Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Sesi buka rumah

Hari Ahad baru2 ni kan. Aku ada la buat sikit jamuan makan-makan. Tak ramai pun jemputan, cuma terhad kepada kawan2 seopis dan beberapa kawan sekolah dan of course my bff. Thanks korang yang sudi hadir, yang tak dapat hadir pun tak pe, aku faham...hujung2 syawal ni banyak open house kan...aku ok je.. :)

Open house aku yang tak berapa nak open ni, aku memang dah limitkan dari kul 11 pagi sampai kul 4 petang je..tepat 4 petang aku akan tutup pintu rumah, hahahaa...kejam kan?? Tapi aku terpaksa buat camtu kononnya la, sebab esoknyakan keja?? Tapi, mana sampai hati nak buat camtu kan?? Sudahnya, kul 10 malam baruuuu tetamu terakhir balik dan aku pun dengan rasmi menutup pintu rumah.

Penat tu tak payah cakap la...memang tahap flat giler dah, tapi bila tengok kawan2 makan dengan berseleranya, hati rasa puas :). Menu utama aku hari tu adalah nasi tomato, ayam masak merah dan acar timun. Pastu aku buat jugak roti jala dengan kari ayam, puding roti (maaf kat kawan2 yang datang awal2 tu..lupa nak keluarkan dari peti ais), popia goreng serta nugget dan ayam goreng. Semua tu aku masak sendiri dengan bantuan suami tercinta sebagai chef kedua.

sebahagian juadah...




Dari malam ahad lagi, ktorg berdua dah bertungkus lumus sediakan bahan2 untuk memasak. Soknya pagi2 lepas subuh terus ke dapur masak segalanyaa. Nasik tu aku buat 2 kilo, tapi kena masak tiga kali sebab periuk nasik aku kecik...tunggu la bonus nanti aku cita2 nak dapatkan sebijik periuk nasik besar. Tapi ada ke bonus??? Roti jala pulak, mulanya aku buat sekilo tepung je, tup2 dalam kul 4 camtu, dah tinggal sikittt sangat..terpaksa biar encik suami melayan tetamu dia masa tu, dan aku terus kedapur menjala lagi. Maka, buatla lagi setengah kilo. Tapi Alhamdulillah, semuanya habis...laku betul. Pasni leh buka kedai makan la kot. hahahah...



Kat korang yang tak dapat jemputan dari aku dan suami tu, maafkan ktorg ye, tak termampu nak jemput ramai, nanti next time aku jemput korang lak. Tapi kalau tak jemput pun tak salah pun kalau korang datang. Silakan je..apa yang ada aku jamu la kan.

Wednesday, September 14, 2011

Konsep katanya...

huwaaa!!!...mood update memang merudum dengan teruknya..sian korang kan?? Tapi apakan daya..ni la akibat makan banyak sangat selepas raya. Segala2 malas belaka...hahaha..sila salahkan pada open2 house di sekitar aku.

Ok...meh nak cerita konsep atau tema baju raya aku sekeluarga tahun ni. Sejak anak dah besar-besar ni, agak susah nak 'mensedondonkan' baju raya. Mula-mula ingat tahun ni nak buat konsep "pepel in love". So,awal2 dah tempah baju kurung pepel untuk aku dan Aina. Geng2 laki kendian takpe..cari baju siap je senang. Dah alang-alang menempah tu, terrrr tempah sekali baju kurung putih dan pink jugak untuk aku dan Aina. Well, biasa la kaum hawa ni kan, sepasang mana cukup.

Tiba dekat nak raya, anak-anak teruna request nak baju raya ikut favourite kaler masing-masing. Amirul nak kaler merah, Aliff lak nak kaler biru. Sudah...abih la lari konsep yang mama derang dah tetapkan awal-awal kalau camni. Gelak saja incik suami, dia kata..takpe la..tahun ni kita buat konsep warna warni...Hmm..blasah.

Tiba giliran baju untuk abah derang, dengan senang hati incik suami cakap, "tak payah la, baju tahun lepas elok lagi kan..lagi pun konsep kita kan warna warni,pakai je la yang tu" pulakkk...baju tahun lepas kaler kuning. Blasahhh lagi..

Sehari sebelum raya, tengah packing barang nak balik kampung kat kuala selangor (giliran incik suami) tetiba nampak ada baju merah,biru dan kuning..terus terpikir...eh!! tahun ni raya dekat ngan merdeka la, so terus terdetik capai baju kurung putih untuk aku dan Aina.

Hasilnya di pagi raya.
Taraaaa.................


Konsep jalur gemilang sempena merdeka-raya katanya.
Kretif kan mama derang??? hahaha..kredit tuk diri sendiri. Bang Jib dan kak Ros nampak ni, sure menitis air mata gembira ni...sebab patriotik sungguh keluarga ini. Ahaks!!!

Selamat Hari Raya koranggg :)

Thursday, September 8, 2011

Cerita raya

Ya rabbi...malasnya aku nak update sebarang bentuk cerita sebenarnya..padahal dalam kepala ni beratus-ratus benda nak distorikan. Nanti2 la yer. Tunggu ada mood yang baikkk...dan kalau rajin aku cerita la secara detail.

Tapi kali ni aku nak cerita pasal photoshoot raya kat kampung aku. Wahhh photoshoot la sangat kan?? Maksud aku sebenarnya adalah bergambar beramai-ramai secara berjemaah. Selama hampir 9 tahun aku kawin ni, tahun ni adalah tahun kedua kami boleh amik gambar disertai semua ahli keluarga. Sebelum ni memang payah melampau la nak jumpa semua sekaligus apatah lagi nak bergambar, maklumla masing-masing dah berkeluarga, so paham-paham la kan. Eh..chopp..ada 2 lagi anak teruna dalam keluarga ni.


Tahun ni kami dapat berkumpul semua sekali pada hari raya ke-3. Tu pun sattt ja..pastu masing-masing bawak haluan. Tahun ni, gambar adalah agak senonoh sikit kalau nak compared ngan tahun lepas. Senonoh di sini maksud aku adalah semua pakai baju raya.


Cuba tengok gambaq tahun lepas, dah la kelam kabut nak solat maghrib, pakaian pun..baju basahan kat rumah ja..aku la yang paling teruk sekali tu...maklumla sibuk dok dapoq ja kan. Tapi dalam kelam-kabut amik gambaq tahun lepas macam-macam aksi terjadi..lawak bila diingat.

Kedudukan orang dewasa untuk tahun ni dan tahun lepas adalah sama, cuma kedudukan kanak2 sedikit berubah.

So adik-beradikku semua...tahun depan kita buat yang lebih baik...dan PASTIKAN kedudukan masih di tempat yang sama sampai kita semua tua..hahahaha


p/s: Farhi...hang nampak dak perbezaan saiz kak hang ni?? mana ada kuruih kering cam tahun lepas dah?? hahaha

Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri Minal Aidil wal Faizin

Salam.
Dikesempatan ini, saya sebagai tuan rumah kepada blog ini, mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua saudara mara, sahabat handai, kenalan jauh dan dekat serta semua pembaca blog ini, walaupun korang adalah silent reader. (Kenapa silent ek?? tegur-tegur la..saya tak makan orang.. :p)

Tuan rumah dan incik suaminya

Maafkan saya andainya kata-kata yang pernah saya coretkan disini membuat hati anda terguris. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

permata hati beliau

Ibu dan anak daranya.


Berhati-hati di jalanraya,
Semoga anda Selamat Tiba,
Ucapan Selamat Hari Raya,
Dari AKPFAPAF untuk anda.....

Thursday, August 25, 2011

Hadiah hari raya

Semalam cuti.
Hari ni jadi malassss sangat nak masuk opis. Ikut hati nak terus cuti je dok rumah buat kuih raya. Hahaha.

Tapi sampai je kat opis nampak kad raya ni. 1st virtual kad raya tu...terharu betul..


Buat si pengirim, Puan Ila, Terima kasih banyak-banyak yer. 
Selamat Hari Raya untuk awak dan keluarga juga. Maaf Zahir batin.



Pastu ada tupperware siap ngan riben lagi...
Terima kasih banyak-banyak kak Farina, setiap tahun ada je pemberian dari akak. Moga murah rezeki untuk akak dan keluarga.


Siap ada muffin dalam tu...nyummy...mesti orang yang paling suka adalah Aliff. :)

Friday, August 19, 2011

Kuih ke biskut??

Semalam kan...lunch hour, gigih pergi Bangsar Village Mall semata-mata atas satu tujuan. 

Nampak tu??? Banyaknyerrrr..best...dan nampak sedap. Nak rasa tak boleh. Jadi guna imaginasi rupa untuk menilai kesedapan semua jenis kuih kat situ.

Satu box tu RM19. Ada dlm 36  bijik kot. Mahal kan???

Yang ni cheese biskut. Sape hantu cheese macam aku..mesti suka benda2 yang ada inter-related ngan cheese ni. Nyum nyummm...

Yang ni pulak balang besar harga RM32. Ni biskut Kurma. Aku ni tak minat sangat kurma. Tapi beli la, nak rasa.

Wah-wah...tekun tu...nak kena buat pilihan yang bijak.

Ini hasil tangkapan aku semalam.

Tapi aku beli murahhh...kalau kat sana harga dia satu bekas kecik RM19 kan? Tapi aku cuma perlu bayar RM18 untuk 2 bekas tu. Untung kan?? Untung kan?? Hahaha..nak tau macam mana aku dapat harga macam tu?? 

Sebab benda ni lah...

Sorry, aku tunjuk benda yang korang dah missed. Tapi kat situ la aku dapat. 


Biskut dia memang sedap la. Meh aku tunjuk close up antara biskut-biskut yang aku beli smlm

Crispy Almond - 27 pieces


Peanut Butter Cookies - 30 pieces


Kurma Delight - 27 pieces


Buttery Almond Bars - 36 pieces


Chocolate Strawberry Cones - 30 pieces
Biskut ni selalu tak sedap sgt. Aku beli pun sebab budak2 suka. Budak2 tu anak2 aku la. hahaha..rupanya yang ni memang sedappppp... argghhh..rasa strawberinya

Gambar biskut-biskut tu aku amik kat website dia.


So korang kalau nak deal-deal yang best camni, silalah men'sign up' diri sendiri kat milkadeal. Memang berbaloi-baloi!!!!

Saturday, September 18, 2010

Setelah sekian lama

Hola....mcm mana Raya?? Best?? Bagi saya tahun ni, raya mmg lain dari yang lain. Macam2 cerita berlaku. Suka duka..semua ada..Tapi walau mcm mana pun, kegembiraan pastinya mengatasi kedukaan kan..

Diam tak diam, hari ni dah hari sabtu, esok ahad. Lusa lak kena masuk opis balik..huarghhhh..tak sukanya rasa. Kalo ikut hati..nak sambung cuti lagi. Tapi pastu saya nak makan apa kan?? Pasrahhh!!! Dah nama pun pekerja kan. Kena la keja betul2 walaupun mood beraya masih menebal.

Puas balik raya kali ni. Lama betul saya kat kampung sendiri. Puas makan ketupat palas cicah gulai daging..nyummy..sedap betul!!

Raya kali ni jugak, dgn tak semena2, keluarga besar saya dapat mengambil gambar raya secara penuh. Semua ada. Walaupun acara bergambar ni adalah tak dirancang. Tapi at least ada gambar raya sekeluarga dah cukup puas bagi saya. Mmg payah nak jumpa semua sekali serentak. Maklum lah masing2 dah berkeluarga.

Keluarga besar Ustaz Ahmad


Kalau tgk gambar raya ni, mmg nak tergelak betul. Tgk pakaian masing2 pun dah tau, bukan baju raya. Rasanya yang pakai baju raya cuma adik perempuan saya je. Tu pun sbb dia memang nak pergi balik ke rumah mertuanya. Kami yang lain semua pakat2 pakai baju rumah je. Ada jugak pakai t shirt dan track suit, tak ubah baju nak tido je..hehehe. Tu la dia. Semua ni jadi sbb time is limited. Dah la amik gambaq time maghrib. Mcm2 betul kejadian. Dgn budak2 tak mau dok diam lagi. Mmg kesabaran agak teruji. Namun dapat jugak sekeping gambar ni untuk kami sekeluarga abadikan bersama. Ntah bila tahun lagi dapat ambil gambar ramai2 mcm ni.

So apa cerita raya korang?? mesti best kan??

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua, diam tak diam dah 29 hari kita berpuasa. Insya Allah kita bakal sambut hari raya pada hari Jumaat ni. Walaupun ada ura2 kononnya raya hari khamis kan?? Takpe..sama2 la kita tunggu penyimpan mohor besar diraja umumkan malam ni k. Kalo betul nmpk anak bulan, mmg gempak la kan..hehehe



Di kesempatan ni saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sudi baca coretan di blog saya yang merapu ni. Maaf kalau ada salah dan silap saya selama ni. Kot2 buat korang terasa hati ke apa. Tp coretan saya ni, mmg tak penah ditujukan khusus kat sape2. Tp biasa la kan. Manusia ni, kadang2 terasa tak tentu pasal. Saya pun ada perasaan macam tu jugak. hehehe.

Bagi yang memandu pulang, hati2 di jalan raya. Jangan lumba2 kat hway tu. Ingat, kepulangan kita kan dinanti keluarga. So biar lambat sampai dari langsung tak sampai. Saya pesan ni tuk diri saya dan keluarga jugak. Insya Allah, sok pagi saya pun akan pulang ke desa tercinta nun di utara sana. Doakan saya selamat pergi dan balik. Rindu sangat nak makan ketupat palas cicah gulai daging mak saya. Sedapnyaaa..ishh terliur dah.

Ok. Sampai jumpa lagi di minggu depan. Jaga diri dan keluarga elok2. Buat kawan2 yang nak datang jumpa saya, silakan. Jangan malu dan segan yer.

Monday, June 7, 2010

Persiapan Raya

Korang dah buat persediaan utk lebaran?? Hahaha..cam yo yo orr je kan. Skrg baru awal bulan 6 dah terkocoh2 aku tanya soalan tu. Bukannya apa..kalo kat KL ni, aku rasa, aku dah terjatuh dalam kategori lambat dah kot. Org lain ntah2 dah siap tempah semua. Aku lak br hari Khamis lepas g cari kain. Pastu hari Sabtu, ktorg g MARA tuk tempah baju.

Kiranya, selepas aku kahwin ni, ni pes time aku tempah baju raya tuk aku, suami dan anak2. Raya2 sebelum ni, ktorang beli siap je. Tapi tak tau sbb apa, tiba2 tahun ni, teringin lak nak merasa baju tempah. Tak pe la kan. Sekali sekala.



Ukuran diambil tuk anak2 dan abahnya


Nak dijadikan cerita, rupanya nak menempah baju kurung utk anak dara aku tu, agak sukar yer. Bukan semua tukang jahit nak jahitkan baju budak. Tapi nasib baik la, terjumpa sorang kakak ni dan dia sanggup nak jahitkan. Bayaran tuk Baju kurung Aina RM45. Tapi masa nak ambil ukuran tu, satu lagi cabaran terpaksa ditempuhi. Punya la susah, maklumla, anak dara aku ni pemalu. Mana mau org2 tak dikenali sentuh dia sembarangan. Punyalah meraung dia..isk..isk..sian kakak tu. Terpaksa diumpannya dgn kismis. Tapi tak jalan. Kismis dipegang, tapi raungan still maintan kuat.

Tengok la dia, pas sudah ukur, duduk diam sambil makan kismis

Monday, October 8, 2007

Duit lagikk

Hehehehe..suker betul idup aku posa tahun ni..jumaat lepas..walaupun aku ada moody..sbb ada la satu perkara yg membuat hidup aku tak keruan...tak suka betul bila org tak reti nak appreciate apa kita buat...dan tak suka betul bila ada saja kaki bodek yg sll dpt perhatian..kan ret kan..tapi biarlah semua itu berlalu...isk..tak nak aarrr citer pasal benda tu..

Nak citer psl duit sebenarnya..duit raya lagila..hehehe...apa?? korang tak caya?? PERCAYAlahhhh..hehehe..tuk kali keduanya..ex boss aku yg digemari ramai telah menghadiahkan duit raya sebanyak RM100 pada jumaat lepas kat org2 terpilih sajer...iaitu aku, ret dan k.een..memula tu mmg tak sangka..actually..mmg dah lama ktorg bertiga plan nak belikan something kat dia sbb dia selalu sgt banjer ktorg mkn..so Jumaat lepas ms lunch..kuarla aku dan k.een tanpa ret..(sbb ret pun moody gaks..) pi medan mara belikan kuih muih yg sedap2 tuk diberi kepada ex boss kami ni...lepas dah dpt apa yg dicari..pulanglah kami ke opis..

Tengah kalut2 masukkan kuih2 tu dlm paper bag...ex boss kami muncul..sambil menghulurkan sampul duit raya...ishh apa ni..malunya aku nak amik...tapi amik gak la kan..kang org ckp tolak rezeki lak...heheh:)..pastu kami pun hulur la kat dia kuih2 raya tu..dia pun nampak malu dan terkejut nak amik..dia kata "ishh apa ni??"..hehehe tapi tu je la yg mampu kami buat tuk balas budi baik dia tu...semoga raya tahun ni..bermakna buat dia dan keluarga..hehehe..dlm angan dan sedar ni..rupa2nya..aku dah dpt duit raya sebanyak RM250...tak sangka btl dah jadi mak org pun still dpt duit raya...moga2 murah rezeki aku dan keluarga aku tahun ni...aminn..

Thursday, October 4, 2007

Kisah Semalam

Selamat Hari RAYER..yey yey nak raya dah...cepat betul posa thn ni aku rasa..tup2 dah nak raya kan...tp baju raya aku..satu pun belum ada..guano ni?? cam ner nak rayer?? isk..isk..ada ke sesapa yg baik hati nak sponsor baju raya kat aku tahun ni?? hehhehe..dialu-alukan ok...:)

Oklah sebenarnya nak citer kisah smlm..byk betul kejadian yg berlaku dari pagi semlm sampailah mlm sebelum tido mlm td...semalam aku bz sesangat..tak dok diam la..dari pagi dah kena pi putrajaya..ada keja kat MOF sikit..pastu balik..sambung buat keje opis..pastu lunch hour projek ngan geng buat kuih raya..sambung tradisi tahun lepas..terkejut ekk?? biasa la tu..buat kecil2an..utk diri ktorg sendiri..bukan amik tempahan ok..ala..bkn kuih yg ssh pun..senang je..popia riben tu je..hehehe..jgn la terkejut sgt..bknnya buat almond london ke apa..:)

Itu ok lagi..lepas lunch..mcm biasa bz tak hengat dunia..tup2 baru sedar dah kul 4..hubby msg tanya dah beli lauk ke?? alamak..lupa la..mcm mana nak berbuka ni??? tak pe..tak pe katanya..kita buka kat umah mak (mertua aku la tu)..kita beli je lauk kat bazar kat umah mak..pastu bebrbuka ngan derang..lagipun mak cuti hari ni ..so mesti mak masak..kata suamiku..aku pun dgn senang hati setuju je la...dan smlm gak la aku blk lambat sikit dr opis...sebab bz la kononnya...tak suker tau..

Tapi sesampai je umak mak..tgk dari kejauhan keta abah tak de..ishh..ms tu dah kat kul 6..tanya adik ipar dia ckp derang blk kg...rs hati mcm tak sedap dah..tapi tak pe...aku hangkut hero2ku pi bazar..beli nasi lemak bungkus (hubby nak sgt ni...hehehe..sedap bang??) 7 bungkus...roti jala sikit..pastu bunga api kat hero2ku...kononnya ok la tu..buat alas perut ..sbb for sure mak mertuaku blk..dia belikan apa2 tak pun buat nasi goreng ke..kata suamiku lagi. Balik dari bazar je..adik iparku ckp mak ngan abah tgh sangkut dlm jammed..ha sudah..jam dah kul 6 lebih...nampak gaya mmg mkn nasi lemak je la..hehehe..Dan seperti yg diduga..pestime dlm hidup aku...berbuka dgn nasi lemak bungkus.. wakakaka.. lawak pun ada.. tapi redha je la..itupun dah kira rezeki kan...

Lepas berbuka..ajak hero2ku main bunga api...adik mcm biasa la..terover berani...abg long lak..penakut..hishh budak sorang ni... disebabkan keberanian adik yg melampau..maka melecurla tangan adik sbb dia nak bkr sendiri bunga api...dan disebabkan terkejut tgk adik yg hampir membakar tangannya itu..maka suamiku yg sedang bermain bunga api..tanpa teragak2 cuba bertindak menjadi ketua hero dan cuba menyelamatkan tangan adik..tanpa disedari..bunga api ditangannya melecurkan lagi keadaan tangan adik yg sedia ada....ishh...sib baik adik kuat..nangis jap je..dan lecur tak teruk..pastu sambung main lagi..bila bunga api dah hampir abis ktorg kejekan..barulah abg long berani sikit nak main..ktorg pun bg la dia habiskan..bila dah abis..dia nak lagi lak..abg long ni..suka buat peel tau..tadi ms bunga api tu byk..nangis tak nak main..ni dah abih nangis nak lagi lak..ishh..budak bertuah ni...suker buat mcm ni tau.

Dah tak reti dah nak pujuk...ktorg biar je dia..kejam tak??? hehehe..budak2 mcm tu la tak leh bagi muka sgt...tp wan dia lak usaha pi beli lagi..sian wan..tp ktorg tak main dah pun simpan tuk mlm ni je la..msk solat..pastu blk...sampai umah konon2nya plan ngan hubby nak mkn megi la..tapi kena tidokan anak2 dulu..kalo tak derang pun nak..tak elok la kan budak2 mkn megi...mak bapak budak tak pe..hehhehe..maka msk la bilik tuk tidokan mereka..ms tu dah dekat pkl 11 mlm..kononnya lepas derang tido..ktorg nak mkn megi la..tp akhirnya..bkn derang je tido..malahan kami sekeluarga tido...mkn megi dlm mimpi je la..:). Sedar2 dah 5.20 pg...hmm sahur minum milo je la bang yer...hehehe...sekian je la citer ku tentang hari ke 21 posa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...