Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Istanbul Aku Datang

Yuhuuu.....
Lama saya bertapa dari arena pembloggeran kan?? pembloggeran bunyinya...lantak...
Maaf ye korang. Tapi bermula hari ni, saya cuba untuk update secara konsisten setiap hari mungkin, errr..atau sekurang-kurangnya sekali untuk seminggu. Saya cuba ok.

Orait..meh nak citer meh.
Semalam secara tiba-tiba, saya mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat ajak menemani beliau, beliau dan juga beliau ke majlis pratonton filem terbaru seorang aktres comey yang saya suka sejak dia berlakon sebagai budak sekolah yang bernama AINA dalam drama "rumah ayah" Lama dah drama tu, seingat saya masa tu saya masih sekolah menengah la. Eh, termelalut. Actress tu adalah si cantik manis Lisa Surihani. Serius ah, dia ni memang cantik. Memang dia dilahirkan untuk menjadi artis gamaknya. Macam mana korang nampak kat tivi, macam tu juga la dia kat luar. Cantik. Tak tipu ahhh...

Cerita terbaru lakonan beliau adalah Istanbul Aku Datang.
Best ke??
Ermm..kalau tengok dari penerbit filem tu "redfilms", dah terasa dah yang jalan cerita tu pasti best. Pastu tengok lagi pelakon-pelakon lain, ada Beto, Tomok, Aizat..arghhh kompom best. Dan bila tengok. Memang best la.


pas tersebut

Nah korang baca dulu sinopsis cerita ni yang saya copy paste dari sini


Dian (Lisa Surihani), a sweet and naïve blogger, travels to Istanbul in hopes of convincing her medical student boyfriend Azad (Tomok) to propose to her. She rents out an apartment, not knowing that it is already leased to quirky and shy artist Harris (Beto Kusyairy). Despite the unwanted roomate, Dian tries to make the most out of her sticky situation and conceal it from Azad. But when Azad eventually finds out and leaves her, Dian has to decide whether she should run and fight for Azad or stay and discover if Harris is the one who is meant for her.
Classification: U 
Genre: Comedy / Romance
General Release Date: 08 Nov 2012
Running Time: 1 Hour 39 Minutes
Distributor: Primeworks Studios
Cast: Lisa SurihaniBeto KusyairyTomokAizat Amdan
Director: Bernard Chauly


Dah baca??
Mesti korang dah agak kan apa ending cerita ni.
Ala, cerita melayu. sangat klise.
Tapi..tapi..tapi...rugi la korang kalau tak tengok.
Jalan cerita dia sangat segar. Terasa saya kembali muda remaja. hahaha...
Cerita dia ada sedih, ada bingung..dan banyak kelakar. Paling penting, cerita dia sangat laju..takde la melalut-lalut ke laut bagai. Aci tak saya nak bagi 5 bintang dari 5 bintang?? hehehe.

Sepatutnya kalau ikut aturcara, saya kena ada kat sana pukul 7 malam. Tapi, lepas maghrib baru la ktorg gerak ke subang parade sana. Sampai je kat sana, tak nampak sape pun dah. Rupanya cerita tu dah suku jalan dah. Masa gegas-gegas nak masuk hall 3 tu, kat luar hall nampak Tomok tengah dodoikan baby dia. Baiknya Tomok, sangat mithali gitu. Tomok yang suh ktorg masuk cepat sebab cerita dah suku, nanti rugi katanya. Dia cakap, pas tengok nanti leh amik gambar ngan dia.

Pas abih filem tu, semua penonton tepuk2 tangan. Tengok muka masing-masing memang enjoy. Terus gerak keluar dewan. Tunggu jap. Niat asal nak tengok je sape lagi pelakon yang datang. Tapi bila terpandang je kelibat Lisa Surihani. Saya terus dokong Aina, dan terus amik gambar ngan Lisa. Dia sangat pemurah dengan senyuman walaupun muka dia nampak letih. Iklan jap "saya memang letak nama anak saya Aina, sebab saya minat lisa surihani dan berharap semoga anak saya secantik Lisa nanti". hehee

Aina dah ngantuk tu


Tapi sebelum nampak Lisa, saya dan kawan-kawan bergambar dulu ngan hero cerita ni. Beto Kusyairi. Walaupun saya tak minat sangat dengan dia. Tapi saya suka lakonan dia. Dia memang pelakon berbakat. Beto ni pun pemurah ngan senyuman. Memang semua artis camtu kot kan.



Aizat pun datang, tapi tak sempat nak amik gambar. Dia dah ilang.
Tomok pun rasa tak sampai hati nak kacau dia. Sebab anak dia dah ngantuk. So, tak amik juga. Takpe kot. Selalu je terserempak ngan dia kat area sini.

Pas abih snap-snap dan feeling sket sket. Ktorg gerak balik. Sok keja. Kompom ngantuk. Tapi sempat tu, singgah ngeteh dulu. Pestime melepak ngan girlfriends ditengah malam. Thanx to encik suami sebab izinkan dan tolong jagakan dua orang putra-putra saya. Nanti izinkan lagi tau *wink*  

Dan disebabkan ktorg tak sempat tengok dari mula. Maka, lepas 8 November memang kena beli tiket dan tengok sekali lagi la. Enjoyyy!!!

Friday, April 1, 2011

Movie day out

Ni adalah sambungan dari entry ini..pas puas splash splash tu...abg long ajak tgk movie. Memandangkan masa ktorg pegi tgk Merong Mahawangsa tu derang takde. Takpe la..bawa laderang tgk citer katun. Memula abg long nak tgk citer "Mom need Mars" tu..eh!! "Mars need Mom" (MNM) ek?? Ntah2...mana satu ntah...pastu tetiba citer tu leh plk siangnya takde..ada tayangan malam hari je. Apa kes. Frust la aku. Sbb aku pun tingin gak tgk citer tu. Pastu, asben aku suggest citer katun satu lg ni. Aku rasa cam boring kot. Tp budak jual tiket tu, iyer2 cakap citer tu lagi best dari citer MNM tu. So..layannn

derang nak tgk HOP..tp blm ditayangkan

Citer Kongsi ni mcm best gak. Nak2 si Sam belakon. Tp bulan Mei nnt.


Okey jom masuk...


Citer ni la kami tgk...

Aku dah agak...bosan wehh!!! amat membosankan bg aku. Walau citer tu ada msg. Tapi Tetap bosan. Byk sgt la cakap. Utk org dewasa ok kot. Utk kanak2 tak sesuai. Sangat membosankan. Citer dia pasal Rango si cicak ni, secara tak sengaja jadi Hero kat sebuah desert. Dia kena cari punca, kenapa lembah yg dulunya subur tetiba jd kering kontang. Mana perginya punca air. Sian jugak la..sampai air nak minum pun tak de..dah2..malas nak citer pepanjang...pi tgk sendiri.

Kalo korang minat sgt ngan Johnny Depp tu..pegi la tgk. Bukan leh tgk muka dia pun. Dengar sore dia je.. :p

muka keletihan..pas puas berendam.


P/S: minggu ni abah bz..so, kita anak beranak dok dendiam kat rmh yer!! :p

Tuesday, March 15, 2011

Kerja gila

"abg rasa nak tgk lg sekali la citer tu"
"me too" aku reply
Jom g tgk balik opis ni nak???
Ok sett!!!


Maka, ptg td balik opis terus laki bini wat keje gila. Maklumla anak sorang. Leh angkut kemana2. Lagi 2 org dok rmh mak ngah plk katanya. Hehehe

Best ke "hikayat merong mahawangsa"??? Tak tau la kat korang. Tp bg aku yg bukan penggemar filem ni pun dah 2 kali tgk. Best la bagi aku kot. 2 kali tgk pun tak boring lagi. Leh je tgk mcm tak penah tgk lagaknya.

Err... Ada sape2 nak ajak aku tgk lagi??? Jom... Jom... Hehehe BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hikayat Merong Mahawangsa

Ahad lepas, gigih dari kedah terus masuk panggung semata2 nak tgk jugak cerita ni. Letih tak payah cakap la. tapi dek sebab pikirkan ni la satu2nya hari yang sesuai nak tgk. Gagah jugak kami suami isteri nonton citer ni dari mula sampai abih. Aina pun boleh layan ok!! Aku suka sgt citer ni, tak boring bagi aku. Kalo boring dah tentu aku tertido sbb penat travel jauh2 kan??



Tapi korang kalo tak minat citer epik...cerita2 yang guna bahasa sastera melayu, ada pantun dan gurindam, bahasa kiasan..tak payah la pi tgk..nnt kalo korang ngadu bosan. Sila jgn salahkan aku. Tapi kalo nak paham lebih lagi..baca dulu cerita asal pasal merong mahawangsa ni kat sini ...kalo korang nak kenal dia lebih.

Pastu boleh tonton cerita ni. Tapii...mmg tak sama ngan citer asal sgt. Dimaafkan, sbb awal2 lagi Yusri dah bgtau. mmg tak sama!!!

Mula2 masa tgk pelakon utama dia tu Stephan Rahman Hughes, aku mcm kurang berkenan sikit. Apsal la yusri pilih mamat ni. Amik je la org melayu yg boleh cakap melayu betul2 kan senang. Tapi pas tgk citer ni, baru paham naper Yusri amik dia. Mmg pilihan yang tepat dan bijak. Cerita ni panjang dari biasa, seeloknya masuk awal. Aku masuk 5 minit lewat, dah terlepas sikit...rasanya mmg dekat2 dua jam la filem ni. Semua unsur ada, kelakar, sedih, ganas...semua diadun sebati *chewah...cam resepi masakan

Nah...korang baca sikit sinopsis filem dia:


Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.


Meh aku nak citer sikit pulak. Cerita ni ada narrator, narrator ni mengikut filem ni adalah generasi ke 7 Merong Mahawangsa iaitu Raja Phra Ong Mahawangsa atau nama Islamnya Sultan Mudzafar Shah. Dia la tgh karang satu lembaran sebagai panduan anak cucu dia nnt. So, dgr elok2 apa narrator tu cakap. Kang korang tak paham jugak. Dalam citer ni, Merong tolong raja Rom nak pinang Puteri Cina. Tapi bukan di China. Tempat perjumpaan derang kat utara tanah melayu la. Sbb Puteri China tu pun belayar. Mula2 Puteri cina tu tak suka putera Rom. Tapi pas tu suka sama suka. Baru nak suka2, Puteri kena culik ngan Gemawas lakonan Khir Rahman. Ishhh mmg jadi betul jahat dia. Rasa nak je tampaq muka dia. hahaha..emo di situ

Dah la puteri kena culik, Raja Rom lak disangka mati masa pertempuran tu. Merong Mahawangsa diselamatkan oleh Kesum (Rahim Razali) ngan Embok (umi nazeera). Bila dah selamat dipulihkan. Dia pun kena bertanding beradu kekuatan dan berjaya, pastu dapat buka tempat baru dan dinamakan Langkasuka. Pastu dia ditabalkan sebagai Raja dan Embok sebagai permaisuri. Baru nak aman. Puak China datang minta pertolongan dia nak selamatkan puteri diorang lepas derang dah berjaya selamatkan Putera Rom tadi. Merong pun, mmg dah niat nak balas dendam kat puak Garuda. So, dia setuju ikut dan berlawan habis2an. Pastu korang tgk la sendiri..aku cerita ringkas je ni...kat tengah2 tu..mcm2 dugaan la berlaku kan??

Ending dia sedih...huhuhu...tak mau la cerita...pi la tgk sendiri...huhuhu.... 


P/S: mcm nak tgk lagi je...boleh??? hehehe

Wednesday, March 9, 2011

Jom la... jom la... plssss

Esok 10 haribulan kan???
Ada apa ngan nombor 10??? Sebab tarikh lahir aku 10 hb jugak...jadi...aku sangat2 sukaaaa dgn nombor 10...nombor 10 mesti best dan comeyyy je kan?? Bertambah best...sbb esok dah start tayangan citer "Merong Mahawangsa". Tengok preview pun dah mcm sangat best dah..teruja betul nak tgk...dasyatla idea adik beradik KRU ni. Tabik spring la kat derang sbb blh buat filem epik yang nampak hebat ni. 


poster pun dah cun dahh


Lagu OST filem ni??? ala..lagu sedetik lebih tu... tok sah dok cakap apa dah la...setiap kali dengar mesti bergetarrrr je jiwa raga ai tau!!! Dari tak minat Anuar Zain, terus ai lap u "bang nuar", sedapppp sangat suara u tau!!! hahahaha.... *larikkkk*

comeinyer senyuman dierrr... :)
*credit to budiey*



err...bang ooo bang...faham tak maksud entry isterimu ini??? *senyum simpol2*


P/S: Ditujukan khas untuk suami terchenta!!!

Thursday, July 1, 2010

Toy Story 3

Seminggu lepas jumpa Buzz dan Woody secara live. Kami buat pulak aktiviti keluarga untuk pertama kalinya dgn membawa Aina tgk wayang. Citer apa lagi?? Dah tentu Toy Story 3  (TS3) kan!! Takkan la nak g tengok filem Lagenda Budak Setan lak..tak sesuai..tak sesuai...


Ntah apsal Angah buat muka camtu. Aina lak sangat baik, tp lg setengah jam citer nak abih..dia zzzzzz


Citer Toy Story 3 ni best sangat..sedih la..sampaikan derang berjaya membuatkan saya menitiskan air mata. Sob..sob..sob..ishh, saya ni mmg pelik, tgk citer katun pun leh syahdu. Tapi seriyes, mmg sedih part yang derang igt derang dah hampir2 dilupuskan, so semua dah pasrah dan masing2 berpegangan tangan menunggu ajal yg hampir tiba. Tup2..diselamatkan. hehehe

Citer TS3 ni ada banyak karekter baru, ada Teddy Bear yang besar berwarna pink dan wangi seperti strawberry yang nama dia kalo tak salah, Lotso Huggin' Bear. Sebelum tgk citer ni, saya ada terbaca satu peraduan tuk memenangi Lotso ni, masa tuk cam wahh..bestnya kalo dapat bear ni. Tapi, bila dah tgk citer TS3 ni, keluar je cinema terus saya cakap, kalo org nak bg free Lotso ni kat saya pun saya tak nak. Sbb dia jahat la dlm citer ni..ala..citer lebih2 mana best kan?? g la tgk sendiri. Tak pun tggu je DVD kuar,pastu beli, leh tgk 40 kali..lebih pun boleh. Banyak unsur2 pengajaran dalam citer ni.

Wednesday, June 23, 2010

3 Idiots

 credit: google

Korang dah tgk cerita ni???
Aduhh..kelakar gilerr skrip dia. Tapi dalam kelakar2 tu ada gak part sedih yang meruntun jiwa. Tp walau mcm mana pun, cerita ni mmg ada mesej tersendiri.

Mcm mana akak leh layan citer ni ek??
Opis mate akak la..giler2 propa psl citer ni best, sampai dia sanggup tgk 2 kali kat wayang. Masa tu akak tak heran lagi. Tup2 ada satu hari tu akak ada tengok citer Ghajini lakonan Aamir Khan kat astro. Sejak dari tu, akak mula minat balik kat citer hindustan ni. Dan akak mula minat balik kat Aamir Khan ni secara khususnya. hehehe. Lepas citer Maan dulu la kan!! Maka, apa saja citer hindi yg Aamir Khan berlakon, akak mesti nak tgk. Sbb lakonan dia dah makin hebat. Dan watak yg dia bawa pun lain2.

Tapi heroin dalam citer ni Kareena Kapoor. Akak kurang minat kat dia. Tp ok la. Scene dia tak byk pun. Lagu2 dlm citer ni best2 jugak. Aamir Khan lak, mmg nmpk muda sgt dari usia sebenarnya dalam citer ni. Nak citer sinopsis dia akak malas lak. Maka, baca je la apa yg akak copy dr sini.

Two friends (R. Madhavan and Sharman Joshi) embark on a quest for a lost buddy. On this journey, they encounter a long forgotten bet, a wedding they must crash, and a funeral that goes impossibly out of control. As they make their way through the perilous landscape, another journey through memory lane and the stroy of their friend - the irrepressible free-thinker Rancho (Aamir Khan), who in his unique way, touched and changed their lives. It's a story of their hostel days that swings between Rancho's romance with the spirited Pia (Kareena Kapoor), and his clash with an oppressive mentor, Viru Sahastrabudhhe (Boman Irani). And then one day, suddenly, Rancho vanishes....
Who was he? Where did he come from? Why did he leave?
The friends who influenced and inspired them to think creatively and independently, even as the conformist world called them three idiots. Where is the original idiot now?
Finally, in misty mountains of unparalled beauty, the friends find the key to the secret.
Three idiots is a comedy of ideas that is as provocative as it is funny, as wildly entering as it it insighful. A laugh-riot that talks about the most important of human pursuits; self-actualization.
So korang, cuba la tgk lak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...