Showing posts with label Hubby. Show all posts
Showing posts with label Hubby. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Bukan susah, tapi sukar

Semalam gegar tak rumah korang??
Rumah aku gegar!!!! 2 kali kot, lama pulak tu, terpaksa anak beranak turun menyelamatkan diri ikut tangga, Tapi syukur tak de apa-apa kejadian buruk berlaku.

Tapi dek kerana kegegaran itu, malam tadi, mata ni susah betul nak lelap. Selalu pukul 10 sharp, memang dah masuk bilik dan masuk mimpi dah. Semalam mata takut nak lelap, takut bila terlelap je, sedar-sedar kat tempat lain. Nauzubillah. 

Memang semua manusia akan mati, tapi doa aku, biarlah mati dalam keadaan yang indah. Bukan menyayat hati. Moga doa aku dimakbulkan Allah. Aminn...

Makanya, lepas anak-anak dah tido, sibuk la aku mengadu domba kat encik suami cakap haus. Rasa tekak nak minum air panas. Dia tanya nak air apa?? Aku senyum je, cakap nak cappucino satu!! hehe..saja, aku tau bukan boleh dapat pun. Pastu aku pun bangun dan ambil wudhuk sebab nak solat isyak. Tengah nak bentang sejadah, terdengar kelentung kelentang kat dapur, dalam hati dah agak, biar betul suami aku nak buat air kat aku ni?? Memang la ni bukan kali pertama. Tapi boleh kata kali pertama la untuk tahun ni. hehehe. Elok nak angkat takbir, encik suami muncul mengintai dari celah pintu dengan se'mug' minuman ditangan. So suwitt kan?? Aku pun agak terharu sebenarnya. Tapi takkan nak benti solat dan minum pulak?? Aku cakap, jap gi aku minum. Letak kat luar dulu. Tengs ye bang :)

Bila keluar gi dapur..bertambah terharu!!!

Tara!!!

Siap dengan mesej tu. Rajin pulak dia cari kertas dan carikkan buat bentuk heart tu. Yang ni memang pertama kali seusia perkahwinan aku. Terus lari-lari anak masuk bilik amik phone dan snap gambar ni. Terus rasa ala-ala baru kahwin gitu. Padahal masa baru kahwin dulu pun tak penah pun dia buat camni.

Tapi tidaklah air cappucino ye kawan-kawan. Air favourite aku ni cuma nescafe. Senang kan??

Betul tak aku cakap?? Untuk suami buat semua ni, bukanlah susah mana pun, tapi agak sukar dilakukan. Isteri ni mudah. Tak perlu kau nak lambakkan intan permata depan mata ktorg untuk buat ktorg speechless. Cukuplah dengan kejutan-kejutan macam ni. Dah cukup rasa terharu. Tak kisah, walau jarang-jarang :)

Tuesday, July 12, 2011

Malam Gala Simply Siti

Akhirnya...
Berjaya juga saya menjejakkan kaki ke UiTM di hatiku...."wujudku disini di tanah anak merdeka...bagai obor ilmu memayungi putra putrinya..." uishh...syahdu sungguh bila teringatkan lagu tu...banyak kenangan tu. Memang tepat la tajuk lagu tu. UiTM di hatiku...selamya....sob sob sob...

Ok, sebenarnya nak cerita pasal mini konsert Simply Siti (SS) malam tu. Bukan pasal UiTM. Tapi adat la alumni UiTM ni kan...mana2 pun mesti rindu dengan kenangan kat sana kan...

Saya sampai awal dari dijangka. So, sempat makan2 dulu isi perut. Pastu jejak masuk UiTM..cari masjid nak solat. Kemudian baru gerak ke dewan Canselor tu. Masa sampai sana tengah-tengah nak parking kereta, ada sebijik motor besar lalu. Dalam hati kata, "eh...tu ct ngan dato' K tu" tapi kata sorang2 je la. Kemudian menapak melintasi padang terus ke dewan. Orang dah ramai masa tu. Rupanya kat luar tu ada karnival SS siap ada rumah hantu bagai, tapi takde la saya rajin2 nak masuk kan. Masa tu pun jam dah dekat pukul 8.20mlm. Terus cari pintu masuk dewan. Besar dewan tu. Pastu ada 2 bahagian untuk masuk. Rupanya tiket or pas masuk utk pengguna produk dan student lain2 design. Nak masuk pun ikut pintu lain2 la. Masa saya masuk tu.. kedudukan saya dah agak terkebelakang. Tapi still nmpk stage dengan jelas. Masa tu kat sebelah kiri saya, macam ada tempat duduk yg strategik, atas sikit dan betul2 ngadap pentas. Bisik2 kat encik suami...kalo kita boleh duduk situ mesti best..nampak jelas segala. Lagipun tempat tu tak penuh. Encik suami suruh sabar, katanya, nnt kalau still tak penuh mesti dia panggil kita naik situ. 

Dekat2 konsert nak mula. Cakap encik suami saya dimakbulkan. Maka tempat kami betul2 best. Persembahan malam tu di acarakan oleh FBI. TerBAEKKK..dia memang talented, bagus dan sangat kelakar. Mula2, biasa la, dimulakan dengan nyanyian dan tarian budak2 UiTM. Pastu, derang tunjuk konvoi moto2 besar kat skrin, kononnya siti baru sampai...padahal rakaman je tu..saya tau la...hahaha...pastu sebijik moto besar masuk dan berhenti betul2 depan stage. Sape lagi..dah tentu la dato siti ngan dato K. Dia nyanyi satu lagu je..pastu masuk balik.

FBI yang terBAEKKK!!

Konon2...Siti baru sampai berkonvoi



Ada adik Mia Sara yang comeiii :)


Acara diteruskan dengan nyanyian artis jemputan dan penari2 sekolah kebudayaan johor dan sarawak serta budak2 UiTM. Artis2 malam tu Ana Raffali, Aizat dan Amy search. Semua nyanyi dua buah lagu masing2. Tapi bila part Amy nyanyi lagu ISABELLA...perghhh...satu dewan gegar...rasa mcm konsert dia pulak. Amy memang legend la..Tetiba rasa nak p tengok konsert Wing dan Search pulak. hehehe.

Ana Raffali


Amy yang legend


Siti ngan Aizat duet nyanyi LAGU KITA


Pastu ada la acara2 cabutan bertuah, dapat tiket bola, barang SS dan paling best dapat beg Prada hak milik dato CT. Tapi saya tak bertuah pun. Tu la sapa suh gatai pindah tempat naik ke tempat2 VIP tu?? mana ada istimewa tuk cabutan bertuah. Sebab cabutan dia lain sikit. Bukan cabut nombor yg tertera kat tiket. Tapi sambut bola yang dibaling oleh dato K dan staff SS, pastu kat bawah kerusi ada kertas yang istimewa utk bakal pemilik beg prada. Mana nak dapat semua tu kalau kat tempat duduk VIP?? hehehe...tak pe..janji malam tu enjoy!!

Tuuuu..dato K

mamat tu la yang bertuah dapat Beg Prada Siti...orang Karangkraf tu


Siti nyanyi berapa buah lagu ek?? saya tak berapa igt la. Tapi sikit je la. Tak sampai 10 pun. Tapi ada satu lagu single terbaru dia. Lagu dlm bahasa inggeris. Tajuk "falling in love" kalau tak salah saya. Rancak la lagu tu..tarian dia pun ada ala2 wonder girls... tapi saya syak, masa dia nyanyi lagu tu..dia adalah miming. hehehe...






Acara tu tamat dalam pukul 11. Overall, ok...ni kali kedua tgk persembahan siti. First dulu masa kat Bukit jalil. Free jugak sbb hotlink's customer. Yang kali ni pun free jugak sbb SS's customer. hehehe...Nampak gaya saya cuma pergi kalau free je la. So Siti, next free concert, jgn lupa ajak saya yer :)

Monday, July 11, 2011

Berrrsihhhh sangat...BERSIH punya pasal

Hari sabtu baru-baru ni kan.
Kan ke ada #BERSIH. Pastu kan...saya ni ada satu event yang kena attend. Cehhhh..poyo..bajet org penting la sangat. Tapi event tu kalau saya tak hadir pun tak de la terganggu gugat atau terjejas pun. Cuma...cuma..hati dan perasaan saya je yang akan terjejas.

Tengok TV..semua pakat tunjuk jalan JEM. Tersangkut tiga empat jam kat jalan. Bukan setakat jalan nak masuk KL je..jalan nak kuar KL pun sama. Pastu encik suami saya pulak..dok hint2 cakap jalan JEM. So, dalam hati sudah bengkak sikit. Dah agak...Hmmm..mesti tak jadi pergi la ni.

Sudahnya, bagi nak ubati hati yang nestapa dan berduka lara, saya terus ke dapur. Masak. Suap anak-anak makan, pastu saya makan. Abih makan, amik clorox, serbuk pencuci dan pencuci toilet. Masuk toilet...basuh toilet sampai keluar air mata. Eh...bukan sebab nangis, tapi saya rasa formula cucian saya salah la...saya picit sabun cuci tandas dari cosway, alamak!!! dah abih la..sikit je tinggal. Tak cukup. Jadi tabur pulak serbuk ekonomi handalan kat lantai dan dlm baldi. Pastu saya tambah dengan clorox di lantai dan juga dibaldi. Dan serta merta tak sampai 10 saat, satu gas terhasil. Pedih mata!!! sesak napas!!! eh..saya tengah cipta gas pemedih mata tuk diri sendiri kah?? getus saya didalam hati.

Tanpa berlengah, saya terus buka pintu bilik air. Dan buka kipas kuat2 dalam bilik untuk tenangkan keadaan diri sambil menunggu gas2 anti pengoksidaan rekacipta saya itu merembes ke udara. Masuk semula kali kedua...masih ada sisa2 kepedihan. Tapi dah agak ok. Maka meneruskan cucian semula. Abih cuci, senyum...puas hati sebab toilet #BERSIH berseri. Nasib baik ada #BERSIH. hehehe

Selesai mandi dan solat. Ambil pula pakaian dan melipat2 sambil menyanyi lagu syahdu. Anak2 ada yg tido, ada main game dan ada tgk tv. Abah derang tak de...keluar sebab #BERSIH enjin kereta agaknya. Dalam hati masa ni, mmg dah kompom tak jadi pergi, sbb masa tu dah dekat pukul 5. Tetiba, encik suami pulang. Terus dia bertanya, pukul berapa nak pergi?? Adat perempuan yang hatinya agak terluka kerana luka yang dibuat sendiri, terus jawap "tak pi pun tak pa". Sambil dalam hati berdoa, moga suamiku memahami kehendak sebenar aku. Hahaha..perempuan mmg begini kah?? di mulut lain, di hati lain.

Kemudian, encik suami terus merebahkan diri dan melelapkan matanya di katil. huhuhuhu...dia tak paham...kata hatiku.

Selesai lipat kain baju. Angkat dan simpan. Tengok la tv jap...apa berita terkini? takde apa pun. Maka layan video klip shahir lagu #luarbiasa. Bosan. Tutup TV. Jom solat asar. Selesai solat. Encik suami cakap. SIAP!! yeay!!! best.

Akhirnya lepas hantar anak-anak ke rumah my PIL, terus ktorg bergerak ke destinasi. Jam masa tu pukul 6.45petang  dah. Harap2 jalan jgn JEM. Event tu start kul 8 malam. Terima kasih my adik ipar sebab sudi tengokkan anak2.

Seeeeeee...



Sangatttt #BERSIH kan jalan pada hari tu. Pukul 7.00 dah sampai area situ. Kalau tak de #BERSIH, mesti belum sampai lagi agaknya. hehehe. Betul2 rasa kat KL masa tu mcm hari raya...lengang...lapang...

Sekian

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa

Petang semalam, pukul 6.56 minit petang, bersamaan hari Ahad. Dapat mesej dari PM.


Amboi PM...jangan risau la..walaupun hari bapa disambut tak semeriah hari ibu....
eh..lagu2 hari bapa kat radio pun tak de ek?? tsk tsk tsk..nasib la sapa jadi bapak kan??
Tapi, dato' Sri jangan bimbang...kami tetap menyambut secara kecil-kecilan bersama bapa masing2

Ini buktinya...
sehari awal tuuuuu..
ni pun harapkan ihsan bapa la yang bawa...kalo tak..dok rumah jugak...



Tapi kan...mesej ni kaum hawa je dapat kot...kaum adam tak dapat kan??? errr...tapi kan..tapiiii...awat masa hari ibu bulan lepas, kak mah tak mesej peringatan macam ni kat kaum bapa pun??? why?? why???


Apa-apa pun...
Selamat Hari Bapa semua...
Jadilah bapa yang bertanggungjawab dan menjadi contoh teladan yang baik untuk anak-anak.

Tuesday, June 7, 2011

Simply Siti...Fabulous Farihah =)

Nak jugak tu...hahaha

Kisahnya, petang semalam pas opis terus beli susu anak2 dan barang dapur sikit.
Pastu ajak encik suami singgah watson jap

Isteri: Jom p watson, nak beli pencuci muka la..ingat nak try simply siti (SS) lak.kot2 leh cun mcm dia..hahaha
Suami: Ok... i likeeee!! (dengan muka yg ceria)
heh!!! gatal ok.
Isteri: Alamak, cepat sikit la...satgi takut tak sempat nak jumpa #SethTan.. 
Suami: buat muka sambil #TDDMKA, Siti tak buat produk utk lelaki ke??
Isteri: Ada, hari tu rasa mcm dia kata nak buat utk lelaki lak
Suami : Ye ke?? pasni nak beli la.
Isteri : Tapi..nama dia bukan SS la. Tak ingat nama betul..tp ada kena ngena ngan datuk K. Dia cakap...apa K ntah.
Suami : Cheh..tak jadi la beli. Walau nama abg pun ada K..tp abg tetap tak nak beli kalo ada produk yg ada kena ngena dgn K tu...
Isteri : kah kah kah...


Niat nak amik pencuci muka je, tp ternampak starter kit SS lak. kena try ni. Bagus la ada starter kit mcm ni, at least kita boleh test dulu produk tu sesuai ngan kita atau tak kan.


aku kan dah tua..
jadi amik la set New Age..kot2 leh tukar jadi belasan tahun kan???
Dalam tu ada pencuci muka, krim simply 5 dan serum yg dipakai di malam hari sebelum tido selama 7 hari berturut2. Tapi mampukah aku??? aku ni tak rajin la nak pakai2 krim sblm tido, sebab selalunya terus kedebum atas katil dan zzzzz

Malam tadi, gigih sebelum tido aku dok sapu menyapu muka dgn serum SS tu..kot2 megik ada kan..sok pagi muka terus blinkkkk...jadi Siti..hahahaha

Tapi..tak de pun...dlm mimpi pun tak jadi...



P/S : Kalo Siti kawin ngan DK...aku kawin ngan AKP..hahaha...datuk tak de..tp sok2 dah ada cucu..dpt la pangkat tu...hehehe

Tuesday, May 31, 2011

Jambu yg legend tp kiut

Pagi ni...gara2 jambu maharajalawak



perbualan suami isteri melalui mesengger opis


Suami... dah makan ubat sayang
Isteri... dah
Isteri... abg tau
Isteri... syg dah tukaq duit smlm
Isteri... suh retna
Suami... ooo
Isteri... tukaq 700
Suami... berapa hinggit
Isteri... dpt 200 ja
Isteri... ish ish ish
Suami... mak aaii
Isteri... 200 lebih la
Suami... mala kulu kulu
Isteri... hahaha
Isteri... imala ak eeekk
Isteri... kah kah kah (sedih ni)
Suami... heheheheh
Suami... takpa2


Mengong kan?? huuuu huuu huuuuu


P/S: mala...kulu kulu... erkk kowang paham??

Monday, April 25, 2011

Happy Birthday my dear Hubby

Kalau semalam, bday anak kedua aku. Hari ni birthday abahnya pulak. Memang derang selang satu hari je. Aku dulu mmg bercita2 nak lahirkan Aliff 25 April. So, leh sambut bday sama2 ngan abahnya..tapi, Aliff tu, nak kuar cepat sangat la plk. Puas aku suh doktor holdkan  dulu sbb nak lahir 25 April gak. Tapi doktor marah aku balik. Iyer la, permintaan tak munasabah kan?? dah la masa tu kul 2 petang, pastu dah buka 8 cm masa sampai spital, igt boleh hold2 ke?? lain la kul 11.59 malam ke kan?? 

Dan tadi, aku mengambil cuti sempena keputraan Putra (nama suami den). Tak de la sambut besar2an pun. Biasa2 je. Kek aku tempah dari kawan seopis. Sekrang ni kan kek Red Velvet menjadi kegilaan ramai. Bagi peminat cheese mcm aku ngan suami aku ni, mmg kek ni sangatttlah sedap. Thanks Ana. Sbb susah2 ko je kan?? Aku tak kisah bab2 decoration tu. Janji rasa ada umphh!!

bday boy???




Untuk suami aku, "Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 30. Dah masuk angka 30an tu, lain la ai...muda lagi masih memegang angka 20 an...u jangan jeles yer!! hehehe...semoga dapat menjadi ketua keluarga yang terbaik untuk keluarga kita."

Thursday, April 21, 2011

Lagu-lagu best

Semua ni lagu2 yang aku baru masukkan dalam tipon aku.



Aku bukan jenis rajin nak masuk lagu2 dlm tipon. Malas teramat. Maklumla..bukan taraf muda remaja lagi nak giler2 letak lagu bagai kan. Sedar diri ni. Cuma smlm je masuk la lagu yg aku rasa menarik utk aku dgr sekali sekala.

Pastu bila playkan lagu sedetik lebih nyanyian "bang nuar" tu kan..sekali ada gambar dia. Pastu Aina plk buka lagu tu semlm dlm keta. Dia tunjuk kat abah dia. Abah dia yg tgh drive, boleh terpandang sampai 2 kali (kes terkejut ni)....apa kes ada muka bang nuar??
dia tanya..
"naper ada muka dia lak??"
"mana nak tau..dah masa dload tu depa letak sekali muka dia"
"tipu ni...syg yg letakkan kan??"


heh???
what the fish?? *tangan di bahu, mata ke atas*
Tak kuasa mak nak nak letak gambar2 artis ni.

Tapi abah Aina pun gurau je...bukan serius..dia lebih kenal aku... kan..kan..kan???

Tuesday, March 15, 2011

Kerja gila

"abg rasa nak tgk lg sekali la citer tu"
"me too" aku reply
Jom g tgk balik opis ni nak???
Ok sett!!!


Maka, ptg td balik opis terus laki bini wat keje gila. Maklumla anak sorang. Leh angkut kemana2. Lagi 2 org dok rmh mak ngah plk katanya. Hehehe

Best ke "hikayat merong mahawangsa"??? Tak tau la kat korang. Tp bg aku yg bukan penggemar filem ni pun dah 2 kali tgk. Best la bagi aku kot. 2 kali tgk pun tak boring lagi. Leh je tgk mcm tak penah tgk lagaknya.

Err... Ada sape2 nak ajak aku tgk lagi??? Jom... Jom... Hehehe BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, March 9, 2011

Jom la... jom la... plssss

Esok 10 haribulan kan???
Ada apa ngan nombor 10??? Sebab tarikh lahir aku 10 hb jugak...jadi...aku sangat2 sukaaaa dgn nombor 10...nombor 10 mesti best dan comeyyy je kan?? Bertambah best...sbb esok dah start tayangan citer "Merong Mahawangsa". Tengok preview pun dah mcm sangat best dah..teruja betul nak tgk...dasyatla idea adik beradik KRU ni. Tabik spring la kat derang sbb blh buat filem epik yang nampak hebat ni. 


poster pun dah cun dahh


Lagu OST filem ni??? ala..lagu sedetik lebih tu... tok sah dok cakap apa dah la...setiap kali dengar mesti bergetarrrr je jiwa raga ai tau!!! Dari tak minat Anuar Zain, terus ai lap u "bang nuar", sedapppp sangat suara u tau!!! hahahaha.... *larikkkk*

comeinyer senyuman dierrr... :)
*credit to budiey*



err...bang ooo bang...faham tak maksud entry isterimu ini??? *senyum simpol2*


P/S: Ditujukan khas untuk suami terchenta!!!

Monday, September 6, 2010

Kau laksana bulan



Korang tgk tak cerita ni?? Ni cerita bersiri kat TV2. tapi dah abis dah sekarang. Saya pun sempat tgk 2 episod je. Tu pun secara tak sengaja. Bila dah tgk episod second last tu..saya dan suami berkobar2 nak tau apa akan jadi episod akan datang. Tup2 tau cerita ni adalah adaptasi novel tulisan Aina Emir. Terus saya cakap kat suami saya "esok nak tanya ret la..dia ada ke tak novel ni." Dia leh jawab "eh, semua novel ret ada ke??" saya cakap tak tau maybe la kot..tya je la dulu. Tapi dia cakap lg "kalau abang baca novel mmg gempak la..even kalo ada novel pasal dart pun belum tentu abang baca". saya pun angguk je la sambil kata mmg tak de pun novel pasal dart masalahnya.



Esoknya sampai opis saya terus tanya kawan saya ni. Syukur, dia kata ada novel tu, saya terus pinjam. Tapi masa bawa balik tu saya tak terus baca lagi. Sehari sebelum episod berikutnya tu nak ditayangkan, br saya baca. Tu pun bukan dari mula, tp baca part tuk sambungan hari esok tu je. Giler sibuk baca sampai tak masak untuk berbuka hari tu..mmg nasib la. Suami saya tgk pun dah geleng pala. Tp mmg hari tu saya malas nak masak. Tgk2 dah kul 6 ptg. Tutup jap terus masuk bilik air nak mandi.

Elok keluar je dari bilik air, saya tgk ada satu permandangan yang aneh. Hampir saya nak pengsan. Tp saya diam dulu. selesai solat saya tgk..eh masih tak berganjank lagi permandangan td. Korang nak tgk permandangan apa??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
---

Terkejut betul saya, siap saya ulang statement dia hari tu. Tapi dia buat tak reti je..sudahnya dia baca dulu sampai abis dari saya. Pastu tutup buku dan senyum puas. Saya pun balas dgn senyum sinis..hehehe tak caya laki aku baca novel..hehehe..kuat betul penangan cerita ni.Lepas tu baru saya sambung baca sampai abih.

Tapi esoknya tgk2 cerita tu dah episod akhir. Tp cara cerita tu kat TV tak begitu menarik seperti jalan cerita dalam novel. Kesimpulannya..saya kena baca novel tu dari mula la jawabnya..

Wednesday, September 1, 2010

150 juta

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

Hana Zatie

Fynn Jamal

Dah lama video Hana Zatie ni kat FB. Tapi saya mcm malas nak tekan play tu. Sbb tengok budak tu pakai tudung labuh sambil pegang gitar. Mcm tak sesuai kan. Tapi bila saya tgk komen kat FB adik saya dan dia ada mention yang bila dgr lagu ni dia teringat kat sorang kakak dia. Terus saya terdetik "kakak" yang dia maksudkan tu mesti saya. So saya pun try dengar. 1st impression..hmm sedap gak lagu ni. Tapi bila saya google cari lirik dia. Baru saya tau lagu ni bukan lagu asal Hana Zatie. Tapi lagu Fynn Jamal. Dan saya juga baru tau maksud adik saya kenapa dia teringatkan saya. Yer2 saya ngaku mmg saya keras dan tak lemah lembut. hehehhe. Terima kasih yer adikku. Sian abg Putra dapat Isteri mcm kak ah kan?? So abang..nak komen apa2 tak?? hehehe. Tapi betul la..manja saya biar la suami saya je yang rasa..kan kan kan???

Tuesday, August 3, 2010

Majlis Makan Malam

Dah 8 tahun saya kerja sini. Sekali pun saya tak pernah missed nak hadiri Majlis Makan Malam Tahunan (MMMT) kat tempat kerja saya ni. Dari zaman anak dara, sampailah dah jadi mak teruna dan dara ni, sekali pun tak pernah missed lagi. MMMT tahun ni, baru je berlangsung weekend lepas di One World Hotel. Actually, dinner ni berlangsung dua malam berturut-turut, so, mmg staff kat department saya kena cabut undi tuk tentukan kedudukan di malam pertama atau kedua. Syukur, saya dapat malam pertama. Kalo malam kedua..mmg penat la kot, sbb esoknya pagi2 kena bgn awal pegi opis lak. Dan dah tentu saya tak akan pergi dinner ni.

MMMT kali ni jugak terdapat menu baru dari menu sedia ada. Kalo dulu, staff cuma boleh pilih antara Makanan Melayu, Chinese dan Vegetarian sahaja. Tapi kali ni dah dimasukkan sekali makanan Barat dan juga makanan jepun. Kalo ikut hati saya, nak pilih jepun. Tapi sian plk suami saya, takut tak tertelan plk. Maka ktorg pilih makanan barat. Saja la nak tukar selera kan.

Mari kita lihat dahulu gambar makanan yang saya makan malam tu:-

appetiser


Soup..yg ni sedap


main course saya, Ikan salmon

main course suami saya, lamb. Tapi byk lemak je :(


Dessert, yang ni pun sedap


Nmpak menarik tak??? Tapi, itulah..sesal dahulu pendapatan kan..sesal kemudian..kena telan jugak. Dah nama pun western food, tp nak dimakan oleh tekak melayu jati..mmg tak dapat la nak tolong kan. Memula dapat je appetiser dalam portion yang ciput tu. Suami saya dah bisik "balik ni kita singgah mamak ek??" hehehe. Saya angguk je. Tapi lepas dah makan sampai ke dessert tu, Alhamdulillah, kenyang. Cuma still tak menepati citarasa kami berdua la.




stage dari kedudukan meja saya


Lepas selesai makan, muncul la artis mlm tu. Artis yang dinanti2 ramai. Bukan yang dinantikan saya :)Kebetulan meja saya betul2 sebelah karpet merah dan dekat dgn pintu masuk. Saya pun dah get ready kamera tuk amik gambar artis jemputan tu. Tapi bukan tuk saya pun. Saya amik sekeping ni je, untuk tatapan pembaca blog ni. Yang minat dia la. Elok dia masuk je, saya terus keluar dari dewan. Mmg tak tgk pun Anuar Zain perform malam tu. Lagipun, dulu opis saya ni dah pernah jemput Anuar Zain ni. So, baik saya keluar dewan dan amik gambar dengan artis lain plk kan??


Taraaaaaa...inilah artis yang saya maksudkan. Kawan saya ni dah layak digelar artis sebab dah 2 tahun berturut2 buat performance untuk MMMT. Dan performance yang jauh lebih bagus dari artis jemputan.. hehehe


Dan juga dgn artis di pujaan hati saya ni...:) Jauh lebih hensem dari Anuar Zain kan??? Ya ampun peminat anuar.


Oh ya, setiap tahun, mmg ktorg akan dapat door gift. Dan doorgift malam tu adalah berupa MP3 player. Tapi dah selamat ke tangan anak2 saya. Lagu apa la yang derang nak dgr sangat ntah. Sampai2 je kat rmh, terus derang mintak mp3 ni kat derang. Amik je la anak2 mama.

Overall, saya rasa MMMT last year, much2 better than this year. Tahun ni, tak dapat pun lucky draw. Tak pe la..rezeki org lain kan. Apa2 pun, kita enjoyyyy!!!!

Thursday, July 8, 2010

watermark oh watermark

Saya dah lama minat dgn watermark2 ni. Tapi nak buat sendiri, nak pakai photoshop mmg tak reti. Try pakai photoscape, tak lawa sgt pulak. pastu byk limitation. Maka, lebih kurang 2 bulan lepas, saya tunjukkan kat suami saya website yang jual watermark2 ni. Saya cakap nak beli. Tapi dihalang keras oleh beliau. Katanya, biar dia je buat. Bukan ssh sangat pun. Yer!!! saya percaya. Sbb suami saya mmg terer bab2 software computer ni nak2 pula bab photoshop segala ni la. So, hati saya berbunga riang la.

Tapi..tunggu punya tunggu punya tunggu. Hasil tak jugak saya lihat. Saya pulak bukan jenis bersuara bertanyakan hal ni sehari sekali..malahan seminggu sekali pun tak. Kiranya, 2 bulan yang lalu adalah kali pertama dan terakhir saya suarakan pendapat saya. Tapi, semalam, saya beranikan diri bertanya kepada suami saya yang tercinta ini perihal watermark saya. Dia hanya tersenyum lalu berkata "malam ni abg buat" hehehe. ok la. Saya percaya kata2nya.

Makanya, selepas saja selesai makan malam, dia terus mengurungkan diri di dalam bilik dgn netbook saya yang dihadiahkanya tahun lalu. Bersama dgn watermark2 yang di"sketch"nya dahulu di dalam diari dan ditunjukkan kepada saya untuk dipilih. Saya pula di hall bersama anak2 saya sambil bersembang dgn ibu dan adik saya yang baru tiba dari kampung 2 hari yang lalu. Lebih kurang pukul 11 malam. Saya pun masuk ke bilik bersama2 anak2 saya. Saya tgk suami saya masih tekun di atas katil. Saya pun jenguk2 tgk hasil tangannya. Gembiranya tgk. Tapi kesian pun ada, sbb tekun sgt.


sampai senget2 cadar tilam sbb kusyuk sgt


Lepas anak2 tido, saya pun bgtau suami saya. Dahla, esok la sambung. Tapi dia ckp tak pe, alang2 buat, biar siap sbb dia tgh seronok katanya. Dan saya pun terlelap, kemudian lebih kurang dalam pukul 1 pagi, saya tejaga. Lihat dia masih tekun. Saya bersuara lagi suruh dia tido. Dia tak cakap apa2. Kemudian saya tak tau pukul berapa terjaga lagi, saya tgk beliau dah tido.

Soalannya...dah siap ke watermark saya?? Sian suami saya bertungkus lumus sepanjang malam. Gara2 tak nak buat watermark simple katanya. Sampaikan dia tak bangun tuk tgk bola semi final malam tadi. hehehe

Monday, June 14, 2010

Breakfast

Aku mmg ada masalah untuk bersarapan hampir pada setiap hari bekerja. Tapi kalo hari cuti, insya Allah, tak menjadi hal. Sbb aku rasa nak makan apa je, aku boleh buat sendiri. So, satu hari tu, aku ada melampiaskan masalah ini dalam FB. Ada kawan yg reply mcm2 jawapan. Tapi satu jawapan tu, membuatkan aku terliur amat sangat. Kawan aku cadangkan makan pulut dengan nyiur dan ikan tamban masin. Mak aii..mmg peberet aku tu...Kalo kat rmh, aku tak masak pun, sbb suami aku dan anak2 tak makan. Cuma aku sorang je makan benda tu. So, sajian tu cuma akan dihidangkan kat rmh aku kalo mak aku datang je..

Maka, pagi ni. Macam biasa sampai opis je. Terus ktorg suami isteri berjalan2 cari makan kat tempat biasa. Mmg la kat sini tak de jual pulut ikan masin tu. Tapi aku nampak ada lopis. Hmm...sedap gak kan. Apa lagi amik 3 hiris dan order kopi ais pulak. Mak aiii..sedapnyaaa.. sure pagi ni aku ngantuk nak keje.hehehe


Encik suami aku pulak, makan telur separuh masak ni. Sorry la yer, aku mmg tak suka makan makanan ni. Walau berkhasiat mcm mana pun. Mmg tak boleh lalu kat tekak aku.. :)

Friday, May 14, 2010

Anniversary ku = 7 thn = 3 anak

Maaf ye kalau ada yang bosan dgn cerita aku hari ini. Tapi bg la aku chance nak cerita pasal ni... ala..setahun sekali je pun..bukan cerita hari2 kan. Tapi kalo ada yang tak suka dan bosan..tak kan aku nak paksa suruh teruskan bacaan kan?? tak pe..tak pe..korang leh cari blog lain..aku izinkan..hehehe

Malam tadi, lebih kurang kul 8 malam, anak keduaku Angah, cakap "mama nak makan nasik ngan kuah kicap ngan telur ngan ikan." Pastu keluar suamiku dr bilik..dah siap dress up..tanya aku nak makan apa?? aku ckp la..angah nak makan nasi, so aku nak masak nasik ngan telur masak kicap je..hajat dihati leh masak sambal bilis kegemaran suamiku sekali. Tapi belum sempat ku suarakan, suami aku ckp..dia teringin sangat nak makan nasik lemak. Dia nak keluar beli, aku pun angguk je la. Dia tanya aku nak makan apa2 tak?? aku cakap nope..nak makan nasik ngan angah je.

Masa dia cakap nak kuar beli nasik lemak tu..aku dah suspect sesuatu. Tapi aku diamkan je la...pura2 tak faham. Bila suami keluar rumah. Aku pun kelentung kelentang kat dapur..bunyi cam hebat la konon..padahal msk kicap telur je. Siap masak, makan, suap kat anak..suami aku belum gak balik. Uishh..lamanya beli nasik lemak..tolong masak sekali agaknya... :)

Tengah sibuk didapur basuh pinggan, mangkuk, kuali dan periuk nasik..dgr suamiku balik...tp aku tak sambut pun..masih kusyuk meneruskan pembasuhan. Maklumla..aku punya instinct makin kuat. Dalam kepala otakku cakap..sure suami aku beli kek ni..nnt kalo aku sambut kat pintu..kat mana dia nak sorokkan kek tu kan..sian lak..nnt tak surprise la..hehehe *ampunnn bang*

Taktikku berjaya, suamiku datang kedapur..dgn nasik lemak idamannya.. *konon la tu* padahal keluar nak cari kek..mcm aku tak tahu... Pas dia makan, tgk tivi..kul 10 malam..cam biasa tido la...

Sedang aku nyenyak di ulit mimpi..aku rasa dikejutkan seseorang, dalam kesamaran cahaya..aku cam bau2 benda terbakar..tapi sshnya aku nak buka mata..mcm kena lekat ngan gah cap gajah. Tapi buka juga lak, nampak suami aku ssh payah bawa kek masuk bilik..wish me happy anniversary and say sorry sebab lilin dah terpadam 2 batang. hehehe..terharu jugak la..walaupun aku dah terhidu semua taktiknya itu..tp dalam hati masih ada tamannn....Terima kasih suamiku..kerana bersusah payah buat semua ni. Sesungguhnya aku tak mengharapkan apa2 hadiah pun..cukup la kasih sayang dan penerimaan suamiku seadanya aku.

Lilin 5 batang menandakan kami ber2..bersama 3 org anak :)


Sudahnya..pas tiup lilin dan amik gambar..aku sambung tido..ngantuk..kek tu masih setia dalam peti ais di rumah :). Balik ni la baru buat makan ngan anak2.

Kurnia - Ini kisahku


Terlukis hakikat insani
Dari cinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia

Ini kisah yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Hari ini 14 May  2010, genaplah 7 tahun usia perkahwinan aku bersama suamiku tercinta. Dalam tempoh 7 tahun ini..begitu banyak suka duka yang kami tempuhi bersama. Asam garam rumah tangga..mana ada selalu manis belaka. Ada ketika kami juga bercanggah pendapat, bermasam muka tidak bertegur sapa *semua tu perangai dari aku* Tapi aku bersyukur, kerana dikurniakan seorang suami yang amat sabar, dan sanggup melayan karenah aku yang kadang kala amat menjengkelkan ini.

Tapi kepantangan kami..jangan sesekali mengadu hal rumah tangga dgn ibu bapa. Masalah kami biarlah kami selesaikan sendiri. Tapi pernah juga aku tercerita masalah kecil dgn ibuku..adatlah kan..aku dan ibuku umpama rakan karib.. ada ketika..tercerita juga.. tp tidaklah secara terperinci.. dan itu pun ketika usia perkahwinan kami belum mencecah 5 tahun. Reaksi dari ibuku, dia terkejut sekali..kerana katanya..dia igtkan aku dan suamiku tidak pernah bercanggah pendapat, kerana dimatanya..hubungan kami nampak seperti tak pernah ada sebarang masalah. Aku tergelak kecil mendengar telahan ibuku. Lantas aku berkata "adatlah mak..mana ada rumahtangga yang tak pernah bergoyang". Bila kuceritakan perihal ini pada suamiku..dia pun ketawa juga.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Memang antara anak perempuan dalam keluargaku, aku dikira menentang kebiasaan kerana perkahwinan kakakku dan juga adik perempuanku adalah atas dasar pilihan keluarga. Tapi perhubungan kami direstui keluarga. Perkenalan singkat yang bermula di peringkat kawan biasa..mula berubah..bila dirasakan ada keserasian antara kami, kami bertunang tak sampai setahun dan terus berkahwin. Maklumlah, aku kan anak perantau, keseorangan di negeri orang. Anak gadis yang jauh dari awasan ibu bapa dan saudara mara yang lain. Maka abahku membuat keputusan, benda yang elok tak seharusnya dilambatkan. Takut perkara buruk berlaku agaknya, dan sekurang-kurangnya aku ada penjaga disini.

7 tahun perkahwinan, kami dikurniakan 3 orang cahaya mata sebagai penyeri keluarga. 2 orang putera dan seorang puteri yang terus menyerikan rumahtangga kami dgn pelbagai keletah dan kerenah mereka. Harapan ku, sebagai seorang isteri, mengharapkan agar sinar kebahagiaan kami berpanjangan hingga akhir hayat dengan doa dari kalian semua. Semoga aku juga menjadi isteri, ibu, dan rakan karib yang baik dan solehah untuk suami dan anak-anakku tercinta dan aku ingin sekali menjadikan ibuku serta ibu mertuaku sebagai mentor yang paling utama dalam hidupku, kerana bagiku mereka berdua adalah wanita yang kental dan sungguh penyabar dalam mengharungi suka duka dalam berumahtangga.



Ayuhlah kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagian
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga

p/s: Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini.

p/s/s : Sentiasa teringat pesanan dari suamiku..cintailah Allah melebihi cinta sesama manusia, kerana sesungguhnya..cinta manusia itu bila ditarik balik, sekurang-kurangnya kita akan lebih kuat dan redha untuk menerima kenyataan dari terus menangisi kegagalan.

Monday, April 26, 2010

Happy Birthday Suamiku

Sehari selepas Aliff dilahirkan..suami aku lak dilahirkan..tp bukan tahun yg sama yer..Aliff dilahirkan 4 tahun yg lalu, manakala suamiku dilahirkan 29 tahun yang lalu. Hehehe... yer betul..kami sebaya, cuma beza 8 bulan je. Dia bulan 4 aku bulan 12. Tapi org selalu nampak dia tua dari aku..yess!!! aku  muda lagi wehh...hehehe. Tapi betulla..dia teramat matang berbanding aku yang kadang kala kebudak2kan. Tapi aku sedar..aku dah bergelar mak budak..so takde la nak lupa diri tak menentu kan..

Sambutan apa?? Takde la nak candle light dinner berdua..tak mampu beb sob..sob..maklomla aku kan ada anak 3..maka kami keluar dinner together2 bersama anak2..ok apa?? ada kemesraan disitu seisi keluarga. Anak2 pun heppi. Aku heppi..Bday BOY..opkos la lagi hepiiii kannnn :)

Kami keluar malamnya..tak gi jauh pun..bersantap di Belanga saja..sape yang tak tau belanga ni kat mana angkat tangannn. Tak jauh gak..kat the Garden je. Oh ya, adik aku penah keja part time kat sana, dan katanya pemilik restoren ni adalah isteri kepada Ustaz Ismail Kamus. Penceramah dan Pendakwah yang terkenal satu masa dulu..selalu keluar kat Forum Perdana Ehwal Islam..tp skrg dah tak nampak dah wajahnya di kaca tivi.

Aku sebenarnya dah kenyang, tapi aku order laksam dan dessert kuih melayu "lompat tikam" ermmm.. sedapnya..kuih ni..Laksam tu pun sedap. Pendek kata makanan kat sini mmg sedap la. Psstt..suami aku sampai tambah 2 kali nasi dagang tu..selera betul dia.

laksam..maaf ye..dah abih makan baru igt nak amik gambar


lompat tikam yang mabeles...

nasi dagang selepas ditambah kali ke 2

Anyway, Happy Birthday to my Beloved Husband. Terima Kasih kerana menjadi suami dan abah yang baik untuk anak2 kita. You know..i alwaysss love you forever :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...