Friday, February 22, 2013

Cuti-cuti cinta...lah sangat :p

Cuti Maulidul Rasul yang jatuh pada 24 Januari 2013 hari tu aku dan keluarga ke Melaka. Sepanjang tahun lepas, memang ktorg tak kemana, jadi masa view kat website living social ternampak pakej hotel Hang Tuah World Heritage Hotel yang berbaloi-baloi. Jadi, lepas dapat persetujuan dari encik suami. Terus je aku beli.




Mulanya ingat nak pergi dalam bulan desember tahun lepas. Tapi, masa betul-betul pack. Postpone punya postpone, tarikh yang sesuai bagi kami sekeluarga adalah pada cuti Maulidul Rasul hari tu la.

Decoration di lobi hotel.


bilik

Agak besar bilik hotel ni, sesuai dengan kami 5 beranak. 2 katil Queen dan ada bath tub dalam bilik air. Best la anak-anak aku berendam.

Dan kebetulan pulak, Cuti Maulidul Rasul tu, genap usia pernikahan kami dalam Kalendar Islam yang ke 10 tahun. Dalam tahun masihi belum lagilah. So, apa kata kita konon-konon cam celebrate la. Tapi tak dela celebrate apa pun. Biasa-biasa je.


Selesai check in hotel semua, Terus roger adik ipar aku yang study kat Melaka, nak suruh dia tunjukkan tempat Klebang Coconut Shake yang fofular itu. Ktorg order yang special punya. Maksudnya ada satu scoop ice cream atasnya. Pastu makan pulak nasi lemak bungkus kat situ..perghhh..terangkat la wa cakap lu. Korang yang pegi Melaka, sila lah try coconut shake ni. Dijamin puas hati!! Tapi make sure amik yang special tau!! Nak tau exact tempat klik sini (kredit to owner)


Dah abih makan, ingat nak jalan-jalan kat area A famosa tu kan? Tapi hujan lebat pulak. Sudahnya kami terpaksa parking kat Hatten Square. Just jalan-jalan kat dalam tu sementara nak tunggu hujan reda. 

Bila hujan dah reda, berdesup ktorg kuar dan pergi ke Kota A Famosa. Masa sampai sana, Anak-anak aku excited nampak beca dan Amirul merayu-rayu nak naik. Aku mula-mula ingat mahal. Serius aku rasa mcm satu beca tu dalam harga dekat-dekat seratus. Tapi bila kakak yang kayuh beca tu approach ktorg dan bgtau tempat-tempat yang dia akan bawa, dan dia cakap cuma RM25. Aku tanya satu kepala RM25 ke kak?? dia cakap, tak la..satu beca RM25. Hahahah..apa daa aku ni. Jadi kami amik 2 beca. Aliff dan Amirul  dan Pak ucu derang naik beca yang dikayuh oleh suami kakak tu.


Beca ni pulak, kami bertiga naik.

Dia kayuh tak jauh mana la. Area-area situ juga. Mula pergi kat Bangunan merah, pastu Menara Taming, Tempat naik rivercruise, dan balik ke tempat ktorg naik td. Tapi setiap kali sampai ke tempat-tempat tu dia akan berenti kejap bagi masa 10 - 15 minit kalau-kalau korang nak amik gambar. Pengalaman pertama anak-anak aku. Dan derang memang teruja :)


Keretapi lama

Kapal terbang yang dikatan dinaiki oleh Tunku Abdul Rahman ketika menuntut kemerdekaan dari British.

Encik suami yang bercita-cita nak kayuh beca.



Lepas selesai meronda-ronda dengan beca, ktorg naik menara Taming pulak. Ni kali ketiga kot aku naik. Tapi sebab Aina belum pernah naik. Jom kita layan je lah. Best jugak naik waktu malam ni. Nampak keseluruhan Melaka diterangi cahaya lampu.


Turun dari Menara, kami terus ke taman rempah. Naik river Cruise dari situ tak ramai sangat orang berbanding naik kat Quayside Heritage Centre. Harga tiket dewasa RM10, dan kanak-kanak RM5. Dan disebabkan ktorang dah dapat 2 tiket dewasa, just proceed belikan tuk budak-budak dan adik ipar aku sajalah.



Nanti aku cerita detail beserta gambar-gambar sepanjang naik Melaka rivercruise tu yer.

Hari Kedua, tak meronda Melaka dah. Tapi kami terus nun ke Johor. Saja nak melawat tapak Johor Premium Outlet (JPO) yang femes tu. End up aku beli baju aina je sepasang. Tak best la  bagi aku. Bagi orang banyak duit ok kot. Kedai coach tu memang aku tak masuk. Aku masuk kedai-kedai biasa je. Bagi aku, harga memang la murah berbanding kat KL. Tapi stok lama la. Baik ko tunggu Sogo buat sale, dah tentu lagi murah dan stok tak berapa lama sangat. hehhehe


Balik dari JPO singgah makan Asam Pedas Claypot kat Kota Laksamana. Aku bukan penggemar Asam pedas. Jadi aku tak tau ni paling sedap atau tak. Tapi encik suami aku cakap Sedappp!!!


asam pedas pari

nasi dia siap ada kacang panjang sikit, telur masin dan sambal belacan

Aina dan Aliff layan bihun sup. Siap sedut dengan Straw tuu..sedap sangat la kot kan?? hehehe

Dan esoknya, sebelum pulang aku request encik suami sekali lagi nak minum Klebang Coconut Shake tu. Sebab lepas ni tak tau bila pulak nak sampai Melaka  kan??



candid!!
Kembang-kembang hidung aku sebab sedap sangat. hahaha

Lepas pekena coconut shake, jom tengok Kapal Selam. 
Eh, korang tahu tak Melaka ada kapal selam??? hahaha..aku tahu pun sbb opismate bgtau. Tempat kapal selam ni tak jauh sangat dari coconut shake tadi. Atas sikit je dari tu. Tapi mybe, derang tak buat proper lagi kot. Sedih la tgk. Macam hidup segan mati tak mahu. Kena beli tiket, dewasa RM1, kanak-kanak RM0.50, tapi masa aku pegi tu, pak cik jaga kaunter tu bagi free je kat anak-anak. Mula-mula rasa macam "eh bagusnya pakcik ni" tapi bila masuk rasa macam "ala..tak payah tiket pun takpe sebenarnya."



Amirul cuba naik nak buka pintu. Kot-kot boleh masuk jelajah dalam peut kapal selam. Rupanya hampa. Derang locked.


Jadi, mari kita duduk dibawah perut kapal selam sambil menonton rakaman majalah 3 tentang misi membawa balik kapal selam tersebut ke Melaka. kah kah kah. Padan muka gue!!


Satuuuuu..... MALAYSIA!!!

Tapi ok la, at least dapat tgk dan pegang besi badan kapal selam tu kan?? *ayat sedap hati*

Dari kapal Selam, kami ke Pusat Bandar balik. Ni satu lagi permintaan anak-anak aku. Sebelum balik derang teringin nak naik bas panorama ala-ala bas LONDON. Ala..yang 2 tingkat tak berbumbung tu. Tungu punya tunggu punya tunggu. Bas tak kunjung tibalah. Dah la panas. Kalau cuaca Melaka macam cuaca kat LONDON leh la tggu lg.  Dekat 45 minint juga ktorg tunggu. Masa tgh tggu tu, ada seorang aunty dari France. Dia pun tggu juga. Sian dia, dah la sorang-sorang, nasib ada ktorg leh borak-borak ngan dia.

Pihak Bandaran Melaka, atau sesiapa yang terlibat, tolonglah jangan sesuka hati korang nak bawa bas ni atau tak nak bawa keluar. Dah la tak de jadual masa perjalanan ke. Pastu bila tanya kat visitor counter, aunty tu cakap pukul 5 ptg. Tapi sampai kesudah tak muncul-muncul jugak. Maybe bas tu cuma sebijik kot. Pastu driver pun cuma sorang, dan kebetulan driver tu MC pulak hari tu. Mungkin itu punca bas tu tak muncul pada hari kejadian. *ni aku cakap*


Malas nak menunggu lagi. Perut berkeroncong. Adik ipar aku cakap, kat kota laksamana ada satu kedai Pakistan lah. Nan cheese dia super duper sedap. Aku plk mmg agak gila dengan segala bentuk cheese ni, maka zasss kami ke kedai tersebut. Dan kebetulan nama kedai tu Restoren Pak Putra. Dan semua lelaki-lelaki gantang keluarga aku hari tu, memiliki nama Putra termasuklah adik ipar aku. "Kena claim royalty ni", kata encik suami. LoL!!



Aku order Nan Garlic Double Cheese. Tapi ampunnn..gambar aku tak snap. Lupa la..sebab sedap sangat. Len kali kalau aku pegi lagi aku snap gambar okay!!!

Daaa...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...