Thursday, April 12, 2012

Bukan susah, tapi sukar

Semalam gegar tak rumah korang??
Rumah aku gegar!!!! 2 kali kot, lama pulak tu, terpaksa anak beranak turun menyelamatkan diri ikut tangga, Tapi syukur tak de apa-apa kejadian buruk berlaku.

Tapi dek kerana kegegaran itu, malam tadi, mata ni susah betul nak lelap. Selalu pukul 10 sharp, memang dah masuk bilik dan masuk mimpi dah. Semalam mata takut nak lelap, takut bila terlelap je, sedar-sedar kat tempat lain. Nauzubillah. 

Memang semua manusia akan mati, tapi doa aku, biarlah mati dalam keadaan yang indah. Bukan menyayat hati. Moga doa aku dimakbulkan Allah. Aminn...

Makanya, lepas anak-anak dah tido, sibuk la aku mengadu domba kat encik suami cakap haus. Rasa tekak nak minum air panas. Dia tanya nak air apa?? Aku senyum je, cakap nak cappucino satu!! hehe..saja, aku tau bukan boleh dapat pun. Pastu aku pun bangun dan ambil wudhuk sebab nak solat isyak. Tengah nak bentang sejadah, terdengar kelentung kelentang kat dapur, dalam hati dah agak, biar betul suami aku nak buat air kat aku ni?? Memang la ni bukan kali pertama. Tapi boleh kata kali pertama la untuk tahun ni. hehehe. Elok nak angkat takbir, encik suami muncul mengintai dari celah pintu dengan se'mug' minuman ditangan. So suwitt kan?? Aku pun agak terharu sebenarnya. Tapi takkan nak benti solat dan minum pulak?? Aku cakap, jap gi aku minum. Letak kat luar dulu. Tengs ye bang :)

Bila keluar gi dapur..bertambah terharu!!!

Tara!!!

Siap dengan mesej tu. Rajin pulak dia cari kertas dan carikkan buat bentuk heart tu. Yang ni memang pertama kali seusia perkahwinan aku. Terus lari-lari anak masuk bilik amik phone dan snap gambar ni. Terus rasa ala-ala baru kahwin gitu. Padahal masa baru kahwin dulu pun tak penah pun dia buat camni.

Tapi tidaklah air cappucino ye kawan-kawan. Air favourite aku ni cuma nescafe. Senang kan??

Betul tak aku cakap?? Untuk suami buat semua ni, bukanlah susah mana pun, tapi agak sukar dilakukan. Isteri ni mudah. Tak perlu kau nak lambakkan intan permata depan mata ktorg untuk buat ktorg speechless. Cukuplah dengan kejutan-kejutan macam ni. Dah cukup rasa terharu. Tak kisah, walau jarang-jarang :)

11 comments:

Anna Alisya Confectionery said...

mau nangis baca entry mu ini...bilalah Allah nak kasi aku peluang utk dpt layanan sebegini..hu..huk..huk..

Farihah said...

Insya Allah Ana, Kau pasti dapat yang terbaik satu hari nanti.

Ako Retna said...

"nak satu air kapucino nya bangggg!!"

wwoppssss... larrikkkk kedek2...

Farihah said...

heppp!!!!

Mya said...

benda2 ceni kena buat sekali sekala.
kalau selalu dah tak surpise kan..
anyway, boleh tahan romantik si putra ni ek :)

Farihah said...

Over la sangat kan kalau hari2..mau cemuih..hehe.

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

tetiba jeles... Haha :D nak jugakkk! :-)

Farihah said...

hehehe..encik hakim lagi romantik apa..nak jugak masakkan tuk isteri dia :)

deqma129 said...

SWEET NYE DIA!!

deqma129 said...

SWEET NYE DIA!!

Farihah said...

amboi deqma, sampai 2 kali tu...tau la sweet...hehehe...

*gurau je*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...