Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Raja dalam genggaman akhirnya

Ingat entry pasal family day kat dusun hari tu??
hmmm..banyak buah masa tu, tapi seulas durian pun den tak dapek nak raso. 
Maka mengidamlah sehingga sepurnama lamanya. Bukan tak nak beli sendiri..tapi tak feel la makan sorang-sorang. Suami den ntah apa pesen ntah..doghian tak nak makan, tapi tempoyak suko lak dio. Tak paham sungguh den ngan dio. Anak2 pun macam tu..si Angah yang suka makan apa saja tu pun tak lalu durian....arghhh tak paham sungguh.

Tapi semalam aku betul2 dah tak tahan dah. Dah la Isnin ni puasa (motip??). Selalu balik keja mesti lalu kat tepi jalan yang org tengah jual raja buah tu. Bagi hint la kat incik suami suh benti jap nak beli sebijik. Suruh kakak penjual tu koyak sikit siap2. Maklumla kat rumah ada la pisau besar, tapi tak penah pulak aku gunakan sebagai pengopek durian ni.


Ni la dia..si raja rimba buah 

Budak dua orang ni eksyen je konon tak sabar nak tengok isi kat dalam.
Padahal tak makan pun.
Aina tu..tengah gosok2 tangan sebab dia tak sangka durian ni tajam kot..hahaha

Angah siap pegang lagi pastu cakap.. "ouch...tajam la jarum buah ni mama" uishh..ada ke jarum namanya, tu duri la wahai anakku. Si Aina lagi best..sebab terpengaruh ngan cerita Geng pengembaraan Upin Ipin tu, soalan dia memang terbaik..dia tanya, "mana hantu durian yang mama beli tadi?" hantu durian jadinya ye anak?? dia mmg minat ngan cerita hantu gamaknya. Satu lagi hantu kegemaran dia hantu kak limah tu..asal tutup lampu gelap je, dia mesti cakap "hantu kak limah tak de kan mama" adoi la anakku...

Tu dia isi dia...mantap-mantap...

Mama menggunakan sepenuh tenaga untuk membuka kulit durian sambil disaksikan Aliff dan Aina dengan peuh minat dan hairan. Sian anak-anak aku, ni first time depa tengok cara kopek durian..tu la..sapa suh jadi org Key El??

Jemput makan semua...
Sedappp...isi banyak..aku sorang pulak yang makan, korang ingat mampu ke nak abihkan semalaman??
Sudahnya..ke peti ais la jawabnya. Malam ni sambung makan lagi ye...Nyum Nyum..

Monday, July 11, 2011

Sedapnya....nom nom nom

Akibat terlalu sibuk dengan aktiviti family day department yang akan berlangsung hujung minggu ni, ditambah pula dengan kerja-kerja opis..khusunya time kena buat PRIME ni!! mengakibatkan keterlewatan makan tengah hari.

Lunch hour tadi pergi bandar kinrara, beli games tuk budak2 main. Dah la sesat2..aim sowiii ret!! aku tahu..aku bukan co pilot terbaEKK..huhuu...

Tengok2 jam, dah pukul 4 petang. Patut la perut asyik berdondang sayang. Moh terjah cafe tengok apa yang ada. Hasilnya...


Taraaa....


burger + telur + cheese...

Nom....nom...nommmm...

Wednesday, June 29, 2011

Nasi Mandhi - Wadi Hadramawt

Opis aku ni. Kalau dalam 2 minggu tak buat makan-makan, mesti ada something wrong somewhere punya. Semalam ada lagi makan-makan. Ni semua sempena senior2 eksekutif dapat kenaikan gaji dan elaun bulanan...depa je la dapat...kami orang bawahan ni tak dapat pun...huhuhu... Tapi sebabkan nak berkat...rezeki yang ada, eloklah dikongsi bersama. Tak gitu?? Aku pun nak berkat gak..sebab tu aku nak kongsi ngan korang semua gak...tapi kongsi gambar je la yer. Kalo nak rasa..pi beli sendiri...ngeh ngeh ngeh...

Nasi Mandhi dari Wadi Hadramawt Ampang sana


ada ayam, daging lembu dan juga kambing lah


Ada roti Arab jugak lah


bersama dhal dan sayur2nya


Tak lupa manisan pencuci mulut. Btw, kek tu ada sorang opiser lelaki baru kat opis ni yang buat..terer2...bujang lak tu..sape nak..sila amik borang.


Dah2...moh makan semua...

Thursday, June 23, 2011

nom..nom...nomm


Nampak sedap???
mmg sedap pun....terbaikkkk!!!
Tak tau nama apa masakan ni
Rendang bilis kot...

Itu lah masalah kat opis aku ni..
kejap2 ada makan2
ari ni ada pot luck..tetiba je lak tu

Bagus la kakak2 kat dept aku ni...
derang tau je adik2 mcm aku ni tak sempat memasak *alasan*
Tetiba datang opis, pagi2 dah kena sound suh stanby perutttt je tuk lunch...
BEST kan???

Eh...bukan lauk tu je...mcm2 ada kat pantry tu...tengah menahan perut je ni...
LAPAQ...lapaq...lapaq...

Friday, June 3, 2011

Puding roti ala Chef de' Jawa

Gigih malam tadi kami anak beranak dan cucu2 Hajah Noraini buat puding ni. Takde la payah. Senang giler, tapi sbb chef bertugas kena stop2 kejap dek kerana melayan anak dia Annur Insyirah yang ke'cranky'an malam tadi, maka ramai la pelakon pembantu kena take over.




Nak resepi???
Jap lagi aku bagi.

Tapi nak bgtau korang sumer, masa buat puding ni best giler..semua bekerjasama. Antara yang memainkan peranan penting malam td:

Pelakon utama
Adik perempuan aku = Chef de Jawa
Aku = Jurugambar dan penolong chef
Adik lelaki = Pembantu sambil menghabiskan apa2 makanan di dapor rumahku
Mak = Pemerhati dan penolong pembantu di saat2 kritikal

Pelakon pembantu
Annur Insyirah =  Paling memainkan watak utama walau hanya sebagai pelakon pembantu
Aina = Pemegang kaki mamanya dan menghalang lalu lintas didapor
Aliff  = Pemerhati paling setia sambil mengharapkan bila nak siap ni?? bila leh makan ni??
Amirul = Pemerhati saja tanpa tindak balas luar biasa




Dan untuk kawan2 di opis, aku dah tapaukan kat korang kalo nak rasa. Sila buka peti ais di pantry. Do help youself please...hehehe

Thursday, May 26, 2011

Pecah laju

hahaha...
tu kata zizan raja lawak.. terer la dia translate breakfast jadi pecah laju..kelakar la zizan tu..bertambah kelakar bila join ngan johan..kan kan kan??

EH, sebenarnya nak tunjuk kat korang makanan pecah laju aku pagi ni...

taraa....



Semua beli kat cafe opis. Tapi pandai2 la top up ikut kretiviti sendiri. Perghh..nak makan pun kena kretip konon... Mintak omelette, sosej dan letakkan cheese atas omelette yg masih panas...dan ianya mencair... WOW!! Sedappppp.  Jemu makan benda yang sama je kan?? tak nasi goreng, nasi lemak. Tak pun roti canai...uisshhh..bosan2.

Dan, hasilnya...amatlah sedap...

Cuma...tekak melayu...nak kena gak letak sambal.

Wednesday, April 6, 2011

Pelik...tapi benar

Alkisahnya...
makanlah kami seperti biasa
bertempat di cafe cuma
makanan di order lambatlah tiba...
sambil melepas geram pada sahabat setia
sambillah merembat makanannya

Makanan sendiri tiba
Dek kegeraman melanda...
makanlah seperti biasa.

Sesudah makan...

Erkk...Ret!!!
hahahaha...ketawalah aku berdekah2..
hampir sahaja hendak menghentak2 kepala di lantai juga

Ret pelik...
apahal ko??

Ko tgk la



aku makan pakai apa??
tak penah dibuat org...makan spegeti ngan garpu dan pisau!!

Seb baik kat cafe jer...
buatnya kat hotel!!
bikin menjatuhkan air muka sahaja!!


p/s: nasib la perasan pas licin semua...hehehe

Monday, April 4, 2011

Food Garden

Dah penat main...perut pun mula la berkeroncong minta di isi. Part ni ssh...mesti kena adil..nak cari tempat makan, mesti cari tempat yg ada jual roti canai kan? Kalo tak ..sian bang long. Selalunya, kalo pegi makan kat tempat yg takde jual roti canai, ktorg akan tapau siap2 roti tu kat mamak area rmh. Tapi kali ni, blasah je la bang long..sambil jalan2..sambil tu jugak aku pujuk bang long..bgtau kat dia bg ktorg makan dulu..pastu, balik nnt kita singgah beli roti canai kat bang long k!!

Puas pikir...terjejak kami kat Food Court di The Garden. Tempat tu derang namakan Food Garden. Best...luas...cozy...variety of food kat situ...

muka comot 2 bradik

Luas dan selesa...

Paling penting...ada jual roti canai!!! Wahhh...bertuah anak aku hari ni.. Masuk2 je kat food garden tu, terus nmpk stall roti canai tu. Apa lagi?? mama yg baik ni pun beli la 2 keping kat anak teruna dia.. Mama, abah dan aina makan nasik goreng...Angah lak makan kue teow goreng tak mo sayur dan tak mo pedas..tapiii...pelik!!! Ada papadom yu ollss!! hehehe


Dan untuk pertama kalinya Amirul order minuman!! Milo Ais lagi!! wooohooo...mak mana yg tak suka kalo anak dia yg selama ni cuma asik order air suam tetiba terbuka pintu hati nak order milo ais..dan minum sampai licin...perghh!! Impresif bang long!! keep up the gud work!! hahaha


3 bradik yg comot

Tapi harga adalah mahai...untuk minuman saja dah RM16. Tu belum masuk makanan. Tapi portion dia banyak..mmg kenyang gilerr la. ermm..berbaloi la kot price tu ngan portion plus tempat yg selesa kan???
amacam?? mengancam??

Thursday, March 31, 2011

Apa bendakah itu??

Balik semalam singgah Hajris tuk makan...pastu biasa la kan. Makan kat kedai mamak mesti dpt bil camni. 

memula terkebil aku tgk apa benda 1st item tu???
Pastu bila tau, aku tergelak2..dan snap and post dlm FB tya kat kengkawan apa yg derang rasa utk 1st item tu??


Dpt respon dr derang...best gak....
hehehe....

Tapi kan...sebenarnya benda tu adalah seperti dibawah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--



Tp mamak tu tulis ape ek?? sampai skrg aku sendiri tak leh translate...

Thursday, March 3, 2011

Hi-Tea

Kan dah cakap mmg hari ni rezeki murah betul. Dari pagi sampai petang, satu sen pun tak payah kuarkan duit tuk makan. Kalo pagi ada breakfast free, tgh hari ada lebih2 nasi lemak dan kuih. Tak baik membazir kan, so makan je yg tu, sbb nnt kul 3.30 ptg ada makan2 lagi.

Igt makan simple je...tp rupanya...tu diaaa....byknya makanan. Mmg kenyang sampai ke malam. Sebenarnya Hi tea ni, bukan dept aku punya. Tp adik beradik dept jugak la. So, kami ni, dijemput la tuk memeriahkan majlis. Tak baik menolak jemputan org kan...nnt kecik hati org tuu...

ada satay

antara makanan yg ada

tp aku makan byk ni je.. :)

Alkisahnya, mlm semalam, kawan aku sorang ni mmg kepingin betul nak makan satay. Kiranya hari ni hajat dia tercapai la. Tu yang makan sampai tak toleh kiri kanan tu...makan kenyang2 yer kak. Sok2, jgn ngidam sgt...ssh aku tau!!!

sedap kak??? hehehe

sape belanja breakfast ni???

Sape banjer oiii??? Ish2...kalo hari2 macam ni..leh gemuk la aku...tapiii..apsal tak gemuk2 jugak ek??? Makasih sbb belanja. Best la department aku ni, ada je baik hati nak bagi ktorg makan2. Pagi ni, sampai je opis dah nampak note kat buku register ada breakfast free. Dah nmpk nasi lemak. Sedap tau nasi ni. Singgit satu, sape nak rasa, sila rajin2kan beli pagi2 kat jejantas antara stesen komuter Bank Negara nak ke stesen LRT bandaraya. Kat situ la tempat nasi lemak ni dijual.


Ingatkan ada nasi lemak je..rupanya..mak aiii..ada banyak lagi kuih muih lain. Konsep pagi ni. Layan diri yer. Pandai2 la amik dan makan la kat mana2 yg korang nak makan. Tak larat dah ktorg nak hidangkan.


Dalam banyak2 kuih tu. Ada jugak kuih cinta hatiku ni. Kuih apa lagi kalo bukan tepung bungkuih... Tapiii..awat size dia dah makin kecik?? Ish2...tak puas makan. Sebijik tu... sekali ngap je... *ok..aku tipu*  Tapi mmg kecik la.

besar lagi tapak tangan aku

kecik kan???

Tapi yang penting...keenakan berkekalan...sedap!!! Jemput makan semua.



p/s: Pagi org belanja, ptg nnt pun, ada jemputan hi tea...errr...ada sape2 nak belanja aku ke lunch ni??? hehehe

Wednesday, March 2, 2011

Jalan2 cari pasal

Hehehehe...
Tak mungkin!!! byk lagi agenda lain aku nak buat dari nak cari pasal ngan org. Sebenarnya, lately ni aku suka tgk rancangan Jalan2 cari makan kat tv3 tu. Sejak Qushairi a.k.a Qi jadi pengacara rancangan tu. Makin best pulak JJCM ni. Nak2 tempat2 yg dia tunjuk tu takde la grand2 sangat kan?? Pendek kata, org2 berkedudukan sederhana mcm aku ni, kadang2 mampu la nak merasa kat tempat2 mcm tu. Kadang2 je la yer..hehe

Antara makanan yg menarik aku tgk adalah Murtabak singapore kat Bangi dan Kuih Pau tepi jalan je, kat Bandar Tasik Selatan *dekat ngan rumah hang ni Yanti* Maka Sabtu lepas, gigih kami suami isteri dan anak2 pi bangi semata2 nak rasa Murtabak tu. Takde la ssh sangat nak cari. Tapi sbb tak bp nak familiar ngan area bangi, maka kena la pusing2 sikit cari.

Sampai2 je, tgk ada ramai jugak org kat situ. Ni mesti penangan JJCM la ni. Kedai dia biasa2 je. Pastu aku pun try la order murtabak 2 layer. Sebab nak makan 2 org je. Pas rasa, aku rasa mcm tak berapa sesuai je ngan tekak aku. hehehe...sekali tu je la kot aku nak makan, next time namo dah. Aku lagi suka murtabak malaysia la. hehehe

ni lah rupanya

pencicahnya

minum ngan teh 3 layer...sedapnyaaa..dah lama tak minum


Next, ktorg pi pulak bandar tasik selatan sbb nak rasa keenakan Pau sorang pakcik ni. Pun, senang...sat ja jumpa. Tapi mmg betul2 dekat ngan rumah hang Yanti...dua hari berturut2 aku pi beli Pau kat pakcik ni, macam2 perasa pau pak cik ni jual. Ada pau kaya, kelapa, ayam, daging, sardin, black pepper dan ikan bilis. Pak cik tu pun ada jual putu piring gak. Tapi aku tak beli pun. Sebab ari tu cuma rasa nak makan pau je.

gerai tepi jalan je..tapi org tak putus2


1st day aku beli pau kaya, kelapa,ayam dan daging. Semuaaaaa sedapppp!!! Aku ni, mmg tak reti nak makan pau perasa lain selain kaya dan kelapa. Tp kat KL ni payah nak jumpa inti kelapa selalunya ayam ngan daging tu banyak la kan. Aku suka pau kelapa sbb masa aku kecik2 mak aku mmg suka buat pau  inti kelapa ataupun kacang hijang...sekali sekala tukar kacang merah...Pau mak aku mmg sedapp..terbaikkkk!! So, bila pakcik ni jual pau kelapa, for sure aku beli, sbb mengimbau kembali zaman kanak2 aku kan!!! :)

gebu kan??




Kalo first day beli serba sebijik je, tapi second day, terus beli 7 bijik, gara2 sedap. Aku sorang je makan 5 bijik!!! hahaha...muka hari tu dah mcm pau dah :).

Wednesday, February 23, 2011

Oreo

Korang penah makan oreo??
Aku tak baper nak suka..sbb rasanya bagi aku manisss sangat.

Tapi baru2 ni ada oreo baru. Oreo Ice cream. Sbb tgk iklan best. Pastu budak2 pompuan yg belakon iklan tu pun cun2 belaka. Aku pun cam terasa2 nak rasa plk. Pengaruh iklan betul aku. Tapi tak nak la beli dulu, sbb takut tak abih kan.



Tiba2 balik keja satu hari, angah cakap...
"Mama, angah nak oreo baru tu, yg sejuk2 tu" *sambil buat gaya mcm budak dlm iklan tu* hehehe
"Angah nak cicah ngan susu"
Huh!! bagus, ada alasan tuk aku beli :)

Aku pun beli la 2 paket. Sbb angah mmg suka makan oreo yg biasa tu. Sampai rmh terus buat susu tuk dia cicah. Pastu aku tanya dia sejuk tak angah?? Dia jawab "tak sejuk pun, pedas la mama" Aik..mcm mana leh pedas lak?? Pastu aku suh Aina rasa, Aina pun tak suka.

Tangan si tembam Aliff..tak nmpk lak oreonya


next model...Aina!!! Baru nmpk oreo :)


Sok pagi bawa lagi satu pack dtg opis. Sbb kawan sebelah aku suka makan oreo. Pastu eksaited suh dia rasa. Dia pun cakap tak sejuk. Bila aku rasa, hmm..mmg tak de la sejuk pun...hahaha..imaginasi je lebih.. Cuma dia rasa mcm gula2 berangin tu je..boleh la kalo nak try. Tapi, kat opis ni tak abih..kat rmh pun tak laku2... :)

Tuesday, February 22, 2011

Nasi Lemak Tanglin Original

Ingat lagi entry ni???

Kisah makan nasik lemak kat bangsar tu...haa...baru2 ni, sblm pergi Taman burung, ktorg isi perut dulu kat Nasi Lemak Tanglin. Tapi bukan kat Bangsar sana. Ni kat tempat asal lahirnya nasik lemak tersebut. Kat mana lagi..dah tentu la jalan tanglin. hehehe


Tempat dia, kalo korang nak tahu, betul2 kat depan Poliklinik KomunitiTanglin. Dan sejak dr hari tu baru aku tau yg nasik lemak tanglin ni berasal dari situ rupanya. Aku ingatkan nasi lemak ni kat area shoping complex Tang ling tu..hehehehe...padayapaa..



Dia macam food court je. Tapi aku makan kat area belakang kedai, sbb kat depan dah penuh. Kat situ glemer juga ikan bakarnya. Tapi aku belum penah rasa. Jadi tak tau la sedap ke tak yer. Len kali kalo aku try, aku buat review kat sini... Wah!! mcm pengacara jalan2 cari makan lak yer. Tapi aku tidak dibayar hatta satu sen pun semua adalah percuma...

bukan nak tunjuk gambar Aina yer..tp nak tunjuk area belakang kedai je..Aina cuma jadi model tak berbayar mama dia..

tengok..tengok...mat saleh belakang Aina tu pun makan nasik lemak tau!!! Kita lak sebok nak makan spegeti  bagai *ditujukan khas utk diri sendiri*


budak ensem ni, mmg nak sentiasa ensem je... tu monyok sbb makanan tak sampai lagi...
Perasan tak..kat belakang tu la operasi pembakaran ikan dilakukan... 


gambar budak tak makan nasik ni pun kena letak gak...nnt kecik ati dia...


Dan dah tentu, makanan kat sini adalah jauh lebih murah dari kat Bangsar sana. Tgk kedai pun dah tahu kan?? Tapi...lebih sedap kat sini. Sambal dia mmg terbaik la...walau aku tak minat sangat nasi lemak. Tapi aku masih boleh bezakan nasi lemak yg sedap dan tak sedap. So, leh la repeat lagi pas ni.

Nasi lemak ayam goreng. 

Nasi lemak sambal sotong

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...