Friday, December 2, 2011

Angry birds real punya

Eh, real ke??
Tak la..tak la real mcm hidup betul dan boleh membesar bagai johan pun. Tapi real kat sini dalam erti kata tak payah la main kat henpon pintar ataupun PC lagi. Yang ni seketul dan berketul2 kat depan mata. Sila ambil  dan main beramai2...selamat aifonfo mama sekejap

Semua ni berlaku secara tiba-tiba. Aku sebenarnya dah tau tentang keujudan Angry Birds real ni dah agak lama. Masa tu jual online, harga bawah RM50, dalam RM40++ la. Setelah ditimbang tara, aku rasa mcm mahal. Lagi pulak beli online ni masalahnya takut tak puas hati sebab beli tanpa dapat belek dulu di depan mata. Tak tau condition benda tu macam mana kan?

Tup-tup, masa jalan-jalan kat Jusco sempena besday Aina tu, mataku terpandang objek tersebuk di sebuah kedai Video. Ala..kedai speedy video tu. Aku ni, pantang eksaited, terus tunjuk kat benda tu kat peminat setia si Angry birds ni. Amirul apa lagi..terlompat-lompat la nak. Aku belek-belek, baca-baca. Oh..ada sound. Tengok harga RM39.90. Wahh lebih murah berbanding kat online hari tu. Jadi sebelum beli tu, aku kena kumpulkan anak-anak aku dulu. Nasihat, "nak mama beli ni??" semua angguk. "Ok, boleh...tapi kena main sama-sama, kalau sorang gaduh, mama buang ja semua ni, faham??" "Faham mama" hehehe..budak-budak. Kadang-kadang tau la takut. Aku kan mak yang garang. heh??






Dalam tu ada kad tunjukcara permainan dari level 1 sampai level 4. Siap ajar cara bina tempat natang pink yang dlm game ni kaler ijau lak dia, level by level. Binaan bangunan dia berbeza. Pastu jarak antara lastik dan binaan tu pun berbeza dari level ke level. Pastu paling best ada musik yg macam kita main kat game tu. Pastu bila kita lastik je...Ada suara bunyi burung-burung kegirangan kerana telah menumpaskan pasukan jahat. Sib baik suara kroih...kroih..natang pink ijau tu tatkala mereka tak kena lastik tu tak de. Kalau tak aku haramkan bunyi-bunyian tersebut.

Ni level 1. Kacang!!!

Garang kan muka dia?? tapi suwett..Muka garang, hati baik. Garang demi menegakkan hak apa??


Apa-apa pun, setiap masalah kan ada penyelesaian. Mari kita bincang secara meja bulat untuk pendamaian. Tapi jangan sentuh aku k!! nnt kena samak. Kata si burung.


So, kalau korang mempunyai kegilaan terhadap angry birds ini. Sila dapatkan di kedai berhampiran. Aku tak dibayar tuk buat iklan ini. Sekian

2 comments:

sindiketsulit said...

menarik!

jusco balakong ke?

Farihah said...

a'a...jusco tu la kak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...