boleh ma??

Sabtu lepas adik saya datang rumah dengan anak perempuannya merangkap sepupu anak-anak saya la kan. Orang paling hepi of course Aina. Selama ni kan asyik main dengan abang-abang je. So, bila ada girl lain kat rumah, mesti la dia suka.

Rajin betul dia layan sepupunya, Annur. Mandi nak sama-sama, baring nak sama-sama, minum susu pun nak sama-sama. Annur ni kalau ikut tahun, beza 2 tahun la dari Aina. Tapi sebab Aina lahir bulan November 2008, dan Annur bulan Januari 2010. Maka, perbezaan cuma setahun lebih sikit la kan. Tapi saiz badan lebih kurang sama je ngan Aina.

Tak cukup dengan tu. Dia ikut je mana Annur pergi. Pastu ajak main sama-sama. Annur ni tak berapa mesra rakyat sangat. Dengan budak-budak ok. Dengan saya pun, boleh la..tapi kalau dengan lelaki dewasa, memang dia tak suka. Menjaga pandangan betul. Tundukkk je..tak pun dia akan menoleh ke arah lain. Asalkan dia tak nampak lelaki tu. Hahaha..alim betul.

peace kata kak Aina

eh..tiba-tiba muncul angah

Aina jadi cikgu :)

haaa..baru nak senyum sikit lepas di agah Kak Aina :)

peace cara Annur.

macam ni la Annur, balas kak Aina

Nasib baik kak Aina rajin melayan. Siap diagah-agahkan lagi supaya Annur dapat ketawa. lawak la Aina ni Tak sangka dah menunjukkan ciri-ciri kakak yang baik.

Dan esoknya, dia cakap kat saya
"mama..aina nak baby girl la"
"haaaaaaa????"
"boleh la mama"
sambil pikir mama jawab
 "hmm..nanti kalau ada baby, Aina tak boleh tido ngan mama dah, tak muat"
"eh..muat la, baby kecik je" dia balas.
"hmmm..nanti, kalau ada baby mama tak boleh dokong aina"
"takpe la...Aina kan boleh jalan sendiri..tengok ni" sambil jalan pusing-pusing depan saya.
"ermm..nanti kalau ada baby, Aina tak boleh duduk atas riba mama macam ni dah, sbb adik nak duduk sini"
"tapiiiii....*suara sayu sikit* Aina boleh duduk kat sebelah mama pegang kaki baby yer"

hahahahaHAHAHAHA..

Aina..aina..dia ingat nak dapat adik macam pilih anak patung kat kedai gamaknya, boleh pilih nak boy or girl kan.

sabar ye Aina :)

Monday, July 2, 2012

Hadiah kemenangan

Jumaat.
Ambil Aina, excited kemain tunjuk dia dapat hadiah sempena kalering contest dia tu.
Oh, ada hadiah rupanya. Ingat saja suka2.
Aku tanya:
"Hadiah apa tu..."
"Kaler mama" selamber dia jawab
Eh dia dah tahu hadiah yang dia dapat ke?? padahal masih berbalut. hahahah..lawak2

Taraaa...
Aina dapat nombor 2 :)

Masuk kereta.
kalut nak buka.
Walaupun dah tahu isi kat dalam.

Kan....
Ada kaler pensel.

Dan,
Note book juga.
Bagus, Aina memang suka menulis dan melukis sekarang ni.

Bila mama suruh posing.
Dan-dan tu awak buat2 tido yer dik!!
Noty noty Aina :)

Friday, June 29, 2012

Little Aina

Ok...
kita tinggalkan sejenak kisah vietnam tu yer.
Penat nak pilih gambar sebenarnya.

Hari ni nak cerita pasal Aina jap. Bagi yang tak tahu, Bulan 11 nanti, Aina genap 4 tahun. hehehe...

Sebenarnya Sabtu lepas Aina terjatuh, dan tak sangka pergelangan tangan dia retak sikit. Tapi biasa la, Aina kan lasak, sakit tu kejap je, pastu aktiviti dia umpama takde apa2 yang berlaku kat dia.

Nak cepat baik, doktor nasihatkan kena pakai penyokong tangan tu. So, meraung la budak tu. Drama sangat. Padahal bukan sakit pun.

Kelmarin masa ambik aina kat sekolah, teacher dia ada bisikkan kat aku yang semua budak-budak 4 tahun masuk pertandingan mewarna. Dan Aina dapat nombor 2. Teacher pesan jangan bgtau dia lagi. Sebab dia belum tahu.

Dan semalam, masa ambil dia, sesudah pakai kasut, terus dia cakap. 
"Aina dapat nombor 2 mama" sambil tunjukkan lukisan yang dia warnakan.

excited betul dia


1st place

2nd- Aina

3rd

bergambar kenangan

Pastu masa aku suruh berdiri nak amibil gambar tu. Macam biasa la, malu-malu pulak dia. Apa2 pun tahniah yer Aina, sebab walaupun tangan sebelah berbungkus, nak juga mewarna. :)

Monday, May 14, 2012

Selamat hari ibu

Semalam hari ibu. Walau ramai cakap tak patut sambut, tak patut raikan sebab dia hari memperingati mother theresa kan?? Tapi aku belum cari bukti kesahihan dia.

Btw, aku tak sambut pun. Memang tak pernah sambut. Cuma nak cerita pasal surprise yang Aliff katakan tu.

Hehehe... Memang tepat la tekaan aku.

Hari Jumaat lepas masa aku ambil dia kat sekolah pun dia dah excited tunjuk hasil seni dia kat aku. Terima kasih angah :)
Bukan setakat Aliff je. Aina pun ada buat kad comel jugak untuk mama.
Kat bahagian luar kad
Kat bahagian dalam pulak dilekatkan perkataan i love u mom. Walaupun terbalik, masih boleh baca. Bila aku tanya kenapa Aina lekat upside down ni?? Dia terus pusingkan dan jawab "sekarang dah betul" hahahahaha... Bijak-bijak. Terima kasih Aina:)
Abang long pulak, walau dia tak buat apa-apa, dia still wish mama "selamat hari ibu" terima kasih anak-anak mama. Mama sayangggg semuanya :)

Thursday, May 10, 2012

Sangat khusyuk

Semenjak dah dapat kebenaran drive balik sendiri ni. Rasa macam dunia ini ana yang empunya. Tak kisah kalau encik suami nak p gym hari2 pun. Tak pe, bagi dia chance tuk kuruskan badan, as long aku dpt drive balik sendiri dah cukup best dah. Hahaha *gelak riak*

Dan bila drive sendiri ni. Panjang la sikit langkah aku kan. Selalunya pas amik anak-anak, aku terus singgah tempat makan dulu. Tapi yang makan budak berdua tu je. Abang derang still kena cari tempat roti canai jugak. Nasib baik kat rumah ada jual. So, selalunya sampai rumah nanti singgah dulu beli tuk dia

Dan si abang bila tak makan, layan you tube la dia. Sangattt khusyuk tgk plants vs zombie. Apa yang best ntah la!!!

i love u one, two, three :)

Tuesday, March 27, 2012

Tak sangka

Malam tadi tengah sibuk melipat kain, Aina datang sambil membawa buku dan sebatang pensel. Dari jarak 1 meter dia tanya aku.
"mama, nama Aina ada satu A je kan" aku angguk. Dia memang selalu cakap macam tu. Pastu dia tanya lagi
"macam mana nak eja nama Aina?"
Aku terus balas "A", sambil mata aku tak pandang sangat apa yang dia tulis. Almaklum, dia baru 3 tahun 4 bulan. Pergi sekolah betul-betul pun start bulan 9 tahun lepas, takkan dah pandai tulis kan. Mesti macam biasa dia lukis-lukis kosong.
"pastu mama?"
"i" jawab aku ringkas.
"pastu?"
"n"
"Macam mana nak tulis 'N' ni?" dia tanya. Masa tu baru aku letak kain dan tengok apa yang dia tulis. Wahhh!!! Dia tulis betul la. Kali ni aku dah impress, terus aku ambil pensel dia dan tulis huruf "N" kat kertas lain sambil cakap "macam ni huruf 'N'". Dia angguk dan sambung tulis. Tapi terbalik. Hehehe... Takpe la. Its a good start by the way kan??
"dah ke mama?" dia tanya lagi.
"belum..pastu huruf "A".
"eh, nama Aina ada SATU je huruf A la" dia jawab bersungguh-sungguh.
"tak...ada DUA 'A', tak percaya tanya abang long, sambil aku cakap "abang long, macam mana eja nama Aina?" lepas abang long eja, baru Aina mengiyakan sambil tulis A. Dan hasilnya
Taraaa....

Pastu dah alang-alang, aku suruh dia tulis lagi dan lagi...hehehe



dia yang sibuk nak tulis nama abang dia "ALIFF"


Bijak-bijak. Alhamdulillah :)

Monday, February 13, 2012

Y pad

Apa itu Y  pad??
Ala..dia lebih kurang macam Ipad la sebenarnya, tapi sesuai tuk budak-budak 3-4 tahun kebawah camtu.

cool kan gambar dia??

Tapi kan, korang jangan tertipu tau, masa aku tengok gambar Ypad ni, aku ingatkan skrin dia boleh gerak-gerak macam Ipad betul tu. Rupanya tidak..dia hanya bersifat statik cuma. Dia punya fungsi lebih kurang macam lap top budak-budak jugak, untuk belajar huruf ABC, spelling, music dan fungsi biasa-biasa la jugak.

Aku ni terjebak beli sebab murah, kawan aku jual cuma RM25 sebijik. Memandangkan aku mempunyai anak kecik. Aku beli la 2 bijik. Ingat nak bagi kat anak buah aku sebijik. Tapi, bila bawa balik rumah, anak aku, si Aina, memang excited la..rupanya si abangnya pun tarik muka, sebab mama tak belikan untuk dia sekali, walaupun awal-awal sudah aku bagitau yang tak sesuai untuk dia, dia tetap tarik muka merajuk, nak jugak. Sudahnya, yang aku niatkan nak bagi anak buah aku, kena la bagi kat dia pulak. Nasib baik abang long pandai kontrol macho, konon tak minat. Tapi lepas adik dia dah puas main, nampak pulak dia cuba main secara sorok-sorok...
anakk...anak... macam2 pe'el kamu.

Thursday, December 1, 2011

Happy Birthday Aina - Versi sekolah

Amboii..mcm meriah betul sambutan hari lahir ke 3 anak dara aku sorang ni. Sebenarnya memang dlm perancangan tak nak buat pun kat sekolah. Tapi last minit tetiba abah Aina bersuara, katanya sian pulak kalau tak buat kat sekolah since cikgu2 Aina seawal masuk je bulan 11 dah tanya nak buat ke tak.. So, jalan. Tak payah susah2 pun sebenarnya, cuma beli la kek sebijik, pastu buat la goodies bag sikit kat classmates Aina, tak ramai pun..cuma 10 orang je termasuk Aina, pastu kalau ada gambar Aina sikit2 dari dia berusia 1 hari sampai latest bagi la kat teacher dia. Pastu yang lelain semua teacher dan pihak sekolah sediakan. Dari decoration sampailah ke makan. Tapi kalau korang ada bajet lebih, boleh je sediakan makanan sekali, cuma since aku buat tea time dan last minit, maka tak sempatla nak prepare masak tuk makan2 tu. Next time yer Aina.

Kalau aku tahu teacher Aina nak lekat gambar tu kat dinding, nak je aku kasi banyak2 lagi...hahaha..gila glamer betul mak Aina ni.

Sebelum acara makan-makan tu, Teacher Is, ajak semua classmates Aina duduk dalam bulatan sambil bercerita pasal matahari. Masa tu aku pun layan je la dengar. Sebab tak tau lagi hujung pangkal pasal matahari ni.

Tup-tup, dia suruh Aina pegang globe dan buat pusingan mengelilingi matahari sebanyak 3 kali, sempena genapnya usia Aina 3 tahun. Rupanya teacher dia tengah mengadaptasi pembelajaran sains. Masa tu teacher dia explain la, yang 1 tahun tu bersamaan satu pusingan bumi mengelilingi matahari..wahhh..bestnya...mak Aina pulak excited. Pastu, setiap kali genap satu pusingan. Teacher Is, suruh Aina stop kejap sebab nak dengar abah Aina cerita pasal Aina berdasarkan gambar-gambar Aina yang ada kat dinding tu dari Aina usia satu hari sampai Aina genap setahun. Sebenarnya Teacher Aina suruh aku, tapi errr...aku ni kan pemalu...errrrr..jadi aku passed tugasan tu kat abah Aina. Serius arr..aku mana reti nak bercerita ngan kanak2...Tapi abah Aina memang berkebolehan buat lawak jenaka sampai terhibur cikgu-cikgu Aina. >_<

Pas abih setahun, Aina pusing lagi. Pastu stop lagi. Abah Aina cerita lagi..sampai la kali ketiga..begitu la kekdahnya anak-anak.

Kali ni tetiba Aina nak kek Angry birds pulak. Seb baik ada. Walaupun cuma sugar paper. Jadilah kan. 



Aina dengan para gurunya.

dan juga rakan-rakan sekelas

ready for makan-makan. Siap pakai napkin lagi semua. 

Pas makan-makan..ada acara musical chair. Pastu bila dah abih. Teacher Is tanya...who is the winner??? Dengan bangganya Aina angkat tangan sambil lompat-lompat dan menjerit, "me...me..me". Menurut teacher Aina, memang Aina suka sangat musical chair, dan memang selalunya dia la pemenang. ish ish ish...anak sapa la ni??? Aina masa 1st two week masuk sekolah ni mmg hari-hari nangis, sebab dia takut dan tak paham cikgu cakap dalam bahasa inggeris. Tapi sekarang setelah hampir 3 bulan. Alhamdulillah, dia dah berani cakap sikit-sikit dan faham semua instruction dalam english.

Lepas tu Aina ditugaskan bagi goody bag kat kawan-kawan semua. Dan kemudian dengan tak disangka-sangka semua cikgu Aina bagi hadiah kat Aina jugak..wahhh...terharu betul. Walau last minit bgtau, sempat tu cikgu-cikgu Aina prepare hadiah tuk dia...suka la tu.


Ni la hadiah-hadiahnya, Terima kasih Teacher Alia, Teacher Is dan Teacher Diddy :).
Hari ni pun Aina masih terima hadiah dari kawan-kawannya. Best betul anak dara sorang ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...