Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Aci tak macam ni??

Aku kan malas nak update pakai pc sebenarnya. Malas nak transfer gambar masuk kat pc dan upload dalam blog pastu tulis cerita berjela2.

Kebetulan pulak streamyx kat rumah aku tu, telah aku tamatkan perkhidmatannya gara-gara servis yang macam ntah hapa2. So, kat rumah memang on internet via mobile only. Kat opis pula, kerja memang tak cukup tangan nak buat. So, memang tak sempatla nak buka dan ngadap blog sangat. Sedih!!

Jadi, aci kan kalau aku cuma update sikit2 mcm ni??. Ni pun guna tipon ja. Ok la kan?? Kan?? Kan???

So, hari ni aku cuma nak bagitau yang aku bawa bekal bihun goreng untuk kami suami isteri dan aku tapaukan sekali tuk anak kedua aku Aliff. Mmg favourite dia jugak tu.



Bihun aku macam biasa tanpa sayur. Sebab kalau letak pun, cuma dijadikan hiasan sahaja oleh mereka dan memberi kerja tambahan pada aku untuk asingkan sayur tu.

Lebih sedap jika disaingkan sekali bersama kopi hazelnut dari old town white coffee.

Blurppp... Alhamdulillah.

*opsss... Panjang jugak entry ni!! Erkk

Friday, December 2, 2011

Angry birds real punya

Eh, real ke??
Tak la..tak la real mcm hidup betul dan boleh membesar bagai johan pun. Tapi real kat sini dalam erti kata tak payah la main kat henpon pintar ataupun PC lagi. Yang ni seketul dan berketul2 kat depan mata. Sila ambil  dan main beramai2...selamat aifonfo mama sekejap

Semua ni berlaku secara tiba-tiba. Aku sebenarnya dah tau tentang keujudan Angry Birds real ni dah agak lama. Masa tu jual online, harga bawah RM50, dalam RM40++ la. Setelah ditimbang tara, aku rasa mcm mahal. Lagi pulak beli online ni masalahnya takut tak puas hati sebab beli tanpa dapat belek dulu di depan mata. Tak tau condition benda tu macam mana kan?

Tup-tup, masa jalan-jalan kat Jusco sempena besday Aina tu, mataku terpandang objek tersebuk di sebuah kedai Video. Ala..kedai speedy video tu. Aku ni, pantang eksaited, terus tunjuk kat benda tu kat peminat setia si Angry birds ni. Amirul apa lagi..terlompat-lompat la nak. Aku belek-belek, baca-baca. Oh..ada sound. Tengok harga RM39.90. Wahh lebih murah berbanding kat online hari tu. Jadi sebelum beli tu, aku kena kumpulkan anak-anak aku dulu. Nasihat, "nak mama beli ni??" semua angguk. "Ok, boleh...tapi kena main sama-sama, kalau sorang gaduh, mama buang ja semua ni, faham??" "Faham mama" hehehe..budak-budak. Kadang-kadang tau la takut. Aku kan mak yang garang. heh??






Dalam tu ada kad tunjukcara permainan dari level 1 sampai level 4. Siap ajar cara bina tempat natang pink yang dlm game ni kaler ijau lak dia, level by level. Binaan bangunan dia berbeza. Pastu jarak antara lastik dan binaan tu pun berbeza dari level ke level. Pastu paling best ada musik yg macam kita main kat game tu. Pastu bila kita lastik je...Ada suara bunyi burung-burung kegirangan kerana telah menumpaskan pasukan jahat. Sib baik suara kroih...kroih..natang pink ijau tu tatkala mereka tak kena lastik tu tak de. Kalau tak aku haramkan bunyi-bunyian tersebut.

Ni level 1. Kacang!!!

Garang kan muka dia?? tapi suwett..Muka garang, hati baik. Garang demi menegakkan hak apa??


Apa-apa pun, setiap masalah kan ada penyelesaian. Mari kita bincang secara meja bulat untuk pendamaian. Tapi jangan sentuh aku k!! nnt kena samak. Kata si burung.


So, kalau korang mempunyai kegilaan terhadap angry birds ini. Sila dapatkan di kedai berhampiran. Aku tak dibayar tuk buat iklan ini. Sekian

Wednesday, July 27, 2011

Kembali bersiaran

Selamat pagi SEMUAAA!!!
Dah agak lama tak bersiaran kan!!
Jumaat Cuti
SABTU AHAD memang cuti kan...biasa la kalau cuti dok rumah..nak update blog nak kena cari masa. Maklumla ramai pembantu...nanti kita nak update..yang lain pun sibuk nak update jugak

ISNIN dan SELASA pergi course yang pertama untuk tahun ni.
Tak jauhhhh..dekatttt je ngan opis...tapi tetap tak nak jejak kaki ke opis...

maka setelah agak lama berehat...
rasa malas pulak nak masuk opis...
tapi apakan daya..suamiku bukanlah seorang DATO'....
hehehe

OK... 
nnt free...saya menulis lagi...

P/S: banyak pulak outstanding work *sigh*

Monday, July 11, 2011

Berrrsihhhh sangat...BERSIH punya pasal

Hari sabtu baru-baru ni kan.
Kan ke ada #BERSIH. Pastu kan...saya ni ada satu event yang kena attend. Cehhhh..poyo..bajet org penting la sangat. Tapi event tu kalau saya tak hadir pun tak de la terganggu gugat atau terjejas pun. Cuma...cuma..hati dan perasaan saya je yang akan terjejas.

Tengok TV..semua pakat tunjuk jalan JEM. Tersangkut tiga empat jam kat jalan. Bukan setakat jalan nak masuk KL je..jalan nak kuar KL pun sama. Pastu encik suami saya pulak..dok hint2 cakap jalan JEM. So, dalam hati sudah bengkak sikit. Dah agak...Hmmm..mesti tak jadi pergi la ni.

Sudahnya, bagi nak ubati hati yang nestapa dan berduka lara, saya terus ke dapur. Masak. Suap anak-anak makan, pastu saya makan. Abih makan, amik clorox, serbuk pencuci dan pencuci toilet. Masuk toilet...basuh toilet sampai keluar air mata. Eh...bukan sebab nangis, tapi saya rasa formula cucian saya salah la...saya picit sabun cuci tandas dari cosway, alamak!!! dah abih la..sikit je tinggal. Tak cukup. Jadi tabur pulak serbuk ekonomi handalan kat lantai dan dlm baldi. Pastu saya tambah dengan clorox di lantai dan juga dibaldi. Dan serta merta tak sampai 10 saat, satu gas terhasil. Pedih mata!!! sesak napas!!! eh..saya tengah cipta gas pemedih mata tuk diri sendiri kah?? getus saya didalam hati.

Tanpa berlengah, saya terus buka pintu bilik air. Dan buka kipas kuat2 dalam bilik untuk tenangkan keadaan diri sambil menunggu gas2 anti pengoksidaan rekacipta saya itu merembes ke udara. Masuk semula kali kedua...masih ada sisa2 kepedihan. Tapi dah agak ok. Maka meneruskan cucian semula. Abih cuci, senyum...puas hati sebab toilet #BERSIH berseri. Nasib baik ada #BERSIH. hehehe

Selesai mandi dan solat. Ambil pula pakaian dan melipat2 sambil menyanyi lagu syahdu. Anak2 ada yg tido, ada main game dan ada tgk tv. Abah derang tak de...keluar sebab #BERSIH enjin kereta agaknya. Dalam hati masa ni, mmg dah kompom tak jadi pergi, sbb masa tu dah dekat pukul 5. Tetiba, encik suami pulang. Terus dia bertanya, pukul berapa nak pergi?? Adat perempuan yang hatinya agak terluka kerana luka yang dibuat sendiri, terus jawap "tak pi pun tak pa". Sambil dalam hati berdoa, moga suamiku memahami kehendak sebenar aku. Hahaha..perempuan mmg begini kah?? di mulut lain, di hati lain.

Kemudian, encik suami terus merebahkan diri dan melelapkan matanya di katil. huhuhuhu...dia tak paham...kata hatiku.

Selesai lipat kain baju. Angkat dan simpan. Tengok la tv jap...apa berita terkini? takde apa pun. Maka layan video klip shahir lagu #luarbiasa. Bosan. Tutup TV. Jom solat asar. Selesai solat. Encik suami cakap. SIAP!! yeay!!! best.

Akhirnya lepas hantar anak-anak ke rumah my PIL, terus ktorg bergerak ke destinasi. Jam masa tu pukul 6.45petang  dah. Harap2 jalan jgn JEM. Event tu start kul 8 malam. Terima kasih my adik ipar sebab sudi tengokkan anak2.

Seeeeeee...



Sangatttt #BERSIH kan jalan pada hari tu. Pukul 7.00 dah sampai area situ. Kalau tak de #BERSIH, mesti belum sampai lagi agaknya. hehehe. Betul2 rasa kat KL masa tu mcm hari raya...lengang...lapang...

Sekian

Thursday, June 23, 2011

Merah, kuning, biru dan hijau...

Tengah amik air kat pantry opis... dengar riuh rendah suara bebudak bersorak dengan muzik sekali..tinjau dari tingkap pantry...korang nampak tak apa yang aku nampak???


Ok...meh kita zooommm sikit....

tak jelas lagi ke???


Ok..ZZzzzooooommmmm lagi sikit.....dah nampak kan??

Bebudak sekolah tengah prektis acara sukan dan perbarisan sempena Sukan antara rumah Sabtu ni. Tu la sekolah yang anak aku belajar. Dekat je dengan opis. Senang kalo jadi apa2 leh terus lari2 anak pi kat dia. 

Tengok derang prektis, teringat zaman masa sekolah-sekolah dulu. Aku ni mmg tak minat langsung bab-bab sukan ni. Tambah-tambah outdoor..kalo indoor tu, minat la sikitttt. Tapi bila ada sukan, muka aku antara muka perbarisan. Yang tu mmg aku minatttt. Bab kawat2 ni suka la. Masa tu kulit itam pun tak de hal. Sat je..kang abih sukan bertukar la balik. hehehe

Ingat lagi, masa sekolah rendah aku rumah biru. Sekolah menengah aku rumah kuning. Teringin sangat nak jadi ahli rumah merah. Sebab rumah merah selalu menang kan??? mencik tau!!!! dan rumah biru selalu kalah!!! mencik...mencik...mencik!!!


Tuesday, June 7, 2011

Bengang



Gerammm.
apsal blogger punya template dah bertukar ni??
Takpi tak kisah. i am fas learner katanya..huhuhu

Tapi yg geram tu, dah penat2 buat entry, nak upload gambar dari PC punya driver tak leh.
Sebabnya, derang tgh fix kan problem tu.
Tu la..pandai2 tukar. 
Grrrrrr....

Tuesday, May 31, 2011

Selamat Pagi

Cuti sekolah.
Jalan lengang ya Rabbi...syukur ya Allah. Kalau hari2 mcm ni kan bagus :) Adat dok KL kan?? Pasrahh

Kuar lambat 5 minit dr biasa, tu pun aku yang lengah2kan. Kalo ikut asben aku yg bersemangat waja, kul 6.30pg dia dah nak kuar rumah. pasrahhh kali kedua :)

Sampai2 opis. Gelapnya department aku. Aku jadi tukang buka lampu. Tgk jam, dah kul 7.10. Awal lagi kot, kata hatiku...

mr sunshine tak kelihatan pagi ni


7.30 pagi...hujan selebat2nya turun...
Tapi nape masih kosong?? Semua orang cuti ke???
Mana kak maznah?? kak aidah?? kak een?? kak ret???
Err...nmpak?? semuanya berstatus kak di situ... *bajet budak paling muda dlm dept*

Dah...sekian..entry tak bermotip =)

Thursday, May 19, 2011

lama kan???

uish lama...
lama betul tak update kan??
ada...
dlm pala otak mcm2 nak tulis..tp masa tak cukup

kat rmh kejar masa...
kat opis masa kejar..
so nak buat camna??

cepatla baik encik Dell ku...
rindu bangat sama kamu...huhuhu

Monday, April 18, 2011

Ala....

sebenarnya banyak yg nak ditaip
Banyak yang nak dicerita...
Tapi kat rmh kan..
susah, sbb netbook aku dah rosak.
Nak pakai PC, malas nak on..mcm arghh!!! tak suka la...
Bila hari keje...lagiiii susah.
Nak kena tggu time b4 masuk opis,
Takpun tggu lunch time.
Tapi lunch time kena ngadap abg long pulak...

Ok. Sekian.
Tu je alasan nak bgtau sbb apa aku jarang hapdet :)

Monday, April 11, 2011

Cukai oh cukai

Sudahkah anda melaksanakan tanggungjawab kepada negara???
hahahaha...poyo je kan?? Adat la..hidup makan gaji ni. Tiap2 tahun..keluar je EA form...haruslah aku dok isi cukai taksiran pendapatan. Dan mcm biasa jugak...para isteri kat luar sana mesti ada gak yg jalankan tugas sebagai setiausaha pada suami anda kan?? Disamping buat cukai taksiran kat diri sendiri...kena jugak buat utk suami. Hai...bertuahnya anda yg dapat isteri mcm ktorg ni...hehehe

Ok..mcm biasa, bg yg tak tahu...masuk la website hasil.

klik log in e borang

klik lagi

masukkan ic dan pswd. Kalo tak igt...jgn tanya aku..


Pastu pandai2 korang masukkan detail korang kat situ. Adjust apa2 yg patut... letak la anak2 kat nama korang or husband...biar seimbang. Seimbang bagi aku adalah..biar dua-dua tak payah kena bayar cukai... kalo dapat pulangan...lagiiiii best. hahaha

Big breakfast

Hari ni, i had a BiG breakfast.
Nope...bukan big breakfast McD tu...ni kat cafe je..tapi puas la. Encik suami aku cakap..dia tgk je pun dah kenyang. Tapi dia tak lalu betul nak makan macam aku. Maklumla..dia melayu jati...eh...oppss..melayu Bugis la. Lain la aku..melayu + Siam + Hindustan...hahaha. Tapi still bukan from the west kan?? Tekak je perasan mat saleh.

kopi O dia manis sangat la...


Sedap ooo..
Tapi dah nama pun tekak melayu. Sambal wajibla ada. Makan style Western konon. Tapi melayu celup..camtu la. Eh..dedolu...budak2 laki kat Uitm bagi gelaran kat aku "Celup". 

Arggghhh...rindunya kat ITM Arau!!!

Thursday, April 7, 2011

i-Phone dan i-Na

Baru2 ni...saya dpt msg dr incik mexis...
mencik tau bunyi mesej tu...


Dah berzaman saya pakai tipon ni...tak penah sekali pun eksid limit tau!! Ni semua gegara anak dara saya ni tau!! Cer tgk..apa dia buat setiap kali jumpa saya..

tgk tu apa dia buat??


Dia bukan nak tanya "mama sihat?? or...mama makan apa tadi??
takde pun tau!! Tapi yg dia tanya setiap kali nmpk muka saya adalah...
"mana henpon mama??"
Ish!! tak bagi..anak..dah dibagi..jd harta dia la plk..

khusyuknya diaaaa...


Yg leh jd eksid tu bukan sbb apa...semua tu sbb dia suka tgk u tube...u tube ok!! bukan calang2 la Aina ni. Tp tak de la dia tgk benda pelik2. Dia cuma tgk citer upin ipin, chipmunks..pas tu  mana dia jumpa ntah flashcard ABC. Sape ajar?? takde sapenya..dia try n error je sendiri..mewarisi sifat "gadget man" abg long dia la tu. Siap ada favourite list sendiri dlm tu..isk isk..

Pas dah dpt mesej dari incik mexis tu..mula la mak dia ketaq. Godek2 tipon, jumpa setting for restriction code. Terus mak dia hidekan u tube. Apa lagi, bila dia cari u tube dah takde...meraung la dia..tapi sekejapan je la..

Sekarang dia tgh fokus kat lain pulak....

dgr muzik, men game..dan geletek si ipin...hmmm


Tp dlm tipon tu..mak dia dah install iqra, dan word world skrg...lagi bertambah suka dia..mak dia pun suka..sbb dia dah kenal alif ba ta dan perkataan2 arab serta eja haiwan2 yg ada kat word world tu.

Cuma la ni mak dia jadi sedih sebab terpaksa off segala koneksyen yg ada kena ngena ngan tenet. FB ka, tweeter ka..YM ka..semua mak dia terpaksa off..at least sampai abih bil bulan ni. Nasib la.

Wednesday, April 6, 2011

Dia sudah mariiii

Tak tahu lerr...
Apa yg merasuk awak ari ni...
tetiba je..pas bekfas...pagi2 aura awak datang nak ngemas meja awak yg sebenor-benornya amatlah bersepah.
Bermula dari drawer...perghhh byknya khazanah tak ternilai awak...
Pelik jugak ler ngan awak ni...aper ke heyy ntah ler...
suker sgt awak ni dok nyimpan resit2 sejak zaman berzaman.
Awak dah nekad...
kiter bakorrr jer!!!

Tetiba...tgh awak dok feel2 makcik cleaner...
Awak rasa pancaran flash berserta bunyiknyer sekali terpercik kena ke awak.
Rupernyer...ada paparazzi kat sebelah awak yer...
Tapi tak per..awak dah curi pun gambar awak kat belog dier...



Sekarang ni...
Tempat awak dah kemaih sikit...
cuma sebelah kanan awak jer..ada saki baki sikit je lagi..
tggu la mood rajin awak dtg lagi yer..
Kome kat luar sana ader ke yg volunteer nak tlg awak ni??? Sila angkat tangan tiru cam awak ni yer!! ala...tiru gaya usop wilcha tu ler...



Eh2....
pas kemas2...baru awak perasan..
rupernyer..jiran awak kat sebelah ni dah lama melanggar sempadan yer!!!
moh...kiter bakar jer!!!


p/s: paksu...ooo paksu...nmpk tak betapa ayunya mama tgh mengemas tu??? Aina nak jadi cam mama la...hahaha

Saturday, April 2, 2011

Bujang beranak 3

Ari ni kan...tsk tsk tsk...
saya jd bujangan jap...tp...bukan bujang cam leh hore2...naik genting cam dedolu tu.
Tapi hari ni saya jd bujang..tp beranak 3.

Encik somi saya awal2..dah kuar g opis.
Tapi saya lagi awal2, suh dia tlg belikan bekfas tuk saya dan anak2.
Tapi...dia lagi awal2 dan tinggalkan mcm2 mandat tuk saya.
Semua dah setel dah!!!

Cuma...mandat yg tak perlu disuruh, dan menjadi rutin harian dan mingguan saya je belum saya sentuh!!!
Adeh!! byk ni...kasut sekolah tak basuh lagi.
Kain baju tak basuh lagi, yg kering tak angkat lagi...errr...ada yg tak dilipat lagi pun ada.
Lantai baru sapu...tp...tak mop lagi...leh lak rehat tulis entry dulu ek???...hehe
Nasi tak masak lagi...dah kul 11 lebih ni...

Ok la..saya kena chow...
Kang byk lagi keje tertangguh...
sape nak buat???
Saya gak....

Monday, October 11, 2010

Ada apa dgn 10.10.10??

Tarikh semalam 10.10.10  kan??? dr malamnya lagi hati saya dah berkobar2 nak coretkan sesuatu kat blog saya pada tarikh tersebut. Tapi hakikatnya hampa...saya tak buat pun. Perasaan saya lebih malas dari rajin. err korang paham ke apa saya cakap ni???

Ada apa dgn 10.10.10 kan???
Ntahla, tapi saya mmg minat betul dgn angka 10. Dari saya kecik sampai besar, mmg saya suka nombor 10. Mungkin sbb tarikh lahir saya adalah 10hb kot. So, secara tak langsung, saya pun minat dgn angka tu. Saya igt lagi, masa zaman2 jd student dulu, ramai classmate saya begitu tergila2kan David Beckham. Tapi saya tak minat langsung kat dia. Masa tu saya suka kat Owen. Tapi...saya suka dia bukan sebab bola sepak. Sungguh!!!  saya memang tak minat ngan bola sepak. Saya cuma suka kat Owen, sbb masa tu saya tau dia pakai Jersi nombor 10  :) . Ntah apa2 saya ni kan?? err..skrg ni dia pakai jersi nombor bp pun saya dah tak tau. Nampak sgt mmg saya bukan peminat dia kan???

Tapi kawan saya yang sorang ni sungguh bertuah. Dia lahir 10.10.80..so, kat FB dia dia coretkan 10+10+10=30..bestkan??? Bertuah ko Ita...err..happy belated bday yer :)

Eh dah la..saya dah merapu sgt. Sebenarnya semalam tak de apa2 pun yang menarik berlaku dalam hidup saya, semua biasa2 ja. Sekian. Terima kasih.



Eh, tak la..semalam seharian jugak saya menonton citer BEN 10 ngan anak2 saya, best gak eh. Tambah2 dgn kuasa ultimatrics dia tu..so, saya nak minat ngan Ben pulak la....hehehehe..ok..adios!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...