Monday, February 18, 2013

Cuti raya cina

Uish..dah lama meninggalkan arena penulisan ni. Dah tak tau macam mana nak start. Nak cerita dari mana pun tak reti dah. Aku try pelan2 la yer..kang story yang belakang2, aku try cover balik.

Cuti panjang Chinese New Year korang pergi mana??
Aku balik kampung je. Tu pun last minit plan. Sejak 4-5 tahun kebelakangan ni memang aku dah serik nak balik kampung time raya cina. Al maklumlah jalan selalu sesak padat giler kan. Aku pernah tersangkut 10 jam kot. Dengan anak kecik. Panas...memang sorry la nak ulang peristiwa mcm tu kan.

Tapi berbekalkan niat yang suci murni, kali ni kami sekeluarga gagahkan juga balik kampung. Bertolak petang jumaat. Dan selamat tiba di kampung malamnya tu pun selepas berhenti di banyak persinggah. Dah kul 11malam masa tu. Sian mak, tak larat tunggu.. jadi masa kami sampai mak dah tidoq. Abah buka pintu dan dengan muka gembiranya menyambut kepulangan anak-anak menantu dan cucunya.

Esok paginya, kami nyorok, kata orang kedah atau bahasa rasminya sarapan yang super duper sedap bagi tekak aku la. Korang tau aku nyorok apa??

Taraaa...pulut dan digaul bersama nyoq kukoq (kelapa parut la) kelapa tu kena gaul sikit ngan garam baru rasa lemak2 gitew. Pastu ada sambal belacan sikit, baru rasa pedas2 kan. Paling umph...makan dengan ikan tamban masin atau ikan talang atau boleh gak makan dengan ikan pekasam...mak aiii..meleleh ayaq lioq aku masa taip entry ni.....slllrrrppppp...

 

Dan buat pertama kalinya jugak selama anak-anak aku wujud di muka bumi ni, pagi tu aku dan mak aku bawak depa pi jalan kaki pi rumah jiran. hahaha..selama ni aku anti sosial bila balik kampung. Kalah anak dara la. Ayik memerap dalam rumah ja. Anak-anak aku memang seronok pagi tu bila aku cakap "jom jalan melawat kampung mama"..budak paling eksaited dan tentu angah dan aina. Abg long??? kirim salam la kalau dia nak ikut. Dia lagi bahagia dok kat rumah ngadap komputer. Yang tu betul2 anti sosial. tak dinafikan lagi. Lepas tu aku bawak depa naik motor pulak. Pun pertama kali bagi anak-anak aku. Sian depa, padahal mama depa ni juara merempit peringkat sekolah dulu-dulu..hehehe


Kampung aku nama bukit raya, jadi setiap kali balik dikira RAYA la...:p

Kebetulan balik Kampung kali ni, salah seorang kawan sekelas aku masa form 1 sampai form 3 dulu, melangsungkan perkahwinan. Masa tu macam tak sure nak pi ke tak pi kan. Tapi dah alang-alang balik kampung. Apa salahnya pi kenduri kawan. Bukan jauh mana pun. Lagipun memang last jumpa tu masa hari terakhir tingkatan 3 la. Lepas tu tak jumpa langsung. Tapi mujur la ada facebook dan blog. Dari situ kami keep in touch balik :)

Kami sampai rumah pengantin dan lewat sebenarnya, dalam pukul 2, orang pun dah tak ramai. Memang selesa menjamu selera dan memang hajat nak jumpa pengantin pun. Tengah dok ralit amik makanan, aku perasan macam ada orang perhatikan, toleh ke kiri..ya ampunn..tak sangka jumpa ketua kelas kami dulu. Azmi dan isteri serta anak-anak dia. Dok tersengeh tengok aku, pastu pi tegur depa sat, dia ngadu, pengantin tak kenai dia...hahaha..tu la hang, dulu kecik..la ni hang dah berisi gak la, macam mana orang nak cam.

bersama ketua kelas 1 Cekal :)

Aina amik mood pengantin


Tahniah Kak Long Ilyana :)

Lepas makan, masuk rumah dan jumpa pengantin. Oh ya, lupa nak cakap, pengantin ni nama Ilyana, tapi sejak hari pertama aku kenal dia memang dia suruh panggil kak long. Bukan aku sorang je, memang kawan-kawan satu kelas panggil dia dengan gelaran tu. Dan dia adalah sangat bijak. Aku masih ingat masa form 1 aku baca cerpen dia tulis..mak aiii... memang macam penulis professional dah masa tu. Hebat sangat!!!

Masa tengah amik turn nak bergambar dengan dia, ada sorang lagi tegur aku "Hai Farihah...." aku mula kerut2kan kening, "haa...tak kenai aku la tu kan" ya Rabbi...Amiza rupanya, serius lain sangat dia. Mula la macam-macam cerita diceritakan. Ni lagi sorang budak pandai ...la ni dah keja cikgu kat teknik Langkawi, ajar catering....sure terer masak ni...boleh la kami belajaq ngan ampa Amiza :)

Ex- 3 cekal SMKP Pendang 1996

cantik kan??

Pagi Isnin, aina dan sepupunya Annur sibuk menyapu sampah kat luar rumah. Rajin...kecik-kecik memang rajin tak payah suruh, merayu-rayu nak buat. Sok besar harap-harap rajin jugak la ya wahai anak. Kerja depa dikawal selia oleh pak ndak depa...hahahaha..comei!!!





Dan lepas zohor kami sekeluarga bertolak balik KL. Berat hati sangat..tapi nak buat macam mana, dah kerja kat sini. Terpaksa la kan. Lagipun homework Aina belum siap. Mana nak siap..sibuk uruskan rumahtangga tok di kampung.

Maka Pagi-pagi selasa. Mama terpaksa berkeras dengan dia suruh siapkan jugak. Sian dia...huhuhu


Sekian cerita cuti raya cina aku. Korang buat apa pulak??

1 comment:

Anonymous said...

bestnya blk kg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...