Wednesday, May 2, 2012

Selamat hari lahir buat 3 Putra

7 Mar 2012 lepas, genap anak sulung aku umur 8 tahun. Tapi memandangkan dia tak makan kek pun. maka tiada acara potong-potong kek untuk beliau. Cuma acara potong-potong roti canai sahaja.

24 April baru-baru ni pulak, genap anak kedua aku 6 tahun. Dan keesokkannya pulak, genap usia abah mereka yang ke ...err...cuba teka sendiri la berpandukan gambarajah yang akan diberi nanti...hehehe..

So, kata kena jimat, mari kita raikan mereka secara serentak.

Maka, Jumaat lepas, aku half day petang dan terus ke sekolah Aliff membawa sebijik kek tempahan dari rakan opis aku yang kini kemain hebat membuat bisnes kek yang cantik dan sedap. Korang yang nak tengok-tengok dan tempah hasil kerja tangan beliau, sila ke sini. Dijamin sedap... :)



Kek Power rangers. Requested by Aliff.


Semua...tengok kek dulu la yer :)


Eh, tetiba mama enterprem gak nak potong kek. Sebab..masa bday mama Dec lepas, tak de sape pun buat acara potong-potong kek kat mama *sambil jeling abah*


Aunty Ana, terima kasih!!! sedapppp sangat 


Pas kenyang makan. Aliff bagi goodies sikit kat kawan-kawan dia. Kalau ikutkan nak je letak makanan dan mainan dalam goodies beg ni. Tapi peraturan kat sekolah tak benarkan. Kalau nak bagi, elok bagi buku atau stationeries sahaja. Tak pe la :)


Yeay!! Semua dah dapat.



Berbalik pada trivia kita di awal tadi. Cuba teka..berapakah usia Putra senior ini??? hahaha

Sampai jumpa lagiii..daaaa

2 comments:

Mya said...

mana gambarajahnya? takdak pun.
bagaimanalah mau teka.

anyway happy birthday boys! :)

Farihah said...

eh..ada la...yang last sekali tu la gambarajahnya....
err..tapi takkan awak tak tahu kot umur dia...

TQ mya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...