Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Istagram melalui PC

Korang ada Instagram??
Korang layan Instagram??

Saya dah lama ada account Instagram ni. Dulu-dulu tak layan sangat. Tapi lately ni rasa lagi selesa post gambar kat Istagram dari post kat FB. Kat situ rasa lebih privasi, sebab saya memang privatekan account saya. Hanya saudara dan kenalan tertentu saja yang saya approve sebagai follower.

Dan pagi semalam kawan saya dpt notification bgtau Instagram dia dah boleh view dari web. Dan dia cuba..memang ada. Tapi saya try saya punya account...takde. hampa jap.

After lunch semalam saya pulak dapat notification seperti gambar ni, bagitau yang saya punya istagram account dah boleh view from web. yeeeehaaaa!!!



Sama je macam korang view dari phone. Cuma kat web lagi besar dan puas nak telek dan belek kan.



Paling penting.
Boleh komen.
Boleh like.
Boleh tag.

Cuma nak insert symbol belum ada..ok..maybe pihak istagram buat part by part kot.

Then, saya try nak tengok account kawan saya yang lain pulak. Tapi rupanya masih belum ada. Soon katanya. Hanya gambar ni yang muncul.


So korang yang ada account instagram. Try la check korang punya account kat web k. Senang je. kat address bar just taip www.instagram.com/nama account IG korang

Selamat mencuba dan bergembira :)

Thursday, May 3, 2012

Jiwa yang kacau

Hidup ni macam roda, kadang atas kadang kat bawah...tapi pelik bila orang lain tak senang lihat orang lain bahagia. Sepatutnya sebagai kawan mahupun lawan, kena jauhkan diri dari berprasangka buruk. Hidup kena sentiasa positif. Dari berfikiran positif tu baru ketenangan akan datang secara lahiriah dari diri kita.

Henti-hentikanlah sikap suka memutar belitkan cerita. Kena ingat, hari ni mungkin kita di atas, tapi mana tahu..tiba-tiba kita tersadung kaki dan terus rebah kebumi. Masa tu pada siapa lagi kita nak harapkan?? Entah-entah kawan yang kita asyik buruk-burukkan itu yang datang menolong kita.

Aku tertarik dengan post yang wardina letak kat FB dia. So, sila baca dan renungi bersama. Adakah kita tergolong dalam golongan pemilik "Jiwa yang Kacau???"




P/S: dan aku mempelajari sesuatu yang penting. "Jangan mudah mempercayai orang lain" :) Terima kasih.....
          

Thursday, December 22, 2011

Duit Baru Malaysia

Semalam kan wang kertas baru dilancarkan. Aku sempat tengok majlis tu secara live stream saja dari tempat duduk aku ni. Tu pun numpang pc kawan sebelah, tgk ramai-ramai meriah la sikit yer dok?? Eh ramai ke?? rasanya berdua je kan?? hehee

So pada korang yang tak sabar nak tengok duit baru kita tu...kat sini aku letak sikit2 yer...sumber adalah dari harian metro dan blog kawan aku.




Dalam banyak-banyak duit baru ni. Aku paling teruja kat duit RM20 ni. Kaler dia sangat attractive kan?? OREN gitu...zaman dulu-dulu mmg ada duit RM20 ni kan..kaler coklat kalau tak salah aku. Pastu dihentikan. Dan sekarang dikeluarkan balik. 



Pagi-pagi ni sampai opis aku tengok manusia dah meramai berbaris kat BNM semata-mata nak beli koleksi peringatan duit kertas baru ni. Untuk pengetahuan korang yang berminat nak beli tu,ada beberapa pakej menarik. Bermula RM 300 bagi set penuh, pastu RM 30 tuk duit baru 20 ringgit yang oren tu dan set of two (RM1 dan RM5) dijual dengan harga RM15

So kalau minat apa tunggu lagi??? Sila beratur kat Bank Negara dengan kadar segera... :)

Friday, December 2, 2011

Angry birds real punya

Eh, real ke??
Tak la..tak la real mcm hidup betul dan boleh membesar bagai johan pun. Tapi real kat sini dalam erti kata tak payah la main kat henpon pintar ataupun PC lagi. Yang ni seketul dan berketul2 kat depan mata. Sila ambil  dan main beramai2...selamat aifonfo mama sekejap

Semua ni berlaku secara tiba-tiba. Aku sebenarnya dah tau tentang keujudan Angry Birds real ni dah agak lama. Masa tu jual online, harga bawah RM50, dalam RM40++ la. Setelah ditimbang tara, aku rasa mcm mahal. Lagi pulak beli online ni masalahnya takut tak puas hati sebab beli tanpa dapat belek dulu di depan mata. Tak tau condition benda tu macam mana kan?

Tup-tup, masa jalan-jalan kat Jusco sempena besday Aina tu, mataku terpandang objek tersebuk di sebuah kedai Video. Ala..kedai speedy video tu. Aku ni, pantang eksaited, terus tunjuk kat benda tu kat peminat setia si Angry birds ni. Amirul apa lagi..terlompat-lompat la nak. Aku belek-belek, baca-baca. Oh..ada sound. Tengok harga RM39.90. Wahh lebih murah berbanding kat online hari tu. Jadi sebelum beli tu, aku kena kumpulkan anak-anak aku dulu. Nasihat, "nak mama beli ni??" semua angguk. "Ok, boleh...tapi kena main sama-sama, kalau sorang gaduh, mama buang ja semua ni, faham??" "Faham mama" hehehe..budak-budak. Kadang-kadang tau la takut. Aku kan mak yang garang. heh??






Dalam tu ada kad tunjukcara permainan dari level 1 sampai level 4. Siap ajar cara bina tempat natang pink yang dlm game ni kaler ijau lak dia, level by level. Binaan bangunan dia berbeza. Pastu jarak antara lastik dan binaan tu pun berbeza dari level ke level. Pastu paling best ada musik yg macam kita main kat game tu. Pastu bila kita lastik je...Ada suara bunyi burung-burung kegirangan kerana telah menumpaskan pasukan jahat. Sib baik suara kroih...kroih..natang pink ijau tu tatkala mereka tak kena lastik tu tak de. Kalau tak aku haramkan bunyi-bunyian tersebut.

Ni level 1. Kacang!!!

Garang kan muka dia?? tapi suwett..Muka garang, hati baik. Garang demi menegakkan hak apa??


Apa-apa pun, setiap masalah kan ada penyelesaian. Mari kita bincang secara meja bulat untuk pendamaian. Tapi jangan sentuh aku k!! nnt kena samak. Kata si burung.


So, kalau korang mempunyai kegilaan terhadap angry birds ini. Sila dapatkan di kedai berhampiran. Aku tak dibayar tuk buat iklan ini. Sekian

Friday, October 14, 2011

CERITA MUKA BUKU


Sebenarnya dah lama nak up entry ni..tapi aku bizi pastu malas pastu bizi pastu malas. Ni pun sebenarnya tengah bizi dan malas gak. Tapi..tak leh layan sangat.

Ok macam ni. Ntah hari apa ntah..dalam minggu lepas masa dok godek2 FB kat tipon..ada satu video ni, sape upload ntah. Tajuknya APA AKAN JADI PADA FB KITA BILA KITA MATI.

Macam ngeri tajuk. Sambil gigil2 aku tgk gak video tu. Pendek je kot. Tapi terkesan sungguh buat aku yang serba kekurangan ni. Dalam tu dia kata. FB kita, cuma kita je tau pasword, betul aku ngaku..tapi suami aku tau password aku..bukan setakat FB..segala2 pasword sosial aku dia tau. (wahhh..ayattt..macam la sosial sgt aku ni..hahaha) Dan ada jugak password yang dia 'create' kan..tak kisah la dia kan laki aku.

Pastu dalam video tu cakap lagi, bayangkan dalam FB kita, macam2 gambar kita upload dan ramai kawan2 kita yang boleh tengok gambar kita. Ada gambar yang kita tutup aurat tapi ada juga (segelintir) yang tak menutup aurat dan ada juga kita rasa kita tutup aurat tapi tak sempurna, Wallahualam.

Bayangkan,
dalam kita dok syok letak gambar banyak2 dalam tu, tiba-tiba kita meninggal. Innalillah.


Tapiiiiiiiiii.........macam mana ngan FB kita?? Gambar2 kita dalam FB tu??? Kawan2 kita masih boleh tgk, kawan2 kita pulak, bukan yang muhrim je..yang ajnabi pun ramai kan?? Dan mungkin ada kalangan tu yang masih simpan hati kat kita..itu tak penting, tapi yang penting mereka tu yang bukan muhrim kita masih boleh meneliti gambar-gambar kita. So, kita di kubur pasti terseksa kan. Dosa secara langsung sudah terputus..tapi akibat dari gambar kita yang belambak2 kat FB tu menyebabkan kita terus-terusan berdosa. Nauzubillah. Takutnya aku rasa masa tu.

Walaupun aku bukan jenis gila upload gambar aku kat FB. Bukan jenis gila posing muncung2 mulut kembang kembong pipi... letak gambaq rasa comeiii kat FB.. aku rasa tetap takut. Takut sangat2...sebab..sebab mati la ni dah tak kira usia..ramai je mati muda...

Apa langkah aku??
Aku nak save satu2 gambar tu masuk dlm hard disk aku..lambat..nnt la pelan2 aku buat. So sementara ni, aku privatekan semua gambar2 aku. Aku rasa itu jalan yang terbaik mampu aku lakukan setakat sekarang. Mungkin kalau Allah berikan aku lebih kesedaran, satu hari nanti, mungkin aku akan deaktifkan FB aku. Tak tau..tu semua mungkin.

Kawan2ku tersayang,
Khususnya lelaki, kalau nak komen, pastikan bahasa anda terjaga. Mungkin bagi korang tu gurau-gurauan antara aku ngan korang. Tapi apa perasaan pasangan aku kalau dia baca?? Cuba letakkan situasi aku kat tempat korang.

Sahabat2 wanita ku,
Aku ni pun bukanlah mulia sangat, tapi kalau korang rasa kata2 aku ada betulnya, mari sama2 kita muhasabahkan diri kita. Semoga amalan kita lebih diterima :). Sayang korang semua!!

Ok la..dah cukup panjang kot..tapi ada satu lagi  isu aku nak sentuh. Jugal pasal gambar..tapi bukan gambar kat FB saja.. next entry la kot. Entry ni pun berejam2 aku makan masa.

Thursday, October 13, 2011

WANITA...hati2 yer



Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam


Credit to: maklumat asal kat FB

Friday, August 19, 2011

Kuih ke biskut??

Semalam kan...lunch hour, gigih pergi Bangsar Village Mall semata-mata atas satu tujuan. 

Nampak tu??? Banyaknyerrrr..best...dan nampak sedap. Nak rasa tak boleh. Jadi guna imaginasi rupa untuk menilai kesedapan semua jenis kuih kat situ.

Satu box tu RM19. Ada dlm 36  bijik kot. Mahal kan???

Yang ni cheese biskut. Sape hantu cheese macam aku..mesti suka benda2 yang ada inter-related ngan cheese ni. Nyum nyummm...

Yang ni pulak balang besar harga RM32. Ni biskut Kurma. Aku ni tak minat sangat kurma. Tapi beli la, nak rasa.

Wah-wah...tekun tu...nak kena buat pilihan yang bijak.

Ini hasil tangkapan aku semalam.

Tapi aku beli murahhh...kalau kat sana harga dia satu bekas kecik RM19 kan? Tapi aku cuma perlu bayar RM18 untuk 2 bekas tu. Untung kan?? Untung kan?? Hahaha..nak tau macam mana aku dapat harga macam tu?? 

Sebab benda ni lah...

Sorry, aku tunjuk benda yang korang dah missed. Tapi kat situ la aku dapat. 


Biskut dia memang sedap la. Meh aku tunjuk close up antara biskut-biskut yang aku beli smlm

Crispy Almond - 27 pieces


Peanut Butter Cookies - 30 pieces


Kurma Delight - 27 pieces


Buttery Almond Bars - 36 pieces


Chocolate Strawberry Cones - 30 pieces
Biskut ni selalu tak sedap sgt. Aku beli pun sebab budak2 suka. Budak2 tu anak2 aku la. hahaha..rupanya yang ni memang sedappppp... argghhh..rasa strawberinya

Gambar biskut-biskut tu aku amik kat website dia.


So korang kalau nak deal-deal yang best camni, silalah men'sign up' diri sendiri kat milkadeal. Memang berbaloi-baloi!!!!

Monday, August 15, 2011

Simply Siti tak haram

Dua minggu lepas, hari Jumaat 5 ogos. Sibuk orang forward email konon JAKIM sahkan salah satu produk SimplySiti (SS) tak halal sebab produk tu mengandungi bulu babi. Aku dapat tau pun lepas dah balik rumah, dan sorang member aku ni bagitau suh check email dia kata SS tak halal. Dia cakap "ko tweet la SITI tanya dia". Aku fikir...ermm..betul ke tak halal sebab setahu aku, aku penah baca yang siti bagitau produk dia mendapat pengesahan JAKIM. So, gigih aku on netbook dan baca email tu. Pastu dalam hati dah lega sebab dia kata "BERUS" pakai bulu babi tu. SO far, produk SS yang aku pakai semua tak de berus, aku syak tu mesti alat make up kan.

Aku tengok dah ramai pakat UP dlm blog memasing pasal status ni. Isk..tak baik tau. Aku tak sebarkan benda yang belum tahu kesahihan dia. Maka aku amik inisiatif dengan forward email tu dan minta penjelasan kat pihak SS sendiri. Disebabkan aku send email tu dah malam. Of coz pejabat pun tutup dah kan?? Pastu Sabtu dan Ahad pun cuti. Sape pulak nak reply email aku tu kan?? Tapi esoknya aku check twitter. Siti ada bgtau semua tu tak betul. Alhamdulillah dah ku agak. Giler la kalau haram....abih la duit aku beli produk tu pastu baru pakai berapa bulan dah kena buang. isk isk.


Pastu hari Isnin. aku dapat email dari pihak SS yang bagi maklumat lanjut pasal ni. Bagus derang, cepat jugak la derang bertindak. Aku tahu, bukan email aku sorang je yang derang reply, mesti beribu2 orang lagi tanya masalah ni. Tapi derang layan jugak satu persatu, bagus la at least derang buat keje dan takde biar email kita tak berjawab dan tak menganiaya pengguna produk ni kan??

Ni lampiran yang diberikan. Sila baca.



Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.  

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
  
Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang  terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa  menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.


Sekian, terima kasih.


Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden

**********************************************
Aku ingat semua dah tahu pasal kes status haram palsu ni. Rupanya tak semua tahu. So, disebabkan kawan aku yang tanya kat aku sebab dia tahu aku pakai produk ni. Maka tak terlambat la kau cerita pasal ni kan??

By the way, kalau korang still musykil..sila klik website jakim ni.

Thursday, July 28, 2011

Kalah bermaruah

Korang mesti tengok bola tadi kan???
Apa komen korang???
Rasa macam tengah tengok drama kan??? kena tackle sikit..dia punya bergolek tu..perghhh mengancam!!! sakit gilerr agaknya kannn???

Pastu suka sangat lengah-lengahkan masa. Ntah apa2..umpama takut ngan bayang-bayang sendiri.

Tapi saya tetap sokong dan cinta Harimau MALAYA so much!!
berjuang habis-habisan.
Kena tackle, tergolek-golek jugak..tapi cepat-cepat bangun nak teruskan perjuangan.

Pemain kita semua anak tempatan. sangat berbangga.



Lepas ni kita sokong Harimau Muda Malaya untuk olimpik ok!!

Jom sokong Harimau Malaya

Malam ni Malaysia lawan Singapore kan??
Semua orang dah tahu kan..
Saya sebenarnya bukan peminat BOLA.
Saya memang tak suka tengok perlawanan bolasepak atau apa2 bola pun.
Tapi entah kenapa sejak Malaysia lawan untuk piala suzuki AFF dulu saya jadi minat sikittt ngan bola ni.
Minat tengok je, bukan minat main.

Eh korang, jom kita pakat2 tukar profile kita dengan letakkan badge Harimau Malaya nak?? Cara dia senang je, just klik kat logo bawah ni, then sila ikut arahan yang diberikan. Sangat simple.




Mudah-mudahan Malaysia menang dengan jayanya malam ni :)


P/S: Err..kalau menang, agak2..PM bg cuti tak esok??? hehehe

Thursday, July 14, 2011

Gambar rusuhan BERSIH yang tidak disiarkan oleh Media

9 Julai 2011.
Semua orang tahu, BERSIH bermaharajalela di Kuala Lumpur. Lumpuh perjalanan ekonomi di bandar itu pada hari tersebut.


Selepas perhimpunan tamat, banyak media menyiarkan berita dan gambar-gambar sekitar perhimpunan tersebut. Tapi ada yang terlepas. Kalau korang nak tau antara gambar yang tak disiarkan media..sila tgk gambar-gambar kat bawah ni.









P/S: Rakyat Malaysia memang kreatif kan??? hehehe

Wednesday, July 6, 2011

Eeeee yuckkkk!!!

Tak sanggup!!!!
korang sanggup ke nak telan???




Para saintis di Jepun telah menemui kaedah untuk memproses tahi kepada daging tiruan.

Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bacteria yang banyak.

Para pengkaji kemudian mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan2 tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan. 'Daging' yang terjadi mengandungi 63% protein, 25% carbohydrates, 3% lipids dan 9% mineral. Para pengkaji kemudian menambah pewarna merah dan perasa soya untuk menambah kelazatan. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.


Quote: 
It's being called the "poop burger". Japanese scientists have found a way to create artificial meat from sewage containing human feces.


Somehow this feels like a Vonnegut plotline: population boom equals food shortage. Solution? Synthesize food from human waste matter. Absurd yes, but Japanese scientists have actually discovered a way to create edible steaks from human feces.


Mitsuyuki Ikeda, a researcher from the Okayama Laboratory, has developed steaks based on proteins from human excrement. Tokyo Sewage approached the scientist because of an overabundance of sewage mud. They asked him to explore the possible uses of the sewage and Ikeda found that the mud contained a great deal of protein because of all the bacteria.


The researchers then extracted those proteins, combined them with a reaction enhancer and put it in an exploder which created the artificial steak. The “meat” is 63% proteins, 25% carbohydrates, 3% lipids and 9% minerals. The researchers color the poop meat red with food coloring and enhance the flavor with soy protein. Initial tests have people saying it even tastes like beef.


Inhabitat notes that “the meatpacking industry causes 18 percent of our greenhouse gas emissions, mostly due to the release of methane from animals.” Livestock also consume huge amounts of resources and space in efforts to feed ourselves as well as the controversy over cruelty to animals. Ikeda’s recycled poop burger would reduce waste and emissions, not to mention obliterating Dante’s circle for gluttons.


The scientists hope to price it the same as actual meat, but at the moment the excrement steaks are ten to twenty times the price they should be thanks to the cost of research. Professor Ikeda understands the psychological barriers that need to be surmounted knowing that your food is made from human feces. They hope that once the research is complete, people will be able to overlook that ugly detail in favor of perks like environmental responsibility, cost and the fact that the meat will have fewer calories.


Waste not; want not. 


p/s: sape kurang protein...leh la makan!!! eeeyeeuuwww!!

Thursday, April 21, 2011

kotak kitar semula untuk kebajikan

Phew!!!!
Tajuk...tak bleh blah
puas pikir nak translate ke bahasa melayu. Memula nak taip "Recycle box for charity" tapi kang korang cakap... "eleh...tajuk omputeh kemain..tp cerita bahasa melayu jerk!!" maklumlah anak2, mak sekolah tak tinggi mana. Itu je yang mampu..hehehe


Dah kelaut...
Korang penah tgk tak kotak tu?? Sekarang ni kalo kat kolumpo, dah bersepah2 kotak camtu kat kawasan2 perumahan kan?? Fifi aku suker..aku suker...bukan apa, best tau kotak ni. Banyak kegunaan. Macam dedolu, sebelum kotak ni ujud, aku selalu megalami masalah, bila anak2 aku dah besar, dah tak muat pakai baju lama dan masih cantik2...kat sapa aku nak bagi baju2 tu?? Nak buang sayang..sbb ada baju yg baru pakai sekali..pastu, tak sempat pakai kali kedua..dah tak muat. Membazir kan?? 




Tapi sekarang tak ssh dah. Dengan ujudnya kotak ni. Segala masalah selesai. Cuma kena rajin je. Rajin packing baju2 lama dan masih cantik, elok2 dan kemas2. Pastu korang suruh la asben korang pergi masukkan dlm box tu. Kalo tak nak susahkan asben pun tak pe. Buat sendiri. Tapi aku mmg suka susahkan asben aku. Tak pe kan?? 

Masa asben aku nak masukkan baju2 dlm kotak tu, anak2 aku terutama angah tanya. 
"mama...abah nak buang apa tu??"
"Bukan buang, tu baju2 lama abg long, angah ngan aina yg dah tak muat, tu nak kasi org susah"
"Orang susah ambil baju dlm tong sampah ke mama?" 
"Eh..tak la"
(dlm otak...masa ni la nak basuh anak)
"tu bukan tong sampah, tu recycle box, maksudnya kalo ada baju ke, mainan ke atau apa2 yg elok lagi, kita letak dlm tu, nnt lori datang ambil dan bagi kat org susah. Ha...tgk..org ssh, semua baju ngan mainan amik yg org dah pakai, abg long ngan angah..pernah ke pakai baju org lain?? pernah ke main mainan org lain?? semua dapat yg baru kan?? tapi pas main tak nak kemas, buat sepah2..org lain ssh nak dapat barang, abg long ngan angah dapat senang je, tapi tak tau nak sayang. Pas ni jaga elok2 mainan yang ada ok?"
"ok mama..sian org susah kan mama"
"yer"

Senang kan brain wash budak2?? Tapi lama mana pun nak berkesan?? sat jugak. 

Eh, kalo ada bulky item cam sofa ke, perabot ke, peti ais ke..yg korang rasa nak bg org pun boleh tau. Tapi tok sah la dok gagah masuk dlm box tu jugak. Mana nak celuih. Tapi kalo ada, call je no telefon kat box tu, nnt ada lori mai pick up barang tu. Senang kan??

Ermm...ada satu sofa kat rmh yg aku rasa menyempitkan rumah aku yg sekangkang kera tu..igt nak call gak. Tapi asben aku ckp..nnt org lori tu tak bagi kat charity house, tp dia letak kat rmh dia je...hohoho


Monday, April 11, 2011

Cukai oh cukai

Sudahkah anda melaksanakan tanggungjawab kepada negara???
hahahaha...poyo je kan?? Adat la..hidup makan gaji ni. Tiap2 tahun..keluar je EA form...haruslah aku dok isi cukai taksiran pendapatan. Dan mcm biasa jugak...para isteri kat luar sana mesti ada gak yg jalankan tugas sebagai setiausaha pada suami anda kan?? Disamping buat cukai taksiran kat diri sendiri...kena jugak buat utk suami. Hai...bertuahnya anda yg dapat isteri mcm ktorg ni...hehehe

Ok..mcm biasa, bg yg tak tahu...masuk la website hasil.

klik log in e borang

klik lagi

masukkan ic dan pswd. Kalo tak igt...jgn tanya aku..


Pastu pandai2 korang masukkan detail korang kat situ. Adjust apa2 yg patut... letak la anak2 kat nama korang or husband...biar seimbang. Seimbang bagi aku adalah..biar dua-dua tak payah kena bayar cukai... kalo dapat pulangan...lagiiiii best. hahaha

Friday, April 1, 2011

Cara Wardina didik anak bersolat..

Sangat berguna untuk dikongsi bersama. Dan sama2 kita cuba mengajar anak2 kita utk tidak meninggalkan Solat.

***********************************************************************
bERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Tuesday, March 8, 2011

Rambut kena chewing gum??

Balik keja semalam. Dalam keta, terperasan ada sesuatu kat rambut Aina. Belek punya belek, rupanya chewing gum...aduh la...ada je keja anak dara ni suka bg mama tau!!! Bila tunjuk kat abah, senang je dia jawab, suh potong kat situ. Uiks!!! banyak kot...kang botak lak kat situ. Tak comei nnt...sape ssh?? mama aina jugak...

byk tuuu



Pastu teringat petua, kalo nak tanggalkan chewing gum melekat kat kasut, letak ais batu kan?? tp ni kat rambut...leh apply ke?? Tak salah cuba. Sampai rmh je, amik seketul ais batu...letak kat situ jap..pastu urai la rambut sikit2. Tak susah sangat pun sebenarnya. Tapi kena sabar...nak2 kalo dapat anak dara yg asyik ngomel mcm anak dara aku ni...dah abih lembut aku buat...tp sikit2 "adehh...sakit la mama...slow la sikit...abih sakit pala aina..." ishh budak ni...tak benti2 ngomel tau!!!

Dah berjaya buang banyak gak..yg sikit2 tu, aku tarik je slow2. Sebab tak tahan leteran Aina ni. Tak pe la kan...dari terus gunting. At least ada usaha...

at last...byk ni je yg terpaksa dikorbankan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...