Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Cuti-cuti cinta...lah sangat :p

Cuti Maulidul Rasul yang jatuh pada 24 Januari 2013 hari tu aku dan keluarga ke Melaka. Sepanjang tahun lepas, memang ktorg tak kemana, jadi masa view kat website living social ternampak pakej hotel Hang Tuah World Heritage Hotel yang berbaloi-baloi. Jadi, lepas dapat persetujuan dari encik suami. Terus je aku beli.




Mulanya ingat nak pergi dalam bulan desember tahun lepas. Tapi, masa betul-betul pack. Postpone punya postpone, tarikh yang sesuai bagi kami sekeluarga adalah pada cuti Maulidul Rasul hari tu la.

Decoration di lobi hotel.


bilik

Agak besar bilik hotel ni, sesuai dengan kami 5 beranak. 2 katil Queen dan ada bath tub dalam bilik air. Best la anak-anak aku berendam.

Dan kebetulan pulak, Cuti Maulidul Rasul tu, genap usia pernikahan kami dalam Kalendar Islam yang ke 10 tahun. Dalam tahun masihi belum lagilah. So, apa kata kita konon-konon cam celebrate la. Tapi tak dela celebrate apa pun. Biasa-biasa je.


Selesai check in hotel semua, Terus roger adik ipar aku yang study kat Melaka, nak suruh dia tunjukkan tempat Klebang Coconut Shake yang fofular itu. Ktorg order yang special punya. Maksudnya ada satu scoop ice cream atasnya. Pastu makan pulak nasi lemak bungkus kat situ..perghhh..terangkat la wa cakap lu. Korang yang pegi Melaka, sila lah try coconut shake ni. Dijamin puas hati!! Tapi make sure amik yang special tau!! Nak tau exact tempat klik sini (kredit to owner)


Dah abih makan, ingat nak jalan-jalan kat area A famosa tu kan? Tapi hujan lebat pulak. Sudahnya kami terpaksa parking kat Hatten Square. Just jalan-jalan kat dalam tu sementara nak tunggu hujan reda. 

Bila hujan dah reda, berdesup ktorg kuar dan pergi ke Kota A Famosa. Masa sampai sana, Anak-anak aku excited nampak beca dan Amirul merayu-rayu nak naik. Aku mula-mula ingat mahal. Serius aku rasa mcm satu beca tu dalam harga dekat-dekat seratus. Tapi bila kakak yang kayuh beca tu approach ktorg dan bgtau tempat-tempat yang dia akan bawa, dan dia cakap cuma RM25. Aku tanya satu kepala RM25 ke kak?? dia cakap, tak la..satu beca RM25. Hahahah..apa daa aku ni. Jadi kami amik 2 beca. Aliff dan Amirul  dan Pak ucu derang naik beca yang dikayuh oleh suami kakak tu.


Beca ni pulak, kami bertiga naik.

Dia kayuh tak jauh mana la. Area-area situ juga. Mula pergi kat Bangunan merah, pastu Menara Taming, Tempat naik rivercruise, dan balik ke tempat ktorg naik td. Tapi setiap kali sampai ke tempat-tempat tu dia akan berenti kejap bagi masa 10 - 15 minit kalau-kalau korang nak amik gambar. Pengalaman pertama anak-anak aku. Dan derang memang teruja :)


Keretapi lama

Kapal terbang yang dikatan dinaiki oleh Tunku Abdul Rahman ketika menuntut kemerdekaan dari British.

Encik suami yang bercita-cita nak kayuh beca.



Lepas selesai meronda-ronda dengan beca, ktorg naik menara Taming pulak. Ni kali ketiga kot aku naik. Tapi sebab Aina belum pernah naik. Jom kita layan je lah. Best jugak naik waktu malam ni. Nampak keseluruhan Melaka diterangi cahaya lampu.


Turun dari Menara, kami terus ke taman rempah. Naik river Cruise dari situ tak ramai sangat orang berbanding naik kat Quayside Heritage Centre. Harga tiket dewasa RM10, dan kanak-kanak RM5. Dan disebabkan ktorang dah dapat 2 tiket dewasa, just proceed belikan tuk budak-budak dan adik ipar aku sajalah.



Nanti aku cerita detail beserta gambar-gambar sepanjang naik Melaka rivercruise tu yer.

Hari Kedua, tak meronda Melaka dah. Tapi kami terus nun ke Johor. Saja nak melawat tapak Johor Premium Outlet (JPO) yang femes tu. End up aku beli baju aina je sepasang. Tak best la  bagi aku. Bagi orang banyak duit ok kot. Kedai coach tu memang aku tak masuk. Aku masuk kedai-kedai biasa je. Bagi aku, harga memang la murah berbanding kat KL. Tapi stok lama la. Baik ko tunggu Sogo buat sale, dah tentu lagi murah dan stok tak berapa lama sangat. hehhehe


Balik dari JPO singgah makan Asam Pedas Claypot kat Kota Laksamana. Aku bukan penggemar Asam pedas. Jadi aku tak tau ni paling sedap atau tak. Tapi encik suami aku cakap Sedappp!!!


asam pedas pari

nasi dia siap ada kacang panjang sikit, telur masin dan sambal belacan

Aina dan Aliff layan bihun sup. Siap sedut dengan Straw tuu..sedap sangat la kot kan?? hehehe

Dan esoknya, sebelum pulang aku request encik suami sekali lagi nak minum Klebang Coconut Shake tu. Sebab lepas ni tak tau bila pulak nak sampai Melaka  kan??



candid!!
Kembang-kembang hidung aku sebab sedap sangat. hahaha

Lepas pekena coconut shake, jom tengok Kapal Selam. 
Eh, korang tahu tak Melaka ada kapal selam??? hahaha..aku tahu pun sbb opismate bgtau. Tempat kapal selam ni tak jauh sangat dari coconut shake tadi. Atas sikit je dari tu. Tapi mybe, derang tak buat proper lagi kot. Sedih la tgk. Macam hidup segan mati tak mahu. Kena beli tiket, dewasa RM1, kanak-kanak RM0.50, tapi masa aku pegi tu, pak cik jaga kaunter tu bagi free je kat anak-anak. Mula-mula rasa macam "eh bagusnya pakcik ni" tapi bila masuk rasa macam "ala..tak payah tiket pun takpe sebenarnya."



Amirul cuba naik nak buka pintu. Kot-kot boleh masuk jelajah dalam peut kapal selam. Rupanya hampa. Derang locked.


Jadi, mari kita duduk dibawah perut kapal selam sambil menonton rakaman majalah 3 tentang misi membawa balik kapal selam tersebut ke Melaka. kah kah kah. Padan muka gue!!


Satuuuuu..... MALAYSIA!!!

Tapi ok la, at least dapat tgk dan pegang besi badan kapal selam tu kan?? *ayat sedap hati*

Dari kapal Selam, kami ke Pusat Bandar balik. Ni satu lagi permintaan anak-anak aku. Sebelum balik derang teringin nak naik bas panorama ala-ala bas LONDON. Ala..yang 2 tingkat tak berbumbung tu. Tungu punya tunggu punya tunggu. Bas tak kunjung tibalah. Dah la panas. Kalau cuaca Melaka macam cuaca kat LONDON leh la tggu lg.  Dekat 45 minint juga ktorg tunggu. Masa tgh tggu tu, ada seorang aunty dari France. Dia pun tggu juga. Sian dia, dah la sorang-sorang, nasib ada ktorg leh borak-borak ngan dia.

Pihak Bandaran Melaka, atau sesiapa yang terlibat, tolonglah jangan sesuka hati korang nak bawa bas ni atau tak nak bawa keluar. Dah la tak de jadual masa perjalanan ke. Pastu bila tanya kat visitor counter, aunty tu cakap pukul 5 ptg. Tapi sampai kesudah tak muncul-muncul jugak. Maybe bas tu cuma sebijik kot. Pastu driver pun cuma sorang, dan kebetulan driver tu MC pulak hari tu. Mungkin itu punca bas tu tak muncul pada hari kejadian. *ni aku cakap*


Malas nak menunggu lagi. Perut berkeroncong. Adik ipar aku cakap, kat kota laksamana ada satu kedai Pakistan lah. Nan cheese dia super duper sedap. Aku plk mmg agak gila dengan segala bentuk cheese ni, maka zasss kami ke kedai tersebut. Dan kebetulan nama kedai tu Restoren Pak Putra. Dan semua lelaki-lelaki gantang keluarga aku hari tu, memiliki nama Putra termasuklah adik ipar aku. "Kena claim royalty ni", kata encik suami. LoL!!



Aku order Nan Garlic Double Cheese. Tapi ampunnn..gambar aku tak snap. Lupa la..sebab sedap sangat. Len kali kalau aku pegi lagi aku snap gambar okay!!!

Daaa...

Wednesday, May 16, 2012

Abang long pun nak bagi jugak

Malam tadi masa tengah membizi melipat kain baju di depan tivi, tiba-tiba Amirul bersuara
"ma, abang long ada hadiah untuk mama sebab hari ibu"
"ye ke?? mana??"
"jap yer" sambil lari ke arah beg sekolah dan ambil sesuatu dalam beg.

"Nah ma, selamat hari ibu..."

aku speechless!!!

Gamam!!!

Tak sangka dia ada perasaan nak bagi aku hadiah lepas tgk adik-adik dia bagi kad dekat aku.

"terima kasih abang long, esok mama letak kat opis k!"

Dia angguk.

Ni la hadiahnya, dia siap masukkan dalam beg aku sebab takut aku lupa bawa ke opis.


ni model yang volunteer nak jadi model.

Walaupun hakikatnya dia beli hadiah tu dari duit sekolah yang aku bagi kat dia. Aku masih terharu. Terima kasih abang long, angah dan adik. Masa sayang kalian sangat-sangat-sangat. Muuuahhhh!!!!


muka nakal!!

Tuesday, May 15, 2012

Triple Celebration

Kalau 13 May - Hari Ibu
14 May pulak - Ulangtahun perkahwinan yang ke 9

Hari ni. Genap 15 May 2012
Ulangtahun aku kerja kat sini selama 10 tahun.
Ni first kerja aku since aku graduated.

Pernah beberapa kali fikir nak tukar angin, tapi aku masih jugak di sini. Hmmm..lagi 25 tahun aku perlu berkhidmat sebelum aku bersara. Dan aku rasa, memang sampai bersara la aku kat sini. Insya Allah.

Walau banyak onak dan duri. Tapi aku masih teguh di sini. Aminn :)

Monday, May 14, 2012

Ulangtahun ke 9

14 May 2003 - kami diijabkabulkan.

14 May 2012 - Alhamdulillah, genap 9 tahun usia pernikahan kami. Dan kini kami memiliki 3 harta yang paling bernilai. Merekalah putra putri kami yang tercinta. Harta yang tidak dapat ditukar ganti.



Malam tadi macam biasa aku dapat mesej dari teman sebilik aku merangkap encik suamiku. Hehehe... Dia memang romantik, tak matematik macam aku. Dia tak pernah lupa tarikh-tarikh penting macam ni. Mesej malam tadi siap dengan 2 keping gambar yang dia telah di edit. Salah satunya gambar kat atas tu la.

Terima kasih yer bang. Semoga usia pernikahan kita berkekalan sehingga akhir hayat.

Monday, May 23, 2011

empat belas dan lima belas lima

15.05.2002 - 15.05.2011
Genap aku 9 tahun keja kat sini. Setia sungguh. Dah sekian..malas nak cerita panjang2. Tahun depan 10 tahun..dapat hadiah..tambah cuti..baru leh citer panjang2..hehehe



14.05.2003 - 14.05.2011
Alhamdulillah, genap 8 tahun usia perkahwinan saya dan suami saya. Selama 8 tahun ni, kami dikurniakan 3 org cahaya mata. Macam2 cabaran dan dugaan ditempuhi. Mana ada kapal yang tak dilanda badai kan. Tp perlu ke saya nak cerita masalah2 rumah tangga saya kat sini?? tak perlu la kan. Cukup suami isteri je tahu. Ibu bapa pun tak payah bgtau. Biar derang nampak kita bahagia selamanya. Itu lebih menggembirakan mereka dari asyik2 ngadu ada masalah tu..masalah ni. Lagi pun pasangan tu sapa yg cari?? kau cari sendiri kan?? hahaha...gelak jahat. Tapi, suami saya tak de masalah pun...err..ye ke?? tak ingat la..., saya je selalu bermasalah. Maaf kan isterimu ni yer bang...nak buat camna perangai ku ini diwarisi dari abah yg perongoih tapi cepat kool dan mak yg selalu diam membisu bila merajuk. Dan aku mendapat pakej kedua2nya... *terbaekkk!!! kata "boboiboy"

Celebrate??
kecil kecilan je...selamat menjamu mata yer kawan2. hehehe

kek surprise tak baper nak suprise dari suamiku




menu tambahan hasil air tangan isterimu...
apa yg kuning2 tu?? bukan mee kuning ye kawan2...


Roti yg di jan-jan jala, jala itik, jala ayam...sambung nyanyi sendiri


Antara tetamu yg hadir...tak jemput pun wajib hadir...

Cer teka tangan sapa... *maluuuu*


budak ni suka enterprem...konon besday dia la..
maaf kak limah tak ikat rambut ari ni...tp ni kak limah comeii :)


P/S: maksud perongoih??? gi gugel..kamus bahasa kedah...hehehe

Tuesday, May 18, 2010

Kami diterjah...

Kami selamat sampai ke rumah dari bukit tinggi petang tu jugak. Selesai Asar, aku cuba merebahkan diri di atas katil yang tak berapa empuk tu. Anak2 lak kat hall tengah bermain2 dan menonton tivi. Tak sampai 15 min cuba nak lelapkan mata, telefon aku berdering, dgn malas aku keluar dan jawab telefon. Panggilan dari kak Hani, kakak iparku tak sempat kujawab. Baru tersedar ada mesej drnya. Tengah terkial2 nak reply mesej, kak iparku call lagi.

Soalan pertama dia, aku kat mana?? dgn senang hati la aku jwb kat rmh. Tapi tak sangka lak, tiba2 dia cakap dia dah ada berhampiran dgn rmh kami dan cadangnya nak menyinggah dan bermalam dirumah. Apa lagi, letak je telefon, aku dan suami bertungkus lumus la kemas rmh. Rumah kami pada hari tu sangatlah bersepah umpama tongkang pecah. Elok selesai kemas apa yang patut, depa sekeluarga pun sampai. Phewww..seb baik sempat kemas gak walaupun dgn ala kadar.

Malamnya, dengan bermurah hati Kak hani membelanja kami makan di satay station sempena anniversary kami katanya. Huhuhu..sungguh tak sangka. Dah la datang jauh2 pastu nak belanja kami lak. Apa2 pun musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak kan?? Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 kak hani dan Abg mie, moga rezeki hampa terus berlimpah ruah. Aminn.

Esok pagi2 sebelum derang gerak balik, sempat la anak2 aku dan sepupu2 derang bermain dan bermandi manda sebentar di kolam renang kat rumah aku. Tengok la aksi2 derang kat rmh sebelum  ke kolam.


Bayangkanlah kalo anak aku seramai 6 orang dan kecik2 mcm ni..mau aku tinggal tulang kan? :)


Aksi Aliff dan Hayy *ramai cakap derang seiras* Hayy 2 tahun, Aliff 4 tahun, tapi saiz badan lebih kurang je kan??

 

Gambar Atas, Solihin dan Amirul. Beza umur derang setahun je.
Gambar bawah lak, Aliff, Solihin, Aina, Safiah dan Hayy


Terima kasih sekali lagi kat kak hani dan abg mie sbb sudi terjah. Len kali buat lagi ek.hehhehehe :p

Kami menjejakkan kaki ke sini

Taraaaa...
Akhirnya kami sampai ke sini. Semua ni adalah secara unplanned. Memang dah lama teringin nak ke Bukit Tinggi ni. Maklomla nak gi ke luar negara, den tak mampu. So, cari je la tempat2 kat dalam Malaysia ni yang ala2 luar negara. Tak salah kan?? Negara kita kan banyak tempat2 best.

Aku ingatkan cuaca sejuk dan nyaman la kat atas ni. Tapi, dah nama pun Malaysia kan..panas beb..berpeluh gak la..cuma kadang kala ada gak angin sepoi2 bahasa kat sini.



Nama pun anak-anak. Pantang nampak tempat tuk bermain, nak je menyinggah. Dekat RM20 gak la duit melayang kat sini. mahai tul. Kalo naik kat tesco or Jusco pun tak semahal ni. Tapi demi anak2, tak pe la. Lagipun bukan selalu bawa derang keluar. Aku heppi bila anak2 heppi :)


Jalan2 kat situ best jugak, tak de la besar mana pun kawasan nya. Tak penat la berjalan. Anak2 la paling suka sbb ada angasa yang besarrrr berenang2 di kolam.


Plan pastu ingatkan nak pergi Japanese Village. Elok tunggu shuttle. Pastu tetiba aku rasa malas. Terus ajak suami aku balik la. Tak tahan la nak tunggu dalam cuaca yang panas mcm tu. On the way turun tu, ada Rabbit Farm. Menyinggah la pulak ke situ. Kemain suka lagi budak bertiga tu berkejar kejaran ngan rabbit. Paling berani of course angah, dan paling penakut ialah Abg long. Tapi dah dia asyik tengok angah dan Aina slamber je belai2 rabbit tu, dia pun teringin gak la.. tapi secara takut2 jugak. hehehe


Pas puas main ngan rabbit. Kitorang pun gerak turun tuk pulang ke rumah. Tapi cerita ni tak abis lagiiii..ada lagi situasa yang tak diduga berlaku..jeng jeng..jengggg.

Monday, May 17, 2010

Sambung jangan tak sambung


Alamak..entry anibersari aku lom tamat la..panjang lak episod tahun ni. Tapi semua ni diluar kawalan. Jangan bosan2 baca yer. Kalo bosan gak..apo nak buek kan. Korang kena la baca jugak.

Ok2. Hari sabtu yang dingin tu bersamaan 15 May genaplah 8 tahun aku bergelar pekerja di tempat aku mencari rezeki sekarang. Syukur Alhamdulillah. Yer..yer..aku tau..mesti korang terpikir..yang aku keja belum sampai setahun..dah nikah. hehehe..nak buat camna..dah rezeki berganda :).

Pagi sabtu tu, kitorang anak beranak bangun teramatlah awalnya..Aku pun pelik, selalu kalo hari cuti, sure anak2 akan bangun at least kul 8 pagi. Tapi lain lak weekend lepas..masing2 bagun belum kul 6.30 pagi lagi. Maka lepas selesai solat subuh, melepak la kami anak beranak di depan tivi. Kemudian suami aku men'suggestkan' diri pergi bergumbira di Mid Valley. Dlm hati aku..mid valley?? hmm bolehla..mana leh bantah..kang durhaka pula..hehehe. Maka dgn langkah longlainya..bersiaplah aku. Masa tgh siap2 tu..suami aku mengirimkan sebuah bungkusan melalui anak kecilku Aina. Sungguh..kali ni mmg aku tak de instict segala tuk hadiah ni. Terharu dan malu sangat. Sedangkan aku langsung tak bagi apa2 hadiah pun sempena anibersari ni. huhuhuhu..zalim sungguh aku ni kan??


apa ada dlm ni?? biarlah rahsia :)



Korang nak tahu ke isi kandungannya?? Tak payah la kan..takkan semua nak diceritakan. Nnt takde la keistimewaan pulak kan?? Tapi aku sangat2 suka dengan pemberian dari suamiku ini..Sungguh dia mempunyai taste yang seperti aku idamkan. Terima kasih suamiku *wink..wink*

Sampai midvalley..masing2 muka bosan..tak tau nak buat apa..duduk sekejap je..pastu anak2 ajak balik. Sian derang. Tapi sebelum tu ada gak aku suarakan nak ke sesuatu tempat. Nak tau mana?? sambung bacaan yer.


muka bosan


rehat sat..satgi sambung balik :)

Saturday, May 15, 2010

Sesi memotong dan makan kek

Eh...tak abih2 lagi citer anniversary aku ni?? Harap bersabar ye kawan2. Macam yang aku pernah katakan, setahun sekali je kan. So, tak salah la kalo bagi aku peluang bercerita bab ni yer. Dan aku rasa..ni pes time cerita aku berlarutan sampai ke tahap ini. hehehe

Ok, seperti dijanjikan. Malam tadi berlangsunglah upacara memotong kek. Kita orang tak gi mana2 pun. Sekadar di rumah dan menyambut bersama anak2, lebih afdhal kan?? Mcm biasa, orang yang paling sibuk, dah tentu anak2..masing2 berebut nak tiup lilin. Tapi derang nyanyi lagu, hepi besday mama dan abah. hehehe..mana derang tau hal2 anniversary ni kan?? Bagi derang, kalo kek..mesti la besday..tak kisah la. Asalkan semua heppi.





Lepas anak2 tiup lilin, mama dan abah lak buat upacara potong kek. Maaf la yer, bagi yang menanti nak tgk gambar aku dan suami kat sini, mmg tak terlaksana la impian korang. Ala..kat rumah je pun..malas la aku nak siap2 pakai tudung, pakai baju tangan panjang semata2 nak amik gambar kan? So, korang tgk gambar tangan kami potong kek dah la yer..hehehe




Lepas potong, apa lagi?? Makan timeee..masa ni orang yang paling hepi dah tentu orang yang paling kuat makan kan?? Tak lain tak bukan..orang tu adalah Angah. Siap chopkan 3 biji strawberi atas kek tu ..dia yang punya. Angah ni mmg suka betul dgn Strawberry. Ice cream strawberi, susu strawberi, yogurt strawberi..pendek kata apa saja yang ada perisa strawberi, dia pasti suka. Tp semua ni aku rasa sbb aku. Masa aku ngandungkan angah dulu, Aku mmg teringin sgt nak makan strawberi, siap kirimkan kat kawan2 yg nak pergi cameron belikan strawberi tuk aku. Padahal sebelum tu aku mmg tak suka pun makan buah tu. Sekarang pun tak suka sgt. Biasa2 je.



Aina pun suka makan gak..bab2 makan ni..mmg la angah dan Aina paling suka. Tgk sampai comot2 muka tu. Sambil makan, sambil tgk kartun, sambil menari2. Mmg pantang betul dengar muzik. Nak menari je kerjanya.


Anak aku yang sorang ni, mmg dah tak reti nak buat apa dah. Kek tu kemain sedap lagi..dia buat derk je. Puas panggil suh makan. At least rasa, tapi..sikit pun tak dihiraukan. Bagi dia, roti canai adalah makanan yang paling sedap didunia kot. Tapi, hari2 aku cakap kat dia, nnt dah 7 tahun, kena makan semua k. Dia pun angguk je. Harap2 betul la.


Last sekali doakan jodoh kami will lasting forever. Gilerr ssh nak snap amik gambar buat bentuk ni. Mmg sebelum ni tak penah buat. Kali pertama ni. Sila maafkan kami, dan jgn gelak yer..bentuk tu tak berapa nak jadi. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...