Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Jiwa yang kacau

Hidup ni macam roda, kadang atas kadang kat bawah...tapi pelik bila orang lain tak senang lihat orang lain bahagia. Sepatutnya sebagai kawan mahupun lawan, kena jauhkan diri dari berprasangka buruk. Hidup kena sentiasa positif. Dari berfikiran positif tu baru ketenangan akan datang secara lahiriah dari diri kita.

Henti-hentikanlah sikap suka memutar belitkan cerita. Kena ingat, hari ni mungkin kita di atas, tapi mana tahu..tiba-tiba kita tersadung kaki dan terus rebah kebumi. Masa tu pada siapa lagi kita nak harapkan?? Entah-entah kawan yang kita asyik buruk-burukkan itu yang datang menolong kita.

Aku tertarik dengan post yang wardina letak kat FB dia. So, sila baca dan renungi bersama. Adakah kita tergolong dalam golongan pemilik "Jiwa yang Kacau???"




P/S: dan aku mempelajari sesuatu yang penting. "Jangan mudah mempercayai orang lain" :) Terima kasih.....
          

Friday, August 5, 2011

Mendidik bukan Memaksa

Hari ni Insya Allah, genap 5 hari kita semua berpuasa. Sahur pagi tadi paling mencabar. Agak berat ujian untuk tahap kesabaran aku. Sehingga hari ni, Alhamdulillah, Amirul anak sulung aku, belum lagi tinggal posa. Masih dapat puasa penuh. Tapi, aku tengok selera makan dia yang aku bimbangkan, hari pertama sahur dan berbuka ok..hari ke dua sampai semalam, dah mula agak liat nak makan. Mak mana yang tak bimbang kalau perangai anak macam aku ni, dia dah la tak macam orang lain makan. Makanan dia cuma roti canai dan biskut saja, Nasik untuk tahun ni, sekali pun tak disentuh dia lagi, tahun lepas ada la sekali kot. Hmm..

Ujian yang aku maksudkan pagi tadi disebabkan si Amirul ni la. Tak tau la sebab apa, roti canai sahur pagi tadi, dia pandang sepi saja. Aku jeling abah dia, abah dia faham isyarat aku, terus suruh dia makan. Tapi dengan malas-malasan dia amik dan masuk mulut, pastu kunyah lama gilerr sampai lumat, sepanjang dia kunyah tu, Aliff dah 5 suap nasik ke mulut dah. Bila kunyah sampai lumat sangat dan tak telan2 mula la dia buat perangai nak muntah dia...uwekkkk...uwekkk... aku sabar lagi, aku suruh dia pi buang, minum air dan makan lagi. Aku rasa macam ajar budak baru nak makan kot...abah dia dah start pantau dia suap, kunyah..pastu suruh "TELANNNN", teresak2 gak la...dah hilang hening pagi dengar suara kami mak pak suruh anak makan.

Pelik dengan perangai dia, maka pagi tadi yang dia mampu telan aku kira2, dalam dua potong kecik roti canai yang berukuran 3x2 sentimeter...(sila amik pembaris korang). Pastu minum air kosong dua gelas. Itu ja. Dalam hati, aku dah fikir, hari ni kalau dia lapaq, aku tak kisah dia buka posa awal. Paling aku risau, dia hilang selera makan roti canai pulak. Pengsan la mak dia. Sikit demi sedikit selera dia kat makanan kurang. Risau lah!!!

Dan kebetulan, ni isi penting entry ni sebenarnya, jadi korang sila fokus kat sini k! 
Pagi tadi on the way nak mai Opis, macam biasa bukak RMKL dengar ceramah pagi2 sikit, itu je la pengisian jiwa untuk pagi hari kan? Kebetulan ustaz Fauzi Mustafa, dia buka topik "Mendidik bukan Memaksa" dia cakap macam ni lebih kurang, dan dia khususkan kepada kita ibu bapa ni. Katanya "untuk ibu bapa yang ada anak belum BALIGH, yang sekolah rendah tu, Alhamdulillah kalau kita dapat didik anak kita tu berpuasa, ingat yer..kita MENDIDIK bukan MEMAKSA. Kita ni ibu bapa, bekerja kat opis, dalam aircond, kerja kita pun banyak duduk saja, bayangkan anak2 kita yang masih belum baligh tu, pegi sekolah, ada yang terpaksa naik bas, bawa beg berat2, dalam kelas macam2 aktiviti, kadang2 ada pendidikan jasmani, tengah hari panas2...terpaksa pulan jalan naik turun bas sampai rumah, pukul satu, dia cakap kat kita "mak...saya penat la..lapar..saya nak buka puasa sekarang yer", apa yang kita akan jawab??? Lazimnya, mak2 yang kononnya hebat sangat pegangan agama ni akan kata "TAK BOLEH!!" tahan sampai maghrib. Padahal anak tu kecik lagi, yang wajib buat...SOLAT, yang tu patut ajar dulu, yang tu yang patut kita tegaskan sebab dalam islam cakap kita kena didik anak SOLAT dari usia 7 tahun dan pukul kalau derang tak solat masa derang 10 tahun. Itu SOLAT yer..bukan PUASA. Lain tu. Sudahnya anak yang haus tadi tu, dehidrated, terpaksa masuk ward, silap hari bulan meninggal. Baru la kita akan menyesal. Kata ustaz lagi, sepatutnya, anak2 macam tu kita kena reward, bila dia cakap terus terang, dia lapar..dia haus, kita patut kata, Alhamdulillah, bagus anak mak hari ni dapat puasa sampai pukul 1. Dah haus yer, ok minum la, esok..kita cuba lagi. Kalau berjaya sampai waktu berbuka lagi bagus. Jadi anak-anak tu akan rasa gembira. Dia pun akan cuba dan cuba sampai berjaya, Insya Allah. Berbanding dengan kalau kita larang dia minum depan kita, tapi dia haus sangat, sudahnya dia masuk bilik air, dan minum air paip. Bila kita tanya dia puasa atau tak...dia jawab puasa. Dah...tiba2 satu lagi benda buruk dia buat kat kita, bohong kita pulak."

Panjang kan?? Itu semua Ustaz Fauzi yang cakap. Tersentak juga la aku. Aku tak nafikan, masa hari pertama puasa tu, Amirul aku tengok teruk jugak. Tapi masa tu dah petang dah..dah kul 6.30 petang..tinggal sejam je lagi nak berbuka kan?? Dia cakap dengan muka yang sedih "mama...abg long haus la...." tapi aku cakap dengan lembut yer..takde la meninggi2 sura dan memandang tajam kat dia. Aku cakap "ala bang long...sejam je lagi..sayang la kalau bang long buka...sabar yer..sikittt lagi...abang long tengok tv dulu" dia pun angguk2. Dalam hati sungguh..aku kesian kat dia. Tapi akau nak suruh dia cuba juga. Syukur, hari pertama je dia mcm tu. Hari2 berikutnya dia ok. Dan nampak cergas. Dia pun cakap, dia dah boleh puasa. 

Tak takut ke kalau dia minum air paip kat sekolah?? 
Hehehe...aku kenal anak aku, Amirul ni, dia penggeli, jangan harap la dia nak minum air paip atau air tak masak, even terdesak sekali pun. Kalau Aliff dan Aina, hmm...mybe kot..hehehe. Sebab derang berdua ni, leh telan apa saja.

hari pertama puasa kat sekolah bersama kawan 2 baik :)
pic: credit to kak diela

Aku tersentap juga pada kata-kata ustaz yang kita kena didik anak kita solat dari usia 7 tahun. Hmm..mcm mana nak buat betul2 yer?? Setakat ni memang la derang akan ikut solat berjemaah kat rumah. Tapi aku belum pernah ajar derang personally, maksud aku, buat macam mana mak aku ajar aku dulu. Mak aku duduk kat tepi aku, bentang sejadah, ajar step by step...ajar kena baca apa..pastu buat apa..sampai la bagi salam yang terakhir. Yang tu aku memang belum buat. Ya Allah, berikan hambamu ini kekuatan dan kesabaran untuk mengajar anak-anak hambamu ini ke arah syariat Islam. Amin ya rabbal Alaminnn...

Friday, April 1, 2011

Cara Wardina didik anak bersolat..

Sangat berguna untuk dikongsi bersama. Dan sama2 kita cuba mengajar anak2 kita utk tidak meninggalkan Solat.

***********************************************************************
bERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Monday, October 11, 2010

Mengapa Mencari Yang Bertudung Hitam???

~:: SK@TA ::~: WARKAH BUAT KAKANDA: Mengapa Mencari Yang Bertudun...: "Assalamualaikum wa rahamtulLahi wa barakatuH… Ke hadapan kakanda yang dicintai… Warkah ini adinda tujukan khas buat kakanda sebagai tanda ka..."


Berminat nak baca?? sila klik sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...