Friday, October 14, 2011

CERITA MUKA BUKU


Sebenarnya dah lama nak up entry ni..tapi aku bizi pastu malas pastu bizi pastu malas. Ni pun sebenarnya tengah bizi dan malas gak. Tapi..tak leh layan sangat.

Ok macam ni. Ntah hari apa ntah..dalam minggu lepas masa dok godek2 FB kat tipon..ada satu video ni, sape upload ntah. Tajuknya APA AKAN JADI PADA FB KITA BILA KITA MATI.

Macam ngeri tajuk. Sambil gigil2 aku tgk gak video tu. Pendek je kot. Tapi terkesan sungguh buat aku yang serba kekurangan ni. Dalam tu dia kata. FB kita, cuma kita je tau pasword, betul aku ngaku..tapi suami aku tau password aku..bukan setakat FB..segala2 pasword sosial aku dia tau. (wahhh..ayattt..macam la sosial sgt aku ni..hahaha) Dan ada jugak password yang dia 'create' kan..tak kisah la dia kan laki aku.

Pastu dalam video tu cakap lagi, bayangkan dalam FB kita, macam2 gambar kita upload dan ramai kawan2 kita yang boleh tengok gambar kita. Ada gambar yang kita tutup aurat tapi ada juga (segelintir) yang tak menutup aurat dan ada juga kita rasa kita tutup aurat tapi tak sempurna, Wallahualam.

Bayangkan,
dalam kita dok syok letak gambar banyak2 dalam tu, tiba-tiba kita meninggal. Innalillah.


Tapiiiiiiiiii.........macam mana ngan FB kita?? Gambar2 kita dalam FB tu??? Kawan2 kita masih boleh tgk, kawan2 kita pulak, bukan yang muhrim je..yang ajnabi pun ramai kan?? Dan mungkin ada kalangan tu yang masih simpan hati kat kita..itu tak penting, tapi yang penting mereka tu yang bukan muhrim kita masih boleh meneliti gambar-gambar kita. So, kita di kubur pasti terseksa kan. Dosa secara langsung sudah terputus..tapi akibat dari gambar kita yang belambak2 kat FB tu menyebabkan kita terus-terusan berdosa. Nauzubillah. Takutnya aku rasa masa tu.

Walaupun aku bukan jenis gila upload gambar aku kat FB. Bukan jenis gila posing muncung2 mulut kembang kembong pipi... letak gambaq rasa comeiii kat FB.. aku rasa tetap takut. Takut sangat2...sebab..sebab mati la ni dah tak kira usia..ramai je mati muda...

Apa langkah aku??
Aku nak save satu2 gambar tu masuk dlm hard disk aku..lambat..nnt la pelan2 aku buat. So sementara ni, aku privatekan semua gambar2 aku. Aku rasa itu jalan yang terbaik mampu aku lakukan setakat sekarang. Mungkin kalau Allah berikan aku lebih kesedaran, satu hari nanti, mungkin aku akan deaktifkan FB aku. Tak tau..tu semua mungkin.

Kawan2ku tersayang,
Khususnya lelaki, kalau nak komen, pastikan bahasa anda terjaga. Mungkin bagi korang tu gurau-gurauan antara aku ngan korang. Tapi apa perasaan pasangan aku kalau dia baca?? Cuba letakkan situasi aku kat tempat korang.

Sahabat2 wanita ku,
Aku ni pun bukanlah mulia sangat, tapi kalau korang rasa kata2 aku ada betulnya, mari sama2 kita muhasabahkan diri kita. Semoga amalan kita lebih diterima :). Sayang korang semua!!

Ok la..dah cukup panjang kot..tapi ada satu lagi  isu aku nak sentuh. Jugal pasal gambar..tapi bukan gambar kat FB saja.. next entry la kot. Entry ni pun berejam2 aku makan masa.

2 comments:

Fatt said...

psl isu ni sbnrnya dah lama aku pikir. dan sbnrnya bkn fb je...blog contohnya..ramai yg suka buh gmbr sendiri dlm tu...sbb tu aku prefer jadi anon, takyah tunjuk muka..janji isi blog aku ada info sudah. slalunya blog yg suka buh gmbr sendiri ni mostly blogger muda mudi....pastu yg cantik2 cam model suka wat mulut moncong2 tu...isk tk paham aku pesen bdk zmn skrg

Farihah said...

Betul tu. Mmg sepatutnya kat blog pun sama. Tapi kat blog selalunya org tak letak gambar byk2 sangat. Tp kalau kat FB ko tgk la beralbum2 letak.

Adik aku cakap perempuan kalau pakai purdah nmpk mata sekalipun tetap tak patut letak gbr dia sbb mata ppuan pun dah menampakkan kecantikan dia. Sebab itu ppuan diibarat perhiasan. Hanya utk suami sahaja :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...