Tuesday, September 27, 2011

Sesi buka rumah

Hari Ahad baru2 ni kan. Aku ada la buat sikit jamuan makan-makan. Tak ramai pun jemputan, cuma terhad kepada kawan2 seopis dan beberapa kawan sekolah dan of course my bff. Thanks korang yang sudi hadir, yang tak dapat hadir pun tak pe, aku faham...hujung2 syawal ni banyak open house kan...aku ok je.. :)

Open house aku yang tak berapa nak open ni, aku memang dah limitkan dari kul 11 pagi sampai kul 4 petang je..tepat 4 petang aku akan tutup pintu rumah, hahahaa...kejam kan?? Tapi aku terpaksa buat camtu kononnya la, sebab esoknyakan keja?? Tapi, mana sampai hati nak buat camtu kan?? Sudahnya, kul 10 malam baruuuu tetamu terakhir balik dan aku pun dengan rasmi menutup pintu rumah.

Penat tu tak payah cakap la...memang tahap flat giler dah, tapi bila tengok kawan2 makan dengan berseleranya, hati rasa puas :). Menu utama aku hari tu adalah nasi tomato, ayam masak merah dan acar timun. Pastu aku buat jugak roti jala dengan kari ayam, puding roti (maaf kat kawan2 yang datang awal2 tu..lupa nak keluarkan dari peti ais), popia goreng serta nugget dan ayam goreng. Semua tu aku masak sendiri dengan bantuan suami tercinta sebagai chef kedua.

sebahagian juadah...




Dari malam ahad lagi, ktorg berdua dah bertungkus lumus sediakan bahan2 untuk memasak. Soknya pagi2 lepas subuh terus ke dapur masak segalanyaa. Nasik tu aku buat 2 kilo, tapi kena masak tiga kali sebab periuk nasik aku kecik...tunggu la bonus nanti aku cita2 nak dapatkan sebijik periuk nasik besar. Tapi ada ke bonus??? Roti jala pulak, mulanya aku buat sekilo tepung je, tup2 dalam kul 4 camtu, dah tinggal sikittt sangat..terpaksa biar encik suami melayan tetamu dia masa tu, dan aku terus kedapur menjala lagi. Maka, buatla lagi setengah kilo. Tapi Alhamdulillah, semuanya habis...laku betul. Pasni leh buka kedai makan la kot. hahahah...



Kat korang yang tak dapat jemputan dari aku dan suami tu, maafkan ktorg ye, tak termampu nak jemput ramai, nanti next time aku jemput korang lak. Tapi kalau tak jemput pun tak salah pun kalau korang datang. Silakan je..apa yang ada aku jamu la kan.

5 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

terror la farihah...
masak sendiri lak tu...
jemputan leh tahan ramai....
erin belum ada kekuatan utk memasak dlm kuantiti yg banyak...
belum pro lagi hehehe :D

thank you atas jemputan... kami sekeluarga tak dpt dtg disebabkan 'pilot' tak sihat... hidung sot sret sot sret... pilot flattt....

Farihah said...

takde la terer mana pun erin, biasa2 je. Ni pun pestime masak banyak ni, takut gak terkurang rasa kat mana2. hehehe.

Takpe, faham, kalau tak datang tu mesti ada sebab kan :)

Mya said...

tq for the invitation farihah.
sedap ayam masak merah tu. pedas!

BONDAROCK said...

Farihah ... uhu ... sori xdpt mai. Tp Jumaat depan ... akak tebus balik eh? :D

Farihah said...

Mya,
sama2..
ala..takde la sedap mana pun

Bondarock,
tu la..
sedih la kak...huhuhu
tp sbb jumaat ni akak tebus balik, kira ok la..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...